Klinik Safamedic - Nik Suzet Shah Alam

Klinik Safamedic - Nik Suzet Shah Alam Antenatal Scan 2D 3D 4D, detailed scan, NT Scan, Family Medic , Antenatal Care, Vaccination / Vaksin, Family Planning Clinic , at Seksyen 7 Shah Alam.
(222)

Batuk yang tidak reda-reda? Jangan pandang remeh!❗ Batuk yang berpanjangan mungkin menunjukkan anda mengalami Batuk Koko...
10/04/2026

Batuk yang tidak reda-reda? Jangan pandang remeh!

❗ Batuk yang berpanjangan mungkin menunjukkan anda mengalami Batuk Kokol (pertussis)!
🦠 Berpunca dari bakteria Bordetella Pertussis.
🌬️ Sangat mudah tersebar melalui udara apabila pesakit batuk atau bersin.
πŸ§’πŸ‘§ Meskipun bayi dan kanak-kanak lebih mudah terjangkit, jangan salah anggap, semua usia tetap berisiko!
πŸš‘ Tanda utamanya? Batuk yang berlarutan dari 1-2minggu hingga 2 bulan dengan bunyi β€œwhoop” ketika menarik nafas sewaktu batuk.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Batuk Kokol yang tidak dirawat boleh membawa lebih banyak komplikasi buruk.

Jadikan vaksin sebagai benteng perlindungan anda dan keluarga.
πŸ›‘οΈDapatkan vaksin untuk Batuk Kokol di Klinik Safamedic sekarang !

Hii Mommies..Jom buka buku pink di Klinik Safamedic 😊😊
09/04/2026

Hii Mommies..

Jom buka buku pink di Klinik Safamedic 😊😊

🍭 Minum air gula dan pastikan gula darah anda terkawal semasa hamil. Demi kesihatan anda dan bayi. 🌟
07/04/2026

🍭 Minum air gula dan pastikan gula darah anda terkawal semasa hamil. Demi kesihatan anda dan bayi. 🌟

πŸ‘ΆπŸ’• Mommy hamil 11-13 minggu? Ini scan WAJIB buat! πŸ’•πŸ‘ΆNT Scan bukan sekadar imbasan biasaβ€”ia bantu kesan awal risiko Down ...
06/04/2026

πŸ‘ΆπŸ’• Mommy hamil 11-13 minggu? Ini scan WAJIB buat! πŸ’•πŸ‘Ά

NT Scan bukan sekadar imbasan biasaβ€”ia bantu kesan awal risiko Down Syndrome & keabnormalan genetik seperti Patau & Edward Syndrome! 🩺✨

πŸ€” Kenapa penting?
πŸ”Ή Janin dengan keabnormalan genetik cenderung ada lebih banyak cecair di belakang leher.
πŸ”Ή NT Scan boleh kesan tanda awal supaya Mommy boleh buat persediaan terbaik!

πŸ“’ Jangan tunggu lama! Pastikan perkembangan si manja dalam kandungan sihat & sempurna. πŸ’–

Berapa banyak kalori yang anda makan semasa raya? Jom lihat sama-sama!
02/04/2026

Berapa banyak kalori yang anda makan semasa raya? Jom lihat sama-sama!

Sindrom tertidur seketika semasa memandu atau microsleep menjadi antara penyumbang utama kepada statistik kemalangan jal...
01/04/2026

Sindrom tertidur seketika semasa memandu atau microsleep menjadi antara penyumbang utama kepada statistik kemalangan jalan raya di negara ini, dengan kira-kira 20 peratus kes termasuk kematian dilaporkan setiap tahun.

𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒Cuaca panas melampau sekarang menuntut kita untuk lebih peka. Setakat tahun 2026 ini, sebanyak 15 kes...
30/03/2026

𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒

Cuaca panas melampau sekarang menuntut kita untuk lebih peka.
Setakat tahun 2026 ini, sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas telah dilaporkan, termasuk satu kes kematian yang sangat menyedihkan melibatkan seorang kanak-kanak.

Sila awasi tanda-tanda awal strok haba seperti pening berpanjangan, rasa dahaga yang luar biasa, dan suhu badan yang semakin meningkat. Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong, dan sejukkan badan dengan segera.

Paling penting, JANGAN sesekali tinggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja di dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit.

Kekal sihat, kekal hidrat.

Semasa perayaan Aidilfitri, terdapat pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir ke rumah terbuka.K...
26/03/2026

Semasa perayaan Aidilfitri, terdapat pelbagai jenis makanan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir ke rumah terbuka.

Keselamatan makanan sangat penting ketika menjelang Aidilfitri untuk mengelakkan keracunan makanan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti tip keselamatan makanan yang dikongsikan agar makanan yang disediakan bersih dan selamat.🍲🍜

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! βœ¨πŸŒ™

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. Hati2 balik beraya, Jaga kesihatan ye…!

MISI LAILATUL QADAR DI 10 MALAM TERAKHIRMasyaAllah cepatnya masa berlalu. Ini bermakna misi memburu malam terhebat Laila...
11/03/2026

MISI LAILATUL QADAR DI 10 MALAM TERAKHIR

MasyaAllah cepatnya masa berlalu. Ini bermakna misi memburu malam terhebat Lailatul Qadar bermula.

'Aisyah radiallahu β€˜anha berkata:
"Rasulullah ο·Ί sering mengasingkan diri (beri’tikaf) pada sepuluh akhir Ramadhan."

Baginda bersabda:
"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan."
[Sahih al-Bukhari]

Rasulullah ο·Ί juga mengajarkan doa Lailatul Qadar kepada 'Aisyah r.a.:
Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘ΩƒΩŽ ΨΉΩŽΩΩΩˆΩŒΩ‘ Ψͺُحِبُّ Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΩΩ’ΩˆΩŽ ΩΩŽΨ§ΨΉΩ’ΩΩ ΨΉΩŽΩ†ΩΩ‘Ω‰
"Allahumma innaka β€˜afuwwun, tuhibbul β€˜afwa fa’fu’anni."
(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf. Engkau mencintai orang yang meminta maaf, oleh itu maafkanlah aku). [HR. Tirmizi dan Ibnu Majah]

Banyakkan doa ini di setiap malam. Moga Allah kurniakan kita rezeki bertemu lailatul qadar.

Jom setting niat & get ready untuk buat yang terbaik di 10 malam terakhir nanti insyaAllah.

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran.7 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadhan 1447HMarilah kita bersama-sama menghayati peristi...
06/03/2026

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran.
7 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadhan 1447H

Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa agung penurunan Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup yang sempurna.

Semoga kita diberi kekuatan untuk memperbanyakkan tilawah, tadabbur dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam setiap aspek kehidupan.

Bangun Rakaat Terawih Tiba-Tiba Pandangan Berpinar Gelap & Kepala Berpusing? Anda Mungkin Kena 'Orthostatic Hypotension'...
06/03/2026

Bangun Rakaat Terawih Tiba-Tiba Pandangan Berpinar Gelap & Kepala Berpusing? Anda Mungkin Kena 'Orthostatic Hypotension'!

Bertenang, mari kita bedah siasat fakta biologi di sebalik 'pandangan gelap' ini:
1. FENOMENA ORTHOSTATIC HYPOTENSION
Bahasa mudahnya: Tekanan darah anda jatuh mendadak apabila anda menukar posisi badan (dari duduk/sujud ke posisi berdiri).
Fakta Anatomi: Apabila anda duduk lama di antara dua sujud (Tahiyat), darah banyak berkumpul di bahagian kaki akibat tarikan graviti. Apabila anda bingkas bangun, jantung perlukan sedikit masa untuk mengepam darah naik semula melawan graviti ke arah otak.
2. OTAK TERPUTUS BEKALAN OKSIGEN (SEMENTARA)
Kelewatan darah sampai ke otak ini bermaksud otak anda kekurangan oksigen untuk beberapa saat. Kesannya? Sistem penglihatan (mata) adalah organ pertama yang akan 'terpadam' seketika. Itulah sebabnya pandangan anda tiba-tiba menjadi gelap gelita dan kepala berasa melayang (Lightheadedness)!
3. KENAPA IA SANGAT KERAP BERLAKU BULAN PUASA?
- Dehidrasi (Kurang Air): Bila badan kurang air, isipadu darah (blood volume) menjadi rendah. Ini membuatkan tekanan darah anda memang sedia ada rendah berbanding hari biasa.
- Gula Rendah (Hypoglycemia): Tenaga yang kurang selepas seharian berpuasa membuatkan respon pam jantung menjadi sedikit perlahan.

S.O.P MENGELAKKAN PITAM MASA TERAWIH:
- BANGUN SECARA PERLAHAN: Jangan bingkas bangun mengejut! Ambil masa 2 hingga 3 saat untuk naik dari posisi sujud ke berdiri. Beri masa untuk jantung anda 'mengepam' darah ke atas.
- KEMUT OTOT BETIS: Sebelum nak bangun dari duduk, tegangkan (kemut) otot betis dan peha anda beberapa kali. Otot kaki bertindak sebagai 'pam kedua' untuk menolak darah naik ke atas
- HIDRASI BALAS DENDAM: Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1 hingga 2 liter air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sebelum mula Terawih.

Jika pandangan gelap ini berlarutan terlalu lama sehingga anda pengsan, atau disertai sakit dada yang teruk, segera berehat dan rujuk ke klinik. Kongsikan sains anatomi ini supaya jemaah masjid di luar sana tak panik bila mata tiba-tiba 'blackout' masa solat nanti!

Address

NO. 6, Jalan ZIRKON E 7/E, SEKSYEN 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Safamedic - Nik Suzet Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Safamedic - Nik Suzet Shah Alam:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Antenatal Ultrasound Scan 2D 3D 4D 5D, VR and most importanly Detailed/Anomaly Scan.

Jadual Doktor Bertugas:

Isnin - Dr Suria Binti Ismail (9am-10pm)

Selasa - Dr Suria Binti Ismail (9am-10pm)

Rabu - Dr Siti Zulaikha Zulkifli (9am-6pm)/ Dr Syazana/Aishah (6pm-10pm)