Selangor Bebas Asap Rokok - Selbar

Selangor Bebas Asap Rokok - Selbar Laman Facebook Rasmi untuk Kempen SELBAR - Selangor Bebas Asap Rokok Selangor Bebas Asap Rokok Campaign Offical Fan Page

💬 Kenaikan Harga Rokok: Fakta & RealitiMulai 1 November 2025, cukai eksais rokok dinaikkan sebanyak 2 sen sebatang melal...
11/10/2025

💬 Kenaikan Harga Rokok: Fakta & Realiti

Mulai 1 November 2025, cukai eksais rokok dinaikkan sebanyak 2 sen sebatang melalui Belanjawan MADANI 2026.

Ini bermakna cukai meningkat daripada RM0.40 kepada RM0.42 setiap batang.

➡️ Kesan langsung:
Harga sekotak (20 batang) dijangka naik sekurang-kurangnya RM0.40 — contohnya daripada RM17.40 kepada RM17.80.

Namun, harga sebenar mungkin lebih tinggi bergantung kepada jenama dan strategi industri.

🚭 Bolehkah industri kekalkan harga lama (absorb cukai)?

Tidak. Di bawah Akta Kawalan Hasil Tembakau 2024 (Akta 852) dan PU(A) 260/2024, Fasal 8, pengeluar tidak dibenarkan menjual di bawah harga minimum yang ditetapkan oleh Menteri Kesihatan.

Maksudnya, industri mesti memindahkan kenaikan cukai kepada pengguna.

Langkah ini selaras dengan dasar kesihatan awam — memastikan kenaikan cukai benar-benar mengurangkan tabiat merokok dan melindungi generasi muda daripada ketagihan nikotin.

Kesimp**amnya,
Usahlah lagi membazir duit untuk membeli rokok.

Sehari tanpa rokok, anda jimat RM 17.80
Sebulan = RM 534
Setahun = RM 6408

Kerajaan Selangor mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas dan menyita sebarang iklan berkaitan produk r...
14/06/2025

Kerajaan Selangor mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas dan menyita sebarang iklan berkaitan produk rokok elektronik atau v**e di semua medium fizikal termasuk papan iklan digital atau LED.

EXCO kesihatan awam berkata tindakan itu selaras dengan peruntukan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) bagi melindungi rakyat khususnya generasi muda daripada ancaman v**e yang semakin membimbangkan.

Sumber
https://selangorkini.my/2025/05/selangor-larang-iklan-v**e-penguatkuasaan-diperkasa-demi-kesihatan-awam/

*Laporkan kepada kami jika ada nampak pelanggaran undang-undang baru ini.

Pahang pun sudah.Selangor p**a akan menyusul, insyaAllah.
11/06/2025

Pahang pun sudah.

Selangor p**a akan menyusul, insyaAllah.





🎭 UNMASK THE APPEALApa yang nampak “cool” dan “trendy” sebenarnya sedang disembunyikan mudarat besar yang mengancam nyaw...
31/05/2025

🎭 UNMASK THE APPEAL

Apa yang nampak “cool” dan “trendy” sebenarnya sedang disembunyikan mudarat besar yang mengancam nyawa.

Rokok dan v**e sering dipakejkan dengan warna ceria dan reka bentuk menarik, tetapi di sebaliknya ada niat gelap dan busuk oleh industri yang akhirnya akan membawa seseorang itu kepada ketagihan, penyakit kronik, dan kematian awal.

Industri tembakau dan v**e jelas mensasarkan remaja – anak-anak kita – dengan helah pemasaran yang licik dan memesongkan ini.

Bahkan mereka mempergunakan golongan influencer dan artis muda untuk mendekatkan jurang dengan anak-anak kita melalui platfom medial sosial.

Jangan bagi anak-anak kita terpedaya!

Lindungi generasi akan datang.
Buka mata. Bongkarkan realiti.

🔥 ***coExposed

***coDay


Bersama – Selangor Bebas Asap Rokok

Tempoh 14 hari akan diberikan kepada semua pemilik premis untuk menurunkan sebarang bentuk iklan berkaitan produk v**e a...
28/05/2025

Tempoh 14 hari akan diberikan kepada semua pemilik premis untuk menurunkan sebarang bentuk iklan berkaitan produk v**e atau rokok elektronik di lokasi masing-masing.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berkata ia susulan arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk merampas dan menyita iklan berkaitan produk itu di semua medium fizikal termasuk papan iklan digital atau LED.

JOM SERTAI WNTD - SEGARUN 2025!PERCUMA 🏃🏻‍♂️Bersama kita UNMASK THE APPEAL!Sertai SEGARUN: Smoking Endgame sempena World...
28/05/2025

JOM SERTAI WNTD - SEGARUN 2025!

PERCUMA 🏃🏻‍♂️

Bersama kita UNMASK THE APPEAL!

Sertai SEGARUN: Smoking Endgame sempena World No To***co Day (WNTD 2025) dengan tema:
“Unmasking the Appeal: Exposing Industry Tactics on To***co & Ni****ne Products”
serta *Meraikan 20 tahun agenda FCTC* dalam kawalan tembakau serta gaya hidup sihat.

🗓️ Hari: 1 Jun 2025 (Ahad)
🕢 Masa: 6.30 pagi – 10.00 pagi
📍Tempat: Dataran DBKL, Kuala Lumpur

Acara ini bukan sekadar larian – ia satu pergerakan rakyat untuk mendedahkan taktik halus industri rokok, v**e & nikotin yang memerangkap generasi muda.

🏁 Tiga kategori akan 'Flagged off':
1 - Wheelchairs, Pram, Strollers, Scooters, Skateboards, dll ..
2 - Walkers, Joggers dan Runners
3 - Cyclists

Pelbagai aktiviti menarik turut berlangsung! 🎁
• Senamrobik
• ⁠Lompat Tali Challenge
• Advocacy Booths
• FUN CPR
• Lari Bob! (E-Game, E-Sukan)
• Fun Family Games
• Saringan Kanser Bergerak
• Pemeriksaan Kesihatan

DAFTAR SEKARANG
PERCUMA:
http://bit.ly/WNTD_SEGARUN_2025

Bawa keluarga, sahabat & rakan komuniti anda!

Mari bersama kita bina *Malaysia yang Bebas daripada amalan Rokok & V**e*.





**e

Tahniah dan terima kasih YB EXCO Kesihatan Selangor. Langkah awal melindungi generasi muda daripads ketagihan dan keburu...
20/05/2025

Tahniah dan terima kasih YB EXCO Kesihatan Selangor. Langkah awal melindungi generasi muda daripads ketagihan dan keburukan amalan merokok termasuk v**e.

Status Penjualan V**e di Malaysia
15/05/2025

Status Penjualan V**e di Malaysia

Orang awam yang jumpa penghisap rokok di kawasan tidak dibenarkan termasuk restoran atau kedai makan, mereka boleh ambil...
15/02/2025

Orang awam yang jumpa penghisap rokok di kawasan tidak dibenarkan termasuk restoran atau kedai makan, mereka boleh ambil gambar dan rekod video kemudian lapor kepada pejabat kesihatan daerah.

"Kita akan ambil tindakan tegas berhubung perkara ini kerana ia melibatkan aspek kesihatan awam.

Jangan bimbang atau takut untuk bersama-sama memastikan undang-undang di negara ini dipelihara.

Semua orang adalah sama, jadi semua pihak termasuk kakitangan kerajaan perlu mematuhi arahan ditetapkan terutama berkaitan kesalahan merokok di premis makanan atau kawasan yang tidak dibenarkan.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/712850/edisi/johor/orang-ramai-boleh-rakam-gambar-perokok-di-restoran

02/02/2025

Address

Central City
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Selangor Bebas Asap Rokok - Selbar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Selangor Bebas Asap Rokok - Selbar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram