Klinik Tuah Shah Alam

Klinik Tuah Shah Alam โœจ๐‘พ๐’‰๐’†๐’“๐’† ๐‘ท๐’‚๐’Š๐’ ๐‘ด๐’†๐’†๐’•๐’” ๐‘น๐’†๐’๐’Š๐’†๐’‡โœจ(1431694-X) ๐Ž๐ฎ๐ซ ๐’๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐œ๐ž๐ฌ
๐Ÿ‘ถ๐Ÿป Circumcision
๐Ÿฆต๐Ÿป Knee Pain
๐Ÿš‘ Minor Surgery
๐Ÿฆป๐ŸปEarwax suction
๐Ÿ’†๐Ÿปโ€โ™€๏ธPain Management

Punca Biasa Sakit Tumit / Tapak Kaki:V Plantar Fasciitis - Sakit menusuk terutama waktu bangun tidurV Heel Spur (Taji Tu...
21/01/2026

Punca Biasa Sakit Tumit / Tapak Kaki:
V Plantar Fasciitis - Sakit menusuk terutama waktu bangun tidur
V Heel Spur (Taji Tumit) - Tekanan tulang pada tisu sekeliling V Kasut Tidak Sesuai - Kurang sokongan & keseimbangan V Berat Badan Berlebihan - Tekanan berlebihan pada tumit
V Aktiviti Berlebihan - Berdiri atau berjalan terlalu lama
V Masalah Saraf & Arthritis - Sakit kronik yang berpanjangan
Mitos vs Fakta
X "Sakit tumit hanya orang tua"
V Fakta: Atlet, pekerja berdiri lama, dan orang aktif juga berisiko.
X "Rehat sahaja sudah cukup"
V Fakta: Tanpa rawatan, sakit boleh jadi lebih teruk dan berulang.
X "Mesti pembedahan kalau ada taji tumit"
Fakta: Kebanyakan kes boleh dirawat tanpa pembedahan.

Mulakan langkah pertama ke arah hidup yang lebih selesa hari ini,
Langkah kecil hari ini, boleh ubah kualiti hidup anda esok.๐Ÿ˜„


Malam tu dia terjaga berkali-kali, bukan sebab mimpi... tapi sebab batuk kering sampai terkencing dibuatnya member.Nak t...
19/01/2026

Malam tu dia terjaga berkali-kali, bukan sebab mimpi... tapi sebab batuk kering sampai terkencing dibuatnya member.
Nak telan air liur pun sakit, tekak rasa gatal dan perit. Ada yang makan ubat tak jalan, ikut berbagai tips minum air rebusan buah pear pun masih sama tak bagi kesan atau bagi lega sekejap ja...

Bila cuaca mula tak menentu, inilah cerita yang paling kerap kami dengar di klinik.
Musim influenza kembali, dan makin ramai datang dengan batuk berpanjangan, tekak sakit lebih seminggu, badan letih, suara serak. Lebih merisaukan bila ia melibatkan kanak-kanak dan warga emas, kerana kesannya boleh berlarutan dan mengganggu rutin harian.

Tapi hakikatnya, tak semua batuk dan tekak gatal itu influenza.
Ada yang berpunca daripada alergi, cuaca kering, asid perut naik
(GERD), asma, malah tabiat merokok. Sebab itu ada yang rasa
"kenapa aku dah makan ubat, tapi masih batuk?"

Batuk dan tekak gatal bukan sekadar tak selesa. la buat kita susah tidur, malas bercakap, selera makan hilang.

โœจ Khabar baiknya, ada beberapa cara ringkas yang boleh bantu legakan batuk & tekak dengan lebih cepat:

๐Ÿฆ‹ Lozeng untuk kurangkan rasa gatal & perit
๐Ÿฆ‹ Minum air suam untuk cairkan kahak
๐Ÿฆ‹ Ambil makanan atau snek sejuk
๐Ÿฆ‹Gunakan humidifier, terutama waktu malam
๐Ÿฆ‹ Mandian air panas & sedut wap
๐Ÿฆ‹ Berkumur air garam
๐Ÿฆ‹ Elakkan rokok & asap rokok
๐Ÿฆ‹ Amalkan ramuan semula jadi seperti madu & sup ayam

Namun, jika batuk masih berlarutan atau semakin teruk, jangan bertangguh untuk jumpa doktor. Pemeriksaan awal boleh bantu kenal pasti punca sebenar dan rawatan yang sesuai โค๏ธ

Umur masih muda... tapi kenapa badan rasa macamumur tua?Dulu masa kecil, kita tekan-tekan jari sebab seronok dengar buny...
07/01/2026

Umur masih muda... tapi kenapa badan rasa macam
umur tua?

Dulu masa kecil, kita tekan-tekan jari sebab seronok dengar bunyi "pop"
Sekarang bila dewasa, tekan buku jari sebab nak legakan sakit.
Pagi-pagi jari kaku. Pegang telefon lama sikit, tangan kebas.
Nak genggam kuat pun rasa ngilu.

Hakikatnya, bukan umur yang buat badan rasa tua.
Tapi gaya hidup yang kita ulang setiap hari:

โ–ช๏ธDuduk terlalu lama - depan skrin berjam-jam, sendi dan tendon tak sempat berehat
โ–ช๏ธStress berpanjangan - otot sentiasa tegang, saraf mudah tertekan
โ–ช๏ธTidur tak cukup - badan tak sempat 'repair' keradangan
โ–ช๏ธKurang bergerak - sendi jadi keras, aliran darah perlahan
Sebab itu sekarang, umur 30-40 pun dah mula rasa:
๐Ÿ‘‰๐Ÿป jari sakit
๐Ÿ‘‰๐Ÿป tangan kebas
๐Ÿ‘‰๐Ÿป jari terkunci (trigger finger)
๐Ÿ‘‰๐Ÿป sakit sendi akibat radang tendon, carpal tunnel atau arthritis awal

Dalam banyak kes, sakit jari memang boleh hilang sendiri.
Tapi jangan ambil ringan, kadang-kadang sakit kecil itu adalah tanda awal masalah sendi atau saraf.
Bila dibiarkan, yang ringan boleh jadi kronik.

Di Klinik Tuah, kami jumpa ramai yang datang bila badan dah
"kunci"
Sedangkan kalau diperiksa lebih awal, rawatan lebih mudah dan cepat.

Kalau hari ini anda rasa:
โ–ช๏ธjari kerap sakit atau kaku
โ–ช๏ธtangan mudah kebas
โ–ช๏ธsakit makin kerap walaupun berehat.

Mulakan dengan yang kecil:
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Setiap 1 jam duduk, bangun 2 minit
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Tidur awal walau 30 minit
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Gerakkan jari dan tangan

Hari ini, pilih untuk sayang badan anda, bukan sebab nak jadi sempurna tapi sebab anda masih perlu kuat untuk orang yang anda sayang ๐Ÿ’—

Ada orang bila tidur je terus berdengkur...krokk... krokkkk...Kadang bunyinya macam hon kapal, dengar pun boleh buat sat...
07/01/2026

Ada orang bila tidur je terus berdengkur...krokk... krokkkk...
Kadang bunyinya macam hon kapal, dengar pun boleh buat satu bilik gelak dan bahan sesama sendiri.
"Biasalah, aku dengkur je, bukan sakit pun"
Tapi yang ramai tak sedar, kalau berdengkur jadi rutin setiap malam, ia sebenarnya bukan benda kelakar tau. Masa kita lena, saluran nafas boleh jadi sempit, oksigen masuk pun berkurang.
Malam demi malam, paras oksigen dalam darah menurun.
Lama-kelamaan, jantung jadi penat sangat sehingga dapat memberi tekanan darah naik mendadak. Risiko serangan jantung dan strok pun meningkat secara perlahan-lahan.
Yang buat dia bahaya, semua ni berlaku masa kita tidur, kita tak rasa langsung sakit, cuma dengkur yang deras tu boleh ganggu ketenteraman orang lain.
Sebab tu ada orang selalu cakap, "berdengkur ni sebab penat".
Padahal ia salah satu punca yang menyebabkan badan kita kehilangan oksigen setiap malam.
Keadaan ni dipanggil Apnea Tidur Obstruktif, nampak macam tidur lena, tapi sebenarnya badan terjaga berkali-kali. Sebab tu oila kita tidur lama mana pun, bangun rasa letih, kepala berat, emosi mudah naik.
Kalau anda alami perkara ni, jangan buat tak tahu:
- Kerap terjaga kencing malam
- Sakit kepala waktu pagi
- Mulut kering, tekak pedih bila bangun
-Otak berkabus, susah fokus, cepat lupa
- Pedih ulu hati waktu malam
Kalau pasangan pernah cakap anda berdengkur kuat, tiba-tiba senyap macam berhenti natas, lepas tu tersedak, jadi rasanya dah boleh cari inisiatif, jangan biarkan atau buat tak tahu jer..
Bukan nak takutkan cuma nak hidup sihat lebih lama dengan orang yang kita sayang



22/12/2025
Dulu tiga tingkat tangga boleh kita daki tanpa henti, Sekarang baru dua tingkat pun lutut dah mula bergetar.Kadang waktu...
16/12/2025

Dulu tiga tingkat tangga boleh kita daki tanpa henti, Sekarang baru dua tingkat pun lutut dah mula bergetar.

Kadang waktu bangun dari kerusi, ada bunyi kecil di lutut...
Kita gosok, sapu minyak, tak lama macam tu tetap rasakan sakit, Malah setiap kali rasa ngilu itu datang semula, itu sebenarnya tanda sendi haus sedikit demi sedikit.

Osteoarthritis lutut tak datang tiba-tiba.
Bila usia meningkat, rawan dalam sendi lutut semakin menipis.
Lapisan licin yang dulu bantu tulang bergerak tanpa geseran kini
haus sedikit demi sedikit.

Urut bantu longgarkan otot luar,
tapi ia tak boleh rawat rawan yang haus di dalam.
Sebab itu, sakitnya hilang sementara... kemudian datang semula.

Nikmat berjalan tanpa sakit bukan milik orang tua. la milik siapa pun yang masih punya langkah.
Jaga ia sebelum setiap langkah terasa seperti hutang kepada
diri sendiri. ๐Ÿ˜Š

Normal ke kalau kita biarkan bengkak surut sendiri?Tapi sejam... dua jam...Bengkaknya makin naik, rasa berdenyut.Pada sa...
12/12/2025

Normal ke kalau kita biarkan bengkak surut sendiri?
Tapi sejam... dua jam...
Bengkaknya makin naik, rasa berdenyut.
Pada saat itulah langkah R.I.C.E sepatutnya bermula.
Bukan tunggu sampai bengkak tu sebesar lesung batu..
Rehat mengurangkan tekanan pada tisu.
Ais memperlahankan keradangan.
Balutan mengawal bengkak daripada merebak.
Dan meninggikan anggota membantu aliran darah kembali stabil.
Kadang-kadang bengkak boleh surut sendiri...
Tapi bila ia semakin naik dan berdenyut, itu tanda bukan semakin baik tapi bahaya untuk tisu yang bengkak tu.
Lebih cepat kita sedar, lebih cepat kita dapat smash badminton, Mencegah lebih baik daripada merawat.

11/12/2025

๐—–๐˜‚๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—ต ๐—ก๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐˜! ๐Ÿ˜ฑ ๐—”๐—ฑ๐—ถ๐—ธ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ก๐—ถ?

Kalau nak cari tempat sunat yang ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ, ๐œ๐ž๐ฉ๐š๐ญ & ๐ญ๐š๐ค ๐ญ๐ซ๐š๐ฎ๐ฆ๐š, Klinik Tuah memang pilihan utama ibu bapa bijak.

Kami menawarkan 2 promosi best sempena cuti sekolah hujung tahun ni ๐Ÿ’ฅ

1๏ธโƒฃ ๐’๐ฎ๐ง๐š๐ญ๐ก๐จ๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐“๐ฎ๐š๐กโ—๏ธ

๐Ÿ“… 20.12.2025 (Sabtu)
๐Ÿ“ Seluruh cawangan
โœ‚๏ธ Teknik laser
๐Ÿท๏ธ RM 200 sahaja (Harga asal RM250)
๐Ÿ’Š Termasuk ubat tahan sakit & krim sapu

Nak lebih eksklusif? Kami adaโ€ฆ

2๏ธโƒฃ ๐๐‘๐Ž๐Œ๐Ž ๐’๐”๐๐€๐“ ๐’๐“๐€๐๐‹๐„๐‘ ๐‚๐”๐“๐ˆ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ โœจ

๐Ÿ“… Bermula 18.12.2025 sehingga 11.01.2026
๐ŸŽ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ubat-ubatan & rawatan susulan
๐Ÿ“Œ Terhad selagi slot sunat masih ada โœ…

๐“๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐’๐ญ๐š๐ฉ๐ฅ๐ž๐ซ โ€” ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐จ.๐Ÿ ๐ˆ๐›๐ฎ ๐๐š๐ฉ๐š

โ˜‘๏ธ ๐‚๐ž๐ฉ๐š๐ญ, ๐ญ๐š๐ค ๐ฌ๐š๐ค๐ข๐ญ & ๐œ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค
โ˜‘๏ธ ๐๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ฌ๐š๐ฆ๐š
โ˜‘๏ธ ๐“๐ข๐๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š
โ˜‘๏ธ ๐Ÿ—๐Ÿ“% ๐ค๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ก ๐œ๐ž๐ฉ๐š๐ญ & ๐ฌ๐ž๐ง๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฃ๐š๐ ๐š

๐Ÿ“ฒ Book sekarang di
https://kliniktuah.com/buat-temujanji/
Sementara slot masih ada (Minggu pertama cuti sekolah dah nak full).

๐—–๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป & ๐—ก๐—ผ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ถ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ :
๐Ÿ“Œ Kuantan : 0199087813 ( https://wa.link/3xzrvl )
๐Ÿ“Œ Cheras : 01169392454 ( https://wa.link/o435p5 )
๐Ÿ“Œ Shah Alam : 0143242974 ( https://wa.link/gdkzva )
๐Ÿ“Œ Johor Bahru : 01139142280 ( https://wa.link/qs3trv )

Bahu sakit dah dekat sebulan, makin urut makin pedih, rasa menyengat sangat.Takkan ada kanser? ke ada benda duduk?Celik ...
08/12/2025

Bahu sakit dah dekat sebulan, makin urut makin pedih, rasa menyengat sangat.
Takkan ada kanser? ke ada benda duduk?

Celik mata sebelum subuh biasanya mengait sawit tapi sekarang tak mampu, sejak muda sudah biasa bangun sebelum matahari terbit kerana sawit adalah rezekinya. Setiap hari, bahunya bekerja tanpa keluhan, menghayun galah, mengait tandan, mengangkat, memikul, hanya kerana demi sesuap nasi.

Tapi pagi itu beza sangat, cuba angkat galah yang ditusuk dengan sawit seperti biasa, tapi bahu kanan yang dulu kuat kini bergegar, menyengat. Ototnya bergetar, nafas p**a rasa pendek dan kesakitan datang mencucuk, merayap sampai ke lengan.

Kerja sawit bukan kerja ringan, semua bergantung pada bahu.
Hari berganti hari, sakit itu tak hilang.
Nak angkat tangan pun susah, apatah lagi mengait sawit.
Tandan yang dulu mampu kutip belasan sehari, kini satu pun dia tak mampu.

Sakit bahu biasanya datang dalam bentuk ketegangan.
Otot yang tegang akibat postur duduk yang salah, tidur dengan posisi yang tak kena, atau mengangkat barang berat tanpa sedar. Sakit jenis ini biasanya membuat bahu rasa berat, tegang, atau ketat. Walaupun mengganggu, ia tetap boleh bergerak. Dan yang paling penting bila diberi rehat, tuam, atau urutan ringan, sakit itu perlahan-lahan reda.
Tetapi sakit yang dia rasa... tidak begitu.
Untuk hari-hari yang panjang, rehat tidak mengurangkan sakitnya.
Urutan hanya membuatnya lebih pedih.
Dan setiap kali dia cuba angkat tangannya walau sedikit, bahunya terasa seperti diheret dari dalam.
Itulah ciri kecederaan rotator cuff iaitu kump**an otot dan
tendon yang selama ini memegang sendi bahu supaya stabil.
Kecederaan jenis ini selalu berlaku pada orang yang bergerak berulang kali di atas paras kepala contohnya mengait sawit, menghayun galah, mengangkat beban, memusing lengan tanpa henti.

Masalah bahu boleh berpunca dari banyak perkara . Otot
tegang, kecederaan lama, postur duduk yang salah, sendi haus, sampailah ke masalah seperti frozen shoulder, rotator cuff koyak atau arthritis.

Kerana sakit bahu... bukanlah pengakhiran tapi satu saat yang
kita diberi peluang untuk berehat secara tersirat โ˜บ๏ธ

Setiap pagi, anda bangun dengan harapan hari ini akan lebih baik. Tapi langkah pertama dari katil saja dah buat anda men...
01/12/2025

Setiap pagi, anda bangun dengan harapan hari ini akan lebih baik. Tapi langkah pertama dari katil saja dah buat anda mengeluh kecil. Ada rasa pedih, mencucuk, dan lenguh dekat tapak kaki yang dah lama anda abaikan.

Punca
โ—๏ธ Berdiri terlalu lama tanpa rehat.
โ—๏ธ Berat badan berlebihan.
โ—๏ธ Kasut tanpa sokongan lengkung
โ—๏ธ Aktiviti berimpak tinggi seperti berlari atas permukaan keras.
โ—๏ธ Kaki rata atau terlalu melengkung.

Cara Mengurangkan Sakit Tapak Kaki
โœจPakai kasut yang selesa dan menyokong tapak kaki
โœจPilih kasut yang ada insole tebal dan wide toe box
โœจRehat dan kurangkan aktiviti fizikal bera
โœจGunakan ais untuk kurangkan bengkak
โœจLakukan regangan tapak kaki setiap hari
โœจGunakan tapak kasut tambahan (orthotic)
Sesuai untuk flat feet atau high arch feet
โœจJaga berat badan
โœจElakkan berdiri terlalu lama tanpa rehat
โœจJumpa doktor jika sakit berlarutan

Sayangi kaki anda, sebab ia peneman setia setiap langkah kita๐Ÿ’•



24/11/2025

Tutorial Semudah ABC Untuk Book Appointment !! ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ‘๐Ÿป

Tempah temujanji anda sekarang bagi mendapatkan rawatan
seperti dibawah :

๐Ÿ” Rawatan Telinga Earwax
๐Ÿ” Pembedahan / Surgery
๐Ÿ” Khatan Bayi / Baby Circumcision
๐Ÿ” Khatan Kanak / Kids Circumcision
๐Ÿ” Khatan Dewasa / Adult Circumcision
๐Ÿ” Rawatan Sakit Lutut
๐Ÿ” Rawatan Sakit Bahu
๐Ÿ” Rawatan Sakit Kaki
๐Ÿ” Rawatan Sakit Tangan/Jari

Cawangan Kami :
๐Ÿ“Cheras (Bandar Sri Permaisuri, Cheras KL)
๐Ÿ“& Kuantan (Pusat Bandar Kuantan, Pahang)
๐Ÿ“ Shah Alam (Seksyen 7, Selangor)
๐Ÿ“Johor Bahru (Bandar Baru Uda)

Hubungi kami melalui Call/Whatsapp jika ada sebarang pertanyaan ๐Ÿคณ๐Ÿป
http://wasap.my/60143242974


Address

7, Jalan Plumbum P7/P
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Tuah Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category