GAYA HIDUP SIHAT

GAYA HIDUP SIHAT Marilah hidup dengan cara yang sihat dan cergas...mencegah lebih baik dari mengubati..

23/07/2013

Batuk dan selesema sering disebabkan jangkitan virus. Bagaimanapun, berlaku juga kes batuk dan selesema berlarutan hingga berminggu-minggu atau menjadi lebih teruk. Dalam kes sebegini, rawatan perlu ditingkatkan dan punca batuk dan selesema perlu dikenal pasti.

Batuk dan selesema mungkin disebabkan alahan yang juga boleh menyebabkan asma. Biasanya punca gejala dalam kes sebegini ialah habuk, asap terutama asap rokok, debunga dan bulu haiwan seperti kucing, arnab dan anjing.

Julat gejala apabila terdedah kepada alergen (bahan yang menyebabkan alahan) agak luas, daripada bersin setiap pagi (sering dikenali sebagai resdung) kepada berdehit. Di samping itu, mungkin juga ada tanda lain seperti ekzema pada kulit.

PUT YOUR CAR KEYS BESIDE YOUR BED AT NIGHTPut your car keys beside your bed at night. If you hear a noise outside your h...
19/07/2013

PUT YOUR CAR KEYS BESIDE YOUR BED AT NIGHT

Put your car keys beside your bed at night. If you hear a noise outside your home or someone trying to get in your house, just press the panic button for your car. The alarm will be set off, and the horn will continue to sound until either you turn it off or the car battery dies. Next time you come home for the night and you start to put your keys away, think of this: It's a security alarm system that you probably already have and requires no installation. Test it. It will go off from most everywhere inside your house and will keep honking until your battery runs down or until you reset it with the button on the key fob chain. It works if you park in your driveway or garage. If your car alarm goes off when someone is trying to break into your house, odds are the burglar ra**st won't stick around... After a few seconds all the neighbors will be looking out their windows to see who is out there and sure enough the criminal won't want that. And remember to carry your keys while walking to your car in a parking lot. The alarm can work the same way there also. This is something that should really be shared with everyone. Maybe it could save a life or a sexual abuse crime. Would also be useful for any emergency, such as a heart attack, where you can't reach a phone. This is a really good idea. You could leave the spare key fob or remote button next to your bed permanently. Definitely, this is something to pass on to your family and friends as a security tip. Please pass and share this even if you've read it before. It's a reminder.

Jangan ajar diri atau anak-anak terbiasakan diri dengan makanan segera, makanan ringan dan sebagainya yang " MISKIN NUTR...
19/07/2013

Jangan ajar diri atau anak-anak terbiasakan diri dengan makanan segera, makanan ringan dan sebagainya yang " MISKIN NUTRISI " ...

Makan makanan seperti ini ibarat meracun lalu membunuh diri, kemudiannya "MATI" perlahan-lahan..

Eh, betul ke ni? YA! Betul..Saya tengah cerita pasal kematian..Saya sudah tentu serius..Bukannya saya tengah beritahu pasal cerita Mr. Bean..

Klik LIKE & SHARE, panjangkan manfaat dan ilmu ini kepada ramai..

19/07/2013

Ramai berpendapat bersenam untuk kurus namun pandangan ini kurang tepat. Bersenam sebenarnya adalah untuk mengekalkan kecergasan badan. Tidak guna mendapat bentuk tubuh diinginkan seandainya badan tidak cergas. Kesihatan optimum tidak akan dapat dicapai sekiranya aspek kecergasan fizikal diabaikan sekalipun pada bulan puasa.

Bagi kekal cergas sepanjang Ramadan, aktiviti fizikal sama penting dengan pemakanan. Setiap individu perlu melakukan aktiviti fizikal ringan yang berintensiti rendah bagi terus mengekalkan tahap kesihatan sewajarnya.

Menerusi kajian Jurnal Fisiologi Gunaan, berpuasa sebelum bersenam meningkatkan penggunaan lemak dan menurunkan kadar glikogen otot (iaitu karbohidrat yang disimpan dalam otot). Satu kajian dalam Jurnal Pemakanan p**a mendapati penurunan berat badan oleh individu berpuasa yang turut melakukan senaman lebih cepat iaitu sebanyak 27 hari berbanding 41 hari.

Top 10 brain damaging habits1. No BreakfastPeople who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level....
16/07/2013

Top 10 brain damaging habits

1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.
2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leadingto a decrease in mental power.
3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.
4. High Sugar Consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.
5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decreasein brain efficiency.
6 . Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.
7. Head Covered While Sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.
8. Working Your Brain During Illness
Working hard or studying with sickness may leadto a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.
9. Lacking in Stimulating Thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.
10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain.
Share it to all, so that most of us get benefitted
Thanks

16/07/2013

Anda mungkin makan dengan secukupnya tetapi untuk mengekalkan gaya hidup yang begitu sibuk, anda bukan sekadar perlu makan mengikut masa, malahan juga perlu mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ini kerana pemakanan yang betul memberi anda segala nutrien penting dan komponen makanan lain yang diperlukan untuk kekal sihat dan cergas sepanjang masa.

Makan secara sihat bermakna mengambil pelbagai jenis makanan kerana makanan yang berlainan membekalkan tenaga dan kombinasi nutrien yang berbeza. Untuk memastikan anda mendapat bekalan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk keperluan harian, anda perlu makan pelbagai jenis makanan yang menggabungkan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayuran, daging, ikan, ayam serta produk susu (dengan penekanan kepada empat kump**an makanan yang pertama).

Anda juga perlu mengurangkan pengambilan lemak, gula dan garam. Dan minum banyak air! Setelah memahami peranan diet yang pelbagai dan seimbang untuk memastikan anda cergas dan bertenaga, adakah anda tahu apa lagi yang diperlukan untuk memberikan prestasi yang terbaik setiap hari?

16/07/2013
14/07/2013

Sepanjang berpuasa, tubuh menjadi agak lemah kerana tidak makan sepanjang hari dan pengambilan serat yang tinggi daripada sayur dan buah mampu memberikan tenaga diperlukan.Sayur-sayuran dan buah-buahan bukan setakat kaya dengan serat, malah dipenuhi dengan pelbagai jenis nutrien yang memberi kebaikan pada tubuh, mengekalkan kesihatan dan lebih mengagumkan ia mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik.

Secara keseluruhannya, pengambilan serat yang tinggi daripada sumber sayur dan buah mampu merendahkan risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan angin ahmar, selain melindungi diri daripada sesetengah jenis kanser. Ia juga mampu mengurangkan masalah obesiti, diabetes mellitus jenis dua, merendahkan tekanan darah tinggi, melindungi daripada penyakit batu karang, mengurangkan kolesterol dan risiko kehilangan j***m tulang.

Kebanyakan sayuran mengandungi paras lemak dan kalori rendah dan tidak mengandungi sebarang kolesterol. Orang yang berpuasa tidak sepatutnya memberikan alasan tiada masa sesuai untuk makan sayur sepanjang berpuasa kerana ia mempunyai banyak nutrien dan baik untuk kesihatan tubuh seperti serat, potasium, asid folik, vitamin A dan C.

13/07/2013

Berpuasa memberi pelbagai kesan kepada tubuh. Apabila tubuh melalui fasa daripada diberikan makanan dan air secara kerap sehingga langsung tidak mendapat makanan atau minuman buat jangka masa tertentu, ia pasti memberi kejutan kepada sistem badan. Selain tubuh, kulit akan mengalami perubahan, ditambah cuaca negara ini yang panas. Jika tidak dipelihara dengan sempurna, ia boleh menyebabkan kulit kering, kusam dan berjerawat yang disebabkan oleh simptom dehidrasi.

Pembersihan, penggunaan pencerah, pengelupasan dan pelembap yang teliti adalah penting untuk menanggalkan sel kulit mati akibat kekurangan air dan menyeimbangkan penghasilan minyak di dalam kulit. Pemilihan makanan yang baik juga membantu memelihara kesihatan kulit dan tubuh ketika Ramadan.

Pengambilan air yang cukup sangat penting ketika Ramadan. Ia akan memastikan kulit kekal bersih dan lembap selain bebas masalah sepanjang Ramadan. Elak mengambil minuman berkarbonat kerana ia mengandungi kandungan tiga kali ganda gula berbanding minuman biasa. Seelok-eloknya, minum air putih atau jus buah-buahan segar. Menjaga kulit melalui diet betul dan rutin penjagaan kulit yang baik menyumbang kepada kulit cantik dan sihat.

12/07/2013

Psoriasis ialah penyakit yang tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang mampu mengawal penyakit ini. Adakala ia wujud dan sebaliknya. Ia berlaku disebabkan faktor keturunan, misalnya jika ibu bapa menghidap penyakit sama, kebarangkalian anak mendapat penyakit itu mencecah 70 peratus.

Kepala, siku, lutut, tubuh badan dan muka p**a antara bahagian yang sering diserang psoriasis, malah dianggarkan 30 peratus penyebab kepada penyakit sendi,” katanya ketika ditemui di Klinik Pakar Kulit miliknya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Antara faktor lain menjadi penyebab psoriasis bertambah buruk ialah tekanan, berhenti mengambil kortikosteroid, pengambilan alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu.

Tahap jangkitan psoriasis bermula daripada tompok kecil pada satu bahagian hinggalah ke seluruh permukaan badan. Psoriasis menyebabkan tompok bersisik dikenali sebagai plak psoriatik dan ia adalah bahagian keradangan dengan pengeluaran kulit berlebihan.

12/07/2013

Jangan terkejut kerana diabetes bukan lagi penyakit orang tua, sebaliknya dua daripada 100 orang didapati sudah mendapat diabetes seawal usia 17 tahun dan dalam kalangan yang berusia 30 tahun, didapati satu daripada 20 orang atau lima peratus daripada pop**asi dewasa dikesan menghidap penyakit ini.

Jadi bagi mereka yang memasuki usia 30 tahun, disaran menjalani pemeriksaan gula dalam darah kerana 44 peratus penduduk di negara ini mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Ini adalah diabetes paling lazim berlaku dan pada skala global, ia dihidapi lebih 220 juta orang atau kira-kira 90 peratus pesakit diabetes di seluruh dunia.

Penyakit diabetes jenis 1 biasanya dihidapi kanak-kanak akibat masalah kelenjar pankreas yang berlaku sejak lahir di mana ia tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya atau tiada penghasilan insulin langsung bagi mengangkut gula dalam darah. Fakta menarik adalah 80 peratus daripada penghidap diabetes jenis 2 (diabetes orang dewasa) tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana tinggi dan berusia pada peringkat usia pertengahan, iaitu antara 45 hingga 64 tahun.

Address

Shah Alam

Telephone

017-2808919

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GAYA HIDUP SIHAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram