Wong Family Clinic Sibu

Wong Family Clinic Sibu A clinic where expertise and friendliness intersect. Your health is our priority.

15/11/2025
19/10/2025

TIADA KIT SELF-TEST INFLUENZA DILULUSKAN OLEH MDA

Perhatian kepada semua pekerja dan majikan.
Akhir-akhir ini, semakin banyak kit ujian kendiri Influenza dijual di pasaran dan secara dalam talian.

Namun perlu diingat, setakat ini tiada kit self-test Influenza yang diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA) untuk kegunaan orang awam.

Diagnosis Influenza hanya boleh disahkan oleh doktor, berdasarkan penilaian klinikal dan ujian makmal yang sah.

Anda tidak boleh mengesahkan diri dijangkiti Influenza hanya berdasarkan keputusan kit yang dibeli di Shopee atau dalam talian.

Tiada test kendiri Influenza sebab diagnosis tak cukup hanya dengan keputusan kit.
Doktor perlu buat penilaian menyeluruh termasuk tahap gejala, sejarah kesihatan, dan sama ada perlu ubat antiviral atau rujukan lanjut.

Tanpa pemeriksaan rapi, rawatan boleh jadi tersilap atau tertangguh.

11/10/2025

FAQ INFLUENZA 2025: Soalan Lazim Masyarakat

1. Apa gejala influenza?

Influenza (flu) biasanya menyebabkan gejala:
• Demam tinggi, menggigil
• Batuk, sakit tekak
• Hidung berair atau tersumbat
• Sakit kepala, sendi dan otot
• Letih dan lemah
• Kadang-kadang muntah atau cirit-birit (lebih kerap pada kanak-kanak)

2. Berapa lama seseorang berjangkit (infectious)?
• 1 hari sebelum gejala muncul hingga 5–7 hari selepas sakit bermula.

3. Perlu ke maklum kepada Pejabat Kesihatan (notifikasi)?
• Tidak perlu bagi kes individu.
• Tapi jika ramai pelajar/staf jatuh sakit serentak di sekolah, taska, asrama atau pejabat pihak institusi perlu maklumkan kepada PKD untuk siasatan dan tindakan kawalan.

4. Perlu ke sekolah atau taska ditutup kalau ada kes influenza?
• Tidak perlu tutup sekolah sepenuhnya.
• Hanya murid atau staf yang bergejala perlu direhatkan di rumah hingga sembuh.
• Sekolah disaran teruskan pemantauan, pembersihan kawasan, dan pengasingan pelajar bergejala.
• Penutupan hanya dipertimbangkan jika kluster besar berlaku dan disahkan oleh PKD.

5. Bagaimana nak tahu seseorang ada influenza? Siapa yang boleh sahkan?
• Doktor boleh menilai berdasarkan gejala klinikal.
• Untuk pengesahan, boleh buat ujian RTK influenza (A/B) atau PCR di klinik atau hospital.
• Ujian biasanya disyorkan untuk:
• Pesakit risiko tinggi atau dimasukkan ke hospital
• Pengesahan kes berkaitan kluster / institusi

6. Adakah ibu bapa layak terima cuti kuarantin jika anak kena influenza?
• Bagi penjawat awam:
Layak memohon Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin / Memerlukan Pengasingan (maksimum 5 hari setiap kes) jika ada surat pengesahan doktor bahawa anak perlu dikuarantin.
• Termasuk penyakit berjangkit seperti influenza jika pegawai perubatan mengesahkan perlunya pengasingan.
• Bagi pekerja swasta:
Tiada peruntukan wajib dalam undang-undang. Namun, boleh guna cuti rehat, cuti sakit, atau cuti kecemasan atas budi bicara majikan.

7. Adakah jangkitan sekarang strain baru?
• Setakat ini, tiada strain influenza baru yang berbahaya dikesan di Malaysia.
• Kes meningkat disebabkan virus influenza bermusim

8. Apakah rawatan untuk influenza?
• Kebanyakan pesakit pulih sendiri dengan rehat dan rawatan simptomatik (ubat demam, batuk, selsema).
• Antiviral (Oseltamivir/Tamiflu) diberikan jika:
• Pesakit risiko tinggi (kanak-kanak, warga emas, ibu hamil, pesakit kronik), atau
• Pesakit dengan komplikasi / dimasukkan ke hospital.
9. Adakah vaksin influenza penting?
• Sangat digalakkan setiap tahun, terutamanya untuk:
• Warga emas (≥60 tahun)
• Pesakit kronik
• Petugas kesihatan & penjaga warga emas
• Vaksin membantu kurangkan risiko jangkitan teruk dan komplikasi.

10. Apa langkah pencegahan terbaik?
• Tutup mulut & hidung bila batuk/bersin
• Basuh tangan dengan sabun atau sanitizer
• Pakai pelitup muka jika bergejala
• Elak tempat sesak
• Rehat di rumah hingga sembuh

Influenza mungkin nampak seperti selsema biasa, tapi bagi warga emas, kanak-kanak kecil, dan pesakit kronik ia boleh jadi jangkitan yang serius.

Kesihatan bukan sekadar tentang cepat sembuh, tapi tentang tidak menjangkiti orang yang kita sayang.

Prevention is better than Cure    #流感防护
09/10/2025

Prevention is better than Cure
#流感防护

最近砂拉越的流感病例明显增加。流感是一种通过咳嗽或打喷嚏时的飞沫容易传播的疾病,常见症状包括发烧、喉咙痛、咳嗽、身体酸痛和疲倦。以下是保护您和家人的方法:✅ 接种流感疫苗——疫苗是最有效的预防措施,特别适合儿童、年长者及有慢性疾病的人。✅ ...
09/10/2025

最近砂拉越的流感病例明显增加。
流感是一种通过咳嗽或打喷嚏时的飞沫容易传播的疾病,常见症状包括发烧、喉咙痛、咳嗽、身体酸痛和疲倦。

以下是保护您和家人的方法:
✅ 接种流感疫苗——疫苗是最有效的预防措施,特别适合儿童、年长者及有慢性疾病的人。
✅ 保持良好卫生习惯——经常洗手,咳嗽或打喷嚏时掩住口鼻,避免共用餐具或饮料。
✅ 如果身体不适,请在家休息,以免将病毒传染给他人。
✅ 增强免疫力——均衡饮食、充足睡眠、多喝水。

若您出现高烧、喉咙痛、咳嗽或身体酸痛等症状,请不要忽视。欢迎前来我们诊所进行检查和流感检测。
及早诊断有助于预防并发症,保护您和家人的健康。

让我们一起守护社区的健康与安全。💪
#流感防护 #砂拉越健康 #黄氏家庭诊所 #保持健康

Untuk pengetahuan anda, peningkatan kes influenza berlaku di seluruh Sarawak kebelakangan ini.Penyakit ini mudah merebak...
09/10/2025

Untuk pengetahuan anda, peningkatan kes influenza berlaku di seluruh Sarawak kebelakangan ini.
Penyakit ini mudah merebak melalui titisan air apabila seseorang batuk atau bersin, dan boleh menyebabkan demam, sakit tekak, batuk, sakit badan, serta keletihan.
Berikut ialah cara untuk melindungi diri dan keluarga anda:
✅ Ambil vaksin influenza – Vaksin adalah perlindungan terbaik, terutamanya untuk kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai penyakit kronik.
✅ Amalkan kebersihan diri – Basuh tangan dengan kerap, tutup mulut ketika batuk atau bersin, dan elakkan berkongsi peralatan makan atau minuman.
✅ Berehat di rumah jika tidak sihat bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
✅ Tingkatkan daya tahan badan – Amalkan pemakanan seimbang, minum air secukupnya, dan tidur yang mencukupi.
Jika anda mengalami demam tinggi, sakit tekak, batuk, atau sakit badan, jangan abaikan gejala tersebut. Datang berjumpa kami untuk pemeriksaan dan ujian influenza. Diagnosis awal dapat mencegah komplikasi dan melindungi orang tersayang.
Mari kita sama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan komuniti kita. 💪

Untuk pengetahuan anda, peningkatan kes influenza berlaku di seluruh Sarawak kebelakangan ini.
Penyakit ini mudah merebak melalui titisan air apabila seseorang batuk atau bersin, dan boleh menyebabkan demam, sakit tekak, batuk, sakit badan, serta keletihan.
Berikut ialah cara untuk melindungi diri dan keluarga anda:
✅ Ambil vaksin influenza – Vaksin adalah perlindungan terbaik, terutamanya untuk kanak-kanak, warga emas, dan individu yang mempunyai penyakit kronik.
✅ Amalkan kebersihan diri – Basuh tangan dengan kerap, tutup mulut ketika batuk atau bersin, dan elakkan berkongsi peralatan makan atau minuman.
✅ Berehat di rumah jika tidak sihat bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain.
✅ Tingkatkan daya tahan badan – Amalkan pemakanan seimbang, minum air secukupnya, dan tidur yang mencukupi.
Jika anda mengalami demam tinggi, sakit tekak, batuk, atau sakit badan, jangan abaikan gejala tersebut. Datang berjumpa kami untuk pemeriksaan dan ujian influenza. Diagnosis awal dapat mencegah komplikasi dan melindungi orang tersayang.
Mari kita sama-sama menjaga kesihatan dan keselamatan komuniti kita. 💪

Lately, we’ve seen an increase in influenza (flu) cases across Sarawak. The flu spreads easily through droplets when som...
09/10/2025

Lately, we’ve seen an increase in influenza (flu) cases across Sarawak. The flu spreads easily through droplets when someone coughs or sneezes, and it can cause fever, sore throat, cough, body aches, and tiredness.

Here’s how you can protect yourself and your family:
✅ Get vaccinated – The flu vaccine is the best protection, especially for children, the elderly, and those with chronic diseases.
✅ Practice good hygiene – Wash hands regularly, cover your mouth when coughing or sneezing, and avoid sharing utensils or drinks.
✅ Rest and recover at home if you’re unwell, to avoid spreading the virus to others.
✅ Boost your immunity – Eat balanced meals, stay hydrated, and get enough sleep.

If you develop symptoms such as high fever, sore throat, cough, or body aches — don’t ignore them. Visit us for assessment and influenza testing. Early diagnosis helps prevent complications and protects your loved ones.

Let’s all do our part to keep our community healthy and safe. 💪

Protect yourself and your loved ones with CHICKENPOX VACCINE today~ For further inquiries, please contact 010-793 0824
05/08/2025

Protect yourself and your loved ones with CHICKENPOX VACCINE today~

For further inquiries, please contact 010-793 0824

Address

LOT 1684, BLOCK 1, SG MTD, 37, G/F, LORONG WAWASAN 9C
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Tuesday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Wednesday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Thursday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Friday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Saturday 08:00 - 15:00
18:30 - 20:30
Sunday 08:00 - 14:00

Telephone

+60107930824

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wong Family Clinic Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wong Family Clinic Sibu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram