10/11/2025
Kecederaan Tusukan Jarum: Risiko, Tindakan Segera Dan Langkah Pencegahan๐
Artikel ini disediakan oleh Puan Adlin Nadia binti Zakaria, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kecederaan akibat objek tajam, khususnya kecederaan tusukan jarum (needle stick injury, NSI), telah dikenal pasti sebagai antara isu kesihatan pekerjaan yang paling signifikan dalam kalangan anggota kesihatan. Menurut dapatan penyelidik di Iran yang menilai 87 kajian terdahulu berkaitan NSI di 31 buah negara, sebanyak 44.5% anggota kesihatan dilaporkan terlibat dalam insiden NSI, dengan kadar tertinggi direkodkan di rantau Asia Tenggara (58.2%). Di Malaysia, kajian melaporkan bahawa anggota kesihatan yang berisiko mengalami insiden NSI termasuklah doktor, anggota perkhidmatan pergigian, anggota farmasi, jururawat dan pembantu perubatan.
๐๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐ฃ๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐ ๐ค๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐ค๐๐๐๐๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐ค๐ข๐๐๐ญ ๐จ๐๐ฃ๐๐ค ๐ญ๐๐ฃ๐๐ฆ
Antara kesan yang paling membimbangkan akibat NSI ialah penularan virus bawaan darah seperti human immunodeficiency virus (HIV), hepatitis B dan hepatitis C. Sebahagian besar jangkitan HIV, hepatitis B dan hepatitis C dalam kalangan anggota kesihatan didapati berpunca daripada kecederaan yang disebabkan oleh peralatan tajam yang tercemar dengan darah atau cecair badan pesakit.
๐๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐ฉ๐๐ง๐ฎ๐ฅ๐๐ซ๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ฒ๐๐ค๐ข๐ญ-๐ฉ๐๐ง๐ฒ๐๐ค๐ข๐ญ ๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ซ๐๐ฉ๐ ๐๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ, ๐ฌ๐๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ข:
i. jenis objek tajam yang menyebabkan kecederaan
ii. tahap keseriusan kecederaan
iii. status vaksinasi, terutamanya untuk hepatitis B
iv langkah pencegahan yang diberikan selepas NSI (post-exposure prophylaxis, PEP)
๐๐ข๐ง๐๐๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ ๐๐ซ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ข๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ ๐ฌ๐๐ค๐ข๐ซ๐๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ
Anggota kesihatan yang mengalami kecederaan akibat tusukan jarum atau sebarang insiden yang berisiko, pertolongan cemas perlu segera diberikan. Tempat luka harus dicuci dengan sabun dan air atau cecair pembasmi kuman yang bersesuaian. Kejadian tersebut harus dilaporkan. Anggota kesihatan yang terlibat juga harus dibawa untuk pemeriksaan bagi menentukan keperluan untuk rawatan yang selanjutnya.
๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ ๐๐ก๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐๐ค๐ค๐๐ง ๐ฃ๐๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ๐๐ง ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐๐๐
i. Ubat antiretroviral sebagai pencegahan jangkitan HIV selepas pendedahan
PEP ialah rawatan jangka pendek menggunakan ubat antiretroviral (ARV) yang diberikan selepas insiden yang berisiko untuk mencegah penularan jangkitan HIV. Walaupun kadar jangkitan HIV akibat NSI hanya sekitar 0.3%, PEP harus diberikan kepada anggota kesihatan yang terlibat dalam insiden NSI.
PEP haruslah diberikan secepat mungkin, sebaik-baiknya dalam tempoh dua jam selepas insiden berlaku. Tempoh 24 hingga 36 jam selepas NSI adalah kritikal untuk memulakan PEP bagi memastikan keberkesanan PEP yang diberikan.
Penilaian yang teliti diperlukan untuk menentukan regimen PEP yang harus dimulakan kepada anggota kesihatan yang terlibat. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah tahap keseriusan kecederaan yang dialami, sumber jangkitan yang berpotensi serta status jangkitan sekiranya insiden melibatkan pesakit.
Sekiranya insiden NSI melibatkan pesakit yang tidak diketahui status jangkitan HIV, PEP dengan dua jenis ubat ARV harus dimulakan. Regimen PEP untuk insiden NSI yang melibatkan pesakit yang diketahui status jangkitan HIV p**a hendaklah berpandukan bacaan viral load pesakit yang terkini serta jenis ubat ARV yang pernah diambil sebelum ini.
Selepas dimulakan dengan PEP, anggota kesihatan yang terlibat perlu melengkapkan rawatan selama 28 hari. Kepatuhan terhadap pengambilan ubat-ubatan ARV adalah penting untuk memastikan keberkesanan PEP yang diambil. Oleh sebab itu, anggota kesihatan dinasihatkan untuk berbincang tentang kesan sampingan yang mungkin dialami sebagai strategi untuk membantu meningkatkan kepatuhan.
ii PEP untuk mengurangkan risiko jangkitan hepatitis B
Insiden NSI yang berisiko menularkan jangkitan hepatitis B memerlukan PEP yang bersesuaian kepada anggota kesihatan yang terlibat. PEP bagi hepatitis B merangkumi imunoglobulin dan vaksin hepatitis B. Sekiranya diperlukan, imunoglobulin dan vaksin hepatitis B harus diberikan dengan segera dalam tempoh 24 jam selepas NSI.
Imunoglobulin hepatitis B bertindak sebagai perlindungan pasif dengan membekalkan antibodi segera terhadap virus hepatitis B. Vaksin hepatitis B p**a berfungsi untuk menghasilkan imuniti jangka masa panjang terhadap virus hepatitis B.
Vaksin ini diberikan berdasarkan status vaksinasi anggota kesihatan yang terlibat. Sebagai contoh, sekiranya anggota kesihatan telah menerima dos lengkap (3 dos) vaksin hepatitis B, mereka hanya memerlukan satu dos penggalak. Anggota kesihatan yang hanya menerima satu atau dua dos vaksin hepatitis p**a perlu diberikan baki bilangan dos vaksin pada sela masa yang ditetapkan.
iii Pencegahan untuk jangkitan hepatitis C
Tidak seperti HIV dan hepatitis B, hingga kini, tiada PEP yang didapati berkesan untuk penularan virus hepatitis C. Walau bagaimanapun, risiko penularan hepatitis C masih perlu diambil kira dan dinilai sepenuhnya. Anggota kesihatan yang terlibat hendaklah dimaklumkan tentang risiko penularan kepada individu lain, terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama selepas NSI berlaku.
๐๐๐ง๐๐ค๐๐ง๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ ๐๐ก๐๐ง ๐ฅ๐๐ข๐ง ๐๐๐ง ๐ฌ๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ง๐ ๐ ๐จ๐ญ๐ ๐ค๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง
Walaupun terdapat regimen PEP yang boleh diberikan untuk pencegahan HIV dan hepatitis B, namun langkah pencegahan lain harus tetap dititikberatkan. Langkah pencegahan seperti penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul termasuk pemakaian sarung tangan, topeng muka dan gaun pelindung; mengamalkan teknik suntikan yang selamat serta mematuhi kaedah pelupusan jarum dan objek tajam yang betul adalah sangat penting dalam mengurangkan risiko kecederaan. Pemantauan terhadap anggota kesihatan yang terlibat juga harus dilakukan secara berterusan, sama ada menerusi ujian darah dan penilaian gejala pada sela masa yang disarankan.
Aspek latihan dan kemahiran yang berkaitan juga adalah penting dan wajar diberikan kepada anggota kesihatan yang terlibat sebelum mereka dibenarkan menjalankan tugas yang berisiko. Di samping itu, sokongan emosi kepada anggota kesihatan yang terkesan merupakan perkara wajar dilakukan agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan dan menjalankan tugas dengan baik selepas insiden NSI yang dialami.
Sebagai kesimp**an, walaupun kecederaan akibat tusukan jarum merupakan sebahagian daripada risiko yang dihadapi oleh anggota kesihatan, namun dengan langkah pencegahan serta regimen PEP, kebarangkalian bagi jangkitan yang mungkin berlaku selepas NSI dapat diminimumkan dan diurus dengan baik.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut tentang penggunaan ubat- ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) melalui talian 1-800-88-6722. Talian dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).
@topfansSing Kwong Shopping ComplexPeace&Health ShopFriendsHighlightsssMalaysian Community Pharmacy Business ForumFYP Latest New Trending Videos