Hospital Sik

Hospital Sik QUALITY CARE FOR A HEALTHIER SIK Sebarang aduan atau penghargaan kepada Hospital Sik, sila klik pautan di bawah. https://linktr.ee/HospitalSik

22/04/2026
22/04/2026

🧠🧠Demensia merupakan penyakit kemerosotan fungsi kognitif yang mengganggu aktiviti harian.

Penyakit demensia menunjukkan beberapa gejala awal yang lazimnya melibatkan kemerosotan daya ingatan, kebolehan membuat keputusan dan sebagainya.

Sehubungan itu, ahli keluarga terdekat hendaklah cakna jika warga emas di sekeliling menunjukkan gejala-gejala ini. Warga emas disarankan untuk mendapatkan rawatan awal di kemudahan kesihatan jika menunjukkan gejala demensia.

22/04/2026

πŒπ”π‹π”π“ ππ„π‘π’πˆπ‡, πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π π“π„π‘π‰π€π†π€πŸ˜

Siapa sangka, rutin harian yang nampak remeh sebenarnya kunci kepada kesihatan badan secara keseluruhan.

Mulut yang bersih bukan setakat nak elak bau nafas je, tapi nak pastikan kuman tak 'berkampung' dalam badan kita!

Antara 10 tips ni, mana satu yang korang selalu terlepas pandang?
βœ… Berus gigi sekurang-kurangnya 2 minit.
βœ… Jangan lupa flos (ini ramai yang malas kan?).
βœ… Tukar berus gigi kalau bulunya dah kembang macam bunga! 🌸

Jom kita amalkan tips dari KKM ni. Barulah konfiden nak senyum depan orang ramai! 🦷πŸͺ₯



14/04/2026
14/04/2026

π‰πŽπŒ π‚π€ππ€πˆ 𝟏𝟎,𝟎𝟎𝟎 π‹π€ππ†πŠπ€π‡ 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 πŠπ€πŠπˆπŸšΆπŸ»β€β™€οΈ

Siapa kata nak sihat kena pergi gym hari-hari?

Kadang-kadang, perubahan kecil dalam rutin harian kita yang membawa kesan besar.

Nak capai 10,000 langkah sehari sebenarnya tak susah kalau kita:
βœ… Berjalan kaki ke kedai atau pasar berhampiran.
βœ… Ambil angin petang pusing kawasan taman.
βœ… Guna pengangkutan awam (lebih banyak melangkah!).
βœ… Pilih tangga daripada lif di pejabat.

Setiap langkah kita sangat bermakna untuk kesihatan jangka panjang.

Sekarang ini pun dah banyak alat atau jam pintar yang boleh ukur langkah harian kita dengan mudah. Lagi semangat la nak pantau langkah harian.

πŸ’¬Cuba komen hari ini dah berapa langkah tu berjalan? Min sampai 4.15 petang ni dah 8,251 langkah....kejap lagi nk cukupkan lagi 2,000 langkah masa balik kerja.



14/04/2026

[πŠπ„πŒππ„π π’π„ππ˜π”πŒ π‰πŠπ πŠπ„πƒπ€π‡]
πŸ˜πƒπ€π‡ π’π„ππ˜π”πŒ πŠπ€ π‡π€π‘πˆ 𝐍𝐈?

Kadang-kadang, 'ubat' yang paling mujarab bukan datang dari kaunter farmasi, tapi dari senyuman ikhlas kita sendiri.

Bukan saja kita nampak lebih hebat, tapi aura positif tu pun akan berjangkit dekat orang sekeliling!

Jom kekalkan budaya mesra dan senyuman manis di semua fasiliti kesihatan.

Barulah pesakit atau pelanggan kita rasa tenang hati.

Jom komen SUDAH jika anda telah senyum hari ini.



08/04/2026

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘§Seseorang yang melakukan aktiviti fizikal berpotensi untuk mengalami kehilangan cecair badan melalui proses perpeluhan.

πŸ“ŒSelain itu, melakukan aktiviti fizikal di luar bangunan akan mendedahkan seseorang kepada pancaran matahari dan meningkatkan risiko strok haba.

πŸ’ͺ🌞Oleh itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak-anak semasa musim panas. Jangan biarkan anak-anak bermain di bawah panas terik untuk mengurangkan risiko kehilangan air bagi mengelakkan dehidrasi.

08/04/2026

πŸ‘οΈ Sebagai pemakai kanta lekap, kita semua tahu betapa praktikalnya ia untuk kehidupan seharianβ€”tapi jangan lupa, penjagaan kanta lekap yang betul adalah kunci kepada mata yang sihat dan cantik! πŸ˜πŸ‘οΈβœ¨

1️⃣ Pastikan selalu mencuci tangan sebelum menyentuh kanta.
2️⃣ Gantikan larutan setiap hari dan elakkan menggunakan air biasa untuk mencuci kanta.
3️⃣ Jangan pakai kanta lekap melebihi masa yang disyorkan.

08/04/2026

🚨 π‹πˆπ•π„ π“π€π‹πŠπ’π‡πŽπ– ππŽπƒπ‚π€π’π“ πŠπ‡π€π’πŸš¨

Tahukah anda bahawa obesiti bukan sekadar isu penampilan, tetapi merupakan satu penyakit yang serius dan memberi kesan besar kepada kesihatan?

Sempena Hari Obesiti Sedunia 2026, Unit NCD JKN Kedah membawakan kepada anda:

πŸŽ™οΈ Talkshow Podcast:
β€œMemahami Obesiti Sebagai Penyakit”
🧩 Tema: 8 Bilion Sebab Untuk Bertindak

πŸ“… Tarikh: 9 April 2026
⏰ Masa: 12.00 Tengah Hari
πŸ“ Platform: page Unit NCD JKN Kedah

πŸ‘€ Moderator:
🎀 Hasmadi Bin Mohd Nor
Pegawai Pendidikan Kesihatan, KK Bandar Alor Setar

πŸ‘₯ Barisan Panel Hebat:
🩺 Dr. Teh When Shin
Pakar Perubatan Keluarga, KK Bandar Alor Setar

πŸ₯— Noor Hasnani binti Ismail
Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan), JKN Kedah

πŸ’¬ Yaasmiin binti Ahamad Tarmezi
Coach Wellness Hub Kota Setar

πŸƒβ€β™€οΈ Puan Nordiyana binti Abidin
Pegawai Pemulihan Perubatan (Fisioterapi), KK Bandar Alor Setar

Jom bersama kami untuk:
✨ Fahami realiti sebenar obesiti
✨ Kupas punca & kesan kepada kesihatan
✨ Dapatkan tips pencegahan dan pengurusan yang berkesan

πŸ’¬ Jangan lupa:
πŸ‘ Like
πŸ“’ Share
πŸ—¨οΈ Tinggalkan komen & soalan anda sepanjang LIVE berlangsung!

Kerana setiap daripada kita adalah sebahagian daripada 8 bilion sebab untuk bertindak.





UnitNCDKedah

31/03/2026

π€πŒπ€π‹πŠπ€π π„π“πˆπŠπ€ ππ€π“π”πŠ & ππ„π‘π’πˆπ π˜π€ππ† 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam.

Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.


30/03/2026

🌊 AWAS! Sengatan Obor-obor Bukan Main-main! πŸͺΌ

Langkawi terkenal dengan keindahan lautnya… tapi di sebalik keindahan itu, ada risiko yang perlu kita ambil tahu ⚠️

Jangan panik, jangan tersalah langkah!

Jom dengar perkongsian pakar kecemasan tentang cara bertindak jika terkena sengatan obor-obor.

πŸ“» Temubual KESIHATAN@Langkawi FM
πŸ—“ Rabu | 1 April 2026
⏰ 10.15 pagi – 10.30 pagi
πŸŽ™ Secara langsung di Radio Malaysia Langkawi FM
πŸ‘¨β€βš•οΈ Panelis:
Dr. Chan Boon Kian
(Pakar Perubatan Kecemasan, Jabatan Kecemasan & Trauma HSM)

πŸ’‘ Ilmu ini mungkin nampak kecil…
tapi boleh menyelamatkan nyawa!

πŸ“’ Jangan lupa set reminder & kongsikan kepada keluarga dan rakan-rakan!

30/03/2026

πŸ’šππ„ππƒπ„π‘πŒπ€π€π πŽπ‘π†π€π

Pendermaan organ merupakan proses mendermakan organ seseorang untuk tujuaan tranplantasi (pemindahan organ) bagi menyelamatkan nyawa pesakit.

Terdapat dua jenis pendermaan organ di Malaysia iaitu pendermaan semasa hidup dan pendermaan organ selepas kematian.

Pendermaan organ selepas kematian dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa iaitu sehingga 8️⃣ nyawa.

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ selepas kematian dengan mudah menerusi aplikasi MySejahtera.



Address

Sik

Telephone

+6044695333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sik:

Share

Category