Pejabat Kesihatan Daerah Sik - #maipakatsihat

Pejabat Kesihatan Daerah Sik - #maipakatsihat Ini adalah laman rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Sik.

AUTISM ADALAH MASALAH PEMBELAJARAN BUKANNYA MASALAH MENTAL !!!!!1.Apakah itu Autism Spectrum Disorder (ASD)?ASD adalah s...
02/12/2025

AUTISM ADALAH MASALAH PEMBELAJARAN BUKANNYA MASALAH MENTAL !!!!!

1.Apakah itu Autism Spectrum Disorder (ASD)?

ASD adalah satu kump**an permasalahan kompleks yang berkaitan dengan perkembangan otak. Setiap individu menunjukkan ciri-ciri ASD pada tahap yang berbeza dari segi: Interaksi sosial, Komunikasi lisan dan bukan lisan, Tingkah laku atau perbuatan yang berulangan, Keperluan rutin harian yang sama, Kesukaran menerima perubahan dalam persekitaran, Teramat fokus kepada sesuatu objek.

2. Apakah ciri-ciri ASD? (Seperti di gambar)

3. Apa yang perlu dilakukan jika anak ada ciri-ciri ASD?

Hadir ke klinik Kementerian Kesihatan Malaysia berhampiran dengan segera untuk mendapatkan ujian saringan dan penilaian yang menggunakan M-CHAT.

Sekiranya anak anda didapati mempunyai ciri-ciri ASD, mereka akan dirujuk kepada pakar-pakar berkaitan:

1.Pakar Perubatan Keluarga
2.Pakar Pediatrik (Kanak-kanak)
3.Pakar Psikiatri Kanak-kanak
4.Pakar Psikologi Klinikal
5.Terapis
6.Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Pengawasan yang berterusan terhadap ciri-ciri ASD yang ditunjukkan anak anda adalah perlu sementara menunggu temujanji dan keputusan doktor. Pengesanan dan intervensi awal untuk kanak-kanak yang mempunyai ASD adalah penting supaya dapat membantu mereka menguasai dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan.

Bantulah anak anda, kerana pengesanan dan pemulihan awal memberi harapan untuk menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

SELAMAT MENYAMBUT HARI OKU SEDUNIA PADA 3 DISEMBER 2025

AUTISM ADALAH MASALAH PEMBELAJARAN BUKANNYA MASALAH MENTAL !!!!!πŸ“’πŸ“’πŸ“’πŸ“’

1.Apakah itu Autism Spectrum Disorder (ASD)?

ASD adalah satu kump**an permasalahan kompleks yang berkaitan dengan perkembangan otak. Setiap individu menunjukkan ciri-ciri ASD pada tahap yang berbeza dari segi:

Interaksi sosial, Komunikasi lisan dan bukan lisan, Tingkah laku atau perbuatan yang berulangan, Keperluan rutin harian yang sama, Kesukaran menerima perubahan dalam persekitaran dan Daya fokus kepada sesuatu objek.

2. Apakah ciri-ciri ASD? (Seperti di gambar)

3. Apa yang perlu dilakukan jika anak ada ciri-ciri ASD?

Anda boleh hadir ke klinik Kementerian Kesihatan Malaysia berhampiran dengan segera untuk penilaian lanjut.

Sekiranya anak anda didapati mempunyai ciri-ciri ASD, mereka akan dirujuk kepada pakar-pakar berikut:

1.Pakar Perubatan Keluarga
2.Pakar Pediatrik (Kanak-kanak)
3.Pakar Psikiatri Kanak-kanak
4.Pakar Psikologi Klinikal
5.Terapis
6.Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Pengawasan yang berterusan terhadap ciri-ciri ASD yang ditunjukkan anak anda adalah perlu sementara menunggu temujanji dan keputusan doktor.

Pengesanan dan intervensi awal untuk kanak-kanak yang mempunyai ASD adalah penting supaya dapat membantu mereka menguasai dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan.

Bantulah anak anda, kerana pengesanan dan pemulihan awal memberi harapan besar untuk mereka menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

SELAMAT MENYAMBUT HARI OKU SEDUNIA (3 DISEMBER 2025)

Sempena Hari AIDS Sedunia yang bertemakan β€œAkhiri AIDS: Mendepani Cabaran, Mentransformasi Tindakan”, KKM komited untuk ...
02/12/2025

Sempena Hari AIDS Sedunia yang bertemakan β€œAkhiri AIDS: Mendepani Cabaran, Mentransformasi Tindakan”, KKM komited untuk memastikan individu yang hidup dengan HIV mendapat akses kepada rawatan berkualiti, sokongan berterusan dan layanan tanpa stigma.

Bersama, kita mempertingkat kesejahteraan dan memperkukuh langkah pencegahan demi masa depan yang lebih sihat dan inklusif.

Selamat Hari AIDS Sedunia!

π“πˆππƒπ€πŠπ€π 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 ππ€ππ‰πˆπ‘βœ… Memakai alat pelindung diri seperti kasut getah, sarung tangan dan pelindung mata (googles). βœ… ...
02/12/2025

π“πˆππƒπ€πŠπ€π 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 ππ€ππ‰πˆπ‘

βœ… Memakai alat pelindung diri seperti kasut getah, sarung tangan dan pelindung mata (googles).
βœ… Bersihkan diri dengan sempurna.
βœ… Bersihkan peralatan rumah yang dicemari air banjir.
βœ… Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.




🧠🧠Amalan pendermaan organ merupakan satu perbuatan yang mulia. Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan orga...
01/12/2025

🧠🧠Amalan pendermaan organ merupakan satu perbuatan yang mulia. Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin bertambah dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar penderma selepas kematian masih sedikit.

πŸ«πŸ«€Organ yang boleh didermakan selepas kematian adalah jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang. Manakala tisu yang boleh didermakan selepas kematian p**a adalah kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit.

πŸ’ͺKini orang ramai boleh mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan mudah menerusi aplikasi MySejahtera. Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my atau media sosial rasmi Derma Organ

πŸ’šππ„ππ†πˆπŠπ‘π€π‘ πƒπ„π‘πŒπ€ πŽπ‘π†π€ππŸ’šJom  daftar sebagai pengikrar derma organ dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera.Pe...
01/12/2025

πŸ’šππ„ππ†πˆπŠπ‘π€π‘ πƒπ„π‘πŒπ€ πŽπ‘π†π€ππŸ’š

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ dengan mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera.

Pendaftaran pengikrar derma organ ini adalah tanda kita menyatakan hasrat murni untuk menjadi penderma organ selepas kematian jika menepati syarat.

Pendermaan organ selepas kematian dapat menyelamatkan nyawa individu lain yang mengalami kegagalan organ serta meningkatkan kualiti hidup mereka yang memerlukan.

Dapatkan informasi lanjut berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my

π™Žπ˜Όπ™π™ π™„π™†π™π˜Όπ™ π™Žπ™€π™…π™π™π˜Ό π™ƒπ˜Όπ™π˜Όπ™‹π˜Όπ™‰





*SAMBUTAN HARI WARGA EMAS BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN JENIANG* πŸ“ Lokasi: Dewan KEMAS Bandar Baru Beris Jaya...
01/12/2025

*SAMBUTAN HARI WARGA EMAS BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN JENIANG*

πŸ“ Lokasi: Dewan KEMAS Bandar Baru Beris Jaya

πŸ“† Tarikh: 16 November 2025 (Ahad)

ATURCARA πŸ”ŠπŸ”Š
πŸ“ŒChairobic πŸ’ƒπŸΏ
πŸ“ŒFun Walk Bersama KomunitiπŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™‚οΈπŸšΆβ€β™‚οΈ
πŸ“ŒCeramah Kesihatan πŸ§ πŸ§ πŸ§ πŸ‘¨β€πŸ¦³πŸ‘¨β€πŸ¦³πŸ‘¨β€πŸ¦³
πŸ“ŒPertandingan mewarna dewasa πŸ§’πŸ»πŸ‘¦πŸ»
πŸ“ŒPertandingan antara regu -Hiasan pulut kuning/Aneka kerabuπŸ‘¨β€πŸ³πŸ‘©β€πŸ³
πŸ“ŒSukaneka DewasaπŸ‘£
cabutan bertuah 🎁🎁🎁

itu percuma πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³

❀️ Aktifkan diri anda, raikan *SAMBUTAN HARI WARGA EMAS BERSAMA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN JENIANG* dalam suasana meriah dan penuh semangat minda sihat

Jutaan terima kasih diucapkan kpd para sponsor hadiah, kedai Sudut Kopi , kedai runcit BAN ENG HUAT pekan jeniang, para penduduk dan komuniti BANDAR BARU BERIS JAYA dan ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jeniang


01/12/2025

SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA PERINGKAT DAERAH S*K 2025

PKD S*k bersama komuniti setempat meneruskan komitmen meningkatkan kesedaran mengenai bahaya diabetes serta kepentingan penjagaan kesihatan secara berterusan.

πŸ“… 27 November 2025
πŸ“ Dewan Orang Ramai Kg Jelutong, Chepir, S*k

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan awal, mempromosikan gaya hidup sihat dan menggalakkan masyarakat melakukan saringan kesihatan secara berkala.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir menjayakan program ini.
Sama-sama kita jadikan S*k sebagai komuniti yang lebih sihat, aktif dan bermaklumat! πŸ’™πŸ’ͺ

*k

π“π„πŒπ”ππ”π€π‹ πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€πAyuh dengarkan temubual kesihatanπŸ”ΈTarikh: 1 Disember 2025 (Isnin)πŸ”ΈMasa: 12.15 tengah hari - 12.4...
01/12/2025

π“π„πŒπ”ππ”π€π‹ πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π

Ayuh dengarkan temubual kesihatan
πŸ”ΈTarikh: 1 Disember 2025 (Isnin)
πŸ”ΈMasa: 12.15 tengah hari - 12.45 tengah hari
πŸ”ΈMedia: Radio Kedahfm
πŸ”ΈProgram: I-Sihat@Kedahfm
πŸ”ΈPanelis: YBrs. Dr. Sharifah Saffinas Syed Soffian, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit HIV/ STI/ Hep C, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
πŸ”ΈTopik: HIV & Aids: Apa Perlu Tahu?





π€πŠπ“π€ πŸ–πŸ“πŸ: 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 πŠπ„π’π€π‹π€π‡π€π πŒπ„π‘πŽπŠπŽπŠTahukah anda bahawa ♦️Semua premis makanan adalah KAWASAN LARANG MEROKOK?♦️Semua kawasa...
27/11/2025

π€πŠπ“π€ πŸ–πŸ“πŸ: 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 πŠπ„π’π€π‹π€π‡π€π πŒπ„π‘πŽπŠπŽπŠ

Tahukah anda bahawa
♦️Semua premis makanan adalah KAWASAN LARANG MEROKOK?
♦️Semua kawasan larangan merokok wajib mempamerkan TANDA AMARAN LARANGAN MEROKOK?
♦️Semua produk merokok WAJIB berdaftar dengan pihak KKM?

Kami menyeru ahli masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan. Jika anda menyaksikan sebarang pelanggaran Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852), boleh diadukan seperti berikut:

πŸ“²Cara Membuat Aduan:
Tekan link talian WhatsApp di bawah:
https://wa.me/60108608949?text=*Aduan%20Merokok*%0ANama%20Premis:%0AAlamat:%0AJenis%20Kesalahan%0ATarikh:%0AMasa:%0A

Salurkan maklumat berikut:
1. Nama Premis/ Tempat Kesalahan yang lengkap
2. Alamat yang tepat (sila pin lokasi aduan)
3. Jenis Kesalahan
4. Tarikh/ Masa

Lindungi hak kita untuk udara bersih dan persekitaran yang lebih sihat.

Pesanan dari:
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah



Pemberian Imunisasi Measles Rubella (MR) Percuma Kepada Semua Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun.Ibu bapa jangan ketingggalan unt...
27/11/2025

Pemberian Imunisasi Measles Rubella (MR) Percuma Kepada Semua Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun.

Ibu bapa jangan ketingggalan untuk dapatkan imunisasi tambahan Measles Rubella (MR) bagi perlindungan demam campak untuk anak-anak anda . Tinggal berbaki 10 hari saja lagi sebelum perkhidmatan ini berakhir.

Ayuh kunjungi klinik kesihatan terdekat atau dapatkan slot janji temu melalui MySejahtera.

Sumber : Bahagian Pembangunan Kesihatan keluarga

π–π„ππˆππ€π‘ π‡π„ππˆπ‹πˆ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡Jom sertai Webinar Health Promotion In Learning Institutions (HePiLI) Negeri Kedah Siri 2 dan...
25/11/2025

π–π„ππˆππ€π‘ π‡π„ππˆπ‹πˆ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

Jom sertai Webinar Health Promotion In Learning Institutions (HePiLI) Negeri Kedah Siri 2 dan 3/ 2025 seperti ketetapan berikut:

πŸ—“οΈTarikh: 26 November 2025 (Rabu)
⏰Masa: 2.30 petang hingga 3.10 petang
πŸ’»Platform: Facebook Live Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Topik menarik berkaitan tingkah laku risiko remaja menanti anda:
🟣Faedah V**e Kepada Remaja?
🟣Penyakit Kelamin: Keseronokan Hanya Seketika

🧾Sijil digital disediakan (hanya kepada peserta menyertai semasa siaran langsung sahaja)





Address

Jalan Tunku Ibrahim, Sik Darul Aman
Sik
08200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044600601

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Sik - #maipakatsihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Sik - #maipakatsihat:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram