HALUAN Johor

HALUAN Johor HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pendidikan Malaysia,

ASPIRASI HALUAN – Berakhlak, Mendidik dan Berbakti
Sebagai perkumpulan graduan yang prihatin, HALUAN memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti bantuan pendidikan, bimbingan dan kemasyarakatan untuk memenuhi tanggungjawab asas kemanusiaan, di samping menunaikan kewajipan kepada Pencipta dalam membina masyarakat yang memahami dan menunaikan tanggungjawab, hidup dalam harmoni, berwawasan dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, ahli-ahli dan aktivis-aktivis HALUAN bersandar kepada motto mereka, iaitu ”berakhlak, mendidik dan berbakti”. Adalah menjadi aspirasi HALUAN untuk bersama masyarakat dalam apa juga bentuk aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan ruang-lingkup motto tersebut. Ahli-ahli HALUAN kini bertanggungjawab untuk bergerak ke hadapan, bersedia dan bangga untuk membantu, supaya sentiasa dirasai kehadiran mereka dalam masyarakat, tanpa unsur-unsur kemegahan atau kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu.

"Kemenangan Jiwa, Kesucian Hati.​Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ikhlas daripada kami di HALUAN Johor.B...
20/03/2026

"Kemenangan Jiwa, Kesucian Hati.

​Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ikhlas daripada kami di HALUAN Johor.

Beraya dengan penuh kesyukuran! ✨🙏

1/3/2026 - HALUAN Daerah Johor Bahru bersama AJK Surau Ar-Raudhah, Taman Nusantara telah berjaya menyempurnakan aktiviti...
02/03/2026

1/3/2026 - HALUAN Daerah Johor Bahru bersama AJK Surau Ar-Raudhah, Taman Nusantara telah berjaya menyempurnakan aktiviti pembungkusan sumbangan bagi program Sejuta Barakah Ramadan Siri 7 pada 1 Mac 2026 semalam.

Di bawah pimpinan Encik Mohd Kamarojman bin Mohd Sulaiman dan Puan Faridah Suratman, sebanyak 200 pax bantuan hasil infaq orang awam telah berjaya disediakan melalui semangat gotong-royong para sukarelawan yang terdiri daripada AJK Surau Ar-Raudhah, pemuda serta Relawan HALUAN.

Selain diagihkan di sekitar Johor Bahru, sumbangan ini turut akan menyantuni asnaf di daerah Kulai, Pasir Gudang, Kota Tinggi, dan Ulu Tiram, manakala Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan bakal berlangsung pada 7 Mac 2026 ini di Surau Ar-Raudhah.

Semoga setiap butir infaq ini menjadi amal soleh yang diberkati dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang serta warga kerja yang terlibat 🌙📦✨

28/2/2026 - Biro HALUANITA HALUAN Johor telah berjaya menganjurkan Program Iftar JK Penggerak HALUANITA Daerah Johor Bah...
02/03/2026

28/2/2026 - Biro HALUANITA HALUAN Johor telah berjaya menganjurkan Program Iftar JK Penggerak HALUANITA Daerah Johor Bahru di bawah seliaan Ketua Biro HALUANITA JOHOR Puan Sarah Hamizah, yang bertujuan mengeratkan ukhuwah serta merasai kemanisan Ramadan bersama keluarga tercinta.

Keunikan program kali ini terletak pada semangat gotong-royong apabila semua juadah dimasak sendiri secara bersama sebelum diakhiri dengan solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih berjemaah.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga, para suami, dan anak-anak yang hadir memeriahkan suasana; semoga ukhuwah yang terbina ini terus mekar dalam dakwah dan tarbiah! 🌙✨

Alhamdulillah, Selesai Program Iftar Bersama HALUAN Daerah Muar! 🌙✨​Syukur ke hadrat Ilahi, malam ini kita telah berjaya...
28/02/2026

Alhamdulillah, Selesai Program Iftar Bersama HALUAN Daerah Muar! 🌙✨

​Syukur ke hadrat Ilahi, malam ini kita telah berjaya menyempurnakan Program Iftar (Berbuka Puasa) yang bertempat di kediaman Cikgu Eswan Keliwan.

​Suasana ukhuwah sangat dirasai apabila ahli dan tetamu mula berkumpul seawal jam 6.40 petang tadi. Kemuncak program adalah apabila kita dapat berbuka puasa bersama-sama, diikuti dengan solat Maghrib, Isyak, Terawih secara berjemaah dan tazkirah ramadan ringkas.

​Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan buat kita semua di HALUAN Daerah Muar. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis! 😊

Pengampunan Dosaمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ"Sesiapa yang berpua...
22/02/2026

Pengampunan Dosa

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampuni dosa-dosanya yang lalu." (HR Bukhari & Muslim)

Rebutlah peluang 'clearance' dosa ini. Niatkan setiap lapar dan dahaga kita hanya kerana Allah SWT. 🤲

----
𝙎𝙚𝙟𝙪𝙩𝙖 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘿𝙞𝙨𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙞
www.barakahramadan.com

𝙄𝙠𝙪𝙩𝙞 𝙃𝘼𝙇𝙐𝘼𝙉 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙙𝙞 𝙒𝙝𝙖𝙩𝙨𝙖𝙥𝙥 𝘾𝙝𝙖𝙣𝙣𝙚𝙡
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

Rasulullah ﷺ bersabda:إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ ...
20/02/2026

Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ

"Apabila datang bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

"Pintu Syurga: DIBUKA ✅
Pintu Neraka: DITUTUP ❌
Syaitan: DIBELENGGU ⛓️

Tiada lagi alasan untuk tidak berubah ke arah kebaikan. Semoga Ramadan ini membawa sinar baru buat kita semua. 🌙✨

___
𝙎𝙚𝙟𝙪𝙩𝙖 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘿𝙞𝙨𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙞
www.barakahramadan.com
𝙄𝙠𝙪𝙩𝙞 𝙃𝘼𝙇𝙐𝘼𝙉 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙙𝙞 𝙒𝙝𝙖𝙩𝙨𝙖𝙥𝙥 𝘾𝙝𝙖𝙣𝙣𝙚𝙡
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

Ramadan Kareem​"Semoga kedatangan Ramadhan 1447H ini menjadi madrasah terbaik untuk kita meningkatkan ketakwaan dan memp...
18/02/2026

Ramadan Kareem

​"Semoga kedatangan Ramadhan 1447H ini menjadi madrasah terbaik untuk kita meningkatkan ketakwaan dan memperkukuh ukhuwah sesama insan.

𝟭 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻Ada satu pintu dalam syurga namanya 𝗮𝗿-𝗥𝗮𝘆𝘆𝗮𝗻. Bukan untuk orang hebat berkata-kata, bukan untuk y...
18/02/2026

𝟭 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻

Ada satu pintu dalam syurga namanya 𝗮𝗿-𝗥𝗮𝘆𝘆𝗮𝗻. Bukan untuk orang hebat berkata-kata, bukan untuk yang berharta, tetapi untuk orang yang berpuasa.

Hadis ini memujuk hati orang biasa macam kita. Puasa mungkin nampak kecil di mata manusia, tapi Allah sediakan pintu khas untuknya. Walaupun kita rasa diri penuh kekurangan, selagi kita berpuasa kerana-Nya, kita tetap dipanggil.

Pintu ar-Rayyan ini istimewa sebab puasa itu ibadah yang sangat istimewa, sangat peribadi. Solat orang nampak, sedekah orang boleh puji. Tapi puasa, kau boleh makan diam-diam, tiada siapa tahu. Yang tahu cuma Allah SWT. Jadi ganjarannya pun Allah buat cara istimewa, sehingga Allah SWT sediakan satu pintu khas.

Nabi SAW sebut spesifik pintu ini bagi mengangkat martabat orang yang berpuasa. Di dunia ni, orang puasa selalu tidak diketahui. Mereka tidak menunjuk-nunjuk. Tapi di akhirat, Allah SAW angkat mereka depan semua makhluk. Penjaga pintu ini akan melaung: “Di manakah orang yang berpuasa?” Bukan secara bisikan, tetapi laungan. Sehingga manusia berpaling sesama sendiri, mencari siapakah yang dimaksudkan. Dan ketika itu, tumpuan kepada orang yang menyahut.

Inilah satu bentuk pengiktirafan kepada mereka yang berpuasa.

Dan bila Nabi sebut pintu itu ditutup selepas mereka masuk, itu adalah isyarat kemuliaan. Tak bercampur, tak berebut. Eksklusif. Seolah-olah Allah kata: “Anda adalah VIP. Lain daripada orang biasa.”

Hadis ni bukan sekadar cerita syurga. Ia harapan untuk orang biasa. Kita mungkin tak mampu jadi ahli ibadah besar, tapi puasa yang jujur dan ikhlas pun Allah SWT beri ganjaran khas.

Ramadan hanya tinggal 1 hari. Jangan tunggu jadi sempurna. Bermula dengan niat, dan harapan. Mungkin puasa kita itulah yang menyebabkan nama kita diseru di hadapan pintu ar-Rayyan nanti.

___
𝙎𝙚𝙟𝙪𝙩𝙖 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘿𝙞𝙨𝙖𝙣𝙩𝙪𝙣𝙞
www.barakahramadan.com

𝙄𝙠𝙪𝙩𝙞 𝙃𝘼𝙇𝙐𝘼𝙉 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 𝙙𝙞 𝙒𝙝𝙖𝙩𝙨𝙖𝙥𝙥 𝘾𝙝𝙖𝙣𝙣𝙚𝙡
https://whatsapp.com/channel/0029Va6deLEC6ZvqU9t1dF2b

Majlis Ilmu HALUAN Johor Bahru. Tajuk tentang Ramadan.Lokasi: PEJABAT HALUAN JOHOR BAHRU
08/02/2026

Majlis Ilmu HALUAN Johor Bahru. Tajuk tentang Ramadan.

Lokasi: PEJABAT HALUAN JOHOR BAHRU

23/01/2026

Tim HALUAN berbakti di Acheh

25/03/2025

Musibah ujian di bulan Ramadan,
Mengangkat darjat orang beriman...

Address

No 3, Jalan Cemara, Taman Cemara
Simpang Rengam
86200

Telephone

6077554097

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALUAN Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to HALUAN Johor:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram