Rawatan Ruqyah & Rawatan Sunnah

Rawatan Ruqyah & Rawatan Sunnah kembalilah pada Allah..sebaik baik manusia adalah mereka yang mengingati mati

alhamdulillah lama tak singgah johor bahru..bermalam di skudai.sesiapa yg memerlukan rawatan ruqyah bolehlah hubungi adm...
09/12/2021

alhamdulillah lama tak singgah johor bahru..bermalam di skudai.sesiapa yg memerlukan rawatan ruqyah bolehlah hubungi admin..

alhamdulillah dengan izin Allah..rumah atau orang yg patut dibenteng/pagar?"manusia normal bukan 24jam duduk dalam rumah...
07/07/2020

alhamdulillah dengan izin Allah..

rumah atau orang yg patut dibenteng/pagar?

"manusia normal bukan 24jam duduk dalam rumah,pasti kluar atas urusan tertentu atau mencari rezeki..kalau jin tu dihantar utk mengganggu individu(seseorang),jin akan attack bila individu diluar rumah..dan bila dpt ganggu,jin tadi boleh masuk ke rumah(walau dipagar) melalui badan pesakit..so,pertanyaannya..orang ke rumah yg patut kena benteng/pagar???"..

*orang..kalau ade isi dalam(benteng diri), campak kt dlm hutan pun insyaAllah tak ada apa2*

26/12/2019

assalamualaikum wbt..semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan berada dibawah rahmatNya..

✔kita sebagai manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan dlm hidup..bertaubat lah
✔kita sebagai manusia adalah sebagai khalifah di muka bumi..bertaqwa lah
✔kita sebagai manusia adalah hamba kpd Allah swt..beriman lah
✔kita sebagai manusia wajib ikut apa yg telah tertulis didalam alQuran dan ajaran dari jujungan nabi muhammad saw..taati lah

selain dari pergantungan yg diatas adalah syirik..membawa kpd kesesatan dan kesesatan mmbawa kita ke neraka jahannam
ya..jin boleh bagi kita 9 kebaikan..boleh buat kita kuat beramal,boleh jaga kita,anak cucu,harta benda,boleh kejut kita utk sembahyang tahjud atau subuh,segalanya boleh..tapi dgn hanya 1 yg dia nak iaitu syirik..dimana dgn 1 ini segala amalan kita akan hangus(muflis) di akhirat nnt..

kita tidak mampu untuk menghalang kerja iblis dari menghasut manusia, kerana ini adalah permintaan iblis kepada Allah dan Allah kabulkan..kita bukan tuhan untuk menghalang kerja iblis..yg hanya kita mampu ialah MENGELAK kan diri dari termakan hasutan iblis laknatullah..

kenapa harus sayang kalau kita mempunyai jin(saka) dlm keluarga?syg kerana dia boleh membantu kita?sehingga kita dalam tak sedar sudah syirik pada Allah???

kita merasa kita ada kelebihan bila dapat melihat sesuatu benda ghaib contohnya hantu,nenek kebayan,bunian,lembaga dll..adakah ini kelebihan atau nama lain disebut kasyaf???JANGAN TERTIPU..jika ada diantara kita yg ada kelebihan ini sebenarnya kita dlm BAHAYA!!! kita sudah diduduki jin..mana mungkin kita manusia biasa ada kelebihan ini dimana kelebihan ini hanya pd nabi2 yg terpilih sahaja sebagai mukjizat..kalau betul ada kelebihan dpt melihat benda ghaib,kenapa kita hanya akn nampak benda2 yg berunsurkn jin sahaja???kenapa tidak nampak p**a malaikat kiri kanan yg sentiasa ikut kita utk mencatit???dalam Quran ada menyebut yg kita manusia tidak akan dpt melihat benda ghaib kerana Allah dah jadikan benteng antara kita dan mereka..
jika ada antara kita kononnya ada kelebihan sebenarnya sudah tertipu..tak kira anta berjubah berserban bercelak jika ada unsur ini anda TERTIPU..sedarlah permainan jin ni sungguh licik..wallahu'alam

jika anda sudah mendapatkn rawatan tapi gangguan(iblis) masih tak hilang,boleh berjumpa dgn kami insyaAllah..kami mempunyai kaedah yg tertentu utk mengelakkan diri anda dari gangguan2 iblis..rukyah+kaedah=insyaAllah selesai✅
sebarang pertanyaan atau bantuan boleh inbox kami atau terus whatsup(012-2350141)

dari Dia kita datang dan dari Dia kita pergi
tiada kesembuhan melainkan dariNya..

18/09/2019

SAKA

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendakinya.

Jin tersebut adalah belaan oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain nama memang terkenal di kalangan masyarakat Melayu.Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

DALILNYA:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk ‘khadam’ dinyatakan di dalam Al-Quran.

Firman Allah subhanahu wa ta`ala:

Maksudnya:

“Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…” –
(Surah Al-Jin:Ayat 6)

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang diperturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

PERTALIAN ANTARA JIN DAN SAKA:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka.
Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai Saka.

DALILNYA:
Dari Abu Tha’labah berkata: Rasulullahi s.a.w bersabda:
Maksudnya:
“Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah.”

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.

CIRI-CIRI YANG MEMILIKI SAKA:

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani, Syeikh Bahauddin An-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan As-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak dapat difahami.
Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

MASA SAKA BERPINDAH:

Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.

PROSES PEMINDAHAN SAKA:

Berikut adalah kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

* Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

* Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia.

Firman Allaah subhaanahu wa ta`ala.:
Maksudnya:
“Iblis menjawab: ‘Beri tangguhlah aku sampai waktu dibangkitkan.’ Allaah berfirman :”Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.” Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus………….
(Surah Al-A’raf: Ayat 14-16)

* Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

* Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

* Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

* Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.

GEJALA SAKA

Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini p**a sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah s**ar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan.

Melalui pengalaman Pengamal Perubatan Islam ketika merawat mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama.

Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas.

Bagi mereka yang mewarisi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin-jin ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang s**ar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya.

Gejala saka ini s**ar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila si pewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin-jin saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya. Dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan. Mereka keluar masuk kecuali jika Jin-jin ini telah tua, buta dan sebagainya.

Secara umum Pengamal Perubatan berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang.

KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ?

Sejarah membuktikan bahawa Orang Melayu adalah berasal dari rumpun Melayu kep**auan Indonesia samada dari kep**auan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atuk-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atuk-nenek kita membuka berpuluh ekar tanah hutan belantara secara solo. Secara logiknya mana mungkin kemampuan tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja s**ar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin-jin dalam kerja-kerja begini.

Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru. Jin-jin juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama Jin.

Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin-jin yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin-jin ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan Jin ini berkhidmat dengan anak-anak orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.

Kesimp**annya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.

MEREKA YANG MENJADI SASARAN SAKA:

* Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.

* Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.

* Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.

* Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.

* Anak cucu yang lemah fizikal dan antibodinya. Ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.

* Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal.

* Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t.

TANDA-TANDA SEORANG ITU MEMPUNYA SAKA:

GEJALA PADA WAKTU TIDUR:

* Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

* Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

* Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.

* Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

* Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

* Bunyi gigi berlaga pada waktu tidur.

* Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.

* Berdiri dan berjalan ketika tidur.

* Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

* Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

* Mimpi berada di tempat sunyi.

* Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

* Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

* Mimpi melihat salib atau gereja.

* Mimpi bertemu paderi.

* Merintih dan menangis ketika tidur.

GEJALA PADA WAKTU BERJAGA (waktu sedar):

* Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

* Selalu lalai daripada mengingati Allaah s.w.t.

* Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. Majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.

* Sering lesu dan malas.

* Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

* Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

* Lenguh di sendi-sndi utama.

* Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.

* Mempunyai ketumbuhan yang s**ar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

* Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

* Mudah panik dan terkejut apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.

* Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

* Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

* Mudah marah dan panas baran.

* Emosional dan terlalu sensitif.

KESAN DAN AKIBAT DARIPADA SAKA

* Orang memiliki saka s**ar untuk mendapat anak.

* Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.

* tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.

* Tidak s**a bergaul dengan manusia lain dan kurang s**a hidup bermasyarakat.

* Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.

* Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan Iblis dan Jin.

* Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.

* Anak cucu yang mempunyai saka s**a melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.

* Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.

WALLAAHUA`LAM…

21/12/2018


・・・
IBLIS ITU SANGAT ALIM

Jika engkau bertanyakan tentang Al-Qur'an kpd iblis, maka iblis boleh menerangkan dgn sangat jelas, kerana iblis tahu 'waktu bila' ayat itu turun dari langit... Jika engkau bertanyakan tentang ilmu hadist kpd iblis, maka iblis akan sangat pandai menjelaskannya,
kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadist tersebut.... Jika engkau bertanyakan tentang kisah para nabi, iblis dgn tepat menceritakannya kerana iblis sudah ada sejak nabi adam a.s masih berada dalam syurga... iblis ahli alqur'an...
iblis ahli hadist....
iblis ahli riwayat..
iblis alim/pandai dalam segala ilmu... Tapi iblis tdk menjadi kekasih Allah, karena dalam diri iblis ada kalimat... "AKU LEBIH BAIK DARI KAMU"

Semoga sedikit ilmu yg dititipkan Allah Subhana Wa Ta'alla dihati kita tdk menjadikan kita sombong dalam segala urusan...
Juga faham bahawa ilmu tidak menjamin orang pasti ta'at dan sholeh.

Yang aku takut...hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun
sangat pandai menasihati
Yang aku takut...aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.

Yang aku takut...egoku terlalu tinggi, hingga
merasa paling baik di antara yang lain.

Yang aku takut...aku lupa bercermin, namun
sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang aku takut...ilmuku akan membuatku
menjadi sombong,memandang yang lain berbeda denganku.

Yang aku takut...lidahku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aibku yang menggunung.

Yang aku takut...aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam perbuatan.

Yang aku takut...aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam mengkoreksi diri sendiri.

Yang aku takut...aku membenci dosa orang lain, namun saat aku sendiri buat dosa aku enggan membencinya.

Kiranya Allah Subhana Wa Ta'alla
senantiasa menyedarkanku sehingga lebih rajin instrospeksi diri daripada mengurusi orang lain yang belum tentu perilaku dan tutur katanya lebih baik dari diriku. Aamiin... SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa sallam

jika inginkan bantuan
boleh hubungi/wassep 012-2350141(syed)

SANTAU adalah SENJATA KHAS yang memang digunakan utk tujuan MEMBUNUH MANGSANYA DALAM TEMPOH 8JAM SAHAJA😏dan tiada perkar...
04/08/2018

SANTAU adalah SENJATA KHAS yang memang digunakan utk tujuan MEMBUNUH MANGSANYA DALAM TEMPOH 8JAM SAHAJA😏

dan tiada perkara lain selain MEMBUNUH...kesan yang secara tiba2 menghentam segala organ manusia terutama jantung dan mengakibatkan pendarahan serius dan dlm masa 8 jam akan kehilangan nyawa....
jika mangsa mengelupur kesakitan dan dengan simptom yg teruk begini apalagi pilihan yang ada ❓❓

02/08/2018

assalamualaikum semua..buat yg baik2..sampaikn yg baik2..doakn yg baik2..insyaAllah yg datang pada kita pun yg baik2..
perbanyakkan istighfar(taubat) kerana kesembuhan itu datangnya dari Allah bukan dari makhluk..taubat adalah kuncinya,doa adalah senjatanya,dan usaha adalah asbabnya..kena ada 3 ni..istiqomah dgn amalan yg sedikit lebih baik dari amalan menggunung tapi tidak istiqomah..kami menyediakn amalan zikir khusus utk benteng dan merawat diri..insyaAllah dgn asbab yg tepat hasilnya pasti ada..

en. syed
012-2350141

Sekarang nie macam2 pekara yg kita lihat berlaku di sekeliling kita.. lagi2 bila kita lihat laman sosial di fb atau pun ...
26/02/2018

Sekarang nie macam2 pekara yg kita lihat berlaku di sekeliling kita.. lagi2 bila kita lihat laman sosial di fb atau pun tv berkenaan cerita2 yg di kongsikan.. seperti kes rogol, kes ragut, kes bunuh dan mcm2 lagi. Dan pekara tersebut mcm pekara biasa bagi kita mendengar dan berkongsi kalau ada yg baik sikit dia akan mendoakan...

JADI MARI KITA SEDIAKAN PAYUNG SEBELOM HUJAN!!!!

Dekat sini sy ingn kongsikan sedikit ilmu yg terhindar daripada sebarang kianat.!!!💪🏼💪🏼

*ILMU BENTENG DIRI*

🔴TERHINDAR DARI SERANGAN KHIANAT MANUSIA..(RAGUT/PUKUL CURI/SERANGAN SENJATA)..
🔴TERHINDAR DARI SERANGAN JIN/SIHIR/SAKA..
🔴TERHINDAR DARI SERANGAN BINTANG BUAS DAN BERBISA..

👉🏽ILMU TIADA PANTANG SAMA SEKALI.
👉🏽ILMU TIADA UNSUR2 HARAM/SYIRIK.
👉🏽ILMU TIADA MUDHARAT PADA DIRI.
👉🏽TERBUKA KEPADA SEMUA GOLONGAN.
👉🏽ILMU YANG SANGAT2 MUDAH DAN SENANG DIPELAJARI.
👉🏽DIZAMAN YANG PENUH DENGAN KEDENGKIAN DALAM HATI, MEMANG PERLU ILMU SEBEGINI.
👉🏽KITA ADA BUAT SATU DEMO GELANGGANG UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT INGIN MELIHAT DEPAN MATA SECARA LIVE.

Pm sy kalau berminat 012-2350141

14/10/2017

assalamualaikum..atas prmintaan ramai.admin repost!!!

Pada zaman sekarang ini perkara-perkara seperti Sihir, Ilmu Hitam,Pukau,Culik,Dera,Buli, Rompak,Samun,Ragut,dikhinati orang yang tidak dikenali, semakin bermaharajalela. Jadi apakah langkah serta ikhtiar kita untuk mengelakkan dan menghindari diri dan keluarga daripada perkara-perkara khianat pada zaman ini???

InshaAllah dengan PENGIJAZAHAN AMALAN BENTENG DIRI ( AL QURAN & HADIS )ini dapat kita sama-sama ikhtiar untuk mengelakkan perkara seperti disihir, dikhianati dan sebagainya, ia juga dapat merawat pelbagai jenis penyakit didalam tubuh badan kita termasuklah dengan menghapuskan gangguan jin/saka serta penyakit² modern kenser,fibroid dan sebagainya. Banyak lagi fungsi-fungsi yang kita dapat dengan pengijazahan amalan ini... B'iznillah

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai amalan ini, boleh hubungi :

( Call/WhatsApp/SMS ) +60122350141

08/09/2017

Pada yang berminat atau inginkan penerangan lebih lanjut bole terus hubungi melalui call atau whatsapp in sha Allah :

Pengikhtiar rawatan
en syed 012-2350141

Amalan Harian amat MUDAH & RINGKAS ( Disusun Khas dengan KELEBIHAN tersendiri )

AMALAN MANZIL ini hanya mengambil masa 10-15 minit untuk dibaca, ini disusun khas dengan KELEBIHAN2 yang tersendiri ( berbeza susunan2 ayat dan bilangannya dari amalan manzil yang ada di pasaran ), yang mana ayat2 nya pendek dan disertakan dalam TULISAN JAWI , RUMI (BAHASA MELAYU) dan TAFSIR (MAKSUD AYAT) yang amat memudahkan setiap lapisan masyarakat umum untuk dimiliki dan mengamalkannya khususnya bagi mereka yang gagal membaca ayat2 quran dengan lancar...

Untuk penerangan yang jelas boleh kami aturkan temu janji dengan yang mana-mana sahabat @ Guru kami seluruh malaysia yang berdekatan dengan anda...

Alhamdulillah... atas izin Allah, ramai telah berminat mendapatkan buku MANZIL KHAS dari kami kerana kaedah @ teknik amalan rawatan islam dan benteng diri bagi IKHTIAR :

✔ Ikhtiar Rawatan dan Pagar dan DIRI / KELUARGA / KEDIAMAN / PREMIS PERNIAGAAN daripada KHIANAT Manusia (Rompak, Rogol, Culik, Bunuh), KHIANAT Iblis & Syaitan (Sihir, Saka, Pukau, Gangguan Halus)

✔ Ikhtiar berkenaan permasalahan DIRI, KELUARGA, ZURIAT, JODOH, KERJAYA, PERNIAGAAN dan KEHIDUPAN.

✔ Ikhtiar Pelindung Diri bagi mengelakkan MASALAH gangguan berulang setelah diikhtiarkan RAWATAN ( masalah ganggua n berulang2 kerana pesakit hanya ikhtiar untuk keluarkan gangguan bukan menutup jalan gangguan yang sedia ada pada diri ).

✔ Ikhtiar membersihkan TAPAK dan RUMAH gangguan dalam diri pesakit ( tapak atau rumah gangguan dalam diri dikategorikan sebagai masalah ROHANI dan hanya bole dibersihkan melalui ayat2 Al Quran ).

✔ Ikhtiar penyakit MODEN @ MISTERI seperti lumpuh, kanser DLL.

In sha Allah...

10/08/2017

Ilmu Pukau🖐🏻
Pukau disebut masyarakat jawa sebagai ilmu gendam dan disebelah pantai timur lebih dikenali ilmu terca/cerca.
Pukau asli berbeza dengan kaedah hipnotis moden yg digubah dengan bersyarat. Iaitu yg dipukau hendaklah sedia maklum yg dia akan dipukau dgn persetujuan. Biasanya kaedah ni dimainkan pd demo2 hipnotis secara komersial dan tidak akan terjadi tanpa persetujuan tuan badan.
Kaedah Pukau yang masyhur ada lebih 13 jenis, antaranya melalui :
1.Rokok
2.Menepuk
3.Suara (sergah/terca)
4.Medium elektronik (msg,wasap,wechat dll)
5.Bunga
6.Wangian
7.Tarikan sukma
8.Tenungan mata
9.air
Dll...

Pematah Ilmu Pukau
Pematah ni bererti penewas atau penawar ilmu pukau.
Sekiranya seseorang tau pematah sesuatu ilmu sihir,maka dia boleh menentang penyihir tersebut.
Antara pematah ilmu pukau adalah,
Pemukau tidak dpt memukau org yg menyimpan besi kuning disisinya dan tidak dapat memukau orang yang menyimpan tahi besi.
Namun begitu,berdasarkan pengkajian saya.Setiap pematah ilmu ini sengaja direka pengamal atau jin yang bertugas untuk memukau supaya kita lebih percaya pd perlindungan besi daripada Allah ta'ala.
Secara tak lansung kita disesatkan secara halus dengan helah-helah pemain ilmu sihir.
Hingga banyak dipasaran dan perawat yang menjual besi kuning dalam pelbagai bentuk seperti naga,kakek tua,keris siluman dan sebagainya konon untuk pedinding seseorang walhal kita diperbodohkan dengan ilmu iblis laknatullah.

Allah Sebaik-Baik Pelindung.
"Wallahu 'alamu bi'adaaikum,Wakafa billahi waliyya wakafa billahi nasiro"
Annisa 45
Dan Allah lebih mengetahui akan musuh-musuh kamu (oleh itu awasilah kamu)
Dan cukuplah Allah sebagai pengawal tempat kamu meminta perlindungan,dan cukuplah Allah yang menolong (daripada angkara mereka yang mengkhianati)..

pengikhtiar rawatan
syed 012-2350141

Address

Skudai
81300

Telephone

0122350141

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Ruqyah & Rawatan Sunnah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category