Akademi Perubatan Melayu

Akademi Perubatan Melayu Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan, Penyelidikan, Pendidikan dan Pembangunan Perubatan Melayu

WACANA MAYA MANUSKRIP MELAYU“Seksologi: Ilmu Perkasihan Melayu”Anjuran : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malays...
09/06/2021

WACANA MAYA MANUSKRIP MELAYU

“Seksologi: Ilmu Perkasihan Melayu”

Anjuran : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Perpustakaan Negara Malaysia
Tarikh : 15 Jun 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Platform : Secara dalam talian menerusi Youtube PNM dan Google Meet
(https://meet.google.com/pyf-twvy-nxq)

Semua dijemput hadir, terima kasih

28/07/2020
27/07/2020

>

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI AHLI BERSEKUTU PERDIMAN

1. Mengikuti kesemua modul “Kursus Asas Filologi” anjuran PERDIMAN.

2. Menulis sekurang-kurangnya sebuah buku berkaitan manuskrip dan diterbitkan oleh PERDIMAN.

3. Membayar yuran pendaftaran dan yuran tahunan.

KURSUS ASAS FILOLOGI

Sesiapa yang berminat untuk menjadi Ahli Bersekutu PERDIMAN, maka anda perlu memenuhi tiga syarat keahlian bersekutu yang telah ditetapkan oleh PERDIMAN.

Pertamanya anda perlu mengikuti kesemua modul "Kursus Asas Filologi" tanpa tertinggal mana-mana modul.

Kursus Asas Filologi merangkumi lima modul iaitu:

Modul 1: Pengenalan Filologi
Modul 2: Sejarah Bahasa Melayu
Modul 3: Asas Tulisan Khat dan Jawi
Modul 4: Asas Penulisan Buku
Modul 5: Praktikal Kajian Manuskrip

Setiap modul tersebut mempunyai yurannya yang tersendiri.

Memandangkan aktiviti keramaian belum dibenarkan buat masa ini (sempena COVID-19), maka kami menangguhkan pelaksanaan kursus ini sehingga keadaan mengizinkan.

PENULISAN BUKU BERKAITAN MANUSKRIP

Setelah mengikuti kesemua modul Kursus Asas Filologi, anda boleh mula menulis sebuah buku mengenai manuskrip, sama ada perumian (transliterasi) manuskrip atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan manuskrip.

Buku yang telah siap ditulis perlu diserahkan kepada PERDIMAN untuk diproses dan diterbitkan. Penulis akan menerima royalti berdasarkan jumlah buku yang terjual.

YURAN PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN

Setelah anda mengikuti Kursus Asas Filologi dan menyerahkan hasil penulisan buku kepada PERDIMAN, maka anda dianggap layak untuk mendaftar sebagai Ahli Bersekutu PERDIMAN.

Pertamanya anda perlu membayar yuran pendaftaran sekali sahaja.

Keduanya anda perlu membayar yuran tahunan pada setiap tahun.

BERMINAT?

Sekiranya anda berminat untuk menjadi AHLI BERSEKUTU PERDIMAN, anda boleh mengisi borang berikut:

www.tinyurl.com/CalonAhliPERDIMAN

Butiran dalam borang tersebut akan digunakan oleh pihak PERDIMAN untuk menyalurkan info terkini mengenai pendaftaran Ahli Bersekutu PERDIMAN kepada anda.

KEAHLIAN PENUH hanya diberikan kepada:

• Ahli Bersekutu yang memberikan komitmen sepenuhnya kepada PERDIMAN, dan

• Dipersetujui serta diluluskan oleh Majlis Tertinggi PERDIMAN

Sekian, terima kasih.

Pertubuhan Penyelidikan Manuskrip Melayu (PERDIMAN)
27 Julai 2020

SILA SERTAI "TELEGRAM CHANNEL" PERDIMAN UNTUK MENDAPATKAN INFO TERKINI

www.t.me/PerdimanMalaysia

25/07/2020

Petikan Manuskrip "RISALAH ASAL ILMU TABIB"

"Amma ba'd. Adapun kemudian daripada itu, inilah suatu risalah pada menyatakan mengetahui asal ilmu tabib, dan iaitu mengetahui manusia daripada panas atau sejuk."

• Manuskrip ini adalah unik kerana berdasarkan pemerhatian kami setakat ini, inilah satu-satunya manuskrip yang membahaskan ilmu nadi secara mendalam.

• Apa yang lebih menarik ialah kaedah ilmu nadi itu memperlihatkan adanya pengaruh Perubatan India atau Perubatan Cina. Boleh jadi ianya disebabkan oleh hubungan alam Melayu dengan dunia luar yang semakin meluas ketika itu.

• Doakan penerbitan transliterasi manuskrip ini berjalan lancar.

• Jika anda ingin mempelajari Perubatan Melayu, pastikan ianya original dan autentik. Salah satu caranya adalah dengan merujuk manuskrip dan kitab yang ditulis oleh para atibba, hukama dan ulama.

Jawatankuasa Pembangunan Perubatan Melayu (JPPM)

Pertubuhan Penyelidikan Manuskrip Melayu (PERDIMAN)

19/07/2020

AKAN TERBIT

• Buku pertama yang akan diterbitkan secara bersama oleh PERDIMAN dan BAYTUL HIKMA.
............

RISALAH ASAL ILMU TABIB
Pada Menyatakan Asas Perubatan Melayu

Penulis: Raja Daud Raja Ahmad

Kata Pengantar: Raja Malik Raja Hamzah

Transliterasi: Hafiz Ab Ghani
....

• Kulit Buku: Gambar tinggalan bangunan Rumah Tabib di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia.
.....

● SERTAI TELEGRAM PERDIMAN UNTUK INFO TERKINI

https://t.me/PerdimanMalaysia

16/07/2020
08/07/2020

• Menziarahi salah seorang Ahli Majlis Tertinggi PERDIMAN iaitu Ustaz Hasanuddin Yusof di pejabat beliau.

• Beliau telah menulis banyak karya mengenai alam Melayu, antaranya ialah Miftahul Malayu, Teknologi Kesultanan Melayu Melaka dan Raudatus Salatin.

● SERTAI TELEGRAM PERDIMAN

https://t.me/PerdimanMalaysia

25/06/2020

ILMU KALIGRAFI

• Salah satu ilmu yang wajib dikuasai oleh para pengkaji manuskrip Melayu ialah ilmu kaligrafi.

• Ilmu kaligrafi yang dimaksudkan di sini ialah ilmu kaligrafi Arab yang dikenali juga sebagai tulisan khat.

• Dalam manuskrip Melayu terdapat beberapa jenis kaligrafi yang digunakan, contohnya khat Nasakh.

• "Asas Ilmu Khat" merupakan salah satu modul Kursus Asas Filologi yang wajib dipelajari oleh mereka yang ingin menjadi ahli PERDIMAN.

• Nantikan pengumuman selanjutnya mengenai kursus ini.

• Dapatkan info terkini mengenai PERDIMAN dengan menyertai "Telegram Channel" PERDIMAN di pautan berikut:

https://t.me/PerdimanMalaysia

• Sekian, terima kasih.

Address

Skudai
81300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Perubatan Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram