Olivie PowerUp

Olivie PowerUp Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Olivie PowerUp, No 47, Jalan Kebudayaan 1A, Skudai.

😱 Kajian Terbaru 2025 – Otak Kita Boleh “Makan Dirinya Sendiri” Bila Kurang Tidur!Ramai sangka kurang tidur cuma buat ki...
22/10/2025

😱 Kajian Terbaru 2025 – Otak Kita Boleh “Makan Dirinya Sendiri” Bila Kurang Tidur!

Ramai sangka kurang tidur cuma buat kita letih, mengantuk & susah fokus.
Tapi kajian terbaru mendapati kesannya jauh lebih menakutkan 👉 bila tidur terganggu secara kronik, otak kita sebenarnya mula memakan sambungan sarafnya sendiri.

📌 Apa yang berlaku?
Dalam otak kita ada sel yang dipanggil microglia. Normalnya, microglia bertugas “membersihkan sampah” dalam otak.
Tapi bila kita kurang tidur, microglia jadi terlalu aktif → ia mula makan sambungan saraf (sinaps) yang sihat.

⚠️ Akibatnya, hubungan antara sel otak makin lemah → fungsi otak menurun.
Hasilnya? Ingatan makin merosot, emosi tidak stabil, tumpuan jatuh merudum.

🔥 9 Kesan Utama Bila Kurang Tidur (Sains & Kajian):

1️⃣ Otak “makan dirinya sendiri”
Microglia jadi overaktif → makan sinaps → ganggu komunikasi neuron.

2️⃣ Ingatan merosot
Proses kukuhkan memori berlaku semasa tidur. Bila tak cukup → mudah lupa.

3️⃣ Emosi tidak stabil
Otak jadi lebih reaktif → mudah marah, cemas, tertekan.

4️⃣ Tumpuan & fokus menurun
Keputusan jadi lambat, kerja banyak silap, daya fikir makin lemah.

5️⃣ Hormon jadi kacau
Kurang tidur ganggu hormon lapar (ghrelin & leptin) → cepat lapar & mengidam manis.

6️⃣ Berat badan naik
Bila hormon lapar tak terkawal → makan berlebihan & berat badan naik.

7️⃣ Sistem imun lemah
Kurang tidur → sel imun tak sempat “recharge” → badan mudah kena selesema, batuk & penyakit lain.

8️⃣ Risiko penyakit kronik meningkat
Tekanan darah naik, kawalan gula darah terganggu → risiko jantung & kencing manis bertambah.

9️⃣ Penuaan otak & risiko Alzheimer
Tidur terganggu → toksin dalam otak tak dibersihkan → otak cepat tua & risiko Alzheimer meningkat.

💡 Penemuan ini menekankan betapa kritikalnya tidur untuk kesihatan otak. Tidur bukan sekadar masa untuk berehat — ia adalah waktu otak membersihkan diri, membaiki sambungan, dan mengukuhkan ingatan. Kekurangan tidur secara kronik mengganggu proses penting ini, seolah-olah menjadikan otak bertindak melawan dirinya sendiri. Saintis kini menegaskan bahawa mengutamakan tidur berkualiti adalah sama pentingnya dengan menjaga pemakanan, senaman, dan latihan minda untuk mengekalkan fungsi kognitif serta kesejahteraan emosi.

👉 Amalkan Olivie Plus 30x – 2 sudu besar setiap hari.
Kaya dengan antioksidan & sebatian bioaktif, ia bantu:
✔ Tingkatkan fungsi otak
✔ Kurangkan keradangan
✔ Sokong tidur lebih lena & lawan insomnia

🌙 Bila tidur nyenyak → otak lebih segar, emosi stabil & minda lebih fokus.

Tunggu apa lagi? Jom beli sekarang!

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/Ticerleen

Pernah tak lepas makan, rasa mengantuk, letih dan badan jadi lemau? Itu tanda gula dalam darah kita naik mendadak. Bila ...
15/10/2025

Pernah tak lepas makan, rasa mengantuk, letih dan badan jadi lemau?
Itu tanda gula dalam darah kita naik mendadak. Bila gula terlalu tinggi, insulin terpaksa kerja keras untuk turunkan semula.
Lama-lama, sel makin kebal dengan insulin. Inilah yang kita panggil insulin resistance.
Menariknya, kajian dapati jus delima ada kelebihan tersendiri.
📌 Serat semula jadi dalam delima bertindak seperti ‘brake system’ yang lambatkan penyerapan gula. Jadi, gula darah tak naik mendadak selepas makan.
📌 Punicalagin, sejenis antioksidan dalam delima, p**a bantu lawan stres oksidatif dalam badan dan tingkatkan sensitiviti insulin. Bila insulin lebih sensitif, sel badan lebih mudah serap gula → gula dalam darah pun jadi stabil.
Jadi, minum jus delima bukan sekadar untuk segarkan tekak, tapi sebagai ikhtiar kecil untuk kawal gula harian.
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan, jom merdekakan diri daripada gula dengan Jus Delima.
Semoga bermanfaat!

https://olivehouse.onpay.my/order/form/OliveHouse/Ticerleen

Anak dah tak batuk lagi!“Alhamdulillah, Madu Kyrgyzstan akak bagi anak-anak makan masa batuk hari tu. Memang mujarab san...
07/09/2025

Anak dah tak batuk lagi!
“Alhamdulillah, Madu Kyrgyzstan akak bagi anak-anak makan masa batuk hari tu. Memang mujarab sangat! Sekarang anak dah tak batuk lagi. Akak ikak nak order yang besar kalau ada…”
Serius, min pun happy bila dapat testimoni macam ni 🥰
Madu mengandungi hydrogen peroxide semula jadi dan antioksidan yang boleh melawan bakteria & kurangkan keradangan di tekak.
Tekstur pekat madu bertindak sebagai lapisan perlindungan pada kerongkong → bantu kurangkan rasa gatal & kering yang jadi punca batuk berpanjangan.
Jika anda atau anak anda mengalami batuk berpanjangan, boleh ikhtiar dengan amalkan madu ya, inshaAllah..

Ada orang tension → marathon drama Korea sampai subuh.Ada orang tension → marathon lari 5km siap post kat Strava.Apa pun...
01/09/2025

Ada orang tension → marathon drama Korea sampai subuh.
Ada orang tension → marathon lari 5km siap post kat Strava.
Apa pun gaya hidup anda, dua-dua perlukan tenaga extra dari dalam.
Olivie Plus 30x — booster paling setia, sesudu pagi sesudu malam. 💚

Sedap tak semestinya kena manis.Kadang kita rasa minum manis baru surr dan satisfied. Tapi sebenarnya, banyak lagi cara ...
28/08/2025

Sedap tak semestinya kena manis.
Kadang kita rasa minum manis baru surr dan satisfied. Tapi sebenarnya, banyak lagi cara lain nak bagi air tu rasa sedap.
Nak rasa fresh? Tambah lemon atau pudina.
Nak creamy sikit? Campur dengan susu segar atau susu rendah lemak.
Nak manis natural? Jus buah tanpa gula tambahan seperti Jus Delima memang tip-top & segarkan tekak anda!
Nak minum juga kopi, teh atau coklat? Pilih versi kurang gula atau tanpa gula.
Jom kita sama-sama merdeka dari gula berlebihan.

Kadang pelik kan, walaupun perut dah kenyang, lidah ni tetap duk cari benda manis.Macam ada satu suara halus bisik, “weh...
27/08/2025

Kadang pelik kan, walaupun perut dah kenyang, lidah ni tetap duk cari benda manis.
Macam ada satu suara halus bisik, “weh, tak lengkap la kalau tak minum teh ais kaw…”
Itulah yang kita panggil sugar craving. Lagi kerap ikutkan, lagi susah nak kawal. Lama-lama badan pun jadi ‘ketagih’ gula.
Nak lawan craving ni memang bukan senang. Tapi kalau perlahan-lahan ajar lidah, insyaAllah boleh.
Badan pun rasa lebih ringan, mood lebih stabil, dan tenaga pun tak jatuh mendadak.
Dan untuk bantu jinakkan craving manis ni, boleh amalkan Jus Delima setiap hari.
Jus Delima sangat kaya dengan antioksidan & serat semula jadi. Ia dapat bantu kawal selera secara semula jadi. Kandungan serat p**a beri rasa kenyang lebih lama, jadi kuranglah tangan nak capai makanan manis.
Kecil je rutin dia, tapi besar kesan untuk kawal selera gula kita.
Semoga bermanfaat!

Ada yang kalau lepak mamak, wajib order teh tarik kaw dan roti canai.Ada p**a yang setia dengan ais kosong sambil cicah ...
25/08/2025

Ada yang kalau lepak mamak, wajib order teh tarik kaw dan roti canai.
Ada p**a yang setia dengan ais kosong sambil cicah tosai.
Lifestyle mungkin berbeza, tapi tubuh semua orang perlukan sokongan dalaman.
Olivie Plus 30x — sesudu pagi, sesudu malam. 💚
Supaya esok masih ada tenaga nak repeat lepak lagi.

Alhamdulillah, akak ini dah tak kencing malam lagi!Katanya, selepas habis sebotol Olivie Plus 30x, tekanan darah lebih s...
24/08/2025

Alhamdulillah, akak ini dah tak kencing malam lagi!
Katanya, selepas habis sebotol Olivie Plus 30x, tekanan darah lebih stabil, bacaan kencing manis pun makin normal.
✅ Minyak zaitun kaya dengan Hydroxytyrosol yang bantu kawal paras gula dalam darah, kurangkan keradangan dan tingkatkan kesihatan buah pinggang.
Bila gula lebih terkawal & buah pinggang lebih sihat, masalah kerap kencing malam pun boleh beransur reda.
Jika anda ada masalah seperti ini, bolehlah mula amalkan Olivie Plus 30x setiap hari ya.

Kalau pergi pasar malam, tengah jalan-jalan, haus. Nampak gerai air warna-warni, terus beli dan teguk kat situ juga. Dek...
23/08/2025

Kalau pergi pasar malam, tengah jalan-jalan, haus. Nampak gerai air warna-warni, terus beli dan teguk kat situ juga. Dekat rumah pun sama, buka peti ais, capai botol, minum depan peti ais tu jugak. Jarang kita cari kerusi dulu.
Memang nampak remeh. Tapi sebenarnya, ada sebab kenapa Islam ajar kita untuk minum sambil duduk.
Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik R.A menyatakan:
عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا ‏.‏ قَالَ قَتَادَةُ فَقُلْنَا فَالأَكْلُ فَقَالَ ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri." Qatadah bertanya: "Bagaimana p**a dengan makan (sambil berdiri)?" Baginda menjawab: “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela."
[HR Muslim]
Malah, Ibnu Abbas r.a. juga pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah minum sambil berdiri ketika minum air zam-zam. Itu pun dalam keadaan tertentu, sebab suasana yang sesak dan tiada ruang untuk duduk.
Jadi jelas, minum berdiri bukanlah haram, tapi adab terbaik adalah minum sambil duduk kecuali kalau darurat.
Kenapa sunnah ini penting dari sudut sains?
Bila berdiri, otot & saraf kita sedang tegang sebab tubuh fokus nak kekalkan keseimbangan. Bila kita minum, air masuk ke perut dengan laju dan keras, terus hentam dinding perut. Kalau jadi kebiasaan, boleh menyebabkan perut longgar, ganggu sistem penghadaman, dan meningkatkan risiko masalah gastrik.
Bila duduk, tubuh lebih relaks. Otot-otot longgar, sistem pencernaan lebih bersedia. Air masuk perlahan, lembut, dan dapat diproses dengan baik oleh organ penghadaman.
Pakar perubatan juga mengatakan makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas, di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang.
Berbanding minum berdiri, cecair akan jatuh ke dasar perut dengan keras dan akan melanggar lapisan perut.
Sunnah Nabi SAW nampak kecil, tapi rupanya menyimpan hikmah besar untuk kesihatan kita.
Kalau betul kita cinta Nabi, jom ikut cara Baginda. Duduklah sekejap sebelum minum. Sunnah kecil, pahala besar dan badan pun lebih sihat.
Semoga bermanfaat!

Pernah tak lepas makan, rasa mengantuk, letih dan badan jadi lemau? Itu tanda gula dalam darah kita naik mendadak. Bila ...
22/08/2025

Pernah tak lepas makan, rasa mengantuk, letih dan badan jadi lemau?
Itu tanda gula dalam darah kita naik mendadak. Bila gula terlalu tinggi, insulin terpaksa kerja keras untuk turunkan semula.
Lama-lama, sel makin kebal dengan insulin. Inilah yang kita panggil insulin resistance.
Menariknya, kajian dapati jus delima ada kelebihan tersendiri.
📌 Serat semula jadi dalam delima bertindak seperti ‘brake system’ yang lambatkan penyerapan gula. Jadi, gula darah tak naik mendadak selepas makan.
📌 Punicalagin, sejenis antioksidan dalam delima, p**a bantu lawan stres oksidatif dalam badan dan tingkatkan sensitiviti insulin. Bila insulin lebih sensitif, sel badan lebih mudah serap gula → gula dalam darah pun jadi stabil.
Jadi, minum jus delima bukan sekadar untuk segarkan tekak, tapi sebagai ikhtiar kecil untuk kawal gula harian.
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan, jom merdekakan diri daripada gula dengan Jus Delima.
Semoga bermanfaat!

"Skincare dah beli yang mahal, tapi muka tetap kusam. Kenapa ya? Silap di mana?”Sebenarnya, masalahnya bukan sebab skinc...
21/08/2025

"Skincare dah beli yang mahal, tapi muka tetap kusam. Kenapa ya? Silap di mana?”
Sebenarnya, masalahnya bukan sebab skincare tak power atau tak berkesan.
Ada satu ‘dalang’ yang setiap hari kita hidang pada diri sendiri. Gula berlebihan.
Ada 5 cara gula dapat merosakkan wajah kita:
1️⃣ Kulit cepat berkedut
Lebihan gula bergabung dengan kolagen & elastin → kolagen jadi keras → kulit hilang anjal, kedut mula jelas terutama di dahi & bawah mata.
2️⃣ Mudah berjerawat
Insulin yang melonjak akibat gula rangsang pengeluaran minyak berlebihan → pori tersumbat → jerawat naik tanpa henti.
3️⃣ Muncul garis halus di sekitar mulut
Proses glycation akibat gula percepat kehilangan keanjalan kulit → garis halus mudah timbul di kawasan ekspresi seperti sekitar mulut & mata.
4️⃣ Kulit kusam & berjeragat
Gula cetus keradangan & ganggu aliran darah ke kulit → wajah jadi pucat, kusam, dan tompok jeragat lebih mudah terbentuk.
5️⃣ Parut jerawat sukar sembuh
Paras gula tinggi lambatkan proses baik pulih sel → parut jerawat ambil masa lebih lama untuk pudar.
Cuba kurangkan gula selama 30 hari…
✅ Kulit nampak lebih tegang & kurang kedut
✅ Jerawat makin reda
✅ Garis halus sekitar mulut & mata mula pudar
✅ Kulit lebih cerah & tona lebih sekata
✅ Parut jerawat cepat pulih & makin samar
Nak bantu kulit lebih cepat pulih? Boleh try Jus Delima Olive House.
🔴 Punicalagin (antioksidan kuat) → lindungi kolagen & cegah kedutan.
🔴 Anti-radang semula jadi → bantu jerawat surut & parut cepat pudar.
Kalau nak kulit glowing & awet muda, bukan skincare saja yang perlu dijaga. Gula pun kena dikawal.
Filter boleh sorok cela di kamera, tapi tak boleh sorok keyakinan yang hilang bila berhadapan orang.

Address

No 47, Jalan Kebudayaan 1A
Skudai
81300

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:30 - 18:30

Telephone

0125533263

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Olivie PowerUp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram