Pusat Rawatan Islam - Ruqyah, Bekam dan Kiropraktik Skudai Johor

Pusat Rawatan Islam - Ruqyah, Bekam dan Kiropraktik Skudai Johor Menyediakan perkhidmatan Rawatan Islam (Ruqyah), Bekam darah dan kiropraktik (bone alignment) Rawatan Islam dan Terapi Bekam Klinikal & Terapeutik

AMALAN NISFU SYA'BAN MALAM INIDi antara amalan yang diamalkan oleh para ulama` kita dulu ketika menghidupkan malam nisfu...
24/02/2024

AMALAN NISFU SYA'BAN MALAM INI

Di antara amalan yang diamalkan oleh para ulama` kita dulu ketika menghidupkan malam nisfu sya'bān:

1) Baca surah yāsīn (يس) 3 kali di antara waktu maghrib dgn isya dengan niat:
• bacaan pertama - dipanjangkan umur dalam ketaatan kepada Allāh Ta'āla.
• bacaan kedua - dihindari atau dijauhkan dari bala`
• dimurahkan rezeki
- niat² boleh ditambah dan dikembangkan lagi tidak terhad pada yang di atas shj. Boleh tambah, agar mati husnul khātimah, dijauhkan dari wabak, dsb. Yg penting bacaan itu lillāhi ta'āla jua.

Selepas setiap bacaan maka dibaca doa sepertimana masyhur.

2. Baca zikir/tasbih Nabi Allāh Yūnus عليه السلام mengikut jumlah hurufnya mengikut hisāb Jummal iaitu 2,375x pada malam nisfu sya'bān, pada mana² waktu mlm tersebut. Tasbihnya:

لا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Faedahnya: Mendapat keamanan dari segala bala mushibah dan kesusahan pada tahun tersebut.

3. Membaca zikir berikut, 100x setiap satunya:

• لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
(الأنبياء: 87) - 100x

• رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي، وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (طه: 25 - 26) - 100x

• نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ (الصف: 13) - 100x

• لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ (النجم: 58) - 100x

Jangan lupa niat luasa besok Nisfu Sya’ban.

Semoga bermanfaat dan diterima segala amalan. Amin.
والله أعلم

RASULULLAH BERSOLAT DI MASJID AL-AQSA KETIKA ISRAK MIKRAJSalam Israk dan Mikraj 27 Rejab 1445H Daripada Anas bin Malik R...
07/02/2024

RASULULLAH BERSOLAT DI MASJID AL-AQSA KETIKA ISRAK MIKRAJ

Salam Israk dan Mikraj 27 Rejab 1445H

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ

“Aku telah didatangi al-Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehingga perut al-Buraq tersebut mencapai hujungnya.

Baginda bersabda lagi: “Maka aku segera menungganginya sehingga sampai ke Baitulmaqdis.

Baginda bersabda lagi: “Kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar.” (HR Muslim)


“Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”- (Surah Al-Isra’, 17:1)

Perjalanan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW sangat berkait rapat dengan perjuangan pembebasan Palestin daripada kezaliman dan penindasan.

Semoga peristiwa Israk dan Mikraj menguatkan iman kita kepada Allah SWT dan risalah yang dibawa oleh Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Salam Jumu'ah Mubarakah! إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّو...
26/01/2024

Salam Jumu'ah Mubarakah!

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

[Al-Ahzab:56]

Marilah kita memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat, Sayyidul Ayyam yang penuh barakah.

Ayuh kita teruskan berdoa serta buat saudara-saudara kita di bumi Palestin!

اللهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلامَ وَالمُسْلِمِين
اللَّهُمَّ انْصُرْإِخْوَاننَاَ الْمُسلِمِين
المُجَاهِدِينَ فِي فِلِسْطِين

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin.
Ya Allah, bantulah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestin.

Sama-sama kita mengaminkan doa mujahidin.

امين يا ربال الامين

Untuk temujanji ruqyah dan bekam terus klik
wasap.my/60197549839

REJAB MERUPAKAN SALAH SATU DARI BULAN HARAMDaripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ ك...
13/01/2024

REJAB MERUPAKAN SALAH SATU DARI BULAN HARAM

Daripada Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Al-Bukhari)

“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban p**a adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadan p**a adalah bulan untuk memungut hasil.”

Subhanallah, kejap je dah masuk bulan Rejab. Beerti, lagi 2 bulan kita akan bertemu bulan Ramadan. Tak sabar rasanya 🥹

Sepanjang bulan Rejab dan Syaaban, kita digalakkan untuk membaca doa :

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب، وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا رَمَضَان
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan temukanlah kami ke bulan Ramadan.

Selamat beramal

Untuk dapatkan servis dari kami boleh hubungi
wasap.my/60197749839 atau
wasap.my/60197549839

21/05/2023

Pesakit saya ini buta kedua belah mata tetapi dalam bab memasak dia memang hebat, rasa masakannya dan cara dia memasak tak seperti orang buta cerita ahli keluarganya . Bila raya dialah yang masak juadah2 untuk keluarga dan aktif juga dalam persatuan orang buta. Beliau juga pandai dalam bab mengurut
Ahli keluarga beliau membawa beliau berjumpa saya dalam keadaan sakit kaki dan tangan, tapak kaki terasa bisa menyucuk2 jika pijak lantai, tangannya bisa dari siku hingga ke hujung jari.
Dari mulutnya hanya keluar "Ya Allah sakitnya" itulah ayat yang diulang2, kata ahli keluarganya, mereka telah bawa jumpa perawat dan kata perawat tu pesakit disihir dan kaki tangannya diikat secara ghaib itu yang menjadikan tangan dan kakinya berat untuk berjalan dan terasa bisa menyucuk2.
Oleh kerana pesakit dah terlalu sakit jadi saya mulakan sesi rawatan.. cuba bacakan ruqyah.. tiada apa2 kesan.. malah tiada kurang sedikit pun sakitnya. Heran.. jadi saya cuba Scan. ahh.. patutlah tiada kesan, rupanya memang dia tiada gangguan sihir pun seperti yang dikatakan oleh perawat sebelum ni.
Selepas bertanya dengan beliau dan keluarganya.. saya rasa beliau ada masalah lain, seminggu ni aktif memasak kat persatuan dan macam2 benda lagi yang dibuat. Jadi inilah puncanya badan dia sakit.
Jadi untuk kes ni saya buat rawatan kiropraktik, betulkan balik body alignment. Hanya dengan beberapa Step jer pesakit dah mula tersenyum..
"Eh.. siku dan tangan saya dah tak sakit lagi".
Alhamdulillah selepas selesai rawatan tiada lagi bunyi "Ya Allah sakitnya" keluar dari mulut pesakit.
Moralnya kalau orang cakap kita kena sihir jangan percaya dan jangan terlalu taksub dengan jin. Jin ini makhluk Allah , mereka tak mampu memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah swt.
Nak ruqyah, kiropraktik atau bekam boleh terus hubungi saya.
Syamsul 0197749839
wasap.my/60197749839

Assalamualaikum,Kami mengucapkan "Marhaban ya Ramadhan"Selamat menjalani ibadah puasa kepada Muslimin dan Muslimat.نَوَي...
23/03/2023

Assalamualaikum,
Kami mengucapkan "Marhaban ya Ramadhan"

Selamat menjalani ibadah puasa kepada Muslimin dan Muslimat.

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Semoga bermanfaat

💝Berita baik untuk pengguna minyak terapi bidara.💞Sebagai menghargai pengguna minyak terapi bidara, kami keluarkan pek i...
31/01/2023

💝Berita baik untuk pengguna minyak terapi bidara.💞
Sebagai menghargai pengguna minyak terapi bidara, kami keluarkan pek istimewa 100ml dengan harga yang sama dengan pek 80ml, anda mendapat ekstra 20ml.
Terhad 100 botol sahaja.
Boleh PM untuk dapatkan pek istimewa ini.
www.wasap.my/60197549839

29/11/2022

Doa Nabi Khidir untuk Mengabulkan Segala Hajat

Nabi Khidir dikenal sebagai salah satu Nabi yang diceritakan baik dalam Alquran dan hadis. Nabi Khidir rupanya diceritakan memiliki amalan yang rutin diamalkan iaitu bacaan doa dan zikir. Berikut ini adalah bacaan doa Nabi Khidir untuk mengabulkan segala hajat yang juga banyak diamalkan umat Muslim.

Sebagai umat Muslim, kita tentu menggunakan Alquran dan hadis sebagai sandaran hukum utama dalam kehidupan kita. Baik Alquran maupun hadis berisi berbagai macam peraturan, perintah, dan juga kisah-kisah bermanfaat yang dapat diambil hikmahnya. Salah satu kisah yang diceritakan dalam Alquran dan Hadits adalah kisah Nabi Khidir.

Kisah Nabi Khidir tersebut diceritakan dalam satu ayat Alquran. Lebih jelas, dalam buku berjudul Panduan A-Z Memahami Al-Qur'an yang ditulis oleh Mokhtar Stork (2013: 254) menyebutkan bahwa nama Nabi Khidir tidak disebutkan secara jelas dalam Alquran namun beliau disebutkan dalam hadis Nabi. Ayat Alquran surat Al Kahfi ayat 65 dianggap sebagai salah satu rujukan kepada Nabi Khidir dalam Alquran.

Nabi Khidir juga dipercaya memiliki sebuah amalan yang dilakukan secara rutin, iaitu membaca doa dan zikir. Berikut ini adalah bacaan doa Nabi Khidir untuk mengabulkan segala hajat yang umum diamalkan umat Muslim:

بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ لَا يَسُوْقُ الْخَيْرَ إلَّا اللهِ

بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ لَا يَصْرِفُ السُّوْءَ إلَّا اللهُ

بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ مَا كَانَ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ

بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِا للهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

“Bismillahi ma sya-allah la yasuqul khoiro illallah bismillahi ma sya-allah la yashrifus su-a illallah bismillah ma sya-allah ma kana min ni’matin fa minallah bismillah ma sya-allah la hawla wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim.“

Artinya : “Dengan nama Allah yang segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Allah. Dengan nama Allah yang segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, tidak ada yang menyingkirkan keburukan kecuali Allah. Dengan nama Allah yang segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, tidak ada kenikmatan melainkan dari Allah. Dengan nama Allah yang segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, tiada daya untuk berbuat kebaikan kecuali dengan pertolongan Allah. Dan tiada kekuatan untuk menghindar dari perbuatan maksiat kecuali dengan perlindungan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.“

Pemaparan lengkap mengenai doa Nabi Khidir untuk mengabulkan segala hajat tersebut dapat diamalkan secara rutin dalam keseharian Anda, baik setelah sholat wajib ataupun sunnah. Semoga bermanfaat.

Untuk temujanji rawatan sila hubungi :
Syamsul 019-7749839
wasap.my/60197749839

Fadzilah 019-7549839
wasap.my/60197549839

26/11/2022

PERJANJIAN NABI SULAIMAN DAN JIN

Kepada ibu bapa atau sesiapa ada masalah gangguan jin di rumah seperti :

✅️ Anak kerap menangis malam
✅️ Nampak kelibat
✅️ Bunyi guli atau perabot dialihkan
✅️ Makanan cepat basi
✅️ Pasangan panas baran

Boleh cuba bacakan atau tulis dan tampal di tampal rumah.

"Unasyidukum bil Ahdillazi akhozahu alaikum Sulaiman an takhruju watarhalu min baitina.
Unasyidikumullah an takhruju wala tu'zu ahadan watarhalu min baitina"

Semoga bermanfaat dan menyelesaikan masalah anda.
Sila kongsi jika bermanfaat.

Untuk temujanji rawatan sila hubungi :
Syamsul 019-7749839
wasap.my/60197749839

Fadzilah 019-7549839
wasap.my/60197549839

23/11/2022

KISAH RAWATAN

Pemuda ini adalah seorang mualaf berasal dari Sabah dan dahulunya seorang yang kuat pada pegangan agama Kristian.
Dia bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pastor.
Kata beliau untuk menjadi pastor dia perlu menjalani temuduga untuk mendalami lagi agama Kristian tapi 2 hari sebelum temuduga hatinya sangat berat untuk pergi, lalu dia batalkan hasrat untuk temuduga.
Setelah beberapa minggu kemudian, perasaannya mula tertarik dengan islam dan terus memeluk agama Islam. Alhamdulillah hidayah itu milik Allah dan beri kepada yang ikhlas mencari kebenaran.
Bermula dari saat itu gangguan syaitan mula menghantui dirinya hingga kerap kali kerasukan di tempat kerja dan seminggu sebelum beliau berjumpa saya boleh katakan setiap hari beliau tidak sedarkan diri di tempat kerja. Alhamdulillah selepas rawatan beliau boleh bekerja seperti biasa.
Beliau berazam untuk mendalami ilmu Islam dan ingin menjadi seorang ustaz untuk berdakwah. Semoga Allah kabulkan cita-cita beliau. Amin ya robbal alamin.
Untuk temujanji rawatan boleh hubungi :
Syamsul 019-7749839 atau
Puan Fadzilah 019-7549839

https://wa.me/message/SPNAWCYQ5BFSF1

01/11/2022

Doa Nabi Musa
( MEMOHON JODOH DAN LIMPAHAN REZEKI )

Seorang pemuda mengadu kepada seorang ulama' Saudi, Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid bahawa dia belum berkahwin, tiada kerja bahkan tiada rumah.

Lalu syeikh menganjurkan pemuda tersebut agar membaca doa Nabi Musa alaihissalam ini.

Nabi Musa alaihissalam telah diuji Allah apabila terpaksa melarikan diri dari Mesir dalam keadaan tidak berkahwin, tiada pekerjaan dan tiada tempat tinggal.

Ketika sampai di Madyan, baginda telah menolong dua orang perempuan memberi kambing minum lalu baginda duduk di bawah sepohon pokok seraya berdoa dengan doa ini.

Akhirnya berkat doa tersebut Allah mengurniakan baginda isteri, kerja dan tempat tinggal.

Doa ini tercatat dalam al-Quran dalam surah Al-Qasas, ayat ke 24:

رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

(Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqiir)

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
~ Surah al-Qasas: 24

Syeikh Muhammad Soleh menganjurkan agar doa nabi Allah Musa ini diperbanyakkan sehingga ditakdirkan Allah Yang Maha Pemberi Rezeki menurunkan rezeki melimpah yang tak disangka-sangka.

Alhamdulillah ♥️

Kisah rawatan sedihMereka datang sekeluarga bawa ahli keluarga yang tak sedar, meracau-racau. Bila saya tengok rasa tak ...
19/07/2022

Kisah rawatan sedih
Mereka datang sekeluarga bawa ahli keluarga yang tak sedar, meracau-racau. Bila saya tengok rasa tak sedap hati, jadi saya bertanya ahli keluarganya tentang latar belakang kesihatan pesakit.
Saya periksa tekanan darah, beberapa kali bacaan error, saya cuba lagi dan dapat bacaan : systolic - 220mmHg, nadi 30/min.
Saya bgtau keluarga, mengikut pengalaman saya pesakit kalau meracau macam ni bukan sebab jin tapi sebab kadar gula dia terlalu tinggi, jantung mengepam pun terlalu lemah 30denyutan/min, jadi saya sarankan agar bawa terus ke hospital bahagian kecemasan.
Semalam saya bertanya ahli keluarga perkembangan pesakit. Bila sampai ke hospital doktor terus tidurkan beliau kerana tekanan darah terlalu tinggi dan paras gula mesin tak dapat baca, mungkin terlalu tinggi.
Pagi ni dapat info sedih dari ahli keluarga beliau,
Innalillahi wainna ilaihi rojiun 😓, beliau telah kembali kepada penciptanya.
Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..Amin ya Robbal alamin.

Address

5A Jalan Seri Orkid 36, Taman Seri Orkid
Skudai
81300

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:30
21:00 - 22:45
Tuesday 10:00 - 17:30
21:00 - 22:45
Wednesday 10:00 - 17:30
21:00 - 22:45
Thursday 10:00 - 17:30
21:00 - 22:45
Saturday 10:00 - 17:30
21:00 - 22:45
Sunday 10:00 - 17:30
21:00 - 22:45

Telephone

+601118665958

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Islam - Ruqyah, Bekam dan Kiropraktik Skudai Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Islam - Ruqyah, Bekam dan Kiropraktik Skudai Johor:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram