Nusrah Care

Nusrah Care Nusrah Care adalah produk bidara yang diformulasi oleh Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah. " Customer Service is our Top Priority "

Nusrah Care adalah produk bidara keluaran Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah. Bagi pesakit-pesakit gangguan yang berada jauh dari pusat rawatan, ini adalah alternatif untuk anda dapatkan rawatan secara jarak jauh dengan kami. Insyaallah semua produk bidara Nusrah Care diruqyah khusus mengikut keadaan pesakit. Penafian/Disclameir: Nusrah Care tidak mempunyai wakil jualan, ejen jualan, stokist atau se

bagainya, semua produk bidara NUSRAH CARE hanya boleh dibeli melalui pihak kami, jualan hanya melalui online (private messenger/pm), whatsapp dan di pusat rawatan. Ini bagi menjaga kualiti rawatan, tiada penipuan berlaku pada pesakit, memudahkan pihak kami memantau dan membantu pesakit. Nusrah Care memastikan setiap pesakit dibantu sepanjang proses rawatan.

DI GANGGU JIN/GANGGUAN JIN? APA TU?- Semua permasalahan atau sakit yang ada kaitan dengan jin itu adalah gangguan jin/di...
25/04/2026

DI GANGGU JIN/GANGGUAN JIN? APA TU?

- Semua permasalahan atau sakit yang ada kaitan dengan jin itu adalah gangguan jin/diganggu jin. Contohnya diganggu jin saka, sihir, dirasuk, santau dll.

Adakah kita dianggap percaya kepada perkara khurafat atau melakukan perkara syirik jika kita mempercayai adanya masalah atau sakit yang berpunca dari gangguan jin?

- Tidak, ini kerana masalah gangguan jin (diganggu jin) ini telah wujud sejak dahulu seperti di zaman Nabi Musa, di zaman Nabi Sulaiman juga Rasulullah SAW Nabi Muhammad sendiri pernah disihir dan baginda sendiri merawat dirinya.

- Jabatan Kemajuan Islam Ma-laysia (Jakim) dalam garis panduan Khurafat dan Azimat menyatakan khurafat sebagai cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.” (Jakim, 2008)

Melalui takrif ini, jelas bahawa khurafat adalah perbuatan syirik dan dosa besar lantaran ia merosakkan akidah kerana mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak ampunkan dosa syirik sementara Dia memaafkan dosa-dosa yang lain. Maka sesiapa yang mempersekutukan (syirik) kepada-Nya sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’, ayat 48)

Usaha untuk merawat diri daripada masalah gangguan jin/diganggu jin bukanlah perkara khurafat yang membawa kepada syirik kepada Allah.

Kaedah rawatan seperti menilik, menengok dan meramal adalah perkara khurafat dan syirik yang wajib kita tinggalkan.

Hukum mempercayai tilikan atau hasil firasat menengok dari tukang tilik (bomoh,dukun, ustaz, tok imam) adalah berdosa dan termasuk dalam amalan syirik juga khurafat. Ia adalah perbuatan yang haram dalam Islam kerana boleh menyebabkan syirik kepada Allah. Oleh itu, sebagai orang Islam wajib kita menjauhinya.

Surah Al-Maidah ayat 90;

Yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Ustaz harap dengan penjelasan ini salah faham tentang gangguan jin/diganggu jin ini dapat dirungkaikan.

Pesakit-pesakit gangguan jin sudah cukup terseksa, berilah simpati pada mereka kasihani mereka pahami mereka.

25/04/2026

Perasaan hasad dan dengki adalah musuh manusia sehingga dalam
surah al-Falaq disebutkan bahawa punca berlakunya sihir adalah
disebabkan oleh perasaan hasad yang kuat. Firman Allah SWT pada
ayat 4, surah al-Falaq yang bermaksud: “Dan dari kejahatan orang
yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

Maklumat Penting
24/04/2026

Maklumat Penting

Susuk Mungkin Disorok Di Kulit, Tapi X-ray Tetap Nampak

Dalam X-ray, ada susuk yang kelihatan seperti jarum-jarum halus bertaburan di bawah kulit muka, rahang, dagu atau bahagian tubuh lain.

Dari luar, seseorang mungkin nampak biasa. Tiada luka. Tiada parut jelas. Tiada siapa tahu.

Tapi bila masuk bilik X-ray, rahsia itu boleh muncul satu demi satu.

Dalam satu kajian melibatkan 33 pemakai susuk di kawasan kepala dan muka, penyelidik melaporkan ada individu yang mempunyai sehingga 39 pin susuk di kawasan craniofacial. Susuk juga sering ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan pergigian atau radiografi wajah.  

Tetapi jangan sangka semua susuk mudah dibuang.

Dalam satu siri kes, ada susuk yang berjaya dikeluarkan melalui luka kecil. Namun ada juga kes di mana prosedur membuang susuk menjadi s**ar kerana jarum tidak mudah dikesan, dan doktor perlu berhati-hati supaya tidak mencederakan struktur penting seperti saraf muka. 

Inilah perkara yang ramai tidak fikir.

Bila sesuatu benda asing dimasukkan ke dalam tubuh, ia bukan sekadar “duduk diam”. Ia boleh mengelirukan pemeriksaan X-ray, menyukarkan rawatan gigi, menyulitkan pembedahan, mencetuskan kebimbangan, dan dalam keadaan tertentu boleh dikaitkan dengan sakit, radang atau jangkitan.

Kepada mereka yang pernah memakai susuk, jangan malu untuk beritahu doktor, doktor gigi atau petugas kesihatan sebelum rawatan. Maklumat ini penting, terutama jika anda perlu menjalani X-ray, pembedahan, prosedur pergigian atau rawatan tertentu.

Kepada pengamal susuk, ini pesanan penting.

🙏🏻 Jangan jadikan tubuh manusia tempat menyimpan jarum atas nama kecantikan, pelaris, kasih sayang atau perlindungan.

🙏🏻 Jangan janjikan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan.

🙏🏻 Jangan suruh orang diam kalau mereka sakit, bengkak, bernanah, kebas atau mahu membuang susuk.

Dan paling penting, jangan cuba korek, cucuk semula atau buang sendiri tanpa penilaian perubatan.

Tubuh manusia bukan tempat eksperimen.

Kecantikan tidak sepatutnya datang dengan rahsia logam yang tersembunyi dalam kulit. Kalau sesuatu itu perlu disembunyikan sampai takut diberitahu kepada doktor, mungkin itu tanda bahawa tubuh kita tidak sepatutnya diperlakukan begitu.



24/04/2026

KERAPKAN BERDOA, BERKATA BAIK SEPANJANG HARI INI.

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”. [Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Jemput baca ya, semoga ada manfaatnya. Silakan kongsi
23/04/2026

Jemput baca ya, semoga ada manfaatnya. Silakan kongsi

GANGGUAN JIN BUKAN MITOS

Ramai pesakit gangguan jin malu atau menafikan mereka diganggu jin/ keras**an jin. Gangguan Jin adalah penyakit, World Health Organization (WHO) mengiktiraf gangguan jin/keras**an jin sebagai “Possession and Trance Disorder”".

Klasifikasi Penyakit Antarabangsa Semakan 11 (ICD-11) mempunyai jenis kecelaruan yang dinamakan “Possession and Trance Disorder” yang mempunyai ciri-ciri “keras**an di mana ada perubahan ketara dalam perilaku individu di mana identiti kebiasaan individu tersebut diambil-alih oleh satu identiti keras**an luaran, dan perilaku atau pergerakan individu tersebut seolah-olah dikuasai oleh elemen luaran” (WHO 2020).

“Identiti keras**an luaran” tersebut merujuk kepada jin. Al-Qurtubi (2006) menganggap ayat 275 surah Al-Baqarah sebagai bukti adanya posesi/keras**an jin.

Maksudnya:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu

(Surah al-Baqarah 2:275).

Gangguan Jin merupakan penyakit, ianya perlu dirawat dan pesakit sendiri memerlukan sokongan dari orang terdekat. Hentikan stigma negatif tentang gangguan jin. Stigma negatif masyarakat menjadikan keadaan lebih s**ar bagi pesakit.

Stigma yang biasa berlaku:

1. Dilabel gila atau tidak waras. Ramai pesakit mengalami tekanan jiwa dan perasaan mereka kemurungan, emosi berubah-ubah, overthinking.... tetapi masyarakat sekeliling terlalu cepat menghakimi mereka tanpa memahami punca sebenar.

2. Menganggap gangguan jin hanya berlaku kepada orang yang ‘lemah iman’.
Hakikatnya, para sahabat Nabi SAW dan Rasulullah SAW sendiri pernah diganggu jin. Ia bukan soal kekuatan iman semata-mata, tetapi ini ujian daripada Allah.

3. Malas untuk mendapatkan rawatan yang betul. Takut dihina, di kecam....ramai yang memendam derita tanpa bantuan. Ada juga yang lebih percaya kepada bomoh berbanding ruqyah syar’iyyah kerana tak mahu dihakimi perawat yang bergelar seorang ustaz. Ada perawat yang s**a menyalahkan pesakit
(memfitnah pesakit tidak solat, tidak mengaji al-quran, meninggalkan amal ibadat). Bukan semua perawat tapi segelintir.

4. Keluarga tak ambil peduli.
Malangnya, ada juga ahli keluarga yang menganggap simptom gangguan jin itu ‘mengada-ada’ atau ‘cari perhatian’, padahal penderitaan pesakit sangat berat. Ada pesakit yang mengalami simptom gangguan jin ketika dirumah sahaja, tetapi di luar rumah pesakit sihat normal seperti biasa.

Ustaz harap dengan penjelasan ini, pesakit-pesakit gangguan kembali bersemangat, kembali kuat untuk melawan gangguan jin. Jangan malu, abaikan semua kata-kata negatif yang ada..dapatkan bantuan rawatan. Pilih rawatan yang mengikut syariat, pilih perawat yang memahami keadaan pesakit bukan yang menghina dan merendah-rendahkan pesakit.

Sebarang masalah gangguan boleh hubungi : 0105662523

23/04/2026

Sunnah Sebelum Tidur

* Ini juga usaha ikhtiar lindungi diri .

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ فَبَدَأَهُمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ

Dari Aisyah RA bahawa biasanya Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, baginda menyatukan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas). Kemudian baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari No. 5017). Status: Hadis Sahih

SIMPTOM GANGGUAN JIN : KERAP MIMPI YANG DAN BERULANG KALI Seringkali bermimpi melihat binatang-binatang buas seperti har...
22/04/2026

SIMPTOM GANGGUAN JIN : KERAP MIMPI YANG DAN BERULANG KALI

Seringkali bermimpi melihat binatang-binatang buas seperti harimau, serigala, buaya dan binatang-binatang berbisa contohnya mimpi dipatuk ular.

Mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi terbang tiba-tiba jatuh kebawah, mimpi sedang mendaki tiba kita tergelincir jatuh dan kita terjaga dari tidur. Apa-apa juga mimpi yang berkaitan kita jatuh dari tempat tinggi ada kaitan dgn gangguan jin.

Mimpi seringkali berada di tempat kotor seperti tandas, tempat buang sampah atau di kubur.

Mimpi berada dikawasan yang sunyi sepi, mimpi rumah lama/rumah kampung(ada kaitan dengan keluarga), mimpi rumah berhantu, mimpi rumah usang terbiar kotor menakutkan.

Mimpi bayi, mimpi kita sayang bayi kecil, mimpi melahirkan bayi, mimpi hamil, mimpi bayi terlalu sayangkan kita, mimpi menyusu bayi, mimpi kita ambil bayi & jaga.

Mimpi benda tajam, pisau, gergaji, keris, mimpi benda miang & gatal, mimpi kaca.

Semua mimpi-mimpi ini ada kaitan dengan gangguan Jin seperti saka, sihir, santau, histeria & sebagainya.

👉 Pada situasi bila mimpi-mimpi ini benar-benar menunjukkan diri kita ada gangguan jin?

1) KERAP MIMPI, HAMPIR SETIAP HARI MIMPI

Ada pesakit ustaz setiap malam diganggu mimpi yang sama hingga kualiti tidur mula terganggu.

2) MIMPI BERULANG ITU MEMBERI KESAN PADA KESIHATAN MENTAL

Mimpi itu menyebabkan emosi kita terganggu. Kita mudah moody, blur macam fikirkan sesuatu..

Mula overthinking (kerana kita mula mencari kenapa? Apa? Sebab apa? Apa ni?)

Berdebar-debar sentiasa (anxiety), berada dalam keadaan cemas tanpa sebab

Perasaan takut yang keterlaluan & mula fikir buruk

Resah gelisah runsing tanpa punca

3) HIDUP MULA TERGANGGU

Perjalanan hidup mula berubah, kerap jatuh sakit, mula susah tidur, tidur tidak berkualiti menyebabkan seluruh badan kita jadi lesu lemah, kerap cuti sakit, kualiti kerja mula menurun. Hubungan suami isteri mula panas, kerap bergaduh walaupun perkara kecil, hidup mula berubah bagaikan ada penghalang.

Jika kita ada alami 3 situasi ini, dapatkan rawatan. Jangan biarkan keadaan ini terus berlarutan. Kita usaha & ikhtiar lindungi keluarga.

Untuk pesakit was-was..sebagai usaha &  ikhtiar.
22/04/2026

Untuk pesakit was-was..sebagai usaha & ikhtiar.

WAS-WAS KETIKA SOLAT? AMALKAN INI.

Nabi SAW pernah membaca bacaan ini sebanyak tiga kali :

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ

أَلْعَنُكَ بِلَعْنَة اللَّهِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kuasa Allah dari kamu, Aku laknati kamu dengan laknat yang Allah keatasmu.

(Hadis Muslim)

Kitab: Sahih Muslim, Bab: "Kebenaran Melaknat Syaitan di Dalam Solat dan Memohon Perlindungan Daripadanya".

Perawi: Sahabat Nabi, Abu al-Darda' RA

Pengajaran Utama :

1. Perlindungan Allah: Kalimah ini adalah senjata yang sangat kuat untuk menghalau gangguan syaitan yang nyata mahupun was-was.

2. Boleh dibaca dalam solat: Jika seseorang merasa diganggu syaitan semasa solat, dia boleh membaca istiazah (mohon perlindungan) seperti ini.

3. Kekuasaan Allah: Syaitan sangat takut kepada kalimah-kalimah Allah dan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW.

KESAN POSITIF NUSRAH CARE Alhamdulillah, ini pesakit lama ustaz dari tahun 2020. Pengguna setia Travel Kit.Setiap 3 bula...
21/04/2026

KESAN POSITIF NUSRAH CARE

Alhamdulillah, ini pesakit lama ustaz dari tahun 2020. Pengguna setia Travel Kit.

Setiap 3 bulan mesti restock Travel Kit, alhamdulillah terima kasih atas kepercayaannya.

Kenapa Perlu Guna Produk Bidara Walaupun Sudah Jumpa Perawat?1. Produk Bidara adalah satu bentuk rawatan lanjutan yang p...
21/04/2026

Kenapa Perlu Guna Produk Bidara Walaupun Sudah Jumpa Perawat?

1. Produk Bidara adalah satu bentuk rawatan lanjutan yang penting dirumah.

Pesakit gangguan jin tidak selalu berpeluang bertemu perawat. Kekangan masa, jarak, kewangan atau keadaan kesihatan sering menjadi halangan. Di sinilah pentingnya produk bidara. Ia menjadi ikhtiar/usaha harian yang boleh diamalkan sendiri di rumah pada bila-bila masa, tanpa perlu tunggu sesi rawatan. Produk Bidara melengkapkan usaha pesakit dalam perjuangan untuk sihat dan pulih dari gangguan dengan izin Allah SWT.

2. Membantu Pesakit Lawan Gangguan di Rumah

Pesakit yang mengalami gangguan biasanya lemah fizikal dan mental, s**ar melawan gangguan. Produk bidara membantu memulihkan badan, mengurangkan simptom, dan mengelak komplikasi lebih serius seperti keras**an.

3. Perlindungan Berterusan Sepanjang Hari

Produk bidara insyallah dapat memberikan perlindungan berterusan kepada pesakit gangguan, sekaligus membolehkan pesakit terus menerima manfaat ruqyah walaupun berada di rumah.

4. Mencegah simptom gangguan Jadi Lebih Teruk

Sesetengah pesakit perlu konsisten menggunakan produk bidara untuk kekal sihat dari gangguan. Jika tidak, badan akan terasa lemah dan simptom gangguan boleh menjadi lebih serius, membuka peluang jin untuk terus menyerang.

21/04/2026

PANDUAN BUAT SEMUA

- bukan semua ayat amalan/bacaan yang menggunakan ayat al-quran (sama ada bacaan ataupun bertulis) adalah patuh syarak.

- ada ilmu/amalan yang pelik & tidak patuh syarak yang menggunakan ayat alquran

- sesuatu yang nampak pelik, luar biasa, terlalu hebat, supernatural, tahu sesuatu yang orang lain tak tahu, boleh dengar atau lihat benda ghaib atau pun magik.... WAJIB kita tinggalkan walaupun orang tu seorang ustaz, tok imam, bilal masjid, seorang pensyarah agama, pendakwah di TV atau seorang yang pandai ilmu agama.

Adalah lebih penting kita jaga akidah kita dari terlibat perkara syirik menyekutukan Allah. Di dunia ni ini yang Maha Agung adalah Allah. Syirik merupakan dosa besar! Ini amaran Allah

- tak salah atau berdosa kalau kita tak amalkan ajaran pelik-pelik, penuh mistik dan ini bukan tuntutan agama kita. Tak ada tercatat dalam rukun iman.

- tapi kalau kita amal amalan yang salah ini yang ternyata ia bertentangan dgn islam... bahaya menanti kita. Ada risiko dari sudut akidah juga kesan buruk pada kehidupan kita & keluarga.

Address

27A, Jalan Persiaran Makmur, Taman Slim Makmur
Slim River
35800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nusrah Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Nusrah Care:

Share