17/08/2025
APA ITU URUTAN TRADISIONAL?
Urut tradisional dilakukan bagi melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh badan. Terdapat tukang urut yang mewarisi urut dari keluarga atau keturunan, ada juga yang mempelajari secara khusus dan juga yang menggabungkan kedua-dua nya bagi menjadikan urutan lebih berkesan.Urut adalah pergerakan tisu lembut badan. Teknik mengurut sering diaplikasikan dengan tangan,jari, siku, lutut, lengan bawah, kaki. Tujuan umum urut adalah untuk merawat tekanan atau sakit badan.
Kebaikan Urutan Untuk Para Wanita
Menghilangkan tekanan & Melancarkan pengaliran darah & meningkatkan daya ketahanan tubuh badan serta membantu menghilangkan sengal-sengal badan,lesu serta sakit-sakit badan.
Urutan mampu menghilangkan tekanan ataupun stress yang dihadapi kerana dengan usapan lembut mampu melegakan tubuh badan anda daripada penat seharian melakukan kerja. Urutan juga mampu menyihatkan badan apabila perjalanan darah menjadi lancar setelah melakukan urutan tradisional. Selain itu urutan juga dapat membuatkan anda tidur dengan lebih lena kerana badan merasa segar dan sihat selepas melakukannya. Rawatan ini juga mampu membetulkan postur badan serta mengurangkan sakit migrain.
Rawatan urutan perlulah dilakukan paling kurang sebulan sekali supaya dapat melegakan tubuh badan anda daripada sakit serta lenguh lenguh badan.