30/05/2019
Androgenetic Alopecia atau nama lainnya “Male Pattern Baldness” adalah masalah kebotakan yang terjadi apabila seseorang mengalami penipisan dan kehilangan rambut di bahagian atas kulit kepala. Faktor utamanya adalah keturunan atau genetik yang melibatkan faktor hormon dan umur.
Ia tidak disebabkan oleh factor pemakanan, stress, kurang tidur, pemakaian topi dan sebagainya.
Ia tidak berkesan dengan rawatan herba dan tradisional. Rawatan yang terbukti berkesan adalah melalui kaedah rawatan perubatan moden.
Banyak kajian yang telah dilakukan untuk mengenalpasti kadar insiden Androgenetic Alopecia ini sejak tahun 1950an lagi.
Secara kesimpulannya, di benua asia, kadar insiden adalah 14-40% dari keseluruhan populasi. Kadar ini meningkat dengan umur, iaitu kurang dari 1% sebelum umur 20 tahun, sehingga 2.3% sebelum umur 30 tahun, 2.7-4% antara 30-40 tahun,10-11% antara 40-50 tahun, 24.5% antara 50-60 tahun, 34-43% antara 60-70 tahun, 46.9% untuk populasi berumur lebih 70 tahun.
Berikut adalah senarai kajian terbaru tentang kadar insiden Androgenetic Alopecia di Asia yang menjadi sumber artikel ini.
1. P. H. Tang et al(2000), Singap Med J 41:202-205
2. D. Pathomvanich et al (2000) Dermatol Sur 160:629-632
3. Xu F et al(2008) Br J Dermatol 160:629-632
4. J.H.Paik et al (2001) Br J Dermatol 145:95-99
Dr Zidi Hair Transplant
Jika anda mengalami masalah ini dan terganggu dengannya, kami sedia membantu, hubungi atau whatsapp kami di +6018-3525359 untuk maklumat lanjut atau whatsapp kami di link ini
https://wa.me/60183525359?text=I'm%20interested%20in%20your%20service