27/04/2026
Datang klinik petang-petang dan cakap,
“Saya dah tak pergi kerja hari ini.”
“Boss suruh ambil MC.”
“Saya dah bagitahu boss saya MC hari ini.”
Maaf, tapi MC bukan benda yang patut “diputuskan” dulu sebelum jumpa doktor.
MC ialah dokumen perubatan dan juga dokumen undang-undang.
Di Malaysia, Malaysian Medical Council menyatakan sijil cuti sakit hanya patut dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar selepas konsultasi yang sesuai, termasuk sejarah, pemeriksaan fizikal, dan siasatan jika perlu. Kalau doktor rasa penyakit itu terlalu ringan hingga tidak menjejaskan kerja, doktor boleh memilih untuk tidak beri MC. Dalam keadaan begitu, attendance note boleh diberikan untuk sahkan anda hadir ke klinik.
Maksudnya mudah.
Kalau anda benar-benar tak sihat, datanglah dapatkan rawatan.
Kalau doktor menilai anda memang tidak fit untuk bekerja, doktor sendiri akan beri MC.
Tak perlu minta macam sedang order menu.
Dan tolong faham satu perkara lagi.
Ayat seperti:
“Saya bayar ya.”
“Saya bukan guna panel.”
“Saya dah inform boss.”
atau ugutan halus kepada doktor..
semuanya tidak mengubah penilaian klinikal.
Bayaran konsultasi bukan tiket automatik untuk dapat MC.
Yang menentukan keperluan MC ialah penilaian doktor, bukan dompet pesakit. MMC juga menegaskan MC tidak patut dikeluarkan tanpa konsultasi bersemuka yang sesuai.
Di bawah Akta Kerja 1955 p**a, pekerja berhak kepada cuti sakit berbayar selepas diperiksa oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang berkaitan. Ini menunjukkan cuti sakit datang selepas pemeriksaan dan pensijilan, bukan selepas seseorang mengisytiharkan dirinya sendiri “MC hari ini”.
Kalau benar anda tidak sihat, datanglah awal dan dapatkan pemeriksaan.
Kalau datang lewat selepas tidur, rehat, berjalan, atau selepas satu hari tidak hadir bekerja, jangan anggap doktor wajib “membetulkan” keputusan yang anda sudah buat sendiri.
Doktor bukan mesin cop.
Doktor juga bukan kaunter pengesahan alasan.
Dan bila pesakit mula mendesak, memaksa, atau marah kerana tidak dapat MC yang dimahukan, itu bukan lagi soal sakit.
Itu soal menyalahgunakan sistem yang sepatutnya melindungi orang yang benar-benar tidak sihat.
MC bukan hak automatik.
MC ialah keputusan klinikal.
Bezanya besar.