Aida Massage Therapy

Aida Massage Therapy Pakar terapi urutan saraf,urutan traditional ,Bekam sunnah &Pakej-pakej berpantang kerumah.

😍JOMM ME TIME😍Anda pening Kepala?migrain ?Stress?angin b*k dlm badan?sakit lutut?sakit leher ?sakit belikat?sakit kaki?m...
22/01/2024

😍JOMM ME TIME😍
Anda pening Kepala?migrain ?Stress?angin b*k dlm badan?sakit lutut?sakit leher ?sakit belikat?sakit kaki?masalah saraf kebas2 tangan kaki ?perut sebu peranakan jatuh?sakit pinggang?

Urut badan ni adalah satu caranya.badan jd ringgan.darah lancar .angin tiada ..Nak kami urut anda?

Tidak perlu sampai ke spa,kerana kami boleh datang ke rumah anda..
boleh terus watsap utk booking👇

https://linktr.ee/mybidanaida

😍JOMM ME TIME😍Anda pening Kepala?migrain ?Stress?angin b*k dlm badan?sakit lutut?sakit leher ?sakit belikat?sakit kaki?m...
26/07/2023

😍JOMM ME TIME😍

Anda pening Kepala?migrain ?Stress?angin b*k dlm badan?sakit lutut?sakit leher ?sakit belikat?sakit kaki?masalah saraf kebas2 tangan kaki ?perut sebu peranakan jatuh?sakit pinggang?

Urut badan ni adalah satu caranya.badan jd ringgan.darah lancar .angin tiada ..Nak kami urut anda?

Tidak perlu sampai ke spa,kerana kami boleh datang ke rumah anda..
boleh terus watsap utk booking👇

https://linktr.ee/mybidanaida







pakar urut saraf wanita urut traditional & posnatal care service

11/11/2021

Jadual berpantang ni sangat diperlukan supaya new mommies tak miss routine harian semasa berpantang dan juga supaya new mommies dapat rehat yang cukup 🥰

Sediakan jadual rutin waktu mandi, bertungku, bertangas dengan sauanku of course 😘, berpilis, memakai bengkukng,berurut, mengepam susu (untuk stok kalau uollss bekerja) dan menguruskan bayi.

Dengan adanya jadual, kita akan berdisiplin mengikut routine berpantang supaya cepat kembali cergas .










30/09/2021

KESILAPAN BERPANTANG YANG KE-8 PALING IBU SELALU BUAT!🤔
1. Tiada Perancangan
Perancangan yang teratur mampu membantu anda dan suami mengurus keluarga serta dapat menjaga kesihatan diri dan bayi. Pasti anda mengambil masa untuk mencari rentak tetapi kesihatan diri haruslah diutamakan.
Misalnya, anda boleh bergilir menjaga anak dengan suami sebelum pergi ke pejabat seperti memandikan atau menidurkan bayi. Cara ini membolehkan anda merasai kualiti untuk masa sendiri dan kesihatan lebih terjaga.
2. Tidak Pakai Stokin
Kebiasaan alasan yang diberi adalah leceh dan tak selesa sebab perlu ditanggalkan semasa mandi atau ke tandas. Pemakaian stokin sering dipandang enteng namun seharusnya perlu dipakai setiap masa.
Memakai stokin banyak manfaat untuk kesihatan mengikut kajian saintifik. Kalau tak berminat untuk pakai stokin, anda boleh pakai selipar yang sesuai di dalam rumah agar ada lapik di antara kaki dan lantai.
Anda boleh baca posting sebelum ini kepentingan memakai stokin dan tips pemilihan stokin yang bersesuaian.
3. Malas Berbengkung
Selain dipakai untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbengkung mempunyai kelebihan dari segi kesihatan selepas bersalin. Amalan berbengkung dapat mengecutkan rahim yang bengkak di samping mampu menetapkan kedudukan peranakan daripada jatuh.
Seterusnya, bengkung dapat mengurangkan sakit belakang, membetulkan postur badan, mempercepatkan darah kotor keluar disamping lebih selesa dan yakin untuk bergerak.
Pemilihan bengkung juga pelbagai di pasaran. Kalau dulu susah sebab perlu ikat bertali, sekarang hanya berzip. Mudah sangat!
4. Abaikan Kesakitan
Sakit badan selepas bersalin adalah normal. Jadi ada beberapa cara bagi membantu mengembalikan kesegaran tubuh wanita seperti berurut dan bertungku. Proses pemulihan luar dan dalam juga akan lebih cepat.
MyBidan House HQ ada juga menyediakan perkhidmatan untuk melancarkan susu badan. Ibu boleh demam sekiranya susu tersumbat atau bengkak susu yang melimpah ruah.
Bidan berfungsi sebagai orang yang akan memberi nasihat berpantang yang bukan hanya tertumpu pada adat, tetapi mengikut cara hidup terkini dan hukum agama juga agar bersesuaian dengan peredaran zaman.
5. Kurang Minum Air
Sudut kaedah cara lama memang akan membuatkan ibu kurang minum air. Walhal, air kosong dapat mengelakkan masalah sembelit dan melancarkan penghasilan susu badan. Malah, ibu dapat elak daripada terhidrasi.
Minuman sejuk tidak digalakkan seperti berais tetapi tidak ada kajian yang kukuh mengatakan minuman berais mendatangkan mudarat kepada ibu berpantang. Air manis perlulah dielakkan kerana tidak menyihatkan untuk tubuh badan.
6. Tidak Jaga Makan
Makanan yang berlebihan seperti makanan berproses, makanan ringan atau makanan segera boleh melumpuhkan kesihatan badan ibu yang menyusu. Ada yang mempunyai masalah untuk masak menu yang sesuai kerana berpantang.
Terdapat pelbagai menu berpantang yang MyBidan House HQ boleh sediakan kepada anda sekiranya mendapat permintaan ramai. Jadi masalah anda akan selesai dengan resepi yang mudah dan semestinya berkhasiat untuk tubuh badan ibu yang berpantang.
Sekiranya mendapat permintaan untuk memasak kepada bidan, boleh juga nyatakan menu yang diingini di samping anda perlukan modal untuk bahan mentah juga.
7. Banyak Buat Kerja
Anda perlu mengurangkan kerja rumah sebanyak mungkin bagi memastikan kesihatan terjaga. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil dan kerja rumah yang tak akan pernah habis memang memenatkan para ibu berpantang.
Ini bukan masanya untuk anda menjadi sibuk dan ahli keluarga pasti memahami keadaan anda. Sokongan dan dorongan suami dan keluarga sangat penting untuk membantu ibu yang baru bersalin.
8. Fobia Mandi
Apabila badan masih rengat dan luka masih belum pulih, sudah semestinya anda pasti akan fobia bersalin. Namun, kebersihan amat penting agar dapat mengelakkan ibu mudah terkena sebarang jangkitan.
Air suam dapat memberi keselesaan dan perlu dikeringkan secepat mungkin supaya tidak terdedah berpanjangan. Mandian herba juga dapat membantu dalam proses pemulihan. Bertangas pun elok juga!

27/09/2021

PENTING KE PAKAI STOKING SEMASA BERPANTANG?
Kalau dulu-dulu orang berpantang pakai stoking untuk elakkan daripada masuk angin. Namun menurut jururawat Bel Nawhen, ianya langsung tiada kaitan mahu elak dari masuk angin. Pemakaian stoking digalakkan bertujuan pemulihan semula tubuh badan ibu selepas bersalin.
Tubuh ibu juga perlu menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dari kehamilan ke kelahiran. Jadi, kaki perlu elak daripada terkena lantai yang sejuk sebagai cara untuk mengekalkan suhu badan yang normal.
Memakai stoking dapat elakkan diri dari risiko kecedaran semasa berpantang. Tapi ibu-ibu adanya yang merasakan pakai stoking sangat renyah kerana perlu buka untuk pergi ke tandas.
Alternatif lain adalah dengan memakai selipar / kasut di dalam rumah bagi mengelakkan sentuhan secara langsung tapak kaki dengan lantai sejuk. Deep vein thrombosis (pembekuan darah di salur darah pada betis), pemakaian stoking agar mudah aktif bergerak.
Tips pemilihan stoking:-
1) Stoking ketat sehingga betis
Ianya boleh memberi tekanan pada kaki dan menggalakkan pengaliran darah di kaki.
2) Pakai TED stoking (Thromboemboletic Deterring - compression stoking)
Fungsi utama adalah memperbaiki pengaliran darah di bawah kaki mengalir ke atas dan tidak terkumpul di bawah sahaja.
3) Tidak licin
Stoking yang selamat digunakan dan tidak mudah sebabkan anda tergelincir dan menyebabkan kecederaan lain.
4) Stoking menyerap peluh
Apabila stoking mudah lembab dan tidak serap peluh, bakteria akan s**a menginap pada kaki p**a. Jadi, stoking serap peluh akan memberi keselesaan kepada anda.
Semestinya pantang larang orang dulu-dulu tidak salah diamalkan asalkan mempunyai kebaikan dan alasannya logik untuk diterima.
**angin

04/08/2021
picit picit lega
02/08/2021

picit picit lega

01/08/2021

Fast Fact

✅ Majoriti penghidap G6PD deficiency adalah lelaki

✅ Penghidap G6PD deficiency akan ada masalah ini seumur hidup. Tiada rawatan untuk 'memperbanyakkan' enzim ini

✅ Penghidap perlu elakkan dari terdedah kepada bahan terlarang yang akan akibatkan sel darah merah pecah dan menyebabkan masalah kurang darah

Jika anda kenal sesiapa menghidap masalah ini

- Elakkan dari terkena asap ubat nyamuk jenis lingkaran

- Jangan beri makan kacang parang/ kacang sepat

- Elakkan dari terkena wap ubat gegat

- Jika bela ikan, hati hati dengan bahan pewarna biru
Jika terkena, sel darah akan pecah dan individu tersebut akan alami gejala pucat, sakit perut, kencing berwarna gelap— bawalah dengan segera ke hospital

Address

Saujana Utama Sungai Buloh
Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aida Massage Therapy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Aida Massage Therapy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram