Hospital Sungai Buloh Selangor

Hospital Sungai Buloh Selangor Ini adalah page Facebook rasmi Hospital Sungai Buloh. Facebook Rasmi Hospital Sungai Buloh

1.

Hospital Sungai Buloh adalah hospital berpakar dan menerima pesakit yang mempunyai surat rujukan sahaja. Pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik pakar/ unit berkaitan akan diberikan tarikh temujanji dan perlu mematuhi masa yang telah diberikan.

2. Bagi rawatan pesakit luar bolehlah terus ke klinik kesihatan berhampiran dengan anda.

3. Pertanyaan berkenaan pertukaran tarikh temujanji sila hub

ungi nombor telefon seperti tertera di kad rawatan anda. Pemakluman pertukaran tarikh/masa temujanji perlu dimaklumkan lebih awal kepada pihak klinik/ unit.

4. Rawatan estetik, rawatan kecantikan gigi, pemeriksaan DNA, pemeriksaan kesihatan untuk permohonan perkahwinan/ tawaran pekerjaan/sambung belajar, tidak disediakan.

5. Kempen derma darah peringkat Hospital Sungai Buloh diadakan 3 kali setahun. Hebahan dari semasa ke semasa berkenaan kempen menderma darah akan dibuat di dalam laman web, facebook, poster. Kempen derma darah di hospital ini diadakan secara berkala oleh Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Sila Hubungi Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur atau Tabung Darah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sekiranya ingin mengadakan kempen derma darah di premis masing-masing.

6. Sekiranya ingin memberikan maklum balas seperti cadangan, pertanyaan, aduan dan sebagainya lagi berkenaan perkhidmatan di Hospital Sungai Buloh bolehlah mengemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan Malaysia - http://moh.spab.gov.my

Sila sertakan maklumat lengkap pengadu dan pesakit seperti nama penuh, no kad pengenalan/ rujukan pesakit, alamat, nombor telefon, email, masa, tempat kejadian, dan ringkasan aduan. Maklum balas pelanggan juga boleh dibuat melalui peti cadangan berwarna biru yang terletak di setiap aras, ED, Klinik Pakar, Farmasi, Balai Pelawat dan Lobi Utama. Selain itu, maklum balas boleh dibuat melalui surat, e-mel, atau datang sendiri ke Bahagian Perhubungan Awam pada waktu pejabat. Tindakan sewajarnya daripada pihak pengurusan hospital akan diambil sekiranya memberikan maklum balas ke saluran yang betul bukannya viral ke dalam media sosial.

7. Tuan/puan yang inginkan maklumat lanjut berkenaan perkara dibawah bolehlah menghubungi bahagian berikut:-
- Permohonan bantuan perubatan - Jabatan Kerja Sosial Perubatan
- Full Paying Patient - Secretariat FPP (ext :2350) @ hubungi klinik berkaitan
- Latihan sambil belajar – Unit Latihan
- Kajian Klinikal –CRC
- Lawatan /Pemberian sumbangan – Bahagian Perhubungan Awam
- Permohonan Penggambaran - Bahagian Perhubungan Awam
- Sewa tapak booth setiap bulan & perkarangan kafeteria– Setiausaha Kelab
- Sewa kedai/ mesin vendor – Bahagian Pentadbiran
- Pertanyaan caj-caj rawatan di hospital - http://hsgbuloh.moh.gov.my/pelawat/caj-a-bayaran/caj-wad

8. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan dan direktori staf/jabatan Hospital Sungai Buloh bolehlah layari laman web Hospital Sungai Buloh - http://hsgbuloh.moh.gov.my

7 November 2017

24 APRIL 2026 | UNIT DERMA ORGAN DAN TISU KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN WalkofHonor24.4.2026- Harith Aizuddin bin Salleh te...
28/04/2026

24 APRIL 2026 | UNIT DERMA ORGAN DAN TISU
KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN
WalkofHonor

24.4.2026- Harith Aizuddin bin Salleh telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian.
Bagi yang mengenali arwah, pemergian ini amat menyakitkan. Namun begitu, keluarga memilih untuk menjadikan pemergian
Harith Aizuddin sebagai satu rahmat untuk insan lain dengan mendermakan tisu injap jantung serta kornea mata yang boleh membantu sebanyak 6 orang pesakit.

Semoga pengorbanan ini menjadi amal jariah yang mengalir berterusan buat arwah. Takziah kepada keluarga arwah, dan terima kasih kerana mengajar kami tentang erti pengorbanan.

_“Barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh umat manusia" (Surah Al-Ma'idah: 32)”_




27/04/2026
27/04/2026
24/04/2026

🩺Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.

Tanda tanda ketara bahawa anda sedang gastrik adalah sendawa berulang kali, rasa senak berangin atau pedih, merasa mual dan rasa tidak selesa atau kembung.

Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan sila berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari daripada ia berlarutan hingga menjadi ulser dalam perut.

24/04/2026

👶🏻👶🏻Autisme merupakan satu keadaan sepanjang hayat yang mempengaruhi bagaimana seseorang individu itu berkomunikasi, berinteraksi secara sosial serta memahami dunia di sekeliling mereka. Ia adalah satu keadaan spektrum di mana individu dengan autisme berhadapan dengan kesukaran tertentu, seperti kesukaran sosial-komunikasi, pengurusan diri, integrasi sensori, kognitif dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada mereka dalam cara yang berbeza.

Ciri-ciri autisme dalam kalangan kanak-kanak boleh dikesan seawal usia 18 bulan. Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan jika mendapati anak-anak menunjukkan ciri-ciri autisme, segera bawa anak mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran agar rawatan dan intervensi boleh diberikan seawal mungkin.

Walaupun autisme tidak dapat disembuhkan, namun dengan intervensi awal, terapi pemulihan yang konsisten dan penjagaan kesihatan yang baik dapat membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang optima, mampu berdikari dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Komitmen yang tinggi dari semua pihak dan sokongan serta penglibatan penjaga/ahli keluarga dalam penjagaan anak-anak autisme adalah menjadi bahagian paling penting dalam kehidupan mereka.👨‍👨‍👦‍👦👨‍👨‍👦‍👦

24/04/2026

‼️Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak perlu sensitif dengan tanda-tanda Autisme Spectrum Disorder (ASD) dan perkembangan anak 👦🏻 masing-masing. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak juga perlu segera merujuk kepada doktor perubatan untuk kepastian dan pemantauan. Intervensi awal amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

Pada ketika ini, tiada ujian perubatan khas seperti ujian darah, pengimejan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk mengesahkan autisme. Diagnosis masalah autisme hanya dapat dilakukan secara pemeriksaan klinikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan rekod tingkah laku komunikasi dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Terima Kasih semua yang hadir memeriahkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit hari ini 📚📖 ✨✨✨🗓️ 23 April 2026 (Khamis)⏰ 10...
23/04/2026

Terima Kasih semua yang hadir memeriahkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit hari ini 📚📖 ✨✨✨
🗓️ 23 April 2026 (Khamis)
⏰ 10.00 Pagi-12.00 Tengah Hari
🏢 Aras 2,Perpustakaan HSgB

📃 E-Sijil bagi semua peserta yang hadir mendaftar & menyertai aktiviti santai bersama Perpustakaan HSgB serta melibatkan diri dalam Pertandingan video Kreatif anjuran Perpustakaan HSgB☺️

Jangan lupa sertai 2 Pertandingan Video Kreatif Resensi/Ulasan Buku Kegemaran Saya & Audio Book Voice Talent yang sedang berlangsung bermula pada 🗓️ 20/4 hingga 30/4/2026. Syarat-syarat Pertandingan dan skrip voice talent boleh didapati di 📁 Public Folder Library 2026.🥰


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيمالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُهِاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدن...
10/04/2026

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله ِِوَبَرَكَاتُهِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا محَمَّد

|𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗥𝗕𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠 / 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗛𝗦𝗴𝗕|

Sempena meraikan Hari Raya EidulAdha yang bakal tiba tidak lama lagi, Pihak Pengurusan Masjid HSgB ingin menawarkan dan membuka peluang kepada Tn/Pn yang berhajat untuk menjadi peserta ibadah korban pada tahun ini.

Berikut merupakan beberapa makluman untuk aktiviti korban pada tahun ini:👇🏻

🟢 Program Ibadah Korban akan dilaksanakan pada 𝟯𝟬 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨) di perkarangan Masjid HSgB.

🟢 Jumlah binatang korban yang ditawarkan adalah 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗 sebanyak 𝟴 𝗘𝗞𝗢𝗥 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗨 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔.

🟢 Harga (1) bahagian lembu korban adalah 𝐑𝐌𝟵𝟎𝟎.𝟎𝟎 (dengan harga seekor lembu termasuk kos operasi 🐂 𝗥𝗠𝟲𝟯𝟬𝟬.𝟬𝟬/ 𝘀𝗲𝗲𝗸𝗼𝗿. Lembu Gred A - 300kg ke atas)

🟢 Penyertaan dibuka kepada yang berminat dengan disertakan bersama bayaran 𝙢𝙪𝙡𝙖𝙞 13/4/2026 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧) 𝙝𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙚𝙬𝙖𝙩-𝙡𝙚𝙬𝙖𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙖𝙙𝙖 8/5/2026 (𝙅𝙪𝙢𝙖𝙖𝙩)

🟢 Kaedah bayaran boleh dibuat secara 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 atau 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 kepada akaun masjid dan lengkapkan maklumat di dalam link yang disediakan 👇🏻

https://forms.gle/A88uSb7GzJnjq9MN7

🟢 Pembayaran secara (online transfer) boleh di lakukan ke akaun masjid (simpan resit sebagai rujukan) seperti di bawah👇

𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗼𝗵
(𝗠𝗮𝘆𝗯𝗮𝗻𝗸)

𝐍𝐎. 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃
5️⃣6️⃣2️⃣7️⃣ 9️⃣5️⃣5️⃣0️⃣ 6️⃣4️⃣7️⃣1️⃣

🟢 Bagi pembayaran secara Tunai, boleh mengisi borang yang disediakan di Kaunter Pengawal di koridor Masjid HSgB dan membuat pembayaran bersama.

🟢 Sekali lagi diingatkan, 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 penyertaan Ibadah Korban adalah pada 𝟴 𝗠𝗘𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧).
_Selagi Lembu Masih Ada_

Terima kasih

𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻
𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗼𝗵



8 April 2026 | RabuSekitar program hari bertemu pelanggan bagi bulan April 2026 yang bertempat di Lobi Utama, Hospital S...
08/04/2026

8 April 2026 | Rabu

Sekitar program hari bertemu pelanggan bagi bulan April 2026 yang bertempat di Lobi Utama, Hospital Sg Buloh.



HARI BERTEMU PELANGGAN APRIL 2026Tarikh : 8 April 2026Hari : RabuJam : 11.00 Pagi - 2.00 PetangTempat : Lobi Utama, Hosp...
07/04/2026

HARI BERTEMU PELANGGAN APRIL 2026

Tarikh : 8 April 2026
Hari : Rabu
Jam : 11.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Lobi Utama, Hospital Sungai Buloh.

🌸Pusat Kawalan Kusta Negara
🌸Jabatan Rekod Perubatan
🌸Jabatan Pediatrik
🌸 Jabatan Kesihatan Awam
🌸Derma Organ

Turut memeriahkan HARI BERTEMU PELANGGAN BAGI BULAN APRIL 2026 :-

🌸 Zakat Selangor
🌸 Tabung Haji
🌸 PTPTN

Mari beramai-ramai memeriahkan program ini.



02/04/2026

Sempena Hari Autisme Sedunia, saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap individu dalam spektrum autisme.

Autisme bukan suatu kekurangan, sebaliknya satu bentuk keunikan yang memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga, masyarakat dan sistem kesihatan. Setiap individu berhak mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta peluang untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan berdikari.

Marilah kita bersama-sama membina masyarakat yang lebih inklusif, penyayang dan prihatin.

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia! 🫰🏻

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

Address

Hospital Sungai Buloh
Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sungai Buloh Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sungai Buloh Selangor:

Share

Category

Our Story

Facebook Rasmi Hospital Sungai Buloh 1. Hospital Sungai Buloh adalah hospital berpakar dan menerima pesakit yang mempunyai surat rujukan sahaja. Pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik pakar/ unit berkaitan akan diberikan tarikh temujanji dan perlu mematuhi masa yang telah diberikan. 2. Bagi rawatan pesakit luar bolehlah terus ke klinik kesihatan berhampiran dengan anda. 3. Pertanyaan berkenaan pertukaran tarikh temujanji sila hubungi nombor telefon seperti tertera di kad rawatan anda. Pemakluman pertukaran tarikh/masa temujanji perlu dimaklumkan lebih awal kepada pihak klinik/ unit. 4. Rawatan estetik, rawatan kecantikan gigi, pemeriksaan DNA, pemeriksaan kesihatan untuk permohonan perkahwinan/ tawaran pekerjaan/sambung belajar, tidak disediakan. 5. Kempen derma darah peringkat Hospital Sungai Buloh diadakan 3 kali setahun. Hebahan dari semasa ke semasa berkenaan kempen menderma darah akan dibuat di dalam laman web, facebook, poster. Kempen derma darah di hospital ini diadakan secara berkala oleh Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Sila Hubungi Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur atau Tabung Darah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sekiranya ingin mengadakan kempen derma darah di premis masing-masing. 6. Sekiranya ingin memberikan maklum balas seperti cadangan, pertanyaan, aduan dan sebagainya lagi berkenaan perkhidmatan di Hospital Sungai Buloh bolehlah mengemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan Malaysia - http://moh.spab.gov.my atau emailkan ke prohsgb@moh.gov.my Sila sertakan maklumat lengkap pengadu dan pesakit seperti nama penuh, nombor kad pengenalan/ rujukan pesakit, alamat, nombor telefon, email, masa, tempat kejadian, dan ringkasan aduan. Maklum balas pelanggan juga boleh dibuat melalui peti cadangan berwarna biru yang terletak di setiap aras, Jabatan Kecemasan (ED), Klinik Pakar, Farmasi, Balai Pelawat dan Lobi Utama. Selain itu, maklum balas boleh dibuat melalui surat, e-mel, atau datang sendiri ke Bahagian Perhubungan Awam pada waktu pejabat. Tindakan sewajarnya daripada pihak pengurusan hospital akan diambil sekiranya memberikan maklum balas ke saluran yang betul bukannya viral ke dalam media sosial. Sila gunakan bahasa yang bersopan dam maklumat aduan perlulah lengkap. 7. Tuan/puan yang inginkan maklumat lanjut berkenaan perkara dibawah bolehlah menghubungi bahagian berikut:- - Permohonan bantuan perubatan - Jabatan Kerja Sosial Perubatan - Full Paying Patient - Secretariat FPP (ext :2350) @ hubungi klinik berkaitan - Latihan sambil belajar – Unit Latihan - Kajian Klinikal –CRC - Lawatan /Pemberian sumbangan – Bahagian Perhubungan Awam - Permohonan Penggambaran - Bahagian Perhubungan Awam - Sewa tapak booth setiap bulan & perkarangan kafeteria– Setiausaha Kelab - Sewa kedai/ mesin vendor – Bahagian Pentadbiran - Pertanyaan caj-caj rawatan di hospital - http://hsgbuloh.moh.gov.my/pelawat/caj-a-bayaran/caj-wad 8. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan dan direktori staf/jabatan Hospital Sungai Buloh bolehlah layari laman web Hospital Sungai Buloh - http://hsgbuloh.moh.gov.my 12 November 2018