Dr Ridzuan Azmi

Dr Ridzuan Azmi Dr Ridzuan Azmi Pages

📣 PENDAFTARAN KINI DIBUKA 📣Susulan hebahan awal yang dikongsikan dua minggu lalu, kami dengan sukacitanya memaklumkan ba...
09/08/2025

📣 PENDAFTARAN KINI DIBUKA 📣

Susulan hebahan awal yang dikongsikan dua minggu lalu, kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kursus Borneo Sport Massage Tahap 1 kini dibuka untuk pendaftaran peserta.

📅 Tarikh: 25 & 26 OKTOBER 2025
📍 Tempat: UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
📍 Penganjur: Department of Rehabilitation Medicine, UMS , Hospital UMS, PRO MMR Sport Recovery, PRO MMR Sport Recovery, SABAH Physiotherapy Association SPA

Kursus ini menawarkan latihan praktikal secara langsung bersama tenaga pengajar berpengalaman, bagi membekalkan kemahiran yang boleh terus diaplikasikan dalam persekitaran klinikal mahupun sukan.

⚠️ Tempat adalah terhad – pendaftaran awal digalakkan bagi memastikan tempat anda terjamin.

🔗 Daftar di sini: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdyIy2XOwmu0R_LNGl5hBw-am-6D5_2UiPNHilPOKVg6C-RBA/viewform

Mari bersama-sama meningkatkan standard pemulihan sukan di Borneo.

📣📣📣PENGUMUMAN AWAL 📣📣📣Jabatan Perubatan Rehabilitasi, HPUMS akan menganjurkan Borneo Sport Massage Level 1 dalam masa te...
07/08/2025

📣📣📣PENGUMUMAN AWAL 📣📣📣
Jabatan Perubatan Rehabilitasi, HPUMS akan menganjurkan Borneo Sport Massage Level 1 dalam masa terdekat.

Kursus ini dirangka khusus bagi memperkasa pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang urutan sukan klinikal, selaras dengan amalan semasa serta keperluan lapangan.

📆 Tarikh: 25 & 26 Oktober 2025
📍 Terhad kepada 40 peserta sahaja
📝 Perincian kursus akan dimaklumkan tidak lama lagi.

📌 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
019-8636375 (Alice)
013-5563393 (Fiera)

Teruskan mengikuti kami Department of Rehabilitation Medicine, UMS untuk makluman rasmi dan perkembangan terkini.

Maaf sudah lama tidak bersiaran 😊😊…aspek penjagaan kesihatan..walaupun nampak sedikit tetapi amat bermakna terutamanya m...
15/03/2025

Maaf sudah lama tidak bersiaran 😊😊…aspek penjagaan kesihatan..walaupun nampak sedikit tetapi amat bermakna terutamanya mereka yang banyak menghabiskan masa berkerja dalam pejabat…sedikit lebih baik daripada tudak berbuat apa-apa…

🤲🏻🕌 Ramadan ialah bulan penuh keberkatan dan umat Islam diwajibkan berpuasa agar dapat melahirkan keinsafan serta menyucikan jiwa dan rohani. Namun, berpuasa tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita berehat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti.

Ikuti tip di bawah untuk kekal cergas dan bertenaga di tempat kerja pada bulan Ramadan.






Alhamdulillah berpeluang untuk hadir ke acara ini…sesi ilmu yang penuh dengan informasi terkini mengenai dunia perubatan...
12/02/2024

Alhamdulillah berpeluang untuk hadir ke acara ini…sesi ilmu yang penuh dengan informasi terkini mengenai dunia perubatan sukan bola sepak (football medicine)..semoga dapat dimanfaatkan in shaa Allah 😊🇲🇾⚽️

15/09/2020
SLOT PERLINDUNGAN PERUBATAN...KEJOHANAN PARALIMPIK LONDON 2012 (BAHAGIAN 3)Saya nak kongsikan sekitar perkampungan sukan...
14/09/2020

SLOT PERLINDUNGAN PERUBATAN...

KEJOHANAN PARALIMPIK LONDON 2012 (BAHAGIAN 3)

Saya nak kongsikan sekitar perkampungan sukan paralimpik ketika itu serta fasiliti yang disediakan..

10/09/2020

SITUASI HARI NI....

Pesakit A: Dr, tekanan darah saya tak control le padahal saya dah amik ubat darah tinggi dah. Boleh tak dr naikkan dos atau tambah ubat lagi supaya bacaannye terkawal?

Dr: Selain ubat, encik ade jaga pemakanan dan buat exercise tak?

Pesakit A: Takdelah dr (sambil tersengih)...

Dr: Berat badan camne?

Pesakit A: Makin naik le dr (sambil tersengih lagi)...

Dr: Dengan makan ubat saja, ia takkan boleh bantu mengawal penyakit kite encik....kena sertakan sekali dengan kawalan pemakanan serta sesi senaman....

Pesakit A: Oooooooooooowh (panjang owhnya)....

Dr: Takpe encik....nanti saya akan guide camne nak mulakan senaman ye 😊😊

Pesakit A: Baik Dr....saya tak pernah tahu benda ni.....

MORAL OF THE STORY.....makan ubat bukan satu-satunya jalan penyelesaian bagi penyakit anda....dan jangan anggap pesakit akan tahu sesuatu jika kita tidak explore apa yang mereka tahu...😊😊

Address

Sungai Buluh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Ridzuan Azmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Ridzuan Azmi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram