Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh TEL : 03-61575055 / 03-61575057
FAX: 03-61577871
EMAIL: bbp_buloh@bomba.gov.my

πŸ”₯πŸš’ KEBAKARAN RUMAH KEDAI DI AMAN DAMAI, SEORANG MANGSA MELECURSungai Buloh, 30 November 2025 – Pasukan Balai Bomba dan P...
30/11/2025

πŸ”₯πŸš’ KEBAKARAN RUMAH KEDAI DI AMAN DAMAI, SEORANG MANGSA MELECUR

Sungai Buloh, 30 November 2025 – Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bersama balai bantuan berjaya mengawal dan memadam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Aman Damai G, U17/G, Sungai Buloh pagi tadi.

Panggilan kecemasan diterima pada jam 8.22 pagi, sebelum pasukan pertama tiba di lokasi pada 8.33 pagi, sejauh 7 kilometer dari balai.

Kebakaran berlaku pada tingkat bawah bangunan kelas A bersaiz 20 x 70 kaki persegi, yang dijadikan asrama pekerja. Api memusnahkan kira-kira 40% kawasan kedai tersebut namun tidak melibatkan struktur bangunan.

Seorang mangsa lelaki warga Indonesia berusia 28 tahun mengalami kesan melecur pada tangan dan muka. Mangsa segera diberikan rawatan awal oleh unit EMRS BBP Sungai Buloh sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan 1 aliran hose daripada tangki jentera, dan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

Operasi diketuai PBK II@ Khairul Hafizal bin Mustapha Kamil dan melibatkan kekuatan daripada:
– BBP Sungai Buloh (FRT & EMRS)
– LFRT Gantian Selayang
– FRT Kota Anggerik

Jentera bersama anggota berangkat pulang ke balai pada 10.38 pagi.

β€œCEPAT DAN MESRA”
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor@top fans

πŸΆπŸš’ ANAK ANJING TERPERANGKAP DALAM LONGKANG, BOMBA SUNGAI BULOH Sri Damansara, 28 November 2025 – Pasukan dari Balai Bomb...
28/11/2025

πŸΆπŸš’ ANAK ANJING TERPERANGKAP DALAM LONGKANG, BOMBA SUNGAI BULOH

Sri Damansara, 28 November 2025 – Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh hari ini berjaya menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap di dalam longkang berhampiran Yen Kopitiam, Sri Damansara.

Panggilan kecemasan diterima pada jam 10.14 pagi sebelum sebuah jentera FRT bersama enam anggota digerakkan ke lokasi sejauh 8 kilometer. Pasukan tiba pada 10.25 pagi.

Ketika tiba, operasi size-up mendapati benar terdapat seekor anak anjing berada di dalam longkang. Anggota bertindak melaksanakan kerja-kerja menyelamat sebelum menyerahkan haiwan tersebut kepada pemiliknya.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Shahrul Azlan bin Erahim tamat sepenuhnya dan jentera pulang semula ke balai pada jam 11.02 pagi. fans

Sebarang keadaan kecemasan boleh call 999 atau  talian telefon. fansBalai Bomba Dan Penyelamat Sg Buloh: 03 - 6157 5055 ...
27/11/2025

Sebarang keadaan kecemasan boleh call 999 atau talian telefon. fans

Balai Bomba Dan Penyelamat Sg Buloh:
03 - 6157 5055 / 5057 atau 019 - 347 7681

πŸŒ³πŸš’ POKOK TUMBANG HALANG LALUAN BERDEKATAN SURAU QARDUL HASANSungai Buloh, 25 November 2025 – Sebuah kejadian pokok tumba...
25/11/2025

πŸŒ³πŸš’ POKOK TUMBANG HALANG LALUAN BERDEKATAN SURAU QARDUL HASAN

Sungai Buloh, 25 November 2025 – Sebuah kejadian pokok tumbang telah menyebabkan halangan laluan di kawasan belakang Surau Qardul Hasan, Jalan Sierramas Utama, tengah hari tadi.

BBP Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan pada jam 1.00 tengah hari sebelum sebuah jentera FRT bersama lima anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 5 kilometer dari balai. Pasukan tiba pada 1.05 tengah hari.

Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah pokok tumbang menutupi sebahagian laluan jalan. Anggota bomba bertindak melakukan kerja-kerja pemotongan menggunakan chain saw sebelum mengalihkan pokok bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan.

Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini.

Operasi diketuai oleh PBK I Shahrul Azlan bin Erahim dan selesai sepenuhnya sebelum anggota serta jentera bergerak pulang ke balai pada jam 2.00 petang.

β€œCEPAT DAN MESRA” fans
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh

πŸš’πŸ”₯ TRELER MUATAN HABUK TAYAR TERBAKAR DI EXIT TOL SUNGAI BULOHSungai Buloh, 23 November 2025 – Sebuah lori treler jenis ...
23/11/2025

πŸš’πŸ”₯ TRELER MUATAN HABUK TAYAR TERBAKAR DI EXIT TOL SUNGAI BULOH

Sungai Buloh, 23 November 2025 – Sebuah lori treler jenis Volvo yang membawa muatan habuk tayar dilaporkan terbakar di kawasan Exit Tol Sungai Buloh berhampiran Pondok Tol Hospital Sungai Buloh, pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 pagi sebelum menggerakkan sebuah jentera FRT bersama enam anggota ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.

Setibanya pasukan di lokasi pada 11.29 pagi, didapati kebakaran berlaku pada bahagian muatan belakang treler berkenaan dengan anggaran 15 peratus kawasan terlibat.

Anggota bertugas bertindak melakukan pemadaman sehingga api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini.

Operasi diketuai oleh PBK I KUP Narmizi bin Hamzah

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh@top fans

Dengan penuh takzim serta rasa junjung kasih yang tidak terhingga,kami warga Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh mer...
22/11/2025

Dengan penuh takzim serta rasa junjung kasih yang tidak terhingga,
kami warga Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh merafak sembah setinggi-tinggi tahniah
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
pada 22 November 2025 bersamaan 1 Jamadilakhir 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong
sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT,
dianugerahkan kesihatan yang berkekalan,
dipanjangkan usia, serta dikurniai kebijaksanaan
dalam menaungi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

DAULAT TUANKU.
DAULAT TUANKU.
DAULAT TUANKU.

Sembah takzim daripada
Ketua Balai TPgB II AZMEL BIN KAMARUDIN
Warga Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh@top fans

πŸͺ°πŸš’ LAPORAN INSIDEN – PEMUSNAHAN SARANG TEBUAN πŸš’πŸͺ°Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima satu panggi...
21/11/2025

πŸͺ°πŸš’ LAPORAN INSIDEN – PEMUSNAHAN SARANG TEBUAN πŸš’πŸͺ°

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima satu panggilan kecemasan melibatkan insiden Khas Tebuan pada:

πŸ“… 21 November 2025
⏰ Masa panggilan: 9.13 malam
πŸ“ Alamat: Jalan Elmina Ilham 5, Elmina East, Seksyen U16

Setibanya jentera di lokasi, Komander Operasi mendapati sebuah sarang tebuan berada pada ketinggian lebih kurang 12 kaki di atas pokok.

Anggota bertindak menjalankan kerja pemusnahan menggunakan racun serangga mengikut prosedur keselamatan operasi.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini. Operasi selesai sepenuhnya pada 10.30 malam, sebelum jentera dan anggota kembali ke balai.

Komander Operasi:
πŸ‘¨β€πŸš’ PBK I Narmizi bin Hamzah@top fans

πŸ“£ AKTIVITI STB – EKSA & WORK STATION ABBP Sungai Buloh (Pasukan C) telah melaksanakan aktiviti EKSA dan Work Station A s...
21/11/2025

πŸ“£ AKTIVITI STB – EKSA & WORK STATION A

BBP Sungai Buloh (Pasukan C) telah melaksanakan aktiviti EKSA dan Work Station A sebagai usaha meningkatkan kebersihan, kekemasan dan penyusunan persekitaran kerja di:

πŸ“ Sekitar Kawasan Balai, BBP Sungai Buloh
πŸ“… 21 November 2025 (Jumaat)
πŸ•€ 9:30 pagi
πŸ‘¨β€πŸš’ Penyelia: PBK I 7500 Rosdi Bin Hainan

Aktiviti ini bertujuan memastikan persekitaran kerja sentiasa berada dalam keadaan teratur, selamat dan kondusif bagi meningkatkan kecekapan operasi.

πŸ“Έ Gambar aktiviti disertakan. fans

πŸπŸš’ LAPORAN INSIDEN – TANGKAPAN ULAR SAWA πŸš’Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemas...
21/11/2025

πŸπŸš’ LAPORAN INSIDEN – TANGKAPAN ULAR SAWA πŸš’

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran seekor ular sawa pada 21 November 2025, jam 3.04 pagi, bertempat di Jalan Mawar 1, Kampung Paya Jaras Hilir.

Sebuah jentera jenis Hilux BBP Sungai Buloh bersama 3 orang anggota telah digerakkan ke lokasi sejauh 2 kilometer.

Setibanya di lokasi pada 3.14 pagi, hasil size-up mendapati seekor ular sawa sepanjang kira-kira 2 meter berada di tepi rumah penduduk.

Anggota bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penjerut (snake catcher tool) dengan selamat tanpa melibatkan sebarang risiko kecederaan kepada orang awam mahupun anggota.

Ular tersebut akan dilepaskan ke lokasi yang sesuai dan selamat mengikut prosedur operasi. Operasi selesai sepenuhnya dan anggota bersama utiliti kembali ke balai pada 3.30 pagi.

Komander Operasi:
πŸ‘¨β€πŸš’ PBK II 13809 Mohd Zamri bin Yup

Tiada mangsa terlibat dalam insiden ini.

πŸš’πŸ”§ LAPORAN INSIDEN – PINTU KERETA TERKUNCI πŸ”§πŸš’Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kece...
19/11/2025

πŸš’πŸ”§ LAPORAN INSIDEN – PINTU KERETA TERKUNCI πŸ”§πŸš’

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pintu kereta terkunci pada 20 November 2025, jam 12.02 pagi, bertempat di 49-G, Jalan Uranus AG U5/AG, Seksyen U5.

Sebuah jentera FRT BBP Sungai Buloh bersama 5 orang anggota telah digerakkan ke lokasi sejauh 8 kilometer.

Setibanya di lokasi pada 12.13 pagi, hasil size-up mendapati sebuah kereta jenis Ford terkunci dari dalam. Anggota bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas (special tools) bagi memastikan situasi dapat ditangani dengan selamat tanpa risiko kerosakan tambahan.

Operasi berjaya diselesaikan dalam masa singkat dan tiada mangsa terlibat. Jentera serta anggota kembali ke balai selepas operasi tamat.

Komander Operasi:
πŸ‘¨β€πŸš’ PBK II 13947 Khairul Hafizal bin Mustapha Kamil

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh@top fans

πŸ”₯πŸš’ LAPORAN KEBAKARAN RUMAH – APARTMENT FLORA 2, SHAH ALAM πŸš’πŸ”₯Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima...
18/11/2025

πŸ”₯πŸš’ LAPORAN KEBAKARAN RUMAH – APARTMENT FLORA 2, SHAH ALAM πŸš’πŸ”₯

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran sebuah unit rumah apartment pada 18 November 2025, jam 9.25 pagi di Apartment Flora 2, Jalan Asteroid U5/30A, Shah Alam.

Pasukan dari BBP Sungai Buloh dengan kekuatan 10 anggota serta bantuan FRT BBP Kota Anggerik telah digerakkan ke lokasi sejauh 5 kilometer, melibatkan jentera:
β€’ πŸš’ 1Γ— FRT Sungai Buloh
β€’ πŸš‘ 1Γ— EMRS Sungai Buloh
β€’ πŸš™ 1Γ— Hilux Sungai Buloh
β€’ πŸš’ 1Γ— FRT Kota Anggerik (bantuan)

Setibanya di lokasi pada 9.34 pagi, hasil size-up mendapati kebakaran berlaku pada sebuah unit di tingkat 3 bangunan apartment 4 tingkat tersebut. Kebakaran melibatkan bilik utama berkeluasan kira-kira 8Γ—10 kaki persegi, dengan anggaran 10% kelas A meliputi struktur dan peralatan dalam bilik.

Tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan:
β€’ 1 aliran hose 300 kaki
β€’ 1 nozzle pam jentera pili bomba

Kebakaran berjaya dipadamkan dan operasi ditamatkan selepas pemeriksaan keselamatan dibuat. Jentera dan anggota kembali ke balai pada 10.55 pagi.

Komander Operasi:
πŸ‘¨β€πŸš’ PBK II 13314 Khairel Nizam bin Johan

Komander Operasi Kanan:
πŸ‘¨β€πŸš’ PPgB Abdul Rahman bin Che Pa

Pihak BBP Sungai Buloh mengingatkan orang ramai agar sentiasa memastikan keselamatan elektrik dan perkakas rumah berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan risiko kebakaran.

fans
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

πŸš’πŸ”₯ LAPORAN KEBAKARAN KILANG – JALAN INDUSTRI 10, SUNGAI BULOH πŸ”₯πŸš’Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah mene...
17/11/2025

πŸš’πŸ”₯ LAPORAN KEBAKARAN KILANG – JALAN INDUSTRI 10, SUNGAI BULOH πŸ”₯πŸš’

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kebakaran kilang pada 17 November 2025, jam 5.48 petang bertempat di Lot 966B, Jalan Industri 10, Jalan Baru Sungai Buloh.

Pasukan dari BBP Sungai Buloh dengan bantuan balai berhampiran iaitu BBP Bukit Jelutong, BBP Damansara, BBP Rawang dan BBP Subang Jaya telah digerakkan ke lokasi sejauh 9 kilometer.

Setibanya jentera pada 5.59 petang, hasil size-up mendapati kebakaran melibatkan dua buah lot kilang perabot kelas B berkeluasan kira-kira 200 x 60 kaki persegi keseluruhan.
β€’ Lot pertama: terbakar kira-kira 80%
β€’ Lot kedua: terbakar kira-kira 20%

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.44 petang, dan kerja-kerja pemadaman serta pemeriksaan sisa masih diteruskan oleh anggota bomba bertugas. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini.

Komander Operasi:
πŸ‘¨β€πŸš’ PBK I KUP Narmizi Bin Hamzah

Pegawai Kanan di Lokasi:
πŸ‘¨β€πŸš’ TPgB II Azmel Bin Kamarudin

Kekuatan & Bantuan Jentera:
β€’ BBP Sungai Buloh: FRT (2), EMRS (1)
β€’ BBP Bukit Jelutong: FRT (1), WT20k (1)
β€’ BBP Damansara: FRT (1)
β€’ BBP Rawang: WT20k (1)
β€’ BBP Subang Jaya: WT10k (1)

Jumlah anggota keseluruhan: 29 orang

Pihak BBP Sungai Buloh sedang memastikan kawasan benar-benar selamat sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya. Tiada ancaman susulan dilaporkan ketika ini.

fans

Address

Jalan 3/2, BANDAR BARU SUNGAI BULOH
Sungai Buluh
47000

Telephone

+60361575055

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram