11/11/2023
Dr Neen vs Review Klinik Dr Shobri
---
Sebenarnya, sebelum ni, kami (anak-anak Dr Shobri) tak ambil kisah sangat review-review buruk yang ditinggalkan kat klinik, sebab kami tahu ayah sibuk dan tak sempat nak baca pun review-review tu.
Kami juga tak cuba buat tindakan mengejut untuk betulkan keadaan (terutama bab review "staff kurang sopan") -- sebab kami rasa, kebanyakkan komen-komen ni sebenarnya membantu ayah "relax" sikit.
Kalau review elok, pesakit mungkin bertambah, bermaksud ayah kena kerja teruk. Ayah dah lama "tak rehat" -- dah 30 tahun lebih ayah usahakan klinik ni.
Kalau bercuti di mana-mana pun, ayah cuma akan peruntukkan satu dua hari saja. (Admin ingat lagi, macam mana admin marah ayah, sebab susah payah hadap jem naik Cameron Highland awal pagi, tak sempat nak "menikmati" suasana dan berhenti letih, ayah dah ajak balik menjelang petangnya (sebab esok nak kena balik buka klinik).
Review-review tak elok, bagi kami "ada kebaikan" untuk "redakan" sikit jumlah pesakit yang nak jumpa ayah.
Sehinggalah, baru-baru ni - kami adik beradik bincang panjang dengan ayah - untuk jaga dan teruskan legasi yang ayah dah bina sejak 30 tahun lepas - maka....
Hasil perbincangan tu telah berjaya "memaksa" Dr Neen untuk setuju hantar surat berhenti kerja hospital, untuk beri fokus penuh kepada klinik ayah.
Jadi - tunggu sat. Dr Neen dan kami adik beradik, akan beramai-ramai "baiki semula" kekurangan dan tingkatkan kualiti perkhidmatan klinik. InsyaAllah.
Doakan kami. :)
[ Siapa Dr Neen ? Boleh rujuk video ni : https://www.facebook.com/watch/?v=471885224173364 ]