Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani

Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani Pusat Kaunseling Maharz adalah pusat kaunseling berdaftar yang beroperasi di Sungai Petani Kedah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐ŸŒธSemua dijemput menyertai *Program  Motivasi Perdana & Bacaan Yassin* khas untuk cal...
08/11/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐ŸŒธ

Semua dijemput menyertai *Program Motivasi Perdana & Bacaan Yassin* khas untuk calon SPM, STPM, STAM dan UPKK bagi mempersiapkan diri menjelang peperiksaan!

๐ŸŽค Slot Motivasi oleh:
Ustaz Akmal Hazieq bin Ahmad Rumaizi
๐Ÿง  Degree & Master Kaunseling
๐ŸŽ“ Calon PhD Psikologi (Kaunseling)
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Pegawai Psikologi (Kaunseling)
- STPM pointer 4.00

๐Ÿ—“ Tarikh: Sabtu, 8 November 2025
โฐ Masa: Selepas solat maghrib
๐Ÿ“Œ Tempat: Masjid Nurul Hasanah, Bukit Kecil
๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan: Atif โ€“ 019 473 0210

๐Ÿ’ซ Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan suntikan semangat dan motivasi menjelang peperiksaan!

๐ŸŒ™ *PELANCARAN PAKEJ UMRAH 2026 BERSAMA MAHARZ COUNSELLING CENTRE* ๐ŸŒ™Sempena Bulan Kaunseling Kebangsaanโœจ Sertai Umrah Kau...
30/10/2025

๐ŸŒ™ *PELANCARAN PAKEJ UMRAH 2026 BERSAMA MAHARZ COUNSELLING CENTRE* ๐ŸŒ™

Sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan

โœจ Sertai Umrah Kaunseling & Psikoterapi di Tanah Suci Mekah & Madinah. Satu pengalaman rohani yang bukan sekadar ibadah, tetapi juga terapi jiwa dan ketenangan emosi dan mental.

๐Ÿ•‹ Tarikh: November 2026
๐Ÿ•Š๏ธ tempoh umrah: 12 Hari 10 Malam
๐Ÿฝ๏ธ Termasuk makan & minum 3x sehari
๐Ÿ’ฐ Harga: RM7,990 sahaja

๐ŸŒผ Sesuai untuk mereka yang berdepan dengan:

- Tekanan hidup , depression & keresahan (anxiety)
- Isu kesihatan mental , perkahwinan & keluarga
- Orang biasa yang tiada apa-apa isu tetapi
Inginkan ketenangan jiwa dan bimbingan rohani

๐Ÿ’ฌ Termasuk 6 slot sesi kaunseling & psikoterapi eksklusif bersama kaunselor bertauliah sepanjang berada di Tanah Suci.

๐Ÿ“ž Hubungi:
Ustaz Syuwari โ€“ 019-4243562
Akmal Hazieq โ€“ 011-3302 4255
๐Ÿ“ฒ WhatsApp Admin: 011-17996357

๐Ÿ“Anjuran bersama Pusat Kaunseling & Psikoterapi Maharz & Wafizamir Travel

*SLOT ADALAH TERHAD, DAFTAR SEKARANG*

17/10/2025

MEMPERSEMBAHKAN Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani SEMPENA BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN 2025 .

Sebab itulah saya usaha untuk Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani menjadi alternatif kepada perkhidmatan kaunseling & ...
23/09/2025

Sebab itulah saya usaha untuk Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani menjadi alternatif kepada perkhidmatan kaunseling & psikoterapi sediaada di hospital dan agensi kerajaan.

Kita tidak perlu bersaing sebaliknya perlu melengkapi satu sama lain untuk kesejahteraan kesihatan mental rakyat.

Ada hospital kerajaan bawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA bila kita minta untuk buat perjumpaan bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan untuk perkasa perkhidmatan kaunseling tidak dibenarkan berjumpa dengan pusat kaunseling swasta tanpa sebab dan alasan . Hanya jawapan tidak boleh berjumpa atas arahan pihak atasan.

Nak buat perjumpaan untuk berbincang tentang kerjasama pun susah , apatah lagi nak mengharapkan hal-hal lain.

SALAM MAULIDUR RASUL DARIPADA PUSAT KAUNSELING MAHARZ SUNGAI PETANIุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุข...
04/09/2025

SALAM MAULIDUR RASUL DARIPADA PUSAT KAUNSELING MAHARZ SUNGAI PETANI

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู
Allahumma salli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad

Dengan rendah hati , kami mengucapkan salam maulidurrasul kepada semua umat Nabi Muhammad saw

Semoga bertambah kecintaan kita kepada baginda nabi Muhammad saw dan bertambah dekat kita semua kepada Allah swt dan Rasulullah saw.

Ikhlas daripada warga Pusat Kaunseling & Psikoterapi Maharz.
01133024255

04/09/2025

โœจ Anggota Lembaga Kaunselor Malaysia (Sesi 2025-2026) โœจ

Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada barisan Anggota Lembaga Kaunselor Malaysia bagi Sesi 2025-2026.

Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat terus memperkasa profesion kaunseling, memperluas khidmat bakti kepada masyarakat, serta membawa kecemerlangan dalam bidang kaunseling di Malaysia.

Bersama-sama kita majukan profesion kaunseling demi kesejahteraan negara. ๐Ÿค

๐Ÿ“ข *HEBAHAN SEMINAR ONLINE* ๐Ÿ“ขAssalamualaikum & mohon bantu sebarkan. *Pusat Kaunseling & Psikoterapi MAHARZ* dengan kerja...
02/09/2025

๐Ÿ“ข *HEBAHAN SEMINAR ONLINE* ๐Ÿ“ข
Assalamualaikum & mohon bantu sebarkan.

*Pusat Kaunseling & Psikoterapi MAHARZ* dengan kerjasama *Pertubuhan Pengamal Kaunseling Swasta Malaysia ( PPKSM )* dengan sukacitanya menjemput anda ke *SEMINAR ONLINE PERCUMA* eksklusif bersama:

*DR NOOR AISHAH BINTI ROSLI*

๐Ÿ“Œ *Topik*: *โ€œISU KAUNSELING & AKTA ANTI BULI* :

*BAGAIMANA KAUNSELOR , PSIKOLOGIS , IBUBAPA , GURU DAN SEMUA PIHAK DAPAT BERGANDING BAHU MENGATASI GEJALA BULI?โ€*

๐Ÿ“… *Tarikh*: 24 September 2025 (rabu)
๐Ÿ•™ *Masa*: 9.00 MLM - 11 MLM
๐Ÿ“ *Platform*: Youtube - Pusat Kaunseling MAHARZ
๐ŸŽค *Moderator*: Mohd Akmal Hazieq
๐Ÿ“œ *1 Mata CPD & E-SIJIL disediakan*

Jangan lepaskan peluang istimewa ini untuk mendalami Ilmu Dan psikologi Kaunseling ini.

๐Ÿ“ž *Hubungi kami untuk maklumat lanjut:*
011-3302 4255 | 011-1799 6357

Boleh join link group whatssap di bawah
https://chat.whatsapp.com/IcI79FqMs6lC6snfFv8GaR?mode=ac_t

01/09/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 Malaysia! โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Mari kita hayati erti kemerdekaan dengan memupuk jiwa merdeka, realiti dan mentaliti positif, serta mengamalkan nilai syukur, budi dan patriotisme dalam kehidupan seharian.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang harmoni, progresif dan sejahtera. โค๏ธ

Ikhlas daripada:
Pengurusan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM)

MITOS VS FAKTAMOTIVATOR BUKAN PSIKOLOGI / KAUNSELORTETAPI PSIKOLOGIS / KAUNSELOR EBERDAFTAR ADALAH MOTIVATOR.Tanggapan i...
01/09/2025

MITOS VS FAKTA
MOTIVATOR BUKAN PSIKOLOGI / KAUNSELOR

TETAPI PSIKOLOGIS / KAUNSELOR EBERDAFTAR ADALAH MOTIVATOR.

Tanggapan ini terus menular dalam masyarakat kita apabila menyamakan kerjaya sebagai psikologi atau kaunselor berdaftar dengan kerjaya motivator ( penceramah motivasi ). Pemahaman ini perlu diperbetulkan agar masyarakat kita memahami terdapat perbezaan yang sangat ketara antara kerjaya motivator dan psikologis atau kaunselor berdaftar.

Motivator adalah kerjaya yang boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja walau apa jua bidang pengajian di pelbagai peringkat. Hatta , motivator boleh dilakukan oleh seseorang yang tidak memiliki apa-apa kelayakan akademik sekalipun asalkan seorang motivator itu boleh bercakap dan mempromosikan dirinya sebagai penceramah motivasi yang memberi semangat untuk berjaya dalam pelajaran akademik, bisnes atau kehidupan.

Amat berbeza dengan bidang psikologi ,kaunseling & psikoterapi. Kerjaya dalam bidang ini merangkumi psikologi ,kesihatan mental , Kaunseling dan psikoterapi. Seseorang yang ingin mahir dan berkelayakan bercakap dan memberi perkhidmatan berteraskan mental , emosi dan tingkahlaku manusia samaada diperingkat , kanak-kanak , remaja , dewasa dan warga emas perlu melalui pengajian khusus selama 4 tahun degree psikologi / Kaunseling / klinikal psikologi.

Dengan ilmu dan latihan berterusan bidang psikologi , kaunseling dan psikoterapi ini membolehkan seseorang ini mempunyai kelayakan dan kebolehan dalam bidang-bidang berkaitan kesihatan mental dan perlu dikhtiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia ( LKM ) dan Persatuan Psikologi Malaysia ( PSIMA ) . Bahkan individu yang tidak mempunyai kepakaran ini tetapi bercakap dan menjalankan perkhidmatan berkaitan kesihatan mental atau kaunseling boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah akta 580 jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara dan dedenda RM 30 000.

Kewujudan akta ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak sewenang-wenangnya menerima apa-apa jua bentuk perkhidmatan perundingan konsultasi , Kaunseling dan psikoterapi yang melibatkan mental , emosi dan tingkahlaku daripada individu yang bukan daripada bidang psikologi , kaunseling , psikoterapi dan Kesihatan mental. Hal ini penting supaya masyarakat menerima maklumat dan ilmu yang sahih daripada pakar dalam bidang kesihatan mental ( emosi , mental dan tingkahlaku ). Amat penting untuk menolak pseudo-psikologi atau ilmu psikologi yang menyeleweng.

Ilmu yang tidak tepat atau separuh masak daripada individu yang bukan ahli dalam kesihatan mental akan menyebabkan isu-isu yang tidak diingini timbul kerana hal kesihatan mental dan emosi ini memerlukan kemahiran dan disiplin ilmu yang khusus. Perkongsian tentang Kesihatan mental ( emosi , mental dan tingkahlaku ) bukan perkara yang boleh diungkapkan melalui pengalaman individu tetapi ianya memerlukan disiplin ilmu dan pengalaman kepakaran yang khusus dalam bidang psikologi / Kaunseling / psikoterapi / Kesihatan mental.

Maka pesanan kami di Pusat Kaunseling Maharz agar pihak-pihak yang ingin menjemput penceramah untuk bercakap tentang Kesihatan mental ,emosi dan tingkahlaku manusia ( pekerja , pelajar , komuniti , ibubapa dan sebagainya ) , semaklah terlebih dahulu latar belakang bidang pengajian penceramah.

Jika ceramah tersebut adalah ceramah motivasi , silakan jemput sesiapa sahaja kerana tidak memerlukan kelayakan khusus .

Tetapi jika ceramah itu menyentuh tentang mental , emosi dan tingkahlaku , maka sebaiknya carilah penceramah yang mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang psikologi , Kaunseling , psikoterapi dan kesihatan mental. Ramai graduan-graduan psikologi , Kaunseling , klinikal psikologi yang dilahirkan di Malaysia ,manfaatkanlah mereka supaya negara kita menggunakan sumber tenaga pakar yang sepatutnya sesuai dengan bidangnya. Kita tidak mahu , pembaziran tenaga pakar bidang Kesihatan mental apabila segelintir motivator yang tidak bertanggungjawab mengambil alih fungsi dengan pengakuan kononnya pakar perunding motivasi untuk bercakap soal emosi , mental dan tingkahlaku

Saranan kami kepada motivator / penceramah motivasi yang ingin bercakap soal kesihatan mental , emosi dan tingkahlaku , sambunglah belajar dalam bidang psikologi di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda psikologi / kaunseling. Kemudian silakan bercakap soal emosi dan mental manusia. Kerana emosi dan mental manusia lebih parah lukanya berbanding luka fizikal , kerana itu berhati-hatilah dalam ungkapan kita dan berlaku adillah dengan ilmu yang kita miliki. Jika diluar bidang kita , maka tolakkan pelawaan tersebut dengan terhormat atau rujuklah kepada ahli dalam bidangnya.

Jika semua ini dapat dilaksanakan, maka masyarakat akan memahami fakta ini dengan jelas dan tidak lagi keliru dan tidak menyamakan pakar motivasi dengan pakar psikologi / kaunseling. Kerana ianya amat berbeza.

Kami Pusat Kaunseling Maharz mengambil kesempatan ini untuk memberi psiko-pendidikan kepada masyarakat dan berdiri teguh bersama LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA ( LKM ) rentetan daripada beberapa isu yang berlaku dalam negara antaranya isu e-hati , pakar forensik kesihatan mental dan sebagainya yang jelas merosakkan dan mengelirukan masyarakat tentang bidang psikologi , kesihatan mental , kaunseling dan psikoterapi

Sekian, terima kasih.
PUSAT KAUNSELING MAHARZ

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 68 TAHUN.  Ikhlas daripada warga Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani . Kemerdekaan hari in...
31/08/2025

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 68 TAHUN.
Ikhlas daripada warga Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani .

Kemerdekaan hari ini adalah jasa besar pejuang terdahulu. Generasi hari ini seharusnya meneruskan perjuangan memperkasa dan memartabatkan kedaulatan negara dari segenap bidang ilmu & kepakaran masing-masing termasuklah memperkasa perkhidmatan kaunseling untuk manfaat rakyat Malaysia.

Salam Kaunselor Berdaftar , profesional kaunseling & kesihatan mental anda.

MERDEKA , MERDEKA , MERDEKA.

๐Ÿ“ข *HEBAHAN SEMINAR ONLINE* ๐Ÿ“ขAssalamualaikum & mohon bantu sebarkan. Pusat Kaunseling & Psikoterapi MAHARZ dengan sukacit...
21/08/2025

๐Ÿ“ข *HEBAHAN SEMINAR ONLINE* ๐Ÿ“ข
Assalamualaikum & mohon bantu sebarkan.

Pusat Kaunseling & Psikoterapi MAHARZ dengan sukacitanya menjemput anda ke SEMINAR ONLINE PERCUMA eksklusif bersama:

*PROF DATIN DR HAJJAH SAPORA SIPON*

๐Ÿ“Œ *Topik*: *โ€œILMU KAUNSELING & PSIKOTERAPI : BAGAIMANA DAPAT MEMBANTU PELBAGAI ISU KEHIDUPAN SEPERTI ISU KESIHATAN MENTAL (DEPRESSION, ANXIETY, STRESS) ISU PERKAHWINAN & KELUARGA SERTA ISU TEKANAN HIDUPโ€*

๐Ÿ“… *Tarikh*: 24 Ogos 2025 (Ahad)
๐Ÿ•™ *Masa*: 2:00 petang - 4:00 petang
๐Ÿ“ *Platform*: Youtube - Pusat Kaunseling MAHARZ
๐ŸŽค *Moderator*: Nik Rafhan Al Faaizin bin Mohamad Radzali
๐Ÿ“œ *1 Mata CPD & E-Sijil disediakan!*

Jangan lepaskan peluang istimewa ini untuk mendalami Ilmu Dan psikologi Kaunseling ini.

๐Ÿ“ž *Hubungi kami untuk maklumat lanjut:*
011-3302 4255 | 011-1799 6357

Boleh join link group whatssap di bawah
https://chat.whatsapp.com/IcI79FqMs6lC6snfFv8GaR?mode=ac_t

๐Ÿ“ข *HEBHAN SEMINAR ONLINE* ๐Ÿ“ขAssalamualaikum & mohon bantu sebarkan.  *โ€ผ๏ธLAST CALL*โ€ผ๏ธPusat Kaunseling & Psikoterapi MAHARZ...
16/08/2025

๐Ÿ“ข *HEBHAN SEMINAR ONLINE* ๐Ÿ“ข
Assalamualaikum & mohon bantu sebarkan. *โ€ผ๏ธLAST CALL*โ€ผ๏ธ

Pusat Kaunseling & Psikoterapi MAHARZ dengan sukacitanya menjemput anda ke SEMINAR ONLINE PERCUMA eksklusif bersama:

*PROF EMERITUS DATOโ€™ DR AMIR AWANG*
Memperolehi ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang kaunseling pd tahun 1970. Beliau juga dikurniakan ijazah PhD dalam bidang kaunseling oleh University of Alberta, Edmonton, Alberta pd tahun 1975. Presiden pertama PERKAMA pd tahun 1981. Mendapat anugerah Tokoh Kaunselor Negara oleh Kementerian Pembangunan Wanita pd tahun 2023, diikuti dgn anugerah yg sama oleh PERKAMA pd tahun 2024. USM telah menganugerahkan Profesor Emeritus pd tahun 2007 lantaran penglibatan dan sumbangannya dlm bidang kaunseling di Negara Malaysia dan juga di peringkat ASEAN.

๐Ÿ“Œ *Topik*: *โ€œMengimbau Sejarah Kaunseling Malaysia Sejak Tahun 1960-an Sehingga Kiniโ€*
๐Ÿ“… *Tarikh*: 17 Ogos 2025 (Ahad)
๐Ÿ•™ *Masa*: 10:00 pagi โ€“ 12:00 tengah hari
๐Ÿ“ *Platform*: Youtube - Pusat Kaunseling MAHARZ
๐ŸŽค *Moderator*: Mohd Akmal Hazieq
๐Ÿ“œ *1 Mata CPD & E-Sijil disediakan!*

Jangan lepaskan peluang istimewa ini untuk mendalami sejarah dan perkembangan kaunseling Malaysia bersama tokoh lagenda tanah air kita!

๐Ÿ“ž *Hubungi kami untuk maklumat lanjut:*
011-3302 4255 | 011-1799 6357

Boleh join link group whatssap di bawah
https://chat.whatsapp.com/IcI79FqMs6lC6snfFv8GaR?mode=ac_t

Address

372A, Kampung Raja, Jalan Kuala Ketil
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601133024255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kaunseling Maharz Sungai Petani:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram