16/02/2026
📢 KENYATAAN RASMI
Pihak Klinik & Surgeri Taman Intan memandang sangat serius satu hantaran tular yang dibuat oleh individu menggunakan profil Anonymous Participant dalam Facebook Group Penduduk Sungai Petani Kedah pada 15 Februari 2026.
Kami dengan tegas menegaskan bahawa semua dakwaan yang dibuat adalah palsu, berunsur fitnah dan telah menjejaskan reputasi profesional klinik serta pegawai perubatan kami.
Bagi melindungi kepentingan dan reputasi kami, laporan polis telah dibuat pada 16 Februari 2026. Pihak kami juga telah memulakan proses mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa notis lanjut terhadap mana-mana pihak yang:
• menyebarkan atau menerbitkan semula maklumat palsu,
• berkongsi hantaran fitnah tersebut, atau
• membuat komen yang bersifat memfitnah.
⚠️ Kami menuntut agar hantaran tersebut dipadam serta-merta. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil.
Pihak klinik kekal komited untuk memberikan perkhidmatan perubatan yang profesional, beretika dan berfokus kepada kesihatan dan keselamatan pesakit.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus menyebarkan maklumat yang belum disahkan dan merujuk hanya kepada saluran rasmi kami.
Klinik & Surgeri Taman Intan
16 Februari 2026
--------------------------------------------------------------------------
📢 OFFICIAL STATEMENT
Klinik & Surgeri Taman Intan views with utmost seriousness a viral post made by an individual using an Anonymous Participant profile in the Facebook Group Penduduk Sungai Petani Kedah on 15 February 2026.
We firmly state that the allegations are false, defamatory, and have caused reputational harm to our clinic and medical practitioner.
To safeguard our interests, a police report was lodged on 16 February 2026. We have also initiated legal consultation and will not hesitate to commence legal proceedings without further notice against any party who:
• publishes or disseminates false information,
• reshapes or republishes the defamatory post, or
• posts defamatory remarks.
⚠️ We demand the immediate removal of the said post. Failure to comply may result in legal action being taken.
The clinic remains fully committed to delivering professional, ethical, and patient-centred medical care.
Members of the public are advised not to circulate unverified information and to refer only to our official channels.
Klinik & Surgeri Taman Intan
16 February 2026