Klinik Kesihatan Taman Intan

Klinik Kesihatan Taman Intan Klinik Kesihatan Taman Intan

Selamat Hari Doktor 🌿Jasa dan dedikasi doktor sangat bermakna. Terima kasih kerana sentiasa menjadi harapan dan penyelam...
30/03/2026

Selamat Hari Doktor 🌿
Jasa dan dedikasi doktor sangat bermakna. Terima kasih kerana sentiasa menjadi harapan dan penyelamat kepada ramai orang.

Terima kasih doktor ❤️❤️❤️

24/03/2026
Bermula hari ini, ramai yang dah mula pulang ke kampung untuk berhari raya. Melihat wajah kegembiraan keluarga menyambut...
19/03/2026

Bermula hari ini, ramai yang dah mula pulang ke kampung untuk berhari raya.

Melihat wajah kegembiraan keluarga menyambut kita di depan pintu adalah nikmat yang paling besar. Jangan biarkan kegembiraan itu bertukar duka hanya kerana kita lalai di jalan raya.

Sebelum memulakan perjalanan

✅ Pastikan rehat secukupnya. Jangan memandu dalam keadaan badan yang terlalu penat.
✅ Berhenti rehat di tempat yang selamat jika rasa mengantuk.

Ingat... nyawa tiada gantinya. ❤️

Semoga perjalanan kita semua diberkati dan dilindungi.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! 🙏



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

🎵Balik kampung...oooo balik kampung🎶 Seronoknya nak balik kampung.. , tapi jangan biarkan nyamuk Aedes ikut sekali! 🦟🚫Se...
19/03/2026

🎵Balik kampung...oooo balik kampung🎶 Seronoknya nak balik kampung.. , tapi jangan biarkan nyamuk Aedes ikut sekali! 🦟🚫

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kita ambil langkah berjaga-jaga ini untuk mengelakkan gigitan nyamuk dan penularan demam denggi:

Untuk Pemandu :

✅ Sembur aerosol di dalam kenderaan terlebih dahulu sebelum penumpang naik untuk memastikan ruang bas bebas daripada nyamuk.

Untuk Penumpang:

✅ Gunakan repelan pada bahagian kulit yang terdedah.
✅ Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang.

Selamat pulang ke kampung dan semoga perjalanan anda ceria serta sihat! 🏠✨



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

18/03/2026
16/03/2026

PENGUMUMAN PENUTUPAN KLINIK SEMPENA AIDILFITRI

​Makluman kepada semua pelanggan, Klinik akan DITUTUP dari 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 23 Mac 2026 (Isnin)
​bersempena Hari Kelepasan Am Sambutan Aidilfitri.

​Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji pada 23/3/2026,
sila hadir ke klinik untuk urusan temujanji anda (walk in) pada tarikh-tarikh berikut:
​24 Mac 2026 hingga 26 Mac 2026

​Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Berbuka atau moreh di restoran? Premis makanan adalah kawasan larangan merokok, jadi pastikan anda menegur jika ternampa...
13/03/2026

Berbuka atau moreh di restoran?

Premis makanan adalah kawasan larangan merokok, jadi pastikan anda menegur jika ternampak perokok yang merokok dalam restoran ya.

Pergi ke kedai membeli ragi,Singgah sebentar di pekan Selasa;Semak MAL dan FarmaTag rapi,Ubat selamat, nyawa terpelihara...
13/03/2026

Pergi ke kedai membeli ragi,
Singgah sebentar di pekan Selasa;
Semak MAL dan FarmaTag rapi,
Ubat selamat, nyawa terpelihara.

Bunga selasih di dalam balang,
Cantik berseri di tepi tangga;
Ubat tidak sah jangan dipandang,
Kesihatan diri paling berharga.

🛑 Jangan Main Beli Je! Semak Dulu Ubat Anda 💊
Hati-hati! Ubat tanpa pendaftaran bukan sahaja haram di sisi undang-undang, tapi boleh membahayakan nyawa. Pastikan ubat anda selamat dengan langkah mudah ini:

✅ 2 Benda Wajib Ada:
* Nombor Pendaftaran MAL (Contoh: MAL12345678X)
* Pelekat Hologram FarmaTag yang sah.

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran & Sambutan Nuzul Al-Quran Klinik Kesihatan Taman Intan telah berlangsung dengan la...
12/03/2026

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran & Sambutan Nuzul Al-Quran Klinik Kesihatan Taman Intan telah berlangsung dengan lancar pada :

Tarikh: 12 Mac 2026 (Khamis)
Masa: 8.00-9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat KKTI

Majlis yang diketuai oleh En. Nadhar ini diharapkan dapat menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga klinik.

Alhamdulillah 🌹🌹🌹

🩺 SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026 🩺​Khusus buat semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP) a.k.a "Geng Baju Hijau" di K...
09/03/2026

🩺 SELAMAT HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026 🩺

​Khusus buat semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP) a.k.a "Geng Baju Hijau" di Klinik Kesihatan Taman Intan (KKTI) serta seluruh rakan seperjuangan di Malaysia! 🇲🇾

​Terima kasih atas dedikasi, keringat, dan khidmat bakti anda dalam menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara. Anda adalah wira yang sentiasa bersiap sedia demi kesejahteraan komuniti.

​✨ Tema 2026:
"Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan"
​Selamat menyambut hari istimewa ini ! Teruskan memberi yang terbaik.


Ikhlas daripada: Warga KKTI

Tanda dan Gejala TIBI
06/03/2026

Tanda dan Gejala TIBI

Laporan Aktiviti: Penyampaian Hadiah Kuiz “Kenali Ubat Anda” Siri Mac 2026Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Kuiz K...
05/03/2026

Laporan Aktiviti: Penyampaian Hadiah Kuiz “Kenali Ubat Anda” Siri Mac 2026

Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Kuiz Kenali Ubat Anda Siri Mac 2026 bertajuk “Iklan Produk dan Perkhidmatan Kesihatan” telah dilaksanakan pada 5 Mac 2026. Tahniah kepada Cik Caryn Hoh May Ling.

Kuiz ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif pendidikan kesihatan bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai aspek pengiklanan produk dan perkhidmatan kesihatan yang beretika. Program ini juga bertujuan menggalakkan masyarakat untuk lebih peka dan berinformasi dalam menilai iklan berkaitan kesihatan yang sering dipaparkan di pelbagai platform.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya menjawab kuiz dengan tepat. Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam kuiz ini.

Diharapkan program Kenali Ubat Anda ini dapat terus memberi manfaat kepada masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat secara selamat dan rasional.

Address

Jalan Taman Intan
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044220294

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Taman Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category