Aira Confinement Consultant

Aira Confinement Consultant Kepakaran kami adalah membantu ibu hamil supaya dpt membuat persediaan rapi utk bersalin & berpantang

Address

No 138 Level 1 Jalan Melati 1, Bandar Amanjaya
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aira Confinement Consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Aira Confinement Consultant:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Di sini bermulanya...

“We believe, if you want to improve society, you improve the conditions for women first”.- Motherbees

Bermulanya Aira Confinement Consultant adalah bermula dari pengalaman saya sendiri yang sukar mencari pengamal yang menyediakan pakej lengkap selepas proses bersalin & berpantang kelahiran anak yang sulung. Memahami keperluan ibu-ibu di luar sana yang sama serta hasrat untuk membantu ibu berpantang yang memerlukan sokongan dan penjagaan selepas proses kelahiran yang amat meletihkan maka tercetusnya Aira Confinement Consultant.

Melalui fasa berpantang dengan tenang dan sihat adalah matlamat dan fokus kami di Aira Confinement. Wanita sebagai tunggak keluarga perlu sihat dan bersedia berkhidmat memenuhi keperluan keluarga yang tercinta. Tempoh berpantang merupakan tempoh ‘bercuti’ bagi ibu yang sentiasa tiada masa buat dirinya.

Tempoh berpantang ini adalah masa keemasan untuk ibu memberi perhatian semula kepada dirinya setelah menjalani satu proses yang besar iaitu ‘kelahiran’. Seperti bayi yang baru lahir disambut dengan penuh kegembiraan, ibu yang melahirkan juga perlu dirai dan dilayani bak puteri atas jasanya bertarung nyawa melahirkan zuriat penerus legasi sang suami. Kesihatan ibu semasa dan selepas tempoh berpantang juga amat penting untuk dititikberatkan untuk kesejahteraan berpanjangan.