28/01/2026
Hari tu datang seorang pakcik ke Poliklinik Suffi. Cara jalannya perlahan, jelas lutut dah lama menanggung sakit. Bila saya tanya apa yang paling dia risaukan, dia jawab jujur,
βDoktorβ¦ Ramadan nak dekat. Saya takut tak mampu nak solat terawih macam dulu. Nak berdiri lama-lama pun sakit. Sujud bangun pun susah.β
Saya dengar dan faham. Untuk pakcik ni, sakit lutut bukan sekadar sakit fizikal, tapi risau tak dapat beribadah dengan tenang.
Selepas pemeriksaan, saya cadangkan rawatan suntikan gel lutut untuk bantu kurangkan sakit dan mudahkan pergerakan. Alhamdulillah, rawatan berjalan lancar.
Beberapa hari kemudian pakcik ni datang semula. Wajahnya lain macam lebih cerah, lebih yakin.
βDoktor, sekarang lutut rasa ringan. InsyaAllah tahun ni saya boleh solat terawih dengan lebih fokus.β
Sebagai doktor, saat macam ni buat saya sedarβ¦ rawatan bukan sekadar untuk kurangkan sakit, tapi untuk bantu seseorang kembali dekat dengan ibadah dan nikmati Ramadan dengan lebih bermaknaπ