Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani

Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani We are very committed to provide the best primary healthcare to people regardless of cultural and social background, operating 24/7 including
public holidays.
(2)

contact us:
- 017- 6220661/ 04-4242066,

SSM NO : 202401029050 (1574898-H)

09/03/2026

Awal-awal datang tadi, anak saudara kakak ni menangis sebab siku terkehel.
Tangan tak boleh gerak, memang nampak sangat sakit.

Lepas jumpa Dr Luqman di Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani, doktor periksa dan buat rawatan yang perlu.

Tak sampai 10 minit sahaja…

Adik ni dah boleh lari dan bermain semula di playground Klinik Anda.

Fenomena yang sering berlaku pada kanak-kanak ini kadang dipanggil “nursemaid’s elbow”—sendi siku yang sedikit tergelincir.

Ia nampak dramatik (budak menangis, tak mahu gerakkan tangan), tetapi bila doktor betulkan posisi sendi, mereka boleh terus kembali aktif seolah-olah tiada apa berlaku.

📍 Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani
No 14, 15 & 16 (Tingkat Bawah), Jalan Intan Setia 1,
Taman Intan Setia, 08000 Sungai Petani, Kedah

📞 017-622 0661
🕒 Buka setiap hari termasuk hujung minggu & cuti umum

Dalam mendekati 10 malam terakhir,Ini merupakan masa terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan doa.Rasulullah S...
09/03/2026

Dalam mendekati 10 malam terakhir,
Ini merupakan masa terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan doa.

Rasulullah SAW bersabda bahawa orang yang berpuasa termasuk dalam golongan yang doanya mustajab.

Jadi jangan lepaskan peluang di bulan yang penuh keberkatan ini.
Perbanyakkan doa untuk diri sendiri, keluarga, kesihatan dan rezeki yang baik.

Semoga setiap doa kita diangkat dan dimakbulkan 🤲

Salam Ramadan daripada
Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani
Sentiasa ada untuk kesihatan anda, setiap hari.

Wanita…Tulang belakang keluarga.Sumber kekuatan yang tak selalu kelihatan, tapi sentiasa dirasai.Daripada seorang anak, ...
08/03/2026

Wanita…
Tulang belakang keluarga.
Sumber kekuatan yang tak selalu kelihatan, tapi sentiasa dirasai.

Daripada seorang anak, menjadi pelajar, isteri, ibu — setiap fasa adalah perjuangan yang penuh kasih dan pengorbanan.

Sempena Hari Wanita, kami di Klinik Anda 24Jam Sungai Petani meraikan semua wanita yang berinspirasi membina legasi — dengan kesihatan yang terjaga, langkah yang yakin, dan hati yang kuat.

Kerana bila wanita sihat, keluarga turut kuat. 🤍

Selamat Hari Wanita. 🌸

📍 Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani
No 14, 15 & 16 (Tingkat Bawah), Jalan Intan Setia 1,
Taman Intan Setia, 08000 Sungai Petani, Kedah
📞 017-622 0661
🕒 Buka setiap hari termasuk hujung minggu & cuti umum

Rasulullah SAW bersabda bahawa ada dua nikmat yang ramai manusia terpedaya: nikmat sihat dan masa lapang.Selagi badan ma...
06/03/2026

Rasulullah SAW bersabda bahawa ada dua nikmat yang ramai manusia terpedaya: nikmat sihat dan masa lapang.

Selagi badan masih kuat, selagi langkah masih mampu berjalan ke masjid, bekerja dan bersama keluarga — itu tanda Allah masih beri peluang. Jangan tunggu sakit baru nak hargai sihat.

Semoga Jumaat ini jadi titik untuk kita lebih menjaga diri, lebih bersyukur dan lebih dekat dengan-Nya.

🤍 Klinik Anda 24Jam Sungai Petani
Kesihatan keluarga anda, keutamaan kami.

📍 Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani
No 14, 15 & 16 (Tingkat Bawah), Jalan Intan Setia 1,
Taman Intan Setia, 08000 Sungai Petani, Kedah
📞 017-622 0661
🕒 Buka setiap hari termasuk hujung minggu & cuti umum

Bersenam waktu puasa — boleh, tapi berpada-pada.Puasa bukan alasan untuk berhenti bergerak, cuma kita perlu bijak pilih ...
05/03/2026

Bersenam waktu puasa — boleh, tapi berpada-pada.

Puasa bukan alasan untuk berhenti bergerak, cuma kita perlu bijak pilih masa dan intensiti. Pilih senaman ringan seperti berjalan, stretching atau low impact workout, sebaiknya hampir waktu berbuka atau selepas tarawih.

Elakkan senaman terlalu berat yang boleh sebabkan dehidrasi, pening atau lemah melampau. Dengar signal badan — kalau rasa tak okay, berhenti.

Puasa jaga rohani, senaman jaga jasmani. Bila dua-dua seimbang, badan lebih bertenaga sepanjang Ramadan. 💪✨

📍 Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani
No 14, 15 & 16 (Tingkat Bawah), Jalan Intan Setia 1,
Taman Intan Setia, 08000 Sungai Petani, Kedah
📞 017-622 0661
🕒 Buka setiap hari termasuk hujung minggu & cuti umum

Ibu hamil dan puasa — boleh atau tak?Kehamilan bukan “alasan”, tapi ia satu keadaan fisiologi yang badan bekerja dua kal...
04/03/2026

Ibu hamil dan puasa — boleh atau tak?

Kehamilan bukan “alasan”, tapi ia satu keadaan fisiologi yang badan bekerja dua kali ganda. Ibu perlukan tenaga, air dan nutrisi yang cukup untuk diri sendiri dan bayi dalam kandungan.

Secara asasnya, ibu hamil diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa jika risaukan kesihatan diri atau bayi. Islam itu tidak membebankan. Keselamatan ibu dan kandungan lebih utama.

Jika ingin berpuasa:
Pastikan tiada masalah seperti kencing manis semasa hamil, tekanan darah rendah, kurang berat badan atau sejarah komplikasi.
Minum air secukupnya waktu sahur dan berbuka.
Ambil makanan seimbang — karbohidrat kompleks, protein dan zat besi.
Segera berbuka jika pening, lemah melampau, kurang pergerakan bayi atau tanda dehidrasi.

Setiap kehamilan itu berbeza.
Apa yang sesuai untuk orang lain, belum tentu sesuai untuk diri kita.

Di Klinik Anda 24Jam Sungai Petani, kami sedia bantu dengan pemeriksaan ibu hamil dan nasihat yang sesuai mengikut keadaan kesihatan puan.

Ibu sihat, bayi selamat. Itu keutamaan.

📍 Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani
No 14, 15 & 16 (Tingkat Bawah), Jalan Intan Setia 1,
Taman Intan Setia, 08000 Sungai Petani, Kedah
📞 017-622 0661
🕒 Buka setiap hari termasuk hujung minggu & cuti umum

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐅𝐅 🌙Hari ini, Klinik Anda 24 Jam sugai petani akanberehat sementara dari jam ...
03/03/2026

𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐅𝐅 🌙

Hari ini, Klinik Anda 24 Jam sugai petani akan
berehat sementara dari jam 6.00 petang hingga 8.30 malam bagi memberi ruang kepada Majlis Berbuka Puasa bersama staff kami.

Kami akan kembali beroperasi seperti biasa
selepas jam 9 malam.

Kami mohon maaf atas sebarang kesulitan dan
kami di klinik anda 24 jam sungai petani, komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat anda dan keluarga.

01/03/2026

KALAU ANDA WANITA WAJIB BACA NI ❤️

Sempena Hari Wanita Sedunia, Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani bawakan 2 voucher khas untuk anda:

✨ RM10 OFF untuk setiap ultrasound scan
✨ Pakej Darah Basic + Konsultasi Doktor hanya RM50 (harga asal RM70)

Sah pada 7 & 8 Mac 2026 sahaja.

Cara tebus mudah — screenshot voucher dalam video dan tunjuk masa booking di whatsapp kami 0176220661.

Tag ibu, kakak, adik dan sahabat wanita anda.
Jom jaga kesihatan, sebab wanita yang sihat adalah tulang belakang keluarga.

Jumpa anda di Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani.

JAWATAN KOSONG: DOKTOR RESIDEN DI KLINIK ANDA 24 JAM SUNGAI PETANI.'PELUANG BINA KERJAYA BERSAMA KAMI'------------------...
28/02/2026

JAWATAN KOSONG: DOKTOR RESIDEN DI KLINIK ANDA 24 JAM SUNGAI PETANI.

'PELUANG BINA KERJAYA BERSAMA KAMI'
------------------------------------
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Kami sedang mencari DOKTOR RESIDEN untuk memperkembangkan pasukan kami di Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani.

KELAYAKAN:
• WANITA/ LELAKI
* Mempunyai Valid APC
* Mahir melakukan Basic Antenatal scan/ Basic Surgical skill menjadi kelebihan
* Berperwatakan menarik dan sopan
* Boleh bekerja dalam pasukan dan secara waktu shift

MANFAAT:
• Pendapatan (Basic & Elaun) RM9,000 - RM12,000
* KWSP/SOCSO
* Medical Benefit
* Annual Leave
* Insentif dan Elaun
* Latihan dan kursus

-----------------------------------------
JOM sertai kami dan hantar segera resume ke email kami:
- kpasp.operational@gmail.com

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi kami di :

http://wa.me/601115140661

Ibu hamil & puasa — boleh atau tidak? 🤰🌙Jawapannya: boleh, dengan syarat keadaan kesihatan ibu dan bayi berada dalam kea...
27/02/2026

Ibu hamil & puasa — boleh atau tidak? 🤰🌙

Jawapannya: boleh, dengan syarat keadaan kesihatan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik serta dipantau doktor.

Di Klinik Anda 24 Jam, kami sarankan ibu hamil hanya berpuasa jika:

✔️ Tiada masalah kesihatan seperti anemia teruk, diabetes tidak terkawal atau tekanan darah rendah
✔️ Tidak mengalami dehidrasi
✔️ Perkembangan bayi baik mengikut pemeriksaan doktor
✔️ Doktor menilai keadaan ibu stabil

Namun, keselamatan ibu dan bayi adalah keutamaan.

Segera berbuka dan dapatkan pemeriksaan jika mengalami:
• Pening atau hampir pitam
• Pergerakan bayi berkurang
• Kontraksi atau sakit perut berpanjangan

Setiap kehamilan adalah berbeza. Jangan bandingkan diri dengan orang lain — dapatkan nasihat perubatan sebelum membuat keputusan untuk berpuasa.

Kami sedia membantu 24 jam untuk pemeriksaan dan pemantauan kesihatan ibu & kandungan.
Kesihatan anda, keutamaan kami.

📍 Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani
No 14, 15 & 16 (Tingkat Bawah), Jalan Intan Setia 1,
Taman Intan Setia, 08000 Sungai Petani, Kedah
📞 017-622 0661
🕒 Buka setiap hari termasuk hujung minggu & cuti umum

26/02/2026

“Perkhidmatan X-Ray pun 24 jam ke?”

Di Klinik Anda 24Jam Sungai Petani, kami menyediakan perkhidmatan X-Ray bagi membantu proses diagnosis yang cepat dan tepat, sama ada untuk kes kecemasan mahupun pemeriksaan kesihatan.

Waktu operasi perkhidmatan X-Ray:
Ahad – Khamis: 8.00 pagi – 11.00 malam
Jumaat – Sabtu: 11.00 pagi – 11.00 malam

Perkhidmatan merangkumi:
• X-Ray Kes kemalangan
• Patah atau retak tulang
• X-Ray dada (Chest X-Ray)
• Pemeriksaan kesihatan (Medical Check-Up)
• X-Ray lutut dan sendi lain

Harga bermula dari RM60 – RM80 bergantung kepada jenis pemeriksaan.
Filem X-Ray turut disediakan dengan caj tambahan sekiranya diperlukan.

Untuk pemeriksaan segera dan keputusan yang lebih pantas, kunjungi Klinik Anda 24Jam Sungai Petani. Kami sedia membantu anda.

📍 Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani
No 14, 15 & 16 (Tingkat Bawah), Jalan Intan Setia 1,
Taman Intan Setia, 08000 Sungai Petani, Kedah
📞 017-622 0661
🕒 Buka setiap hari termasuk hujung minggu & cuti umum

Address

No 14, 15, 16, Jalan Intan Setia 1, Taman Intan Setia
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Anda 24 Jam Sungai Petani:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram