10/12/2020
๐๐ช ๐๐ ๐ง๐ โ๐๐ฅ๐ โ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ค๐๐๐ก
Sebenarnya saya bermula dengan - terpengaruh perkongsian seorang rakan FB untuk atasi masalah resdungnya.
Hanya setakat itu.
Tidak pernah kenal pun jenamanya.
Bertahun lamanya saya berada di dalam keadan tekanan daripada pelbagai sudut.
Kerjaya, keluarga, kewangan dan macam2 lagi menduga.
Namun daripada sehari ke sehari, terasa semakin berat bebanan perasaan itu.
Terutama berkaitan anak2.
Lama juga saya membaca perkongsian rakan2 terutama tentang yang terkenal menenangkan dan mendamaikan.
Saya juga jatuh cinta dengan design yang ketika itu baru diperkenalkan.
Masalah kewangan menjadi punca utama kenapa saya masih belum membuat langkah pertama.
Ketika itu, saya sudah lupa tentang RC yang saya pernah beli lama sebelum itu.
Bukankah jenama yang sama?
Saya mencari sesuatu yang dapat menenangkan anak2.
Ketika itu saya ada empat orang anak.
Dan sedang mengandungkan anak kelima.
Saya sangat ingin mencuba lavendar yang dikatakan dapat menenangkan.
Sekurang2nya bila anak2 sedikit tenang, dapatlah saya juga bertenang.
Walau masalah tidak selesai, cuma diharap minda dan emosi pada ketika itu rasional dan terkawal.
Itu sahaja harapan saya.
Hati teringin.
Tapi kewangan tidak mengizinkan.
Hinggalah akhirnya ada sedikit rezeki lebih pemberian suami.
Saya pejam mata dan bulatkan tekad untuk dapatkan juga.
Beli pun set asas sahaja.
Asalkan ada diffuser dan lavendar; kata hati saya ketika itu.
Jenuh saya korek album dalam IG dan FB kalau-kalau ada saya berkongsi detik pertama menggunakan diffuser Young Living.
Malangnya tiada.
Ya, tiada.
Entah kenapa tiada langsung perkongsian tentang eoyl ketika itu.
Namun setelah difikir semula, saya temui jawapannya.
Bukankah pada ketika itu, saya dibelenggu emosi?
Tentulah kurang ada mood ingin berkongsi di media sosial.
Detik pertama menggunakan lavendar, saya sangat kecewa.
Kerana baunya sangat tidak menyenangkan.
Kenapa ramai yang kata lavendar ini wangi?
Bau kemenyan.
Seram p**a bila mengingat kembali.
Serius.
Tak tipu.
Satu rumah bau yang sama.
Bukanlah hidung saya sahaja.
Rujuk kembali rakan yang mendaftarkan saya dahulu.
Katanya ia berkaitan aura diri dan keluarga pada ketika itu.
Eo yang tidak kita s**ai, eo itulah sebenarnya yang kita perlukan.
Teruskan diffuse setiap hari.
Lebih seminggu kemudian barulah hilang bau kemenyan itu.
Dan sekarang menjadi antara eo wajib ada di dalam rumah saya.
Dari sudut kawalan emosi anak2, bukanlah terus semuanya jadi macam patung duduk diam setempat tak bergerak.
Namun yang saya perasan, bila emosi ibu terkawal, auranya sampai kepada anak2.
Hingga kini, jika saya stress, anak2 pun seorang seorang akan buat perangai.
Benarlah pentingnya emosi seorang ibu di dalam sesebuah rumah.
Begitulah bagaimana saya bermula dengan Young Living.
Eo yang saya dapat ketika itu sangat kena dengan masalah saya.
Lavendar, Stress Away (kini dikenali sebagai YL Haven) dan Lemon.
Ketika itu saya tak s**a Stress Away namun tetap teruskan diffuse.
Malangnya ketika berpindah rumah setahun lalu, Stress Away dan RC eo pertama saya telah hilang tanpa dapat dikesan.
Sedih juga.
Ada sentimental value di situ.
Namun begitu, apa yang membuatkan saya jatuh cinta sekali lagi dengan YL sekaligus ingin cari tau lagi berkenaan YL ini bukanlah Lavendar, Lemon mahupun Stress Away.
Eo membuka mata saya adalah (PPP) dan .
Alkisahnya saya ada masalah hormon sejak dulu lagi.
Namun semakin bercelaru sejak ambil perancang suntikan depo provera.
Kucar-kacir habis.
Atas perkongsian rakan juga, saya mencuba.
Alhamdulillah serasi dengan saya.
Hormon masih belum benar2 stabil sebab eo ini bukan ubat kan.
Namun ada juga sedikit perubahan yang baik.
Slowly but surely orang putih kata.
Inilah sebenar-benar cinta.
Sejak itulah saya terus ingin lebih mengenali apakah Young Living.
Sedar tak sedar sudah berderet botol eo di rumah.
Pelbagai fungsi, pelbagai bau, pelbagai warna.
Menjadi terapi diri di kala emosi kembali membelenggu diri.
Benarlah tak kenal maka tak cinta.
Dah cinta, semakin cinta.
Begitulah serba sedikit hubungan cinta-benci saya dengan Young Living Essential Oil.
Saya sudah temui ikhtiar mengawal emosi saya.
Paling utama, semuanya bermula kerana anak2; harta saya dunia akhirat.
Anda bagaimana?