AtehSpa

AtehSpa Memberikan khidmat urut traditional utk kesihatan dan wanita lepas bersalin. Penjagaan anak dan ibu dlm berpantang.

09/11/2022

Kalau lelaki bertanya ….

Mengapa perempuan kuat beremosi selepas bersalin?

Fahami ini.
Perempuan itu adalah seorang wanita yang dilahirkan menjadi seorang ibu selepas sebuah episod kelahiran.

Dia melalui satu frasa yang asing.
Dahulu hidupnya hanya memikirkan perihal dia.

Sekarang dia ada satu tanggungan (iaitu anak) yang kau sebagai lelaki tidak mampu melunaskan hak sebagai seorang ibu.

Anak itu lahir.
Tidak berdialog. Hanya menangis.

1 tangisan melambangkan 1000 cerita.
Hanya naluri ibu memahami apa cerita yang si anak cuba sampaikan.
Tetapi lelahnya dia utk mengintrepetasikan bunyi tangisan itu memakan seluruh tenaga batinnya.

Kemudian anak yang lahir itu ditimpa kuning.
Orang keliling berkata..."normallah"
Kau tidak mampu faham

Sebagai seorang ibu, meskipun 10 org anak melalui fasa cucuk ambil darah, letak bawah lampu biru.

Sepuluh kali juga hatinya renyuk.
Terbayang apa salahnya sehingga anaknya diserang kuning.
Drama?
Bukan.

Dia terlalui menyintai.
Perasaan yang kau tak mampu hadami.
Kemudian cerita menyusu.

Dari awal kelahiran segala buku, blog, website, pakar, bidan dia jumpa utk belajar hal penyusuan.

Tetapi Allah dah tetapkan rezeki dia bercatu utk menyusukan anak
Kalian hanya boleh terbayangkan botol dan formula.

Dalam kepalanya terbayang erti kegagalan!
Kemudian proses penyembuhan.
Mari aku ceritakan

Dia seorang ibu hamil.

Terpaksa menapak separuh kilometer saban hari, berdiri 30 minit dalam lrt/ktm,
memandu tekan clutch kereta sekeras kayu mengharung jem...
Demi....
Sesuap nasi.

Selembar rezeki utk membayar tanggungan dan hutang hidup
Bersama2 berkongsi jerih dengan suami

Sambil melayan mabuk loya dan alahan
Dari usia kandungan sehari sehingga 9 bulan.

Kemudian ketika melahirkan anak
Kesakitan maha hebat.
Terasa terkoyak terkopak dua badan menahan sakit.

Ketika itu sudah rela diambil nyawa
Baik mati dari beranak
Atau berdebar tunggu dibedah

Habis bius luka memerit melintang di bawah
Kemudian bila pulang dari hospital
Segala tanggungjawab tidak berkurangan.

Masih sama.
Kain baju perlu dibasuh disidai.
Jika ada anak2 yg tua, perlu diuruskan hal sekolah

Tembolok keluarga perlu dipenuhkan dengan masakan rumah.
Lantai perlu disapu dimop untuk elakkan semut menjamah kulit bayi
Badan sendiri tak terbela.
Penat tak habis hilang

Anak perlu dibesarkan penuh didikan dan kasih sayang.
Dia beremosi kerana dia wanita.
Dia beremosi kerana dia seorang ibu.
Dia menanggung beban dunia di ubun kepalanya.

Dan dia beremosi kerana dia seorang yang normal.
Dia memerlukan ruang utk merasa lemah dan lelah.
Masa untuk dia melepaskan semuanya.
Sambutlah dia wahai suami.
Dia tidak minta disanjung

Cukup sekadar kau medampingi
Emosi itu bukan nusyuz atau derhaka.
Emosi itu lambang kekuatan kalian menjadi pemangkin hidup dia.
Wanita yang lemah.

Biarkan dia menangis.

Dengari bebelannya.
Dekati dia dengan pujuk lembut
Bawa dahinya kedadamu

Kucup dan alunkan zikir sehingga dia terlena.
Tak perlu mencari solusi.

Cukup sekadar kau memahami
Mengapa dia beremosi.

Peringatan buat bakal2 bapa

Hargai isteri anda dengan ini https://shope.ee/4APkRfQhay

Kredit - Siti aishah

P/s Rahsia rumah tangga bahagia https://shope.ee/1q1pfZQPGy

07/11/2022
Best ke best??? Hidangan ibu berpantang
12/02/2021

Best ke best??? Hidangan ibu berpantang

Alhamdulillah....terima kaseh
29/01/2019

Alhamdulillah....terima kaseh

29/01/2019

Alhamdulillah......

Alhamdulillah..
06/01/2019

Alhamdulillah..





Tq Anin Nazar dr jauh dtg semata2 nk bermanja dgn AtehSpa.
18/12/2018

Tq Anin Nazar dr jauh dtg semata2 nk bermanja dgn AtehSpa.

Trowback minggu lepas ....Alhamdulillah... selesai bercukur. Moga sihat dan jd ank yg soleh
23/11/2017

Trowback minggu lepas ....Alhamdulillah... selesai bercukur. Moga sihat dan jd ank yg soleh

Kenangan lalu bersama pn Habibah d hari konvokesyen Terapi Urut
02/11/2017

Kenangan lalu bersama pn Habibah d hari konvokesyen Terapi Urut

Citer semalam... 3 beradek dlm pantang...moga sihat semua ibu n ank2
15/10/2017

Citer semalam... 3 beradek dlm pantang...moga sihat semua ibu n ank2

Address

Taiping

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

0124075261

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AtehSpa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram