19/12/2020
INFO PENYAKIT GOUT
Gejala
🌟Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki menyebabkannya merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
🌟Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
🌟Sendi diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut boleh meninggalkan kesan menyeksakan.
🌟Sakit berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya satu atau dua minggu untuk reda jika tidak dirawat.
🌟Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
🌟Gout boleh menyerang sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
❌Penghidap gout sering menghadapi masalah kesihatan lain seperti obesiti, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.
Jenis makanan tinggi asid urik
⭐️Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
⭐️Ikan bilis, kembung, sardin
⭐️Daging cincang
⭐️Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
⭐️Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
⭐️Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
⭐️kekacang seperti kacang tanah dan kacang kuda
⭐️Roti jagung dan bijirin
Rawatan:
✔️Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAID). Contoh : ibuprofen, naproxen dan indomethacin
NSAID boleh mengawal keradangan dan kesakitan pada sendi berkenaan.
Doktor boleh menetapkan dos lebih tinggi untuk menghentikan serangan akut, diikuti dos harian lebih rendah untuk mengelakkan serangan berulang.
Kesannya, lebih cepat iaitu dalam tempoh 12 hingga 24 jam. Tetapi, NSAID boleh digunakan dalam tempoh singkat sahaja.
✔️Colchicine
Alternatif kepada NSAID. Doktor akan mencadangkan colchicine, iaitu sejenis ubat yang berkesan mengurangkan kesakitan gout dan diberikan ketika serangan akut. Dos harian colchicine boleh diambil tetapi dos rendah untuk menghalang serangan berulang di masa depan.
✔️Penghalang pengeluaran asid urik
Allopurinol boleh mengehadkan jumlah asid urik dalam darah dan digunakan bagi mencegah serangan gout. Pesakit boleh mengambilnya dalam tempoh seminggu atau dua minggu selepas serangan bagi mengekalkan tahap asid urik dalam darah.
Tip kawal serangan gout
✔️Minum air banyak sekurang-kurangnya lapan hingga 16 gelas (anggaran dua hingga empat liter) cecair setiap hari.
✔️Hadkan pengambilan minuman manis dan air berkarbonat
✔️Elakkan pengambilan alkohol kerana boleh menyebabkan peningkatan asid urik.
✔️Makan makanan seimbang dengan melebihkan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan rendah lemak.
✔️Dapatkan protein daripada tenusu rendah lemak. Elakkan diet protein tinggi dan kaya asid urik, seperti organ dalaman haiwan dan makanan laut.
✔️Bersenam dengan kerap dan kalau boleh, berhenti merokok.
✔️Kekalkan berat badan diingini. Penurunan berat badan boleh mengurangkan paras asid urik dalam badan.
AGCERA telah terbukti dapat membantu dalam pemulihan penyakit Gout ini berdasarkan beberapa testimoni positive dari pesakit gout sendiri.
KOMEN, LIKE & SHARE UNTUK BANTU LEBIH RAMAI PESAKIT GOUT UNTUK PULIH..