Mediklinik Ulfa Taiping

Mediklinik Ulfa Taiping Klinik mesra warga emas & kanak-kanak. Rawatan kesihatan wanita juga ada di klinik kami.

JAWATAN KOSONG: CLINIC ASSISTANTMEDIKLINIK ULFA, TAIPINGKami kini sedang mencari individu yang berdedikasi, berdisiplin,...
09/03/2026

JAWATAN KOSONG: CLINIC ASSISTANT
MEDIKLINIK ULFA, TAIPING

Kami kini sedang mencari individu yang berdedikasi, berdisiplin, dan beretika untuk menyertai pasukan kami sebagai:
CLINIC ASSISTANT

Sebagai Clinic Assistant, anda akan membantu dalam operasi harian klinik serta memastikan perkhidmatan pelanggan diberikan secara cekap, mesra dan profesional.

✅ Kriteria yang dicari:
* Mempunyai sikap positif, bertanggungjawab dan bertolak ansur
* Mampu bekerja secara berdikari dan dalam pasukan
* Menghormati rakan sekerja, doktor dan pihak pengurusan
* Boleh berkomunikasi dengan baik dan bersikap sopan

📍 Lokasi: Mediklinik Ulfa, Taiping
🗓️Tarikh tutup permohonan: 15 Mac 2026 (Ahad)
📩 Hantar resume lengkap ke: ulfacare.hr@gmail.com

⚠️ Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.

Salam Nuzul Al‑Quran 1447H.Pada tanggal 17 Ramadan, kita mengenang peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Mu...
07/03/2026

Salam Nuzul Al‑Quran 1447H.

Pada tanggal 17 Ramadan, kita mengenang peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira, ayat Surah Al‑‘Alaq yang memulakan risalah Islam dan membuka pintu hidayah kepada seluruh umat manusia.

Semoga Al‑Quran terus menjadi cahaya, penenang jiwa dan panduan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Ingatan tulus ikhlas daripada Pengurusan dan Warga Kerja Mediklinik Ulfa.





PENGUMUMAN❗SEPANJANG BULAN RAMADHAN (23/2/2026 - 20/3/2026), Mediklinik Ulfa akan ditutup SEMENTARA pada JAM 6.00PETANG ...
23/02/2026

PENGUMUMAN

❗SEPANJANG BULAN RAMADHAN (23/2/2026 - 20/3/2026), Mediklinik Ulfa akan ditutup SEMENTARA pada JAM 6.00PETANG SEHINGGA 9.00MALAM bagi memberi laluan untuk menunaikan ibadah berbuka puasa.

❗Operasi akan DISAMBUNG SEMULA seperti biasa pada JAM 9.00PM SEHINGGA 11.30PM

Boleh WhatsApp kami di TALIAN 019 - 494 7057 untuk buat temujanji

MEDIKLINIK ULFA
PREMIUM CARE PERSONAL TOUCH

Majlis Moreh Berbuka PuasaPada 20 Februari 2026, bersamaan 2 Ramadan 1447H, Mediklinik Ulfa Taiping telah berpeluang men...
21/02/2026

Majlis Moreh Berbuka Puasa

Pada 20 Februari 2026, bersamaan 2 Ramadan 1447H, Mediklinik Ulfa Taiping telah berpeluang menyertai Majlis Moreh Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Melayu Taiping.
Majlis ini turut dihadiri oleh Co‑Founders Mediklinik Ulfa, Dr. Ain Munirah Jamaludin dan Dr. Nuraishah Amalina Muhamad, bersama seluruh warga kerja Mediklinik Ulfa.

Pengisian majlis merangkumi berbuka puasa secara berjemaah, diikuti dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, serta diteruskan dengan solat Tarawih berjemaah bersama para jemaah Masjid Melayu Taiping.

Penyertaan ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan sesama warga kerja serta memperkukuh jalinan silaturahim bersama komuniti setempat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.





Ziarah Mahabbah 🌹Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Mediklinik Ulfa Operations Support Team diwakili oleh Ket...
21/02/2026

Ziarah Mahabbah 🌹

Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, Mediklinik Ulfa Operations Support Team diwakili oleh Ketua Operasi Mediklinik Ulfa Taiping, Cik Siti Nur ‘Aliah Anis, bersama Cik Fatin Nur Khalissa, berkesempatan menziarahi pesakit kami, Mak Cik Zainalbi, di kediaman beliau di Lenggong pada 20 Februari 2026, bersamaan 2 Ramadan 1447H.

Memandangkan faktor usia, keadaan kesihatan serta cabaran untuk hadir ke klinik, pihak kami mengambil inisiatif untuk melakukan kunjungan ke rumah beliau sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan. Ziarah ini diadakan bagi memastikan beliau tetap menerima perhatian dan pemantauan yang sewajarnya.

Semoga kunjungan ini membawa sedikit kemudahan, ketenangan dan kebaikan buat Mak Cik Zainalbi, lebih‑lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Ingatan tulus ikhlas daripada Pengurusan dan Warga Kerja Mediklinik Ulfa.





18/02/2026

Ramadan Kareem, Salam Ramadan

Bulan Ramadan yang penuh rahmat kembali menyapa, membawa ruang untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan amal dan menghidupkan jiwa dengan cahaya kebaikan.

“Semoga bulan Ramadan pada tahun ini membawa keberkatan, ketenangan dan cahaya dalam setiap langkah kita.”

Ingatan tulus ikhlas daripada Pengurusan dan Warga Kerja Mediklinik Ulfa.





Pada 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447H, telah berlangsung Program “Ahlan Ramadhan Ulfa”, iaitu program penyera...
18/02/2026

Pada 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447H, telah berlangsung Program “Ahlan Ramadhan Ulfa”, iaitu program penyerahan sumbangan sebagai simbolik menyambut Ramadan.

Program ini diinspirasikan daripada tradisi santunan di Mesir yang dikenali sebagai Shantoh Ramadhan, di mana shantoh membawa maksud beg atau pek sumbangan.

Penyerahan ini disempurnakan oleh Co-Founders Mediklinik Ulfa, Dr. Ain Munirah Jamaludin dan Dr. Nuraishah Amalina Muhamad, kepada seluruh warga kerja Mediklinik Ulfa sebagai tanda penghargaan serta persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat, mengeratkan ukhuwah, dan membawa keberkatan buat semua dalam menyambut bulan mulia yang bakal tiba.





PENGUMUMAN : WAKTU OPERASI KAUNTER & SESI RAWATANSelamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak🌙✨Untuk kemudahan anda, beri...
18/02/2026

PENGUMUMAN : WAKTU OPERASI KAUNTER & SESI RAWATAN

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak🌙✨

Untuk kemudahan anda, berikut ialah waktu operasi kaunter dan sesi rawatan terkini Mediklinik Ulfa Taiping bagi sepanjang Bulan Ramadhan:

🖊️ Kaunter:
Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat & Sabtu
9:00 pagi – 11:30 malam
Khamis
9:00 pagi – 6.00 petang

🩺 Sesi Rawatan: Mengikut jadual seperti tertera pada poster.

Ahad & cuti umum (terpilih): Tutup.

Kami di Mediklinik Ulfa sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan kesihatan yang premium dan mesra kepada semua pesakit.

Sila rancang kunjungan anda lebih awal bagi memastikan urusan rawatan berjalan lancar

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan temujanji.
📞 019-494 7057

📍 Lokasi: Mediklinik Ulfa, No.4, Ground Floor, Medan Koperasi, Lorong Koperasi 1, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak
🧭 Cari kami di Waze/Google: Mediklinik Ulfa

*Sebarang perubahan akan beritahu dari semasa ke semasa.

MEDIKLINIK ULFA
PREMIUM CARE PERSONAL TOUCH

17/02/2026

Mediklinik Ulfa wishes everyone celebrating a very Happy Chinese New Year.

Semoga tahun baharu ini membawa kemakmuran, keharmonian dan kesihatan yang berterusan untuk anda dan keluarga.

We are operating as usual, hubungi kami di WhatsApp 019-494 7057 untuk temujanji rawatan.

Gong Xi Fa Cai.




📢 PENGUMUMAN PENUTUPAN SEMENTARA Dimaklumkan bahawa Mediklinik Ulfa, Taiping akan ditutup sementara pada:📅 7 – 10 Februa...
06/02/2026

📢 PENGUMUMAN PENUTUPAN SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa Mediklinik Ulfa, Taiping akan ditutup sementara pada:
📅 7 – 10 Februari 2026
Sempena Ulfa Care Company Retreat 2026

Klinik akan beroperasi semula seperti biasa pada 11 Februari 2026.

Untuk mendapatkan rawatan, sila buat temujanji awal hubungi terus WhatsApp kami di:
📍 Mediklinik Ulfa, Taiping
📞 019‑494 7057

Segala kesulitan amat kami kesali dan kerjasama anda amat dihargai.

PENGUMUMANUntuk kemudahan anda, berikut ialah waktu operasi kaunter dan sesi rawatan terkini Mediklinik Ulfa Taiping:🕗 K...
06/02/2026

PENGUMUMAN
Untuk kemudahan anda, berikut ialah waktu operasi kaunter dan sesi rawatan terkini Mediklinik Ulfa Taiping:

🕗 Kaunter:
Isnin, Selasa, rabu, Jumaat & Sabtu
9:00 pagi – 9:30 malam

Khamis
9:00 pagi – 6:00 petang

🩺 Sesi Rawatan: Mengikut jadual seperti tertera pada poster.

Ahad & cuti umum (terpilih): Tutup.

Kami di Mediklinik Ulfa sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan kesihatan yang premium dan mesra kepada semua pesakit.

Sila rancang kunjungan anda lebih awal bagi memastikan urusan rawatan berjalan lancar 💛

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan temujanji.

📍 Mediklinik Ulfa, Taiping
📞 019-494 7057

*Sebarang perubahan akan beritahu dari semasa ke semasa.

MEDIKLINIK ULFA
PREMIUM CARE PERSONAL TOUCH

📢 PENGUMUMANMediklinik Ulfa akan DITUTUP SEMENTARA pada 4 & 5 Disember 2025 (Khamis & Jumaat) bagi kerja-kerja penyeleng...
04/12/2025

📢 PENGUMUMAN

Mediklinik Ulfa akan DITUTUP SEMENTARA pada 4 & 5 Disember 2025 (Khamis & Jumaat) bagi kerja-kerja penyelenggaraan.

Operasi akan kembali seperti biasa pada 6 Disember 2025 (Sabtu) bermula jam 9:00 pagi.

📲 Untuk sebarang temujanji, sila hubungi kami melalui WhatsApp di 019-494 7057.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan amat menghargai sokongan anda.

Terima kasih. 🙏
Mediklinik Ulfa Taiping

Address

No. 4, (Ground Floor) Lorong Koperasi 1, Medan Koperasi Kampung Jambu
Taiping
34000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00

Telephone

+60194947057

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mediklinik Ulfa Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Mediklinik Ulfa Taiping:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category