FB Rasmi Hospital Taiping Perak

FB Rasmi Hospital Taiping Perak Hospital Taiping merupakan Hospital Kluster Perak Utara & kedua terbesar di Perak.

Hospital Taiping atau sebelum ini dikenali sebagai Hospital Yong Wah adalah hospital pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Terletak di Jalan Taming Sari (Jalan Utama) berhampiran pusat bandar komersial, ia adalah salah satu hospital yang terbesar di Malaysia. Hospital ini adalah secara strategik terletak di 80 km dari Ipoh dan 85 km dari Pulau Pinang yang dapat berkhidmat kepada negeri-negeri utara Malaysia.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸคDi sebalik setiap rawatan yang diberikan, setiap senyuman yang dihulurkan dan setiap langkah ...
01/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿค

Di sebalik setiap rawatan yang diberikan, setiap senyuman yang dihulurkan dan setiap langkah yang diambil, terselit dedikasi, pengorbanan dan komitmen luar biasa seluruh warga kerja Hospital Taiping.

Hari ini, kita meraikan anda semua, barisan hadapan dan belakang tabir yang terus setia berkhidmat tanpa jemu demi kesejahteraan masyarakat.

Terima kasih atas semangat kerja berpasukan, profesionalisme dan keikhlasan yang tidak pernah luntur. Andalah nadi yang menggerakkan perkhidmatan kesihatan dengan penuh amanah.

โ€œKami Sedia Membantuโ€

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja
Hospital Taiping


๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐”๐๐€๐“ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐Ž๐Œ ๐๐€๐‚๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ๐“ ๐Ÿ“ Perpustakaan Awam Padang Rengas, Perak๐Ÿ—“ 29 April 2026Hospital T...
30/04/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐”๐๐€๐“ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐Ž๐Œ ๐๐€๐‚๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐ˆ๐๐ˆ๐“

๐Ÿ“ Perpustakaan Awam Padang Rengas, Perak
๐Ÿ—“ 29 April 2026

Hospital Taiping melalui Unit Farmasi telah melaksanakan Program Kenali Ubat Anda dengan penyertaan seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelajar MK Tun Perak dan SABK Maahad Al-Yahyawiyah serta guru pengiring.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan ubat yang betul dan selamat, termasuk aspek penyimpanan serta pelupusan ubat secara berhemah. Pada masa yang sama, turut diadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit sebagai sokongan kepada budaya ilmu dalam komuniti.

Program ini merupakan kolaborasi bersama Duta Kenali Ubat Anda, Puan Nur Ain binti Mohd Bakri, serta disokong oleh anggota farmasi Hospital Taiping iaitu Puan Zulfa binti Zakaria, Puan Choo Shea Jiun dan Haji Adnan bin Bidin.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh literasi kesihatan dan melahirkan masyarakat yang lebih peka serta bertanggungjawab terhadap penggunaan ubat secara selamat.




30/04/2026

Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang ancaman, cabaran atau tuntutan yang mengganggu perjalanan normal sistem badan.

โ—๏ธStres yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan, mengganggu perasaan, produktiviti, perhubungan dan kualiti hidup.

โค๏ธAyuh ikuti kaedah 10B untuk tangani stres. Anda juga boleh hubungi Talian HEAL di 15555 untuk dapatkan perkhidmatan tele-kaunseling dan sokongan psikososial.

30/04/2026
๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐, ๐Œ๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐Š๐€๐ ๐‘๐€๐–๐€๐“๐€๐ Kursus Pemantapan Rawatan Kecemasan Bedah Mulut dan Maksilofasial (OMFS) Peri...
29/04/2026

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐, ๐Œ๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐Š๐€๐ ๐‘๐€๐–๐€๐“๐€๐

Kursus Pemantapan Rawatan Kecemasan Bedah Mulut dan Maksilofasial (OMFS) Peringkat Negeri Perak Zon Utara 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 28 April 2026 bertempat di Dewan Darul Salam, Hospital Taiping.

Program ini menampilkan perkongsian ilmu yang sangat bermakna oleh YBrs. Dr. Mukhriz bin Hamdan, Pakar Perunding merangkap Ketua Jabatan OMFS, yang turut menjadikan sesi ini sebagai khidmat terakhir beliau di Hospital Taiping sebelum meneruskan bakti di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Turut diselitkan sesi pengenalan serta sesi hands-on bersama pakar dan pegawai berpengalaman yang memberi pendedahan secara praktikal kepada para peserta.

Dengan penyertaan seramai 32 pegawai pergigian dari kluster Perak Utara, kursus ini memberi fokus kepada:
โ–ช๏ธ Pengurusan kes trauma secara efektif
โ–ช๏ธ Latihan dan kemahiran asas dalam rawatan kecemasan
โ–ช๏ธ Pengenalpastian kes yang memerlukan rujukan kepada pakar OMFS
โ–ช๏ธ Pertimbangan faktor sosioekonomi dan logistik pesakit dalam perancangan rawatan

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Shahrizarina Binti Ros dari Unit Penjagaan Kesihatan Pergigian Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah LMS (PKPD LMS).

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang dikongsikan menjadi bekalan berharga dalam meningkatkan keyakinan serta kualiti rawatan kepada pesakit, khususnya dalam pengendalian kes bedah mulut dan maksilofasial.



28/04/2026
28/04/2026

Kepada semua penderma darah yang tidak berkesempatan untuk menderma darah hari ini, jom singgah ke booth kami esok di AEON Mall Taiping bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 2.30 petang. Jom save the date yea!!๐Ÿ˜

28/04/2026
28/04/2026

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Semua pihak diminta mematuhi larangan ini demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

28/04/2026

โ€ผ๏ธGastrik adalah sejenis keadaan kesihatan di mana berlaku keradangan pada dinding perut.

Fungsi normal perut adalah untuk mengeluarkan asid (gastric juice) yang berperanan untuk mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, sama ada ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

Oleh itu, ketahui punca dan sebab-sebab yang menyebabkan gastrik berlaku agar ia boleh membantu anda dalam menyeimbangkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan berlakunya gastrik.

๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐ข๐œ ๐‹๐ข๐Ÿ๐ž ๐’๐ฎ๐ฉ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ (๐๐‹๐’) ๐Š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐”๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Hospital Taiping telah berjaya melaksanakan Latihan ๐ต๐‘Ž๐‘ ๐‘–...
28/04/2026

๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐š๐ฌ๐ข๐œ ๐‹๐ข๐Ÿ๐ž ๐’๐ฎ๐ฉ๐ฉ๐จ๐ซ๐ญ (๐๐‹๐’) ๐Š๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐”๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐ข๐ฅ. ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Hospital Taiping telah berjaya melaksanakan Latihan ๐ต๐‘Ž๐‘ ๐‘–๐‘ ๐ฟ๐‘–๐‘“๐‘’ ๐‘†๐‘ข๐‘๐‘๐‘œ๐‘Ÿ๐‘ก (BLS) peringkat Kluster Perak Utara Bil. 1/2026 yang berlangsung pada 27 April 2026, melibatkan seramai 40 orang paramedik bersama 8 orang fasilitator klinikal daripada pelbagai fasiliti kesihatan di Kluster Perak Utara.

Program ini telah diselaraskan oleh Encik Zul Ary bin Adnan dan memberi penekanan kepada pengukuhan kompetensi klinikal dalam pengurusan kes kecemasan kardiopulmonari yang kritikal. Latihan ini memperkukuh kefahaman serta kemahiran peserta dalam mengenal pasti dengan pantas keadaan henti jantung dan henti pernafasan, seterusnya melaksanakan ๐ถ๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘‘๐‘–๐‘œ๐‘๐‘ข๐‘™๐‘š๐‘œ๐‘›๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ฆ ๐‘…๐‘’๐‘ ๐‘ข๐‘ ๐‘๐‘–๐‘ก๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘› (CPR) berkualiti tinggi serta penggunaan ๐ด๐‘ข๐‘ก๐‘œ๐‘š๐‘Ž๐‘ก๐‘’๐‘‘ ๐ธ๐‘ฅ๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘›๐‘Ž๐‘™ ๐ท๐‘’๐‘“๐‘–๐‘๐‘Ÿ๐‘–๐‘™๐‘™๐‘Ž๐‘ก๐‘œ๐‘Ÿ (AED) secara efektif mengikut garis panduan semasa.

Pelaksanaan latihan berasaskan simulasi klinikal ini turut menekankan aspek ketepatan, kecekapan dan respons pantas dalam rantaian โ€œ๐ถโ„Ž๐‘Ž๐‘–๐‘› ๐‘œ๐‘“ ๐‘†๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ฃ๐‘–๐‘ฃ๐‘Ž๐‘™โ€, selaras dengan keperluan semasa perkhidmatan kesihatan pra-hospital dan hospital. Ia juga berperanan memperkukuh keyakinan diri serta kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam menghadapi situasi kecemasan yang mengancam nyawa.

Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan kompetensi profesional, memperkukuh keselamatan pesakit serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, selamat dan berkesan.

Terima kasih diucapkan kepada semua fasilitator dan peserta atas komitmen dan penglibatan aktif dalam menjayakan program ini.



27/04/2026

Address

Jalan Taming Sari
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FB Rasmi Hospital Taiping Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to FB Rasmi Hospital Taiping Perak:

Share

Category