22/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Hari ini menjadi detik bermakna yang mengangkat Hospital Taiping ke satu lagi tahap kecemerlangan dalam bidang perubatan, khususnya dalam kesihatan mental.
Dengan penuh rasa syukur, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kejayaan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Taiping yang telah ๐๐๐๐๐ evaluasi sebagai Pusat Latihan Kepakaran Psikiatri selama lima (5) tahun, merangkumi laluan Sarjana (Master) dan Parallel Pathway termasuk tiga subkepakaran utama: Child & Adolescent Psychiatry, Consultation Liaison Psychiatry dan Community Psychiatry.
Lawatan evaluasi oleh Jawatankuasa Bersama Kepakaran Psikiatri (JBKP) ini telah disempurnakan dengan kehadiran barisan panel pakar yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Maruzairi Husain dan YBrs. Dr. Nor Hayati Ali, Ketua Kepakaran Psikiatri Malaysia.
Delegasi panel penilai yang terdiri daripada pakar-pakar psikiatri dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ini telah disambut oleh YBrs. Dr. Isma Farred bin Ishak, Timbalan Pengarah (Perubatan) I yang mewakili saya, YBrs. Dr. Choo Shell Pinn, Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental bersama warga jabatan yang komited menjayakan sesi ini.
Kejayaan ini bukan hadir secara kebetulan. Ia adalah hasil dedikasi berterusan, kepakaran yang dibina, serta komitmen tinggi seluruh warga Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental dan sokongan padu semua pihak di Hospital Taiping. Ini membuktikan bahawa kita bukan sahaja mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit, malah berkeupayaan menjadi pusat rujukan dan latihan kepakaran di peringkat nasional.
Lebih membanggakan, pengiktirafan ini membuka ruang yang lebih luas untuk melahirkan lebih ramai pakar psikiatri berkualiti, seterusnya memperkukuh sistem kesihatan mental negara.
Tahniah dan syabas!