Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka PUSAT RAWATAN PEMULIHAN DADAH DI BAWAH SEKSYEN 6(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1983

23/11/2025
Salam jumaat semua
14/11/2025

Salam jumaat semua

Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan. Jika tidak mampu juga, hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya — dan itulah selemah-lemah iman.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Marilah kita bersama-sama mencegah kemungkaran dan kemudaratan dalam masyarakat, termasuk bahana penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang.
Sesungguhnya setiap usaha kecil ke arah kebaikan adalah tanda keimanan dalam diri.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

SUKAN MENGERATKAN SILATURRAHIM ANTARA PUSPEN ⚽📅 Khamis, 13 November 2025📍 Stadium Mini TampinPuspen Tampin telah mengan...
13/11/2025

SUKAN MENGERATKAN SILATURRAHIM ANTARA PUSPEN ⚽
📅 Khamis, 13 November 2025 📍 Stadium Mini Tampin

Puspen Tampin telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 5 Penjuru yang melibatkan lima pasukan daripada pelbagai Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) iaitu Puspen Tampin, Puspen Muar, Puspen Jelebu, Puspen Tiang Dua dan Puspen Sepang.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat serta kemahiran sukan dalam kalangan penghuni, malah turut berperanan penting dalam mengukuhkan hubungan silaturahim antara pasukan, memberikan pengalaman berharga kepada peserta, serta menyemai semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan.

Berikut merupakan keputusan rasmi pertandingan:
🥇 Juara: Puspen Jelebu
🥈 Naib Johan: Puspen Tampin
🥉 Ketiga: Puspen Sepang
🏅 Keempat: Puspen Tiang Dua
🎖️ Kelima: Puspen Muar

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding atas semangat dan usaha yang ditunjukkan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Menurut Puan Siti Zaharah binti Haji Bechi, Pengarah Puspen Tampin, pertandingan seperti ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat dan disiplin dalam kalangan penghuni, malah turut menjadi wadah penting dalam membina sahsiah diri serta semangat berpasukan yang tinggi.

Beliau turut berharap agar program sebegini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang bagi memperkukuh jalinan kerjasama dan semangat kesukanan antara semua Puspen di Malaysia.




13/11/2025

[SIARAN LANGSUNG] Seminar Kesihatan Mental dan Kaunseling, Agensi Antidadah Kebangsaan 2025 Sila layari laman sesawang rasmi jabatan www.aadk.gov.my
Hubungi kami untuk khidmat nasihat atau aktiviti salah guna dadah di talian 1-800-22-2235@0196262233(Whatapps)


🌿 Ilmu untuk Dunia & Akhirat 🌿KURSUS SEMBELIHAN HALAL OLEH PUSPEN TAMPIN MANFAAT PENGHUNI DAN WARGARabu, 12 November 202...
12/11/2025

🌿 Ilmu untuk Dunia & Akhirat 🌿

KURSUS SEMBELIHAN HALAL OLEH PUSPEN TAMPIN MANFAAT PENGHUNI DAN WARGA

Rabu, 12 November 2025, Puspen Tampin telah menganjurkan Kursus Sembelihan Halal yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Mohd Taib bin L. Harun, Imam Surau Taman Suria, Tampin.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan, menambah pengalaman, dan menyemai nilai keinsafan kepada penghuni tentang kaedah sembelihan halal yang menepati syariat Islam kepada para penghuni. Selain sesi teori, penghuni turut berpeluang mempraktikkan proses penyembelihan ayam dan kambing yang telah disediakan.

Penganjuran kursus ini bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan, malah memberi pengalaman berharga kepada penghuni sebagai nilai tambah yang boleh dimanfaatkan selepas mereka bebas kelak.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hj. Mohd Taib bin L. Harun atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat serta kepada semua pihak yang telah menjayakan penganjuran kursus ini.

28/10/2025

hi 👋. | Check out MELAKAfm LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from MELAKAfm.

https://vt.tiktok.com/ZSUKrmVj3/
26/10/2025

https://vt.tiktok.com/ZSUKrmVj3/

🌲 KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN PUSPEN TAMPIN 2025 🌲 📅 Tarikh: 24 – 25 Oktober 2025 📍 Tempat: USIMA Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka 👥 Peserta: 35 orang Bagi memperkukuh semangat kerjasama dan kesepaduan warga kerja, Puspen Tampin telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan 2025 selam...

🌲 KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN PUSPEN TAMPIN 2025 🌲📅 Tarikh: 24 – 25 Oktober 2025📍 Tempat: USIMA Forest Resort, Ayer Keroh,...
26/10/2025

🌲 KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN PUSPEN TAMPIN 2025 🌲
📅 Tarikh: 24 – 25 Oktober 2025
📍 Tempat: USIMA Forest Resort, Ayer Keroh, Melaka
👥 Peserta: 35 orang

Bagi memperkukuh semangat kerjasama dan kesepaduan warga kerja, Puspen Tampin telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan 2025 selama dua hari di USIMA Forest Resort.

Pelbagai aktiviti mencabar dan menyeronokkan telah dijalankan seperti kayak, night walk, camp fire serta aktiviti berkumpulan yang menguji daya tahan fizikal dan mental setiap peserta.

Program ini bukan sahaja membina kekuatan pasukan, malah mempererat silaturrahim dan semangat setiakawan dalam kalangan warga kerja. 💪🔥




Address

PUSPEN
Tampin
73000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064411922

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram