04/12/2021
ADAB GURU DENGAN MURID
Tercatat 17 perkara berkenaan adab guru terhadap muridnya di dalam kitab Syairus Salikin illa Ibadati Rabbil Alamin karya Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, iaitu:
1. IHTIMAL maknanya menanggung dan menerima sesuatu yg di datangkan oleh muridnya drpd pertanyaan dan pekerjaan yg menyusahkan akan dia. Maksudnya hendaklah guru itu bersabar dgn berbagai karenah dari sikap muridnya yg ramai itu, jangan ia lekas marah kerana kejahilan muridnya.
2. LUZUMUL HILM maknanya guru itu perlu baginya mempunyai sifat hilm iaitu tidak lekas marah atau cepat naik panas barannya atau udah sangat melenting dengan karenah muridnya.
3. Duduk dengan haibah atas kelakuan yg tetap serta menundukkan kepalanya. Maksudnya tidak bongkak dengan ilmu yg dimilikinya dengan dibanding2kan dgn kemampuan muridnya.
4. Jangan ia membesarkan dirinya atas segala hamba Allah Ta'ala melainkan atas org yg berbuat zalim kerana menengahkan drpd kezalimannya.
5. TAWADHU iaitu ia merendah diri ketika berada dalam himpunan org ramai iaitu semasa majlis ilmu disampaikannya.
6. Jangan banyak bergurau senda atau bermain2 yg akan menampakkan keburukan pada dirinya ketika menyampaikan ilmunya.
7. Berkasih sayang dgn murid yg datang untuk mendapatkan ilmu drpdnya dan berperangai lemah lembut pada perbuatan dan perkataan muridnya.
8. Mendengar dgn teliti dan memberi perhatian kpd soalan muridnya samada yg cerdik dan yg dungu atau yg bebal lalu diberikannya penjelasan dgn membetulkan salah faham muridnya itu.
9. Jangan meminta upah (meletakkan harga diri) pada pekerjaan mengajarnya itu tetapi hendaklah ia qasad mengajarnya semata2 kerana Allah Ta'ala.
10. Jangan berasa MALU untuk mengatakan "tidak tahu" atau yg terbaiknya ia berkata "waLlahu a'lam" pada perkara2 atau soalan2 yg ia tidak tahu ataupun yg ia tidak pasti.
11. Hendaklah ia tekun mendengar dan memberi perhatian kepada soalan2 yg dikemukakan kpdnya lalu dijawabnya dgn jawapan yg mudah. jelas lagi terang sehingga faham murid itu dgn masalahnya itu.
12. Jangan ia MALU untuk menerima dalil atau hujah dari muridnya jika didapati dalil dan hujah muridnya itu lebih tepat lagi drpd dirinya, kerana dalilnya yg tidak tepat itu nanti mengatasi dalil yg lebih tepat lalu muridnya beragntuang pada hujah yg lemah.
13. Berpalang dada untuk kembali ia kpd yg benar jika ia tersalah cakap atau tersalah memberi pandangannya
14. Dilarangkannya akan muridnya drpd belajar ilmu yg salah drpd dikerjakan atau dijadikan perkara yg salah itu sebagai amalan, yg akhirnya murid itu kekal dalam kesalahan dan kesilapan iaitu ilmu itu memudharatkannya dalam pembelajaran ilmunya.
15. Dilarangkannya akan muridnya mempelajari ilmu dgn menqasad ilmu yg salah lagi sesat itu.
16. Dilarangkannya akan muridnya mengutamakan pembelajaran perkara yg fardhu kifayyah lebih drpd perkara yg fardhu ain.
17. Dan yg terakhir; hendaklah ia mengamalkan akan ikmunya itu supaya dapat diikuti oleh muridnya yg sedang belajar mengamalkannya.
Di atas adalah 17 perkara adab guru terhadap muridnya sebagaimana yg tercatat di dalam kitab tersebut. S**a diberi penambahan sedikit iaitu "Tiada berfaedah ilmu itu jika tiada dikerjakan ia."