Klinik kesihatan Kemahang

Klinik kesihatan Kemahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik kesihatan Kemahang, Medical and health, Tanah Merah.

13/02/2026

Sihat Itu Saya.
Video perjalanan program "Sihat Itu Saya" di klinik kesihatan Kemahang.

Alhamdulillah , program “SIHAT ITU SAYA” sesi – 1 di Klinik Kesihatan Kemahang berjalan lancar pada hari ini.Booth Pamer...
12/02/2026

Alhamdulillah , program “SIHAT ITU SAYA” sesi – 1 di Klinik Kesihatan Kemahang berjalan lancar pada hari ini.

Booth Pameran Kesihatan:
1. Farmasi (kenali ubat anda)
2. Fisioterapi
3. Kesihatan Wanita
4. Pemakanan sihat
5. Penyakit TB

Terimakasih kepada agensi-agensi yang memberi Kerjasama, tidak dilupakan jutaan terimakasih kepada semua warga Felda Kemahang yang turut serta pada programe hari ini.

Kami tidak menjangkakan kehadiran yang begitu memberangsangkan, ini membuktikan warga kemahang cakna terhadap kesihatan .

Kerjasama dari semua kakitangan klinik secara lansung atau tidak lansung amat kami hargai, tanpa sokongan staff yang menjalankan klinik , pastinya program ini akan tergendala.

Sokongan dari Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi dan Upk Pkd Tanah Merah menjadikan program ini lebih berwarna .

Insyaallah kita akan bertemu lagi di sesi yang ke 2

SIHAT ITU SAYA.pakat mari blako ke KLINIK KESIHATAN KEMAHANG:tarikh: 12.2.2026waktu : 8.10amtempat: klinik kesihatan kem...
09/02/2026

SIHAT ITU SAYA.

pakat mari blako ke KLINIK KESIHATAN KEMAHANG:

tarikh: 12.2.2026
waktu : 8.10am
tempat: klinik kesihatan kemahang

banyak acara menarik.
kita kongsi ilmu kesihatan untuk kelancaran kesihatan set-set kita.
banyak hadiah menarik menanti anda.

jangan lupa, KUNCI TARIKH DAN MASA anda. kita jumpa nanti

Telah lama tertunggak, hari ni proses cat undercoat di pagar batu depan klinik telah selesai setengah. Minggu depan kita...
01/01/2026

Telah lama tertunggak, hari ni proses cat undercoat di pagar batu depan klinik telah selesai setengah. Minggu depan kita selesaikan sepenuhnya.

Kaunter makmal, farmasi , dan pendaftaran telah siap sepenuhnya.
Minggu depan semua pesakit Klinik Kemahang tidak perlu lagi berpanas untuk berurusan di farmasi dan makmal, kerana operasi farmasi dan makmal telah kembali ke tempat asal ( didalam bangunan zon A Klinik Kesihatan Kemahang)

Selamat tahun baru 2026 untuk semua warga Kemahang.

01/01/2026

UCAPAN SEMPENA TAHUN BAHARU 2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun 2026 dengan rasa syukur dan penuh tawakkal. Semoga tahun ini membawa keberkatan, kesihatan yang baik dan kekuatan untuk kita terus memanfaatkan diri dalam perkhidmatan dengan seikhlas mungkin.

Sebagai warga kerja kesihatan, marilah kita memperkukuh sistem, menyantuni rakyat dengan empati, dan memacu kesihatan di jajahan Tanah Merah demi kesejahteraan bersama. Setiap usaha adalah amanah, setiap khidmat adalah ibadah.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.
Semoga setiap langkah mendatang diberkati.

Kelantan Sihat, Rakyat Sejahtera
Rakyat Disantuni, Kesihatan Diperkasa

Ikhlas daripada,
Dr Nik Aida Binti Nik Adib
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah



Sekitar majlis perpisahan JM Sara.
22/12/2025

Sekitar majlis perpisahan JM Sara.

18/12/2025

Nota Terakhir dari Kak Sara.
Selamat Maju Jaya Di Tempat Baru

Send a message to learn more

18.12.26Aktiviti "demo masakan spaghetti carbonara untuk KZM & antenatal Anemia"Setiap usaha kita Insya-Allah akan membu...
18/12/2025

18.12.26
Aktiviti "demo masakan spaghetti carbonara untuk KZM & antenatal Anemia"

Setiap usaha kita Insya-Allah akan membuahkan hasil.

01/12/2025
27.11.25Seawal pagi, walaupun hujan membasahi baju.Kami mulakan dengan gotong royong membersihkan pokok2 yg bermaharaja ...
27/11/2025

27.11.25
Seawal pagi, walaupun hujan membasahi baju.
Kami mulakan dengan gotong royong membersihkan pokok2 yg bermaharaja lela dihadapan klinik.

Setelah itu lawatan ke PPS Pusat Pemindahan Sementara ( banjir). Jalan pertama terputus hubungan. Namun akhirnya kami tiba juga ke PPS berkat ketabahan pilot kami yg bijak mencari jalan alternatif ke pusat pemindahan. Alhamdulillah bantuan perubatan kepada mangsa banjir berjaya diberi.

Dalam masa yang sama, kakitangan klinik gigih mengecat ruang kecemasan klinik kesihatan kemahang.

Semua ini adalah untuk keselesaan, kesihatan masyarakat setempat.

Terimakasih kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Hari ni kami gotong-royong mengecat bahagian dalam bangunan Zon A klinik kesihatan kemahang.Insyaallah, bulan 12 nanti, ...
13/11/2025

Hari ni kami gotong-royong mengecat bahagian dalam bangunan Zon A klinik kesihatan kemahang.
Insyaallah, bulan 12 nanti, ruangan ini bakal berfungsi seperti sediakala.

Terima kasih kepada semua kakitangan dan SUKARELA WARGA KEMAHANG yg membantu proses mengecat tadi..

kepada kakitangan yang menggerakkan klinik pada hari ini, jasa anda amat dihargai.

16.10.25Klinik Kesihatan Kemahang Bersama PendudukProgram yang julung-julung kali diadakan.Terimakasih kepada semua warg...
16/10/2025

16.10.25
Klinik Kesihatan Kemahang Bersama Penduduk
Program yang julung-julung kali diadakan.

Terimakasih kepada semua warga kemahang yang hadir, kehadiran anda memeriahkan suasana dan menyempurnakan majlis.

Jutaan terimakasih tidak terhingga kepada Dato Kimi yang sudi meluangkan masa meninjau majlis kecil kami ini, kehadiran dato umpama lambaian semangat untuk kami meneruskan program bersama warga kemahang

Kepada semua kakitangan klinik dan AJK yang terlibat, masa dan tenaga anda bagi menjayakan acara ini sangat dihargai.

Pada kesempatan ini, sambutan HARI DOKTOR turut menjadi perhatian, dengan adanya persembahan menarik dari kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi menyukir hilai tawa warga dewan

Insyaallah, kita akan bertemu lagi dilain acara

Address

Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6099581192

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik kesihatan Kemahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram