Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur Tujuan facebook Hospital Sultanah Hajjah Kalsom diwujudkan adalah untuk memaklumkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di Hospital ini.

Pautan ke Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia - https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia


Pautan ke Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - https://www.facebook.com/jknphg

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom melakar kecemerlangan apabila sekali lagi diiktiraf atas pencapaian 3-Star Energy Manage...
28/04/2026

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom melakar kecemerlangan apabila sekali lagi diiktiraf atas pencapaian 3-Star Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah Asean Energy Management Scheme (AEMAS) dalam majlis yang diadakan di EQ Hotel Kuala Lumpur pada 27 April 2026 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Yang Berhormat Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh.

Pencapaian EMGS ini merupakan pengiktirafan bagi hasil komitmen, kerjasama dan usaha berterusan seluruh warga kerja HoSHKa bersama pasukan Radicare dalam memastikan amalan pengurusan tenaga dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berkesan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan dan memperkukuh amalan terbaik sedia ada dan meneruskan agenda kelestarian.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat atas dedikasi dan komitmen yang diberikan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

27/04/2026

Malaria adalah penyakit bawaan nyamuk Anopheles yang kita perlu ambil perhatian. Nyamuk Anopheles membiak di tempat air bertakung terutamanya di kawasan hutan, 🏕️ perkampungan pinggir hutan dan ladang.

Malaria merupakan penyakit yang dapat dicegah dan dirawat. Namun, tanpa diagnosis dan rawatan segera, penyakit malaria boleh mengakibatkan kematian. ⚠️ Sekiranya terdapat gejala demam Malaria, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera.

22 April 2026 - Satu lawatan penyeliaan dan pemantauan bagi perkhidmatan perubatan transfusi darah di Tabung Darah Hospi...
22/04/2026

22 April 2026 - Satu lawatan penyeliaan dan pemantauan bagi perkhidmatan perubatan transfusi darah di Tabung Darah Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands oleh pasukan audit dari Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak yang diketuai oleh Dr. Hannah, Pakar Perubatan Transfusi.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

19/04/2026

Pesakit Hemofilia mengalami kekurangan faktor pembekuan darah dan pesakit Hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan walaupun berlaku luka yang kecil.

Dikongsikan kaedah R.I.C.E bagi merawat pesakit Hemofilia sekiranya mereka mengalami pendarahan.

Rawatan yang cepat dan mencukupi ini boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan pesakit.

*🩸 Health & Wellness Day 🦷*NuCare Pharmacy Tanah Rata is pleased to invite you to our special community event!📅 Date: 18...
15/04/2026

*🩸 Health & Wellness Day 🦷*

NuCare Pharmacy Tanah Rata is pleased to invite you to our special community event!

📅 Date: 18th April 2026
⏰ Time: From 9:00 AM onwards

✨ Activities:
• Blood Donation Campaign
• FREE Dental Examination
• Complete Body Blood Screening Test

❤️ Take a step towards better health while giving back to the community!

📍 Venue: NuCare Pharmacy Tanah Rata

Everyone is welcome. See you there!

*🩸 Hari Kesihatan & Kesejahteraan 🦷*

NuCare Pharmacy Tanah Rata dengan sukacitanya menjemput anda ke program khas komuniti kami!

📅 Tarikh: 18 April 2026
⏰ Masa: Dari jam 9:00 pagi

✨ Aktiviti:
• Kempen Derma Darah
• Pemeriksaan Gigi PERCUMA
• Ujian Saringan Darah Lengkap

❤️ Jom jaga kesihatan sambil membantu masyarakat!

📍 Tempat: NuCare Pharmacy Tanah Rata

Semua dijemput hadir. Jumpa anda di sana

14 April 2026 - Satu perhimpunan bagi bulan April 2026 anjuran Wad Bersalin sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang ...
14/04/2026

14 April 2026 - Satu perhimpunan bagi bulan April 2026 anjuran Wad Bersalin sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang bertemakan "Embrace Differences Spread Kindess" telah berlangsung di Dewan CME. Tayangan video sempena Kesedaran Autisme Sedunia dan pengenalan kakitangan baru bertugas turut dijalankan.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom yang diwakili oleh 10 peserta kerana telah berjaya mend...
14/04/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom yang diwakili oleh 10 peserta kerana telah berjaya mendapat tempat ke 7 daripada 49 pasukan yang bertanding dalam kategori Jabatan & Agensi Kerajaan Negeri Pahang, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (State-GLC) sempena Mara Lasak 2.0 yang berlangsung pada 5 April 2026 di Tasik Chini, Pahang Darul Makmur.

🪻🪻🪻*CAMERON FUN RUN & BRISKWALK 2026*🪻🪻🪻Sukacitanya dimaklumkan acara larian tahunan yang dianjurkan bersama oleh Kelab ...
09/04/2026

🪻🪻🪻*CAMERON FUN RUN & BRISKWALK 2026*🪻🪻🪻

Sukacitanya dimaklumkan acara larian tahunan yang dianjurkan bersama oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi Hospital Cameron Highlands dan Kelab Gabungan Kebajikan Rekreasi JKN Pahang akan membuka penyertaannya..

Jom..
Daftar Sekarang!
Link Pendaftaran:
https://forms.gle/WubytyKxxraRzgsT8
atau imbas kod QR di beri
🪻🪻🪻🪻🪻🪻🪻🪻🪻🪻🪻
MAKLUMAT PROGRAM

Nama program : CAMERON FUN RUN & BRISKWALK 2026
Tarikh: 01 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 7:30 pagi
Lokasi: Padang Awam MDCH, Tanah Rata, Cameron Highlands

Yuran Penyertaan

🏃‍♀️ Fun Run & Briskwalk 5KM
• Dewasa: RM50(early bird)
• Kanak-kanak: RM35 (early bird)
✍️ *Early bird sehingga 15 Mei 2026*

• Dewasa: RM60(harga biasa)
• Kanak-kanak: RM45(harga biasa)
✍️ *Sehingga tarikh tutup 01 Julai 2026*
🪻🪻🪻🪻🪻🪻🪻🪻🪻🪻

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA WHATAPPS..

http://wasap.my/+60175503791/CameronFunRun
http://wasap.my/+60149417321/CameronFunRun

LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANGPada 7 April 2026 telah berlangsung satu lawatan kerja rasmi oleh Pengarah...
08/04/2026

LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG

Pada 7 April 2026 telah berlangsung satu lawatan kerja rasmi oleh Pengarah Kesihatan Negeri ke fasiliti ini bagi meninjau status dan perkembangan semasa projek pembangunan yang dilaksanakan.

Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan dan mematuhi spesifikasi yang digariskan oleh pihak kementerian.

Diharapkan agar projek pembangunan ini dapat menyumbang kepada peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

BENGKEL PEMBANGUNAN POLISI KES RUJUKAN SEMPADAN NEGERI PAHANG-PERAKPada 1-2 April 2026, telah berlangsung Bengkel Pemban...
03/04/2026

BENGKEL PEMBANGUNAN POLISI KES RUJUKAN SEMPADAN NEGERI PAHANG-PERAK

Pada 1-2 April 2026, telah berlangsung Bengkel Pembangunan Polisi Kes Rujukan Sempadan Pahang-Perak bertempat di Institut Kanser Negara, Putrajaya. Peserta bengkel terdiri daripada Pegawai-Pegawai Tertinggi Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang dan JKN Perak, Pengarah Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HoSHKA), Timbalan Pengarah Hospital Kuala Lipis selaku ketua kluster Pahang Barat, Wakil Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), ketua-ketua kepakaran, ketua-ketua jabatan, pakar-pakar perubatan daripada kedua buah negeri, JKN Pahang & JKN Perak.

Pembentangan setiap kumpulan telah diadakan pada hari kedua, dengan kehadiran Pengarah Kesihatan Negeri Pahang sebagai ketua panel. Dua panel yang lain adalah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Pahang dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Perak.

Sebagai makluman, bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk membangun, menambahbaik polisi dan menyelaraskan proses rujukan kes dari HoSHKa ke HRPB. Dalam Mesyuarat Sempadan JKN Pahang-Perak pada 6 Oktober 2025 yang lepas, beberapa perkhidmatan kepakaran telah dibincangkan untuk membangunkan polisi masing-masing, melalui bengkel ini.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam bengkel dua negeri ini. Diharap agar polisi dan proses rujukan persempadanan yang telah dipersetujui bersama, mencapai objektif dalam memastikan kelancaran proses rujukan pesakit, penggunaan sumber yang optimum, kesinambungan rawatan yang berkualiti, efisien dan bersepadu.








https://www.facebook.com/share/p/1Gst6E5Rrh/

30/03/2026

Selamat Hari Doktor Sedunia 🩺

Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh doktor yang telah mengabdikan diri dalam bidang perubatan dengan penuh dedikasi, keprihatinan dan tanggungjawab.

Segala usaha, ketabahan serta komitmen yang ditunjukkan dalam memberikan rawatan dan penjagaan kesihatan amat dihargai, khususnya dalam mendepani pelbagai cabaran demi kesejahteraan rakyat.

Semoga segala jasa dan pengorbanan terus diberkati serta menjadi inspirasi dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan negara. 🇲🇾

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

20/03/2026

Kami seluruh warga Hospital Sultanah Hajjah Kalsom mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin🫰🏽

Address

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom
Tanah Rata
31300

Telephone

+6054913333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur:

Share

Category