Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands

Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands, Healthcare administrator, PEJABAT KESIHATAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS, Tanah Rata.

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) BAGI KAKITANGAN KESIHATA...
23/04/2026

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) BAGI KAKITANGAN KESIHATAN KK RINGLET / KD BERTAM

Tarikh : 23/4/26 (Khamis)
Masa : 9am-1pm
Tempat : KD Bertam

Aktiviti :
Taklimat Keselamatan Kebakaran
Demonstrasi Kebakaran

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini.

๐“๐จ๐ฐ๐ง๐ก๐š๐ฅ๐ฅ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ง & ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ & ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐€๐ฌ๐ฎ๐ก๐š๐ง...
22/04/2026

๐“๐จ๐ฐ๐ง๐ก๐š๐ฅ๐ฅ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ง & ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก๐š๐ง ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ & ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Š๐š๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐ค๐š๐ง๐š๐ค ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐€๐ฌ๐ฎ๐ก๐š๐ง, ๐“๐š๐ฌ๐ค๐š, ๐“๐š๐๐ข๐ค๐š/๐“๐š๐›๐ข๐ค๐š/๐๐ซ๐š๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก & ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก

Pada 22 April 2026, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit PKD Cameron Highlands telah menganjurkan Townhall Kawalan & Pencegahan Penyakit Berjangkit & Pengurusan Kesihatan Dalam Kalangan Kanak-kanak Pusat Asuhan, Taska, Tadika/Tabika/Prasekolah & Sekolah Rendah bertempat di Bilik Seminar Delochia, Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Cameron Highlands, Dr. Mohd Faizal bin Abdul Rahman, dan turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands, Tuan Haji Ab. Muhaimin bin Ab Hamid. Seramai 49 orang peserta telah menghadiri sesi Townhall kali ini, terdiri daripada pengendali dan guru-guru dari Pusat Asuhan (4 orang), Taska (1 orang), Tadika/Tabika/Prasekolah (18 orang) dan Sekolah Rendah (26 orang).

Objektif program ๐Ÿ˜—

1. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pengendali pusat pendidikan awal dan sekolah rendah mengenai kawalan serta pencegahan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak.

2. Memastikan pengendali premis pendidikan memahami dan mampu melaksanakan prosedur disinfeksi dan sanitasi yang betul di premis masing-masing.

3. Memperkenalkan amalan terbaik dalam pencegahan penyakit Tuberkulosis, Denggi, HFMD, Campak, Influenza dan Keracunan Makanan di persekitaran pendidikan.

4. Memperkukuh kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat dalam menyokong tumbesaran dan kesihatan kanak-kanak di pusat jagaan dan institusi pendidikan.

Aktiviti program ๐Ÿ˜—

1. Taklimat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (HFMD, Measles, Influenza & Keracunan Makanan) oleh Dr. Rajdave Singh A/L Kalwant Singh, Ketua Bahagian Kawalan Penyakit PKD Cameron Highlands.

2. Demonstrasi Tatacara Disinfeksi dan Sanitasi Premis Pendidikan serta Pusat Jagaan Kanak-kanak oleh Cik Nur Azuraiza binti Mohd Noor, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit CDC PKD Cameron Highlands.

3. Taklimat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Tuberkulosis oleh Dr. Lila Morgan, Ketua Unit Tibi & Kusta PKD Cameron Highlands.

4. Taklimat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Denggi di Premis Pendidikan oleh En. Wan Aminuddin bin Wan Abd Halim, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Vektor PKD Cameron Highlands.

5. Taklimat Pemakanan Sihat Kanak-kanak oleh En. Muhammad Syamil bin Ishak, Pegawai Sains Pemakanan PKD Cameron Highlands.

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands
22 April 2026

BENGKEL TOT KOSPEN WOW BERSAMA AGENSI Tarikh : 20/4/26 (Isnin)Masa : 9am-1pmTempat : Bilik Mesyuarat PKDCHAktiviti :Cera...
20/04/2026

BENGKEL TOT KOSPEN WOW BERSAMA AGENSI

Tarikh : 20/4/26 (Isnin)
Masa : 9am-1pm
Tempat : Bilik Mesyuarat PKDCH

Aktiviti :
Ceramah Pengenalan KOSPEN WOW
Ceramah 8 Skop KOSPEN WOW
TOT Skop 1 : Saringan Kesihatan
TOT Skop 2 : Pemakanan Sihat

Agensi KOSPEN WOW terlibat :
Jabatan Pengangkutan Jalan CH
Jabatan Alam Sekitar CH
Jabatan Penerangan CH
Masjid Abu Bakar CH

Aktiviti Kospen Wow (Badminton)Tarikh: 17/4/2026(jumaat)Masa: 9-11pagiTempat: Dewan Tengkolok
17/04/2026

Aktiviti Kospen Wow (Badminton)

Tarikh: 17/4/2026(jumaat)
Masa: 9-11pagi
Tempat: Dewan Tengkolok

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PENYAKIT TIDAKBERJANGKIT (NCDC) BAGI PEGAWAI PERUBATAN DAN PARAMEDIK PERINGKAT PEJABAT KESI...
16/04/2026

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PENYAKIT TIDAK
BERJANGKIT (NCDC) BAGI PEGAWAI PERUBATAN DAN PARAMEDIK PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Tarikh : 16/4/26 (Khamis)
Masa : 8am - 5pm
Tempat : Bilik Mesyuarat PKDCH

Aktiviti yang dijalankan :

Ceramah Diabetis Mellitus
Ceramah Hypertension
Ceramah Obesity
Ceramah Dyslipidemia
Ceramah Colorectal Cancer
Ceramah Klinik Berhenti Merokok

๐Ÿ“ข Penubuhan Lokaliti COMBI Baharu di Kampung Leryar Cameron HighlandsAlhamdulillah, satu langkah proaktif ke arah mening...
06/04/2026

๐Ÿ“ข Penubuhan Lokaliti COMBI Baharu di Kampung Leryar Cameron Highlands

Alhamdulillah, satu langkah proaktif ke arah meningkatkan kesejahteraan komuniti telah berjaya dilaksanakan dengan penubuhan Lokaliti COMBI (Communication for Behavioural Impact) baharu di Kampung Leryar.

Program ini merupakan hasil kerjasama erat antara pelbagai agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands.

Penubuhan lokaliti COMBI ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti setempat dalam aspek pencegahan penyakit, khususnya kawalan denggi, melalui pendekatan komunikasi berkesan dan perubahan tingkah laku yang sihat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua agensi yang terlibat serta penduduk Kampung Leryar atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada komuniti yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.

๐Ÿ’ช โ€œDari komuniti, untuk komunitiโ€

3 April 2026 @ JumaatMajlis Perasmian Baju Pasukan Mara Lasak 2026 dan Penyerahan Bendera Pasukan Pejabat Kesihatan Daer...
04/04/2026

3 April 2026 @ Jumaat

Majlis Perasmian Baju Pasukan Mara Lasak 2026 dan Penyerahan Bendera Pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Kesihatan Daerah Cameron Highlands, Dr. Chai Soo Mun.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menyampaikan amanat daripada Tuan Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Mohd Faizal bin Abdul Rahman menzahirkan rasa bangga yang tidak terhingga terhadap anggota Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam menyertai Kejohanan Mara Lasak 2026.

Beliau juga turut menekankan supaya setiap anggota perlu mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, ketahanan fizikal dan mental malah disiplin tinggi dalam mengharungi aktiviti lasak yang disertai boleh membentuk warga kerja yang lebih cergas, berdaya tahan dan berprestasi tinggi dalam menjalankan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat umum.

Diharapkan Pasukan โ€œBlack Eagles Hikersโ€ PKD Cameron Highlands terus melakar kejayaan dalam aktiviti Mara Lasak 2026 serta mengekalkan semangat kerjasama antara pasukan dan menjadi pendorong kepada seluruh anggota Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

18/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri ๐ŸŒ™โœจ

โ€œDi kesempatan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat kesihatan dan keselamatan yang dikurniakan. Raya bukan sekadar meraikan kemenangan selepas berpuasa, tetapi juga masa untuk kita mengeratkan silaturahim, saling bermaafan, dan terus menjaga kesejahteraan diri serta komuniti.โ€

Ikhlas daripada
Dr Mohd Faizal Bin Abdul Rahman
Pegawai Kesihatan Daerah Cameron Highlands

Serta seluruh warga
Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands

Maaf Zahir & Batin ๐Ÿคฒ๐Ÿ’š

Pada 10 Mac 2026 telah diadakan Program Penerangan Tuberculosis (TB) kepada guru-guru di SMK Sultan Ahmad Shah. Program ...
12/03/2026

Pada 10 Mac 2026 telah diadakan Program Penerangan Tuberculosis (TB) kepada guru-guru di SMK Sultan Ahmad Shah. Program ini merupakan inisiatif daripada Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands melalui Unit TB/Kusta.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga pendidik mengenai penyakit TB serta memberi pendedahan berkaitan tanda-tanda awal, cara penularan, kaedah pencegahan dan kepentingan mendapatkan rawatan awal.

Sepanjang program ini, para guru turut menerima penerangan mengenai langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit TB di persekitaran sekolah. Selain itu, maklumat berkaitan kepentingan saringan awal dan rawatan yang lengkap turut dikongsikan bagi memastikan pengurusan kes TB dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Program ini juga memberi ruang kepada para guru untuk memahami dengan lebih jelas mengenai peranan mereka dalam membantu meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan murid serta komuniti sekolah.

TOT BERSAMA PENYELARAS PBB TRIM & FIT KOSPEN/KOSPEN WOW & CPG MANAGEMENT OF OBESITYTarikh : 10 Mar 2026 (Selasa)Masa : 9...
10/03/2026

TOT BERSAMA PENYELARAS PBB TRIM & FIT KOSPEN/KOSPEN WOW & CPG MANAGEMENT OF OBESITY

Tarikh : 10 Mar 2026 (Selasa)
Masa : 9am-1pm
Tempat : Bilik Mesy PKDCH

Tentatif :
1) Ceramah berkenaan Garis Panduan Program Pengurusan Berat Badan PBB TRIM & FIT
2) Ceramah CPG Management of Obesity

9 Mac - Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Bazar Sempena Ramadan bersama Anggota Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH...
10/03/2026

9 Mac - Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Bazar Sempena Ramadan bersama Anggota Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) di Bazar Tanah Rata

Seramai 30 orang anggota PKDCH dan 10 orang anggota MDCH telah berganding bahu menjayakan operasi bersepadu kali ini.

Aktiviti pemeriksaan premis dan pengendali makanan serta nasihat berkaitan pelabelan makanan yang betul telah dijalankan.

Hebahkan berkaitan amalan Perhati Dan Pilih serta nasihat kesihatan awam juga diedarkan kepada orang awam.

Diharapkan usaha ini dapat memastikan peniaga bazar mengamalkan keselamatan makanan dan menjaga kualiti jualan sepanjang bulan Ramadan.


๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐“๐”๐๐„๐‘๐‚๐”๐‹๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐™๐€๐€๐‘ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐๐‚๐‡๐€๐๐†, ๐‚๐€๐Œ๐„๐‘๐Ž๐ ๐‡๐ˆ๐†๐‡๐‹๐€๐๐ƒ๐’Pasukan Unit Tibi dan ...
25/02/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐“๐”๐๐„๐‘๐‚๐”๐‹๐Ž๐’๐ˆ๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐™๐€๐€๐‘ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐ˆ๐๐‚๐‡๐€๐๐†, ๐‚๐€๐Œ๐„๐‘๐Ž๐ ๐‡๐ˆ๐†๐‡๐‹๐€๐๐ƒ๐’

Pasukan Unit Tibi dan Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands telah melaksanakan program aktiviti pendidikan kesihatan di Bazaar Ramadan Brinchang, Cameron Highlands semalam.

Berbeza dengan pendekatan konvensional, aktiviti kali ini memfokuskan kepada elemen didik hibur yang melibatkan penyertaan aktif golongan kanak-kanak, remaja serta orang dewasa. Melalui modul permainan interaktif dan kuiz pantas, para peserta diajak untuk menjawab soalan-soalan fundamental berkaitan penyakit Tibi dalam suasana yang penuh bermaklumat.

Antara objektif utama pengisian aktiviti interaktif ini termasuklah:
1. Pendedahan Awal Golongan Muda: Memupuk pemahaman mengenai punca, simptom, dan cara penularan Tibi sejak usia awal bagi membentuk komuniti yang lebih peka pada masa hadapan.
2. Modul Soal Jawab (Q&A): Menguji tahap pengetahuan sedia ada masyarakat mengenai kepentingan saringan awal sekiranya bergejala.
3. Hapuskan Stigma Melalui Pendidikan: Memastikan generasi muda memahami bahawa Tibi adalah penyakit yang boleh disembuhkan dan pesakit tidak seharusnya dipulaukan oleh masyarakat.

Keterujaan kanak-kanak yang menyertai aktiviti ini membuktikan bahawa topik kesihatan awam yang serius mampu disampaikan secara efektif sekiranya menggunakan pendekatan yang kreatif.
Pihak kami merakamkan penghargaan atas sokongan padu pengunjung Bazaar Ramadan Brinchang yang memberikan komitmen luar biasa dalam menjayakan misi "End TB" ini. Pendidikan adalah kunci utama dalam usaha kita melahirkan masyarakat yang bebas daripada ancaman Tibi.

Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS
Tanah Rata

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share