29/08/2022
URGHHHHHH...TAK SELESANYA RASA
Hidung dan tekak berlendir, gatal pada mata, kepala, telinga dan hidung, rambut berkelemumur atau gugur, mulut berbau, hidung tersumbat dan kerap bersin antara gejala yang kerap dihadapi penghidap sinusitis atau sering kali disebut resdung.
Individu mengalami resdung selalunya berasa rimas dengan keadaan hidung gatal dan mata berair yang menimbulkan keadaan tidak selesa. Salah satu langkah mengurangkan ketidakselesaan akibat penyakit itu dengan menjalani rawatan tradisional.
Di Asia Sinus kami menyediakan beberapa jenis rawatan iaitu Gurah, Corong Lilin Herba, Bekam wajah dan Infrared Sauna.
Apa itu GURAH ?
Gurah ialah satu kaedah rawatan yang mengeluarkan semua lendir yang ada di hidung dan kerongkong supaya nafas menjadi lebih panjang dan lunak.Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara.
Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi. Bagi yang kerap berdengkur, rawatan ini turut membantu pelanggan mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.
Walaupun begitu, buat mereka yang mahu mengurangkan dengkuran, mereka perlu menjalani rawatan lebih kerap berbanding pesakit biasa, lama-kelamaan, insya-Allah, masalah dengkur mereka akan beransur hilang,
Apa itu Rawatan CORONG LILIN HERBA ?
Corong lilin herba atau dikenali sebagai teknik bekam asap ialah salah satu rawatan tradisional untuk menyingkirkan dan mematikan hama pada kawasan wajah dan menggunakan teknik urutan pada saraf atau rongga sinus bagi membantu melancarkan peredaran darah selain melembutkan masalah ketegangan urat atau saraf pada muka.
Untuk rawatan ini, wap panas akan digunakan untuk membuka liang roma pada wajah.
Kemudian, corong lilin herba digunakan dengan meratakan asap pada keseluruhan wajah sebelum dicuci bersih dan dibilas dengan pencuci sinus. Akhir sekali, wap sejuk digunakan untuk mengecilkan pori dan mengecutkan bengkak muka. Langkah terakhir, wajah akan disapu dengan "clay facial mask" untuk meyegarkan.
BEKAM SINUS
Bekam sinus ialah rawatan di mana membuang darah-darah kotor dan toksin yang tidak diperlukan di kawasan wajah. Kelebihan membuat rawatan bekam ini adalah boleh mengatasi masalah sakit kepala dan migrain. Dapat memberikan kesegaran pada kulit wajah serta dapat menaikkan seri wajah.
Apakah itu SAUNA INFRARED ?
Sauna infrared ini ada lah satu rawatan untuk membantu melancarkan aliran darah serta dapat mengurangkan berat badan. Selain itu, sauna infrared ini juga dapat membantu dalam sistem KardioVascular dan boleh mendapatkan KULIT yang sihat. Tak kala dapat mengurangkan berat badan dan Kulit yang sihat, kebaikan utama rawatan sauna ini adalah untuk membantu menyahtoksin dari badan melalui peluh yang dikeluarkan.
Untuk info lebih lanjut atau hendak membuat appointment boleh terus klik link di bawah 👇👇👇
Booking Slot>>https://forms.gle/3hftjQAjRHpsMVkP6
Booking Slot>>https://forms.gle/3hftjQAjRHpsMVkP6
atau boleh wasap/call dengan segera 👇👇👇
Tekan Link>>https://asiasinustm.wasap.my
Tekan Link>>https://asiasinustm.wasap.my
Call: +6011-11751642 (Izuan)
Call: +6011-39553612 (Yana)