Puspen Kampung Selamat

Puspen Kampung Selamat We Care We Serve a.k.a Puspen Kampung Selamat

JASAMU AKAN SELALU DIKENANGSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Adzhar atas kenaikan pangkat yang membanggakan....
24/04/2026

JASAMU AKAN SELALU DIKENANG

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Adzhar atas kenaikan pangkat yang membanggakan. Dalam kegembiraan meraikan kejayaan ini, terselit rasa hiba atas perpisahan seorang boss yang banyak menabur jasa, menyumbang bakti dan mencorakkan kenangan indah bersama seluruh warga PUSPEN.

Pemergian Tuan Adzhar ke amanah yang baharu pastinya meninggalkan ruang yang terasa, namun segala jasa, bimbingan dan ukhuwah yang terjalin akan sentiasa terpahat dalam ingatan serta dikenang sepanjang zaman.

Semoga terus melakar kecemerlangan dan dikurniakan kejayaan yang lebih gemilang di tempat baharu.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Jauh melangkah membawa ilmu,
Jasa dikenang sepanjang zaman
Selamat maju jaya Tuan Adzhar, perpisahan ini bukan noktah, tetapi tanda bermulanya perjalanan yang lebih bermakna.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia


Pengarah dan Warga PUSPEN Kampung Selamat mengucapkan tahniah kepada Tuan Adzhar atas kenaikan pangkat dan pelantikan se...
24/04/2026

Pengarah dan Warga PUSPEN Kampung Selamat mengucapkan tahniah kepada Tuan Adzhar atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Pengarah PUSPEN Batu Kurau. Semoga amanah yang digalas dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan kecemerlangan. Semoga terus maju jaya dalam memacu organisasi ke arah yang lebih gemilang.



SELAMAT BERSARA👮Sekalung penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada KPL Mohamad Naim Bin Abdul...
22/04/2026

SELAMAT BERSARA👮

Sekalung penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada KPL Mohamad Naim Bin Abdullah, Pembantu Keselamatan KP1, atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bermula tahun 2004 hingga 2026.

Dedikasi, komitmen serta integriti yang ditunjukkan sepanjang menjalankan amanah telah menjadi contoh dan inspirasi kepada seluruh warga PUSPEN. Segala sumbangan yang diberikan amat bernilai dan akan sentiasa dikenang.

Selamat bersara dan menempuh fasa kehidupan baharu yang lebih bermakna bersama keluarga tercinta. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa dan keberkatan dalam setiap langkah yang mendatang.
Terima kasih atas segala jasa, budimu tetap dikenang.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia


Memartabatkan Sukan RakyatKeceriaan jelas terpancar di wajah setiap warga kerja PUSPEN dalam menjayakan Program Sukan An...
21/04/2026

Memartabatkan Sukan Rakyat

Keceriaan jelas terpancar di wajah setiap warga kerja PUSPEN dalam menjayakan Program Sukan Antara Rumah Sukan yang penuh warna-warni dan semangat kebersamaan.

Melalui pengisian sukan rakyat seperti congkak, batu seremban, tuju kasut dan musang berjanggut, program ini bukan sahaja memartabatkan warisan permainan tradisional, malah menjadi wadah terbaik dalam mengeratkan silaturahim sesama staf.

Semangat berpasukan yang ditonjolkan membuktikan bahawa kebersamaan, kerjasama dan nilai positif mampu membentuk persekitaran kerja yang harmoni dan ceria. Inilah kekuatan sebenar warga PUSPEN – bersatu hati, bergerak seiring, dan saling menyokong dalam setiap langkah.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia




✨Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni 2026 PUSPEN Kampung Selamat🌹Program berjaya dilaksanakan dengan penuh pengisian r...
17/04/2026

✨Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni 2026 PUSPEN Kampung Selamat🌹

Program berjaya dilaksanakan dengan penuh pengisian rohani, melibatkan seluruh klien dan warga kerja. Program ini telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Azhar bin Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Azhar.

Ceramah bertajuk “Rahsia Taqwa, Kepulihan Jiwa” memberi penekanan kepada kepentingan pembinaan taqwa sebagai asas utama dalam proses pemulihan diri. Pengisian yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah ini menyentuh aspek tazkiyah al-nafs (penyucian jiwa), keinsafan diri serta kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT dalam menghadapi ujian kehidupan.

Para peserta turut didedahkan dengan nilai-nilai murni seperti keikhlasan, kesabaran, disiplin dan amanah yang menjadi tunjang kepada pembentukan sahsiah Muslim yang seimbang. Pendekatan yang bersifat tadabbur dan muhasabah diri ini diharap dapat menyemai kesedaran dalaman serta menjadi pemangkin ke arah perubahan yang lebih positif.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
Puspen Kampung Selamat




✨Program Kem Transisi Klien ke Komuniti 2026✨Kem telah dilaksanakan dengan jayanya pada 14 hingga 16 April 2026 bertempa...
16/04/2026

✨Program Kem Transisi Klien ke Komuniti 2026✨

Kem telah dilaksanakan dengan jayanya pada 14 hingga 16 April 2026 bertempat di Damai Park, Merbok, Kedah. Program ini melibatkan seramai 30 orang klien pra bebas sebagai persediaan komprehensif ke arah proses reintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Pelaksanaan kem ini dirangka secara holistik merangkumi pengisian kerohanian, pembangunan sahsiah, pengukuhan jati diri serta peningkatan kemahiran sosial melalui pelbagai aktiviti berstruktur seperti sesi ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti riadah, ekspedisi ilmiah serta program kebudayaan. Pendekatan ini bertujuan membentuk individu yang seimbang dari aspek emosi, spiritual dan sosial, selaras dengan aspirasi pemulihan berteraskan komuniti.

Selain itu, pendedahan kepada nilai-nilai murni, semangat kerjasama serta sokongan sosial turut ditekankan bagi memperkukuh keyakinan diri klien dalam menghadapi cabaran kehidupan sebenar selepas tamat tempoh pemulihan.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasa klien pra bebas agar lebih bersedia, berdaya tahan dan berupaya menjalani kehidupan secara produktif serta bebas daripada pengaruh negatif, seterusnya menjadi ahli masyarakat yang menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia




Pengarah & Warga Kerja PUSPEN Kampung Selamat mengucapkan tahniah kepada Puan Shilfie Mojinol, Penolong Pengarah (Pengur...
15/04/2026

Pengarah & Warga Kerja PUSPEN Kampung Selamat mengucapkan tahniah kepada Puan Shilfie Mojinol, Penolong Pengarah (Pengurusan dan Keselamatan) PUSPEN Kampung Selamat atas kejayaan ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) SPRM.

Pentauliahan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki.

Semoga terus cemerlang dalam memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang berkesan.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia



Kursus Transformasi Teknologi Pengurusan Tanaman Nanas🍍🍍Kursus telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di PUSPEN Kampu...
14/04/2026

Kursus Transformasi Teknologi Pengurusan Tanaman Nanas🍍🍍

Kursus telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di PUSPEN Kampung Selamat sebagai satu inisiatif memperkasa ilmu serta kemahiran klien dalam bidang pertanian moden.

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Rohafidi bin Jahaya dan En. Suhaimi bin Shafien daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Pulau Pinang. Pengisian kursus memberi penekanan kepada penerapan teknologi terkini dalam pengurusan tanaman nanas, merangkumi aspek penanaman, penjagaan, pengurusan hasil serta amalan pertanian yang lebih efisien dan berdaya saing.

Diharapkan melalui penganjuran kursus ini, para klien dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh sebagai nilai tambah dalam usaha membina kemahiran kendiri seterusnya meningkatkan potensi ke arah kehidupan yang lebih produktif dan berdaya maju.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia



Lawatan Kerja Delegasi Biro Kawalan Narkotik Brunei Darussalam (BKN) ke PUSPEN Kampung Selamat10 April 2026, PUSPEN Kamp...
11/04/2026

Lawatan Kerja Delegasi Biro Kawalan Narkotik Brunei Darussalam (BKN) ke PUSPEN Kampung Selamat

10 April 2026, PUSPEN Kampung Selamat telah menerima lawatan kerja delegasi Biro Kawalan Narkotik Brunei Darussalam bersama Pengurusan Tertinggi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Delegasi Malaysia diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Ruslin Bin Jusoh, Ketua Pengarah AADK, manakala delegasi Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Mohd Zalani bin Haji Ismail, Pengarah Biro Kawalan Narkotik Brunei Darussalam.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai pengoperasian serta pendekatan pemulihan yang dilaksanakan di PUSPEN Kampung Selamat, sebagai platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam usaha menangani permasalahan penyalahgunaan dadah secara lebih holistik.

Program diteruskan dengan lawatan sekitar fasiliti PUSPEN Kampung Selamat bagi memberi gambaran secara lebih dekat mengenai pelaksanaan program pemulihan, kemudahan yang disediakan serta aktiviti pembangunan sahsiah yang dijalankan kepada klien.

Lawatan ini diharap dapat mengukuhkan hubungan kerjasama strategik serta pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan Brunei Darussalam dalam memperkasakan usaha pencegahan dan pemulihan dadah di peringkat serantau.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
Kementerian Dalam Negeri (KDN)





Program Lawatan Keluarga Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026Program Lawatan Keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di ...
04/04/2026

Program Lawatan Keluarga Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026

Program Lawatan Keluarga sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di PUSPEN Kampung Selamat telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 01 April 2026 hingga 03 April 2026. Program ini memberi ruang dan peluang kepada para klien untuk bertemu serta mengeratkan kembali hubungan silaturahim bersama ahli keluarga dalam suasana penuh kasih sayang dan keinsafan bersempena sambutan Aidilfitri.

Kehadiran keluarga bukan sahaja membawa kegembiraan kepada para klien, malah menjadi sumber kekuatan emosi dan motivasi yang amat bermakna dalam perjalanan proses rawatan dan pemulihan mereka. Suasana penuh harmoni dan kekeluargaan jelas terpancar sepanjang program ini berlangsung.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar, teratur dan terkawal hasil kerjasama erat semua pihak yang terlibat. Semoga jalinan kasih sayang dan sokongan keluarga ini terus menjadi pemangkin kepada kejayaan para klien dalam meneruskan kehidupan yang lebih bermakna selepas proses pemulihan.

“Keluarga adalah kekuatan, dan sokongan mereka menjadi cahaya harapan dalam perjalanan menuju kepulihan.”

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia


Seluruh warga kerja PUSPEN Kampung Selamat merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang kepada Puan Siti Rohaya bint...
01/04/2026

Seluruh warga kerja PUSPEN Kampung Selamat merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang kepada Puan Siti Rohaya binti Mat Desa di atas pertukaran dan penempatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir di PUSPEN Kampung Selamat.

Semoga kehadiran Puan akan terus memperkukuhkan lagi pengurusan pentadbiran serta menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan dalam mendukung usaha rawatan dan pemulihan yang lebih sistematik dan berkesan. Besar harapan kami agar pengalaman serta komitmen yang dibawa dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas bersama keluarga besar PUSPEN Kampung Selamat. 🌿




Address

Puspen Kampong Selamat
Tasek Gelugor
13300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6045733605

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Kampung Selamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Puspen Kampung Selamat:

Share