Pusat Terapi Alternatif De Emilia

Pusat Terapi Alternatif De Emilia Coach/Bekam/akupunktur sunnah,medik,TCM,DrS Herbalist,Master Reiki,Master Brain Massage,PP-PPT/PPL,PB,SLDN kesembuhan atas izin Allah
Kontraktor Binaan

Mengadu sakit mencucuk di bahagian ari-ari (bawah perut), dan rasa sakit itu 'menjalor' panas sampai ke belakang pinggan...
26/02/2026

Mengadu sakit mencucuk di bahagian ari-ari (bawah perut), dan rasa sakit itu 'menjalor' panas sampai ke belakang pinggang dan paha, terutamanya di bulan puasa. Ada kaitan dengan kurang minum air ke?

Jawapan ringkas: Ya, ia sangat berkait rapat, dan tubuh anda sedang menghantar isyarat kecemasan.

Kawasan bawah perut (suprapubic) adalah 'pusat kawalan' untuk sistem perkumuhan dan pembiakan. Sakit di kawasan ini tidak boleh dipukul rata. Doktor biasanya akan memetakan sakit anda kepada tiga zon utama:

1. Sakit Tepat Di Tengah Bawah Perut (Ari-ari)
Ini adalah lokasi pundi kencing dan rahim. Jika anda kurang minum air ketika berpuasa, air kencing menjadi sangat pekat dan berasid. Asid ini akan menghakis dan merengsakan dinding pundi kencing (Cystitis) atau mengundang pembiakan bakteria (Kencing Kotor / UTI). Bagi wanita, ia juga boleh menjadi petanda keradangan rahim atau masalah senggugut yang luar biasa.

2. Sakit Mencucuk Di Sebelah Kanan Bawah
Awas, ini adalah zon bahaya. Jika sakit bermula di tengah perut dan kemudian berpindah ke kanan bawah, berserta demam dan loya, ia adalah petanda klasik Apendiks yang hampir pecah. Selain itu, bagi wanita, ia boleh menandakan sista ovari (ovarian cyst) di sebelah kanan sedang memulas atau pecah.

3. Sakit Menekan Di Sebelah Kiri Bawah
Kawasan ini menempatkan usus besar bahagian akhir. Kekurangan air akan menyebabkan najis menjadi keras seperti batu. Najis yang tersumbat ini akan menekan dinding usus dan saraf di sekelilingnya, menyebabkan rasa senak yang amat sangat.

Tapi kenapa sakit tu boleh melarat sampai ke pinggang dan paha?

Ini dipanggil 'Referred Pain' atau Kesakitan Rujukan. Saraf di bahagian pundi kencing, saluran kencing (ureter), dan organ pelvik berkongsi laluan lebuh raya saraf yang sama dengan pinggang dan paha anda.

Apabila ada seketul Batu Karang sedang tersangkut dan bergeser di dalam saluran kencing, otak anda menjadi keliru. Isyarat sakit itu akan memancar ke seluruh laluan saraf tersebut, menyebabkan pinggang anda rasa nak patah dan paha terasa panas berbisa.

Apa nak buat kalau kena macam ni?

Jangan sekadar sapu minyak angin. Jika sakit itu tajam, mencucuk, disertai dengan demam, air kencing berdarah, atau anda langsung tidak boleh buang air kecil, terus ke Jabatan Kecemasan. Itu bermaksud buah pinggang atau organ dalaman anda sedang bergelut.

Pastikan anda minum air kosong secukupnya pada waktu malam untuk mencairkan semula kepekatan asid dalam tubuh anda.

Pernah tak anda alami sakit bawah perut sampai terpaksa jalan membongkok?

MANGGIS bantu ATASI KENCING ada PROTEIN ?Kajian menunjukkan ekstrak buah manggis mengandungi bahan khasiat isogarcinol. ...
26/02/2026

MANGGIS bantu ATASI KENCING ada PROTEIN ?
Kajian menunjukkan ekstrak buah manggis mengandungi bahan khasiat isogarcinol.
Kajian juga menunjukkan kandungan protein dalam air kencing berkurangan dengan ketara selepas makan manggis.
Isogarcinol juga kurangkan keradangan pada buah pinggang. Ia hadir pada bahagian kulit dalam manggis yang lembut.
Bahan ini juga memberikan kesan imunosupresif yang ketara pada pesakit SLE.

Siapa kat sini hari-hari mengadu perut sebu, asyik sendawa, kentut tak berhenti, dan kembung menegang macam belon setiap...
26/02/2026

Siapa kat sini hari-hari mengadu perut sebu, asyik sendawa, kentut tak berhenti, dan kembung menegang macam belon setiap kali lepas makan?
Bila jumpa kawan, ayat standard keluar: "Ala, biasa la ni perut masuk angin." Lepas tu sapu minyak angin sekilo, telan ubat gastrik. Tapi esok... jadi balik
Tolong berhenti salahkan 'angin' semata-mata. Perut korang tu mungkin bukan gastrik biasa, tapi korang sebenarnya ada keadaan klinikal dipanggil SIBO (Small Intestinal Bacterial Overgrowth)!
Bahasa mudahnya: BAKTERIA SESAT TEMPAT.
Sepatutnya bakteria ni duduk diam-diam kat usus besar. Tapi dalam kes SIBO, berjuta bakteria ni bermigrasi naik dan beranak-pinak kat dalam usus kecil korang!
Tugas usus kecil adalah untuk serap zat makanan. Tapi bila bakteria ni dah buat 'setinggan' kat situ, dorang akan berebut makan makanan korang dulu sebelum badan korang sempat serap zat.
Proses bakteria ni akan keluarkan gas metana dan hidrogen yang sangat banyak. Sebab tulah perut korang kembung tegang gila, sampai kadang-kadang sesak nafas dibuatnya
Macam mana nak beza Gastrik biasa dengan SIBO?

❌ Kembung teruk HAMPIR SETIAP HARI, terutamanya sejurus lepas makan.
❌ Dah tukar diet, dah telan ubat gastrik (Gaviscon/Pantoprazole dll) tapi langsung tak lega.
❌ Asyik cirit-birit ATAU sembelit teruk.
❌ Badan asyik rasa letih, rambut gugur, berat turun (sebab bakteria curi vitamin B12 & zat korang).

Kenapa bakteria ni boleh 'sesat' membiak ke atas?

1️⃣ Penggunaan ubat kurangkan asid perut (gastrik) terlalu lama. (Asid perut ni fungsi dia bunuh bakteria, bila asid kurang, bakteria pun bermaharajalela).
2️⃣ Pergerakan usus perlahan (Contohnya pesakit kencing manis yang saraf ususnya dah rosak).
3️⃣ Masalah tiroid, IBS, atau pernah buat pembedahan perut.

Kalau korang ada simptom SIBO ni, tolong pergi jumpa doktor. Doktor boleh buat 'Breath Test' (Ujian Nafas) untuk detect tahap gas bakteria tu. Rawatannya bukan dengan ubat gastrik biasa, tapi perlukan antibiotik khusus untuk hapuskan 'setinggan' bakteria tu dan rombakan diet korang.
Perut korang tu bukan tayar basikal, jangan asyik redha je hidup kembung pam 'angin' hari-hari. Dengarkan isyarat badan dan bertindak!

Kadang-kadang kita ingat itu tanda dia dah semakin sembuh.Semalam masih pakai tong oksigen. Hari ini tiba-tiba bangun ce...
26/02/2026

Kadang-kadang kita ingat itu tanda dia dah semakin sembuh.
Semalam masih pakai tong oksigen. Hari ini tiba-tiba bangun cergas. Boleh bercakap macam biasa. Siap minta nak makan itu ini, makan pun berselera.
Hati yang penat menjaga terus rasa lega. Kita fikir, “Alhamdulillah… dah makin baik.”
Tapi dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai terminal lucidity.
Ia merujuk kepada situasi di mana pesakit yang sebelum ini lemah atau tidak responsif tiba-tiba kembali jelas, bertenaga atau sedar seperti biasa untuk tempoh yang singkat, sebelum mereka pergi.
Ia bukan semestinya tanda sembuh. Kadang-kadang, itu adalah detik terakhir yang Allah izinkan untuk kita dan dia.
Peluang untuk dengar suaranya sekali lagi. Untuk dia kenal kita semula. Untuk kita ucap sayang, maaf dan terima kasih.
Kalau saat itu datang, jangan lepaskan peluang untuk pegang tangannya dan berada di sisi.
Kadang-kadang, yang kita sangka permulaan baru… sebenarnya adalah ucapan selamat tinggal yang paling akhir.
Ada yang pernah alami situasi seperti ini?
Boleh kongsi pengalaman di bawah. Mungkin kisah anda boleh menguatkan orang lain yang sedang melalui fasa yang sama.

Bila aku tulis aku terpaksa hantar lembu aku ke rumah sembelihan untuk sembelih lembu untuk jualan, sejujurnya hati aku ...
26/02/2026

Bila aku tulis aku terpaksa hantar lembu aku ke rumah sembelihan untuk sembelih lembu untuk jualan, sejujurnya hati aku berat. Bukan sebab tak boleh sembelih.

Aku biasa sembelih.

Tapi sebab aku bela dari kecil. Aku jaga. Aku bagi makan. Aku usap kepala dia tiap pagi.

Aku jual sekilo RM29 je. Tak mahal. Bukan nak kaut untung. Aku cuma nak kandang ni terus hidup.

Tapi aku silap.

Aku ingat orang akan tengok biasa-biasa je.

Rupanya Allah tunjuk sesuatu yang aku sendiri tak sangka.

Satu demi satu mesej masuk.

“Aku ambil 2 kilo. Satu untuk keluarga, satu kau agihkan pada fakir.”

“Aku beli 5 kilo. Semua untuk sedekah.”

“Aku tak ambil pun, kau agihkan je pada orang susah.”

Dan yang buat aku terdiam lama, bukan orang Melayu je yang mesej macam tu. Ada sahabat India.

Ada yang mungkin tak seagama dengan aku, tapi hati dia besar. Dia kata,

“Abang, saya beli untuk abang bagi pada orang susah.”

Waktu tu aku rasa dada aku sempit. Bukan sebab susah.

Tapi sebab terlalu penuh.

Kita ni kadang-kadang sibuk beza bangsa, beza warna kulit. Tapi bila bab bantu orang susah, rupanya hati manusia ni sama je. Lembut.

Total daging untuk agihan fakir lebih kurang 40 kilo.

40 kilo tu bukan sekadar angka.

Itu tanda ada orang yang masih peduli.

InsyaAllah separuh aku akan serahkan pada masjid. Separuh lagi aku akan edarkan di ladang kambing aku sendiri.

Supaya kalau ada yang malu nak pergi masjid, yang segan nak minta, boleh datang diam-diam.

Datang je.

Sebut, “Saya nak daging agihan fakir.”

Aku tak tanya apa-apa. Aku tak soal latar belakang. Aku tak minta IC. Aku tak ambil gambar.

Aku cuma bagi 1 kilo.

Balik masak untuk anak-anak.

Tak perlu bayar apa-apa. Cuma satu je aku minta, doakan para pewakaf ni. Doakan yang beli daging untuk orang lain ni.

Semoga Allah lapangkan rezeki mereka. Semoga apa yang mereka keluarkan hari ni, Allah ganti berkali-kali ganda.

Sebab kalau rezeki mereka melimpah, percayalah, ada bahagian untuk orang yang susah.

Aku bangga jadi rakyat Malaysia.

Dalam dunia yang kadang-kadang kita nampak keras, rupanya masih ramai hati yang lembut.

Tadi bila aku peluk lembu aku aku berdoa

“Ya Allah, Kau yang gerakkan hati mereka. Kau yang lembutkan jiwa mereka. Kau jaga mereka sebagaimana mereka jaga hamba-hambaMu yang susah.”

Aamin aamin ya rabal al

ꜱᴜᴍʙᴇʀ ᴋʜᴀɪʀᴜʟ ᴊᴏʜᴀʀɪ

Cuba jujur, siapa kat sini selalu menggeletar tangan atau terpaksa panggil orang lain bila nak buka penutup balang jem a...
26/02/2026

Cuba jujur, siapa kat sini selalu menggeletar tangan atau terpaksa panggil orang lain bila nak buka penutup balang jem atau botol sos? Atau bila angkat barang plastik groceries sekejap je rasa lenguh nak terlepas?

Itu mungkin petanda otot makin lemah.

Jangan sedapkan hati cakap "Ala biasalah dah makin berumur". Lemah genggaman tangan ni sebenarnya adalah AMARAN AWAL dari badan yang jantung korang mungkin tengah bermasalah

Ramai ingat nak tahu jantung sihat ke tak kena buat ECG atau ujian kolesterol beratus ringgit je.

Tapi dalam dunia perubatan, ada satu ujian paling simple dipanggil ujian 'Grip Strength' (Kekuatan Genggaman).

Satu kajian saintifik berskala besar (PURE Study) melibatkan 140,000 orang dari 17 buah negara dah buktikan:

⚠️ Setiap penurunan 5kg kekuatan genggaman korang, risiko KEMATIAN AWAL meningkat 16%

⚠️ Risiko serangan jantung dan strok juga meningkat

Malah, ujian genggaman tangan ni didapati lebih tepat meramal risiko kematian berbanding bacaan tekanan darah tinggi!

Kenapa Tangan Boleh Gambarkan Jantung?
Kekuatan tangan bukan sekadar pasal otot tapak tangan. Ia adalah 'cermin' kepada tahap kesihatan metabolik, j***m otot keseluruhan badan, dan betapa cepat biologi badan korang sedang menua (biological aging)

Bila genggaman korang lemah, itu petanda badan
❌ Sangat kurang aktif (Sedentari).
❌ Otot makin susut (Sarcopenia).
❌ Sistem kardiovaskular (jantung dan pam darah) sangat lemah.

Macam Mana Nak Tingkatkan Genggaman?

Tak semestinya kena pergi gim angkat besi bertan-tan. Boleh mula dengan:
✅ Latihan angkat dumbbell ringan kat rumah.
✅ Buat Plank atau Push-up* (guna lutut pun takpe).
✅ Bawa barang berat sikit (macam 'Farmer's Walk').
✅ Rajin-rajinkan diri buat senaman bebanan 3-4 kali seminggu.

Satu genggaman tangan mungkin nampak remeh, tapi ia tak pernah menipu. Cuba tanya diri sendiri: Semakin kita berusia, badan kita makin kuat... atau makin lembik?

Pernahkah anda memandu kereta pulang dari tempat kerja, dan tiba-tiba anda sedar anda sudah pun sampai di hadapan rumah ...
26/02/2026

Pernahkah anda memandu kereta pulang dari tempat kerja, dan tiba-tiba anda sedar anda sudah pun sampai di hadapan rumah tanpa mengingati laluan perjalanan tadi? Atau anda sedang melakukan satu tugasan, dan tiba-tiba masa berlalu dengan sangat pantas tanpa sebarang rasa stres atau gangguan emosi?

Tahniah, anda sebenarnya baru sahaja merasai satu detik magis minda yang dipanggil 'Mu no Kyochi'.

Dalam falsafah Jepun dan seni mempertahankan diri, Mu no Kyochi bermaksud 'Keadaan Tanpa Minda' (State of Nothingness). Bunyinya macam kita mengosongkan otak dan menjadi bodoh, tetapi dari sudut sains psikologi dan neurologi, ia adalah fasa prestasi puncak minda manusia!

Pakar psikologi moden memanggil keadaan ini sebagai 'Flow State' (Zon Aliran). Ini adalah sains apa yang berlaku di dalam otak anda apabila anda berjaya mencapai tahap Mu no Kyochi:

1. Suis 'Overthinking' Dimatikan (Transient Hypofrontality)
Bahagian depan otak kita (Prefrontal Cortex) adalah bos yang mengawal logik, perancangan, dan yang paling teruk, ia mengawal rasa cemas (anxiety) dan kritikan diri. Apabila anda masuk ke zon Mu no Kyochi, otak akan memperlahankan aktiviti di bahagian depan ini secara sementara. Hasilnya? Suara-suara jahat dalam kepala yang selalu cakap "kau tak cukup bagus" atau "nanti apa orang kata" akan senyap sepenuhnya.

2. Bebas Dari Penjara Ego
Manusia sentiasa penat kerana kita asyik memikirkan tentang diri kita sendiri (ego). Dalam keadaan tanpa minda ini, kesedaran tentang diri anda akan hilang lebur ke dalam tugasan yang anda sedang lakukan. Anda tidak lagi risau tentang masa lalu atau masa depan. Otak anda fokus 100 peratus pada saat 'sekarang' (present moment).

3. Pergerakan Menjadi Automatik
Apabila otak sedar (conscious brain) berhenti mengganggu, memori otot dan minda separa sedar akan mengambil alih fungsi tubuh. Anda akan menjadi sangat cekap, tangkas, dan mampu menyelesaikan masalah rumit tanpa perlu berkerut dahi atau memaksa otak berfikir keras.

Malangnya, gaya hidup moden hari ini telah membunuh kemampuan kita untuk mencapai Mu no Kyochi.

Budaya melakukan banyak kerja serentak (multitasking), membalas mesej WhatsApp setiap 5 minit, dan menatal media sosial tanpa henti membuatkan otak depan kita sentiasa berada dalam mod 'berjaga-jaga'. Otak kita jadi terlampau bising sehingga kita diserang kepenatan mental yang kronik (burnout).

Bagaimana nak latih semula otak untuk rasa ketenangan ini?

Pilih satu sahaja tugasan (single-tasking). Jauhkan telefon bimbit. Buat kerja tersebut perlahan-lahan dengan niat hanya untuk menyiapkannya, tanpa merisaukan hasilnya. Biarkan minda anda tenggelam dalam proses tersebut. Berhenti memaksa otak untuk sentiasa berfikir. Kadang-kala, ubat paling mujarab untuk otak yang penat adalah dengan tidak memikirkan apa-apa langsung.

Pernahkah anda alami pengalaman masa berlalu pantas tanpa sedar sebab terlalu fokus buat sesuatu hobi atau kerja? Cuba kongsikan pengalaman anda.

DAUN SELASIH Halang Penyebaran KANSER PAYUDARA dan KANSER HATI ?Daun selasih (Ocimum basilinum) kaya bahan khasiat eugen...
26/02/2026

DAUN SELASIH Halang Penyebaran KANSER PAYUDARA dan KANSER HATI ?

Daun selasih (Ocimum basilinum) kaya bahan khasiat eugenol, asid linolenic, asid rosmarinic, eugenol, orientin dan vicenin.

Bahan aktif ini boleh menghalang pertumbuhan dan penyebaran pelbagai jenis kanser termasuk kanser payudara dan kanser hati.

Asid URSOLIC bahan khasiat yang hadir dalam selasih boleh bertindak sebagai pelindung sel dan tisu.

Selasih juga boleh melindungi kurangkan kesan sampingan kemoterapi dan radioterapi

Rendamkan 3g dalam 300 ml air panas @ boleh juga rebus 30 g dalam 500 ml. Tambahkan sedikit madu bila suam

Pernah terfikir kenapa ramai orang cuba kekalkan emosi positif tapi tetap rasa stress, gagal capai impian, atau duit sel...
26/02/2026

Pernah terfikir kenapa ramai orang cuba kekalkan emosi positif tapi tetap rasa stress, gagal capai impian, atau duit selalu bocor?

Dalam slide penuh ini, kita bongkar mistake emosi positif yang ramai tak sedar, dan cara betul untuk simpan tenaga mental supaya boleh capai kejayaan, kekayaan, dan kebahagiaan serentak.

Dari tips neuroscience, mindset, hingga teknik praktikal untuk setiap hari, anda akan belajar rahsia orang yang hidupnya tenang, fokus, dan produktif walau dunia sekeliling kacau-bilau.

Jangan tunggu, BACA sampai habis untuk transformasi emosi dan hasil yang nyata.







Baru-baru ini kami menerima luahan seorang isteri yang mengalami depresi teruk, malah terfikir untuk menamatkan riwayat ...
24/02/2026

Baru-baru ini kami menerima luahan seorang isteri yang mengalami depresi teruk, malah terfikir untuk menamatkan riwayat hidup selepas mendapat tahu suaminya curang dengan rakan sekerja.

Kepada pengadu dan sesiapa sahaja yang sedang melalui fasa gelap ini, kesakitan yang anda lalui adalah sangat benar.

Kecurangan bukan sekadar "tersalah langkah". Dari sudut psikologi, ia adalah satu bentuk penderaan emosi yang memusnahkan struktur keselamatan minda pasangan. Keadaan ini dipanggil Trauma Pengkhianatan (Betrayal Trauma).

Kepada anda yang sedang bertarung dengan depresi kerana suami atau isteri menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja, ketahuilah bahawa kesakitan yang anda rasa di dada itu adalah benar. Kecewa, marah, hilang harga diri, dan rasa tiada harapan untuk hidup adalah tindak balas normal otak yang sedang cedera teruk.

Kenapa Sempadan Di Tempat Kerja Sangat Penting?
Kebanyakan kecurangan di tempat kerja tidak bermula di bilik hotel. Ia bermula di pantri pejabat, perbualan di WhatsApp luar waktu kerja, makan berdua, dan meluahkan masalah peribadi atau rumah tangga kepada rakan sekerja berlainan jantina. Bila sempadan profesional ini dilanggar, simpati akan bertukar menjadi keterikatan emosi (emotional affair).

Jika anda memilih untuk KEKAL dalam perkahwinan dan ingin pulih, ini langkah yang perlu diambil:

1. Jangan Salahkan Diri Sendiri
Kecurangan adalah pilihan sedar (conscious choice) pasangan anda. Ia bukan salah anda, bukan sebab anda kurang cantik, atau kurang melayan. Berhenti mencari kekurangan diri.

2. Tetapkan Syarat Ketelusan Mutlak (Radical Honesty)
Untuk membina semula kepercayaan, pasangan yang curang wajib telus sepenuhnya. Tiada lagi kata laluan telefon yang dirahsiakan, dan mereka mesti memutuskan hubungan sepenuhnya dengan pihak ketiga tersebut secara serta-merta.

3. Dapatkan Rawatan Terapi Perkahwinan dan Trauma
Trauma pengkhianatan tidak boleh sembuh hanya dengan kata maaf atau percutian berdua. Anda perlukan Kaunselor Perkahwinan yang berdaftar, dan anda sendiri mungkin perlukan terapi klinikal untuk menguruskan simptom PTSD dan depresi.

4. Beri Masa Untuk Berduka
Jangan paksa diri untuk terus memaafkan dan melupakan. Anda berhak untuk merasa sedih dan marah. Pemulihan mengambil masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.

Talian Hayat Anda:
Jika kesakitan ini terlalu berat sehingga anda terfikir untuk menamatkan riwayat hidup, tolong jangan menyerah kalah. Anda sangat berharga. Sila hubungi talian ini segera untuk bantuan emosi yang sulit dan percuma:
- Talian Heal: 15555
- Talian Kasih: 15999
- Befrienders KL: 03-76272929
- MIASA (Mental Illness Awareness and Support Association): 1-800-820066

Penyembuhan itu wujud, sama ada anda memilih untuk kekal atau pergi. Dapatkan bantuan profesional hari ini.

Cuba kongsikan post ini supaya lebih ramai faham betapa beratnya kesan menjaga sempadan pergaulan di tempat kerja.

20 peratus kemalangan jalan raya setiap tahun akibat microsleep
24/02/2026

20 peratus kemalangan jalan raya setiap tahun akibat microsleep

Silap seorang suami adalah dia terlalu banyak melepaskan tanggungjawabnya pada isteri.Dia tahu isterinya serba serbi bol...
24/02/2026

Silap seorang suami adalah dia terlalu banyak melepaskan tanggungjawabnya pada isteri.

Dia tahu isterinya serba serbi boleh.
Masak, jaga anak.
Kemas rumah, kemas dapur.
Tukar pampers anak.
Bersihkan tandas, gosok baju.

Semua urusan disandarkan terus pada isteri kerana isteri pandai berdikari.

Maka suami kerap lepas tangan dan biarkan isteri terkontang kanting buat sendiri.
Hingga pada satu masa nanti, isteri sampai tidak menganggap suaminya itu wujud dalam rumahtangga.

Iyalah, apa beza suami ada jika semua hal isi rumah, bergantung penuh pada isteri.

Kes semacam ini memang banyak datang pada Tok Abah. Ada yang masih boleh diselamatkan dan ada yang si isteri tak tahan dan minta pisah.

Buat para suami di luar sana, kalian pasti bangga ada 'superwoman' di rumah yang urus sendiri. Tetapi, sekuat mana seorang isteri, tetap juga dia perlukan kehadiran dan bantuan kamu disisi.

Rumahtangga terbentuk dari dua insan yang bergerak seiringan. Namun jika hanya seorang sahaja yang bergerak, maka tak runtuhlah ia dan hilanglah bahagia.

Kena sentiasa beringat, mengurus rumahtangga itu pemimpinnya adalah suami. Isteri hanya menyokong dan membantu sahaja.

Jangan lepas beban ke isteri ya.

Teman kongsikan pesanan Tok Abah pada semua. Sebenarnya nasihat Tok Abah ni adalah untuk diri teman sendiri sebagai suami.

Semoga semua suami yang membaca tulisan ini adalah suami-suami yang soleh, yang mewarisi akhlak seperti akhlak Rasulullah ‎ﷺ

Kredit : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Address

Tawau

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Alternatif De Emilia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Terapi Alternatif De Emilia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram