Klinik Mabello Semarak

Klinik Mabello Semarak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Mabello Semarak, Medical and health, Lot No 17, Taman Sejati, Mile 5, Jalan Kuhara, Tawau.

🌿 Selamat datang ke Klinik Mabello Semarak! 🌿
Penjagaan kesihatan yang mesra, mudah diakses & dipercayai, kini lebih dekat dengan anda di Semarak!

📍 Lokasi: Semarak Tawau
⏰ Waktu operasi: 24 Jam
📞 Hubungi kami: 011-23269502

24/04/2026

Sakit dada bila tekan rasa sakit balik, ramai terus lega.

“Salah bantal kot.... Bukan serangan jantung kot.”

Tapi di sinilah ramai orang silap.

Ya, costochondritis memang boleh sebabkan sakit dada, dan sakit itu biasanya lebih cenderung jadi tajam, sakit bila bergerak, tarik nafas dalam, baring, atau bila bahagian dada tertentu ditekan. Ia berlaku bila kawasan sambungan rusuk ke tulang dada mengalami keradangan.

Tetapi serangan jantung p**a cerita lain.

Sakitnya selalunya digambarkan seperti tekanan, himpitan, berat, atau rasa dada diperah. Ia juga boleh merebak ke lengan, leher, rahang, belakang atau perut, dan boleh datang bersama sesak nafas, loya, muntah, berpeluh, pening atau rasa sangat tak sedap badan.

Wanita juga boleh datang dengan gejala yang nampak kurang “klasik” seperti letih luar biasa, sakit belakang, atau ketidakselesaan di bahagian atas badan.

Mudah kata:

Costochondritis lebih cenderung buat orang rasa
“sakit bila gerak, tarik nafas, atau tekan tempat itu.”

Serangan jantung p**a lebih cenderung buat orang rasa
“dada ditekan, dihimpit, berat, dan badan rasa lain macam.”

Tapi jangan diagnosis sendiri.

Sebab sakit dada bukan benda yang selamat untuk diteka-teka, terutama kalau sakit itu datang tiba-tiba, tak reda, merebak, atau datang sekali dengan sesak nafas, peluh sejuk, loya, pening, atau rasa nak pitam. Dalam keadaan begitu, dapatkan bantuan kecemasan segera.

Bila dada sakit, perkara paling bahaya bukan costochondritis atau serangan jantung semata-mata.

Perkara paling bahaya ialah bila orang terlalu cepat rasa lega, lalu salah anggap benda yang serius sebagai “cuma urat” atau “cuma salah tidur”.

18/04/2026

Pengumuman untuk semua warga Tawau.
Panel Panel Klinik Mabello Semarak.
Waktu Operasi baru. WoW.
24/7 guyssss

PROMOSI ECG CHECKUP !!!Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat...⏰ Waktu operasi 23 JAM- 8 AM - 7AM - Klinik dibuka setiap har...
18/04/2026

PROMOSI ECG CHECKUP !!!
Langkah Bijak Untuk Jantung Sihat...

⏰ Waktu operasi 23 JAM
- 8 AM - 7AM
- Klinik dibuka setiap hari (termasuk cuti umum)
☎️ Nombor telefon
https://wa.me/+601123269502

18/04/2026
Pengumuman untuk semua warga Tawau.Panel Panel Klinik Mabello Semarak.Waktu Operasi baru. WoW.24/7 guyssss
17/04/2026

Pengumuman untuk semua warga Tawau.
Panel Panel Klinik Mabello Semarak.
Waktu Operasi baru. WoW.
24/7 guyssss

Jaga jantung anda sebelum terlambat.ECG tersedia di Klinik MABELLO Semarak.ECG membantu mengesan awal:❤️ Degupan jantung...
29/03/2026

Jaga jantung anda sebelum terlambat.
ECG tersedia di Klinik MABELLO Semarak.

ECG membantu mengesan awal:
❤️ Degupan jantung tidak normal
❤️ Risiko serangan jantung
❤️ Kesan tekanan darah tinggi pada jantung
❤️ Masalah aliran elektrik jantung

Pemeriksaan hanya beberapa minit, tidak sakit dan selamat.
Sesuai untuk:
✔️ Sakit dada
✔️ Berdebar
✔️ Sesak nafas
✔️ Pesakit darah tinggi / kencing manis
✔️ Pemeriksaan kesihatan umum

Datang buat ECG hari ini untuk ketenangan hati dan kesihatan jantung yang lebih baik.

⏰ Waktu operasi
- 23 JAM
- Klinik dibuka setiap hari (termasuk cuti umum)

📍Lokasi
- Taman Semarak berhadapan dengan KFC

📱 Facebook
- Klinik Mabello Semarak (add as friend ya bukan page)

☎️ Nombor telefon
- +601125489502

Semoga kita diberikan kesihatan selalu selaras dengan tagline klinik kami 💪🏻😅

'Orang sakit harus berobat!'


29/03/2026

Umur muda bukan perisai untuk jantung.

Ramai orang fikir selagi masih boleh bangun kerja, masih boleh OT, masih boleh telan kopi dan energy drink, maknanya badan masih ok. Berdebar pun dianggap biasa. Tangan menggigil dikata sebab stress. Tidur 3 4 jam pun dipaksa jadi rutin.

Padahal badan bukan mesin pejabat.

Bila hidup mula dipenuhi kurang tidur, kerja melampau, stres yang tak pernah padam, dan kafein yang digunakan untuk paksa diri terus berfungsi, jantung anda sedang dipaksa bekerja dalam keadaan yang tidak sihat. Tekanan darah boleh naik. Degupan boleh jadi laju. Jantung boleh mula rasa berdebar, bergetar, atau tidak sekata.

Yang paling bahaya, ramai ingat collapse pada usia muda mesti datang tanpa amaran.
Tidak semestinya.

Kadang-kadang badan sudah bagi hint lebih awal.
Berdebar kuat.
Cepat semput.
Sakit dada.
Pening.
Rasa nak pitam.
Terjaga tengah malam dengan jantung berlari.

Tidak semua orang yang kurang tidur akan rebah mengejut.
Tidak semua kopi akan membunuh.
Tetapi gabungan tidur yang terlalu sedikit, kafein berlebihan, dan tekanan hidup yang kronik boleh menambah beban pada jantung, terutama jika seseorang ada masalah jantung yang belum dikesan.

Jangan bangga sangat dengan ayat “aku hidup atas kopi”.
Jangan normalize sangat budaya “mati kerja”.
Dan jangan tunggu rebah baru nak anggap tidur itu penting.

Kadang-kadang yang kita panggil rajin, sebenarnya badan sudah lama menderita diam-diam.

12/03/2026

Antara menu semasa berbuka pada bulan Ramadan yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan penyejuk tekak ialah air tebu.

Jom semak tip membeli air tebu dengan selamat 👍🏼

Jangan lupa untuk pastikan pengambilan gula anda sentiasa terkawal.

Selamat menjalani ibadah puasa 🕌🌙

04/03/2026

Kami nak cakap sesuatu yang ramai orang perlu dengar masa Ramadan.

Kuih bukan musuh.

Yang buat kita rasa “rosak” ialah bila kita makan sambil menghukum diri.
Makan sikit pun rasa bersalah.
Makan lebih sikit, terus rasa gagal.

Sedangkan bulan puasa ni sepatutnya ajar kita seimbang.
Bukan ajar kita membenci diri.

Kalau anda s**a kuih, tak apa.
Cuma buat cara yang lebih berhemah.

Cuba pegang 3 rule ni.
1) Pilih satu jenis.
Bukan sebab kuih jahat, tapi sebab “campur semua” buat kita hilang sedar.

2) Makan atas pinggan.
Jangan makan dari plastik atau bekas terus. Bila tak nampak portion, otak tak sedar anda dah ambil banyak.

3) Minuman manis satu masa sahaja.
Bukan sepanjang malam. Sebab gula yang datang berkali-kali buat craving makin kuat.

Dan kalau hari ni anda “terlebih”, jangan hukum diri.
Esok sambung semula.
Konsisten bukan dibina dengan marah, tapi dibina dengan ulang.

Ok jujur.
Kuih favourite anda apa yang paling susah nak tinggal?

24/02/2026

Siapa kat sini kalau masuk tandas tak bawa phone, dia sanggup keluar bilik air balik semata-mata nak ambil phone? Mengaku cepat!

Lepas tu bermulalah sesi scroll TT, tengok Chopee, atau main game sampai tak sedar dah 30 minit berlalu. Tahu-tahu je kaki dah kebas semut-semutan nak bangun.

Nampak macam tabiat biasa dan 'me-time' yang seronok kan? Tapi hakikatnya, anda sedang 'menempah' penyakit yang sangat menyeksakan: BUASIR (Hemorrhoids).

Macam mana main phone boleh jadi buasir? Ini fakta biologi yang anda kena tahu:

1. Reka Bentuk Mangkuk Tandas & Graviti
Bila anda duduk di atas mangkuk tandas (terutamanya tandas duduk), posisi itu menyebabkan bahagian dubur anda berada di posisi paling rendah tanpa sokongan. Graviti akan menarik kuat kawasan tersebut ke bawah.

2. Tekanan Pada Salur Darah
Masa 5 hingga 10 minit pertama adalah normal untuk usus bekerja. TAPI, bila anda duduk melebihi masa tersebut sebab leka main phone, tekanan statik akan berkumpul pada urat dan salur darah di sekitar rektum (hujung usus) dan dubur.

3. Salur Darah Bengkak & Terjojol
Bayangkan belon air yang dipicit di satu hujung. Lama-kelamaan dinding salur darah dubur yang nipis tu akan membengkak, meradang, dan akhirnya terjojol keluar dari pintu dubur. Inilah buasir! Dan bila najis keras bergesel dengan buasir ni, ia akan berdarah dan pedih yang amat.

Mulai hari ini, tolong ubah tabiat:
- Tandas adalah tempat membuang najis, bukan tempat membuang masa mencari ilham.
- Hadkan masa membuang air besar maksimum 10 minit sahaja.
- Tinggalkan phone anda di luar pintu tandas.
- Kalau najis tak nak keluar lagi, jangan paksa meneran dan jangan terus duduk. Bangun, minum air kosong lebih sikit, berjalan-jalan dulu, dan cuba lagi nanti.

Sayangilah dubur anda. Kesakitan buasir ni boleh buat orang hilang mood nak hidup, nak duduk sakit, nak baring pun tak kena!

Cer tag sikit member, suami, atau isteri korang yang selalu hilang berminit-minit 'bertapa' dalam toilet tu. Pesan kat dorang suruh keluar sekarang!

Address

Lot No 17, Taman Sejati, Mile 5, Jalan Kuhara
Tawau
91000

Telephone

+601123269502

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Mabello Semarak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Mabello Semarak:

Share