PutraMed Clinics

PutraMed Clinics πŸŽ—οΈSEBA Award 2023 β€œBest In Medical Industry” ☎️ Call for any inquiries.

Selamat Datang Great Eastern Takaful !Berita baik buat semua pelanggan Great Eastern Takaful πŸŽ‰Anda kini boleh mendapatka...
27/02/2026

Selamat Datang Great Eastern Takaful !

Berita baik buat semua pelanggan Great Eastern Takaful πŸŽ‰

Anda kini boleh mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di Putramed Clinics Jalan Dunlop dengan kemudahan panel yang disediakan.

Jangan tunggu sakit baru bertindak lakukan pemeriksaan awal demi kesihatan yang lebih terjamin.

πŸ“ Kunjungi Putramed Clinics Jalan Dunlop hari ini

πŸ“ž Hubungi kami untuk maklumat lanjut

πŸŒ™ Salam Jumaat & Salam RamadanSemoga setiap amal kita diterima, setiap doa diangkat dan setiap langkah menuju kebaikan d...
27/02/2026

πŸŒ™ Salam Jumaat & Salam Ramadan

Semoga setiap amal kita diterima, setiap doa diangkat dan setiap langkah menuju kebaikan dipermudahkan. 🀍

Di bulan penuh keberkatan ini, jangan lupa jaga kesihatan agar ibadah dapat dilakukan dengan lebih sempurna.

πŸ“ Kunjungi Putramed Clinics untuk pemeriksaan dan rawatan kesihatan anda.
Kesihatan terjaga, ibadah lebih bermakna.

Kurma, Kecil, Manis & Penuh ManfaatBukan sekadar tradisi, kurma membantu badan pulih cepat selepas seharian berpuasa. Ia...
25/02/2026

Kurma, Kecil, Manis & Penuh Manfaat

Bukan sekadar tradisi, kurma membantu badan pulih cepat selepas seharian berpuasa. Ia membekalkan tenaga segera, mudah dihadam, baik untuk fokus, jantung dan sistem imun.

Berbuka tak perlu berlebihan cukup dengan makanan yang betul.
Nak kekal bertenaga & fokus sepanjang Ramadan? Mulakan dengan kurma.

πŸ“ Jika cepat letih, gastrik atau kurang bertenaga, dapatkan pemeriksaan di Putramed Clinics.

Kesihatan terjaga, ibadah lebih sempurna.



Nota: Info ini sebagai panduan umum, bukan diagnosis atau rawatan perubatan.

β€œNgam doktornya, ngam ubatnya.” 😊Ingat lagi hari tu kami ada up story di Facebook, seorang abang datang jauh dari Kalaba...
24/02/2026

β€œNgam doktornya, ngam ubatnya.” 😊

Ingat lagi hari tu kami ada up story di Facebook, seorang abang datang jauh dari Kalabakan ke Putramed Clinics sebab masalah kulit yang sudah lama tidak sembuh sepenuhnya. Sudah macam-macam cuba, tapi masih belum pulih seperti yang diharapkan.

Alhamdulillah, kali ini abang datang lagi untuk follow up rawatan bersama Doktor Amir. Dan berita yang buat kami semua tersenyum, kulitnya sudah semakin baik, semakin pulih.

Perlahan-lahan, nampak perubahan.
Perlahan-lahan, nampak keyakinan dia kembali.

Kami di sini cuma mampu berusaha sebaik mungkin. Periksa betul-betul, beri rawatan yang sesuai, pantau perkembangan. Selebihnya, kita serahkan pada Allah.

Mungkin ini yang orang bilang β€œNgam doktornya, ngam ubatnya.” Alhamdulillah.

Semoga abang terus diberi kesihatan yang baik dan proses pemulihan ini berterusan sampai sembuh sepenuhnya, insyaAllah.

Terima kasih kerana mempercayai kami.

πŸ“… Jadual Doktor Bertugas (23 Februari 2026 – 1 Mac 2026)Sepanjang bulan Ramadan ini, Putramed Clinics beroperasi seperti...
23/02/2026

πŸ“… Jadual Doktor Bertugas (23 Februari 2026 – 1 Mac 2026)

Sepanjang bulan Ramadan ini, Putramed Clinics beroperasi seperti biasa setiap hari bagi memastikan anda dan keluarga kekal sihat sepanjang menjalani ibadah puasa πŸŒ™πŸ’š

Sebelum berkunjung, semak dahulu jadual doktor bertugas untuk memudahkan urusan anda.

✨ Tips Berpuasa Dalam Keadaan Baik:
β€’ Jangan tinggal sahur – pilih makanan tinggi serat & protein
β€’ Minum air secukupnya selepas berbuka hingga sahur
β€’ Kurangkan makanan terlalu manis & berminyak
β€’ Ambil ubat mengikut nasihat doktor

Jika anda mengalami gastrik, pening, terlalu lemah atau bacaan tekanan darah/gula tidak terkawal, dapatkan pemeriksaan awal.

πŸ“ Kunjungi Putramed Clinics untuk pemeriksaan dan rawatan sepanjang Ramadan ini.
Kesihatan terjaga, ibadah lebih sempurna.

πŸŒ™βœ¨ Sedikit tanda ingatan daripada kami buat anda βœ¨πŸŒ™Putramed Clinics mengedarkan takwim solat dan waktu berbuka puasa kep...
21/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Sedikit tanda ingatan daripada kami buat anda βœ¨πŸŒ™

Putramed Clinics mengedarkan takwim solat dan waktu berbuka puasa kepada pesakit yang singgah ke klinik kami. Semoga ia menjadi panduan dan memberi manfaat sepanjang bulan Ramadan ini 🀍

Terima kasih kerana terus mempercayai kami dalam menjaga kesihatan anda dan keluarga.

πŸ“ Singgah ke Putramed Clinics untuk dapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan anda.
Kesihatan terjaga, ibadah lebih sempurna.

πŸŒ™βœ¨ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H βœ¨πŸŒ™Seluruh warga Putramed Clinics mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada se...
18/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H βœ¨πŸŒ™

Seluruh warga Putramed Clinics mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua pesakit dan komuniti yang kami hargai.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan hati serta kesihatan yang baik untuk kita semua dalam menjalani ibadah dengan sempurna.

Untuk rujukan niat puasa sebulan dan niat harian, anda boleh lihat pada infografik yang telah kami sediakan.

Semoga setiap amalan kita diterima dan dipermudahkan sepanjang bulan yang mulia ini. 🀍

Putramed Clinics sentiasa bersama anda dalam menjaga kesihatan sepanjang Ramadan.

🧧✨ Selamat Tahun Baharu Cina 2026 ✨🧧Tahun ini, Tahun Kuda,  simbol kekuatan, ketabahan dan kemajuan.Putramed Clinics ing...
16/02/2026

🧧✨ Selamat Tahun Baharu Cina 2026 ✨🧧

Tahun ini, Tahun Kuda, simbol kekuatan, ketabahan dan kemajuan.

Putramed Clinics ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pesakit dan keluarga yang meraikan perayaan ini bersama insan tersayang.

Semoga tahun baharu ini membawa kesihatan yang baik, kesembuhan yang berpanjangan serta rezeki yang melimpah ruah.

Kami beroperasi seperti biasa sepanjang perayaan ini bagi memastikan keperluan kesihatan anda sentiasa terjaga.

πŸ“ Kunjungi Putramed Clinics sekiranya memerlukan sebarang pemeriksaan dan rawatan. Kesihatan anda, keutamaan kami. πŸ’š

πŸ“… Jadual Doktor Bertugas (16 Februari – 22 Februari 2026)Rujuk jadual terkini sebelum hadir ke klinik bagi memastikan do...
16/02/2026

πŸ“… Jadual Doktor Bertugas (16 Februari – 22 Februari 2026)

Rujuk jadual terkini sebelum hadir ke klinik bagi memastikan doktor pilihan anda bertugas pada hari tersebut βœ…

πŸŒ™ Sepanjang bulan Ramadan, waktu operasi kami adalah sedikit berbeza bagi setiap cawangan. Sila semak jadual yang disediakan untuk maklumat waktu yang tepat.

🧧 Sempena Tahun Baharu Cina, kami beroperasi seperti biasa untuk memastikan keperluan kesihatan anda sentiasa terjaga.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda bersama Putramed Clinics πŸ’š

14/02/2026

Teruskan Skrol, Konten ini mengejutkan !

Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan bukan sekadar untuk memperbanyakkan doa dan amal, tetapi juga untuk mensyukuri ...
13/02/2026

Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan bukan sekadar untuk memperbanyakkan doa dan amal, tetapi juga untuk mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah kurniakan. 🀍

Kesihatan yang baik membolehkan kita beribadah dengan lebih tenang, bekerja dengan lebih fokus dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Sempena Jumaat yang mulia ini, jangan sia-siakan peluang untuk menjaga diri sebaiknya kerana menjaga kesihatan juga satu amanah.

πŸ“ Putramed Clinics sentiasa bersedia membantu anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan.

Kesihatan terjaga, ibadah lebih sempurna.

12/02/2026

Penerangan Jelas Untuk Pesakit Faham Keadaan Sakit Sebenar

Dr. Amir kami di Putramed Clinics Merotai memberi penerangan terperinci kepada pesakit mengenai masalah buasir.

Jangan biarkan rasa malu menghalang anda mendapatkan rawatan. Pemeriksaan awal boleh mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

πŸ“ Kunjungi Putramed Clinics Merotai untuk pemeriksaan dan nasihat doktor yang profesional & mesra komuniti.

Kesihatan anda, keutamaan kami. πŸ’š

Address

No. 10, Jalan Dunlop
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+6089750900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PutraMed Clinics posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PutraMed Clinics:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram