Bodycare Chiro & Physio - Tawau

Bodycare Chiro & Physio - Tawau Bodycare Chiro & Physio Tawau at Megah Jaya provides pain management, chiropractic treatment, modern

Pickleball season in full swing? Don't let pain slow you down. Our physiotherapist at Bodycare Chiro & Physio - Tawau he...
17/11/2025

Pickleball season in full swing? Don't let pain slow you down. Our physiotherapist at Bodycare Chiro & Physio - Tawau helps players recover faster and play stronger!

Strong body, stronger game!

Book your appointment with us at 014-370 8833!

Reduce your discomfort with us!
23/10/2025

Reduce your discomfort with us!

Kadang orang pandang pelik bila kita pilih naik lif walaupun cuma satu tingkat.Tapi mereka tak tahu, ada hari di mana setiap langkah pun rasa macam ditikam jarum halus di tumit.

Sakit itu ada nama Plantar Fasciitis.

Radang pada tisu tapak kaki yang menyokong lengkung, akibat terlalu banyak tekanan, berdiri lama, atau kasut tanpa sokongan yang betul.

Mula-mula cuma rasa pedih di tumit waktu bangun tidur. Tapi lama-lama, nak naik tangga pun rasa macam menyiksa. Akhirnya, setiap langkah jadi perjuangan. Ramai tak tahu kadang bukan sebab malas, tapi sebab sakit.

Punca
• Berdiri terlalu lama tanpa rehat.
• Berat badan berlebihan.
• Kasut tanpa sokongan lengkung
• Aktiviti berimpak tinggi seperti berlari atas permukaan keras.
• Kaki rata atau terlalu melengkung.

Rawatan utama bagi plantar fasciitis adalah memberi masa untuk kaki berehat. Kalau sakit bertambah bila naik tangga, pilihlah lif buat sementara waktu.

Pakai kasut yang lembut dan mempunyai insole dengan sokongan lengkung (arch support) supaya tekanan pada tumit dapat diagihkan dengan seimbang.

Selain itu, lakukan senaman regangan otot betis dan tapak kaki setiap hari bagi membantu kelenturan tisu plantar.

Plantar Fasciitis bukan sekadar sakit tumit.
Ia ujian kesabaran.Dan kadang-kadang, cara paling kuat untuk sembuh adalah dengan mengalah sebentar.

Jadi kalau hari ini terpaksa pilih lif, bukan sebab malas.Tapi sebab kau tahu kaki ni pun perlukan masa untuk pulih, supaya esok masih mampu berdiri dengan kuat.

Say no to bullying
31/07/2025

Say no to bullying

Ramai ibu bapa memasang harapan besar bila anak diterima masuk ke sekolah berasrama penuh, atau mana-mana sekolah elit. Tapi dalam mengejar impian, jangan lupa satu perkara kesihatan mental dan keselamatan emosi anak lebih penting

Kadang-kadang anak dah beri hint:
Tak mahu balik asrama.
Minta tukar sekolah.
Murung setiap kali cuti hampir habis.

Tapi kita jawab, “Cuba bertahan ya. Semua orang pun rasa macam tu mula-mula.”

Tidak. Tak semua orang rasa macam tu.
Ada yang rasa takut, rasa terkurung, rasa disakiti. Dan itu bukan perkara biasa.

Setiap kali anak pulang, tanyalah:
• Ada orang buli tak?
• Ada kawan baik ke?
• Tidur lena tak?
• Ada apa-apa yang buat rasa takut nak balik?

Luangkan masa untuk melawat asrama.

Kehadiran ibu bapa kadangkala cukup untuk beri signal kepada warden dan rakan-rakan bahawa anak ini dipantau dan dilindungi.

📌 Paling penting, jangan ukur kejayaan anak dengan nama sekolah semata-mata.
Anak yang selamat, sihat, dan bahagia itulah sebenar-benarnya kejayaan

Scoliosis. Take action before its too late.
31/07/2025

Scoliosis. Take action before its too late.

“Mula-mula kami ingat baju sekolah dia yang tak berapa muat. Tapi lama-lama, setiap kali pakai pun tetap nampak senget…”

Dia mula perhati cara anak berdiri. Bahu tak sama tinggi. Bila anak bongkok ke depan, satu sisi belakang nampak timbul.

Rupanya, anaknya ada scoliosis tulang belakang yang membengkok perlahan-lahan, tanpa disedari.

Ramai ibu bapa tak tahu, ada ujian mudah yang boleh dibuat di rumah.

Cuma minta anak berdiri, kemudian bongkok ke depan seolah-olah nak sentuh jari kaki. Dari belakang, perhatikan:

– Bahu atau belakang nampak tak sama tinggi?
– Tulang belakang nampak membengkok ke sisi?
– Pinggul sebelah lebih tinggi?

Kalau ya, itu mungkin tanda awal scoliosis.

Tapi jangan panik lebih awal dikesan, lebih besar peluang untuk rawatan . Kadang-kadang hanya perlu pemantauan. Kadang perlu alat sokongan. Yang penting, jangan tunggu sampai ia jadi makin teruk.

Satu pemerhatian kecil boleh selamatkan masa depan anak.

Past few days, our centres had been handling a lot of cases that include injury after playing Pickleball. Pickleball is ...
21/07/2025

Past few days, our centres had been handling a lot of cases that include injury after playing Pickleball. Pickleball is a paddle sport that combines elements of tennis, badminton, and table tennis, and is played on a badminton-sized court with a slightly modified tennis net. It can be played by two (singles) or four players (doubles). Players use solid paddles to hit a perforated plastic ball over the net.

As it is experiencing a surge in popularity, particularly in Malaysia, Yes, pickleball injuries can and do happen. Common injuries include ankle sprains, knee injuries (like sprains and meniscus tears), shoulder tendonitis, elbow epicondylitis (tennis elbow), wrist sprains/strains, and lower back pain. These injuries often arise from the quick lateral movements, sudden stops, and repetitive motions involved in the sport.

Here is a common injury that can occur during Pickleball,the injury prevention and when to seek for medical attention.

Follows for more and call 014-3708833. We are here to help you, so you can just relax and enjoy your favourite sport ✨️💪

19/07/2025

Pernah nampak orang tiba-tiba pegang leher, mata terbeliak, tak boleh bercakap, batuk pun tak keluar?

Itu bukan panik biasa. Itu seseorang sedang tercekik dan setiap saat sangat berharga.

Belajar langkah Heimlich Maneuver (tekanan perut) boleh selamatkan nyawa:

Pastikan mangsa benar-benar tercekik.
Tidak boleh bercakap, batuk, atau bernafas.

1. Berdiri di belakang mangsa.
2. Letak penumbuk atas pusat, bawah tulang dada.
3. Tarik ke dalam & ke atas, kuat dan cepat.
4. Ulang sehingga objek keluar atau mangsa rebah.

Jangan tunggu. Jangan panik. Ilmu ini boleh jadikan anda penyelamat.

❤️ Kongsi untuk bantu lebih ramai tahu.
📌 Simpan post ini. Anda tak tahu bila ia akan diperlukan.

Address

10761 Jalan Megah Jaya
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30
Saturday 08:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bodycare Chiro & Physio - Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bodycare Chiro & Physio - Tawau:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram