UNI Klinik Telok Panglima Garang , Selangor

UNI Klinik Telok Panglima Garang , Selangor Our services:
1. Medical check up and consultation
2. Emergency [ECG/Nebulizer/etc]
3. Blood test
(2)

Ibu hamil, dah buat scan yang lengkap untuk si kecil anda? Jangan terlepas yang penting!Sepanjang kehamilan, ultrasound ...
13/04/2026

Ibu hamil, dah buat scan yang lengkap untuk si kecil anda?

Jangan terlepas yang penting!

Sepanjang kehamilan, ultrasound memainkan peranan besar untuk memantau perkembangan bayi dan memastikan semuanya dalam keadaan sihat. Setiap scan ada fungsi tersendiri yang sangat penting untuk ibu & bayi.

3 jenis Ultrasound penting ketika hamil:

🔹 Early Scan
Pemeriksaan awal untuk sahkan kehamilan, dengar degupan jantung bayi, anggar usia kandungan & tarikh jangka bersalin (EDD).

🔹 NT Scan (11–13 minggu)
Membantu mengesan risiko awal masalah genetik dengan mengukur cecair di bahagian leher bayi.

🔹 Screening Anatomy (20–26 minggu)
Pemeriksaan menyeluruh organ bayi seperti otak, jantung, buah pinggang dan lain-lain untuk pastikan perkembangan normal.

Nasihat untuk ibu hamil:
- Jangan skip jadual scan yang disarankan doktor
- Dapatkan pemeriksaan awal untuk elak risiko komplikasi
- Amalkan pemakanan sihat & rehat yang cukup
- Rujuk doktor jika ada sebarang keraguan atau simptom luar biasa

Ingat!

setiap scan bukan sekadar melihat bayi, tetapi memastikan masa depan yang lebih sihat untuk si kecil.

Dapatkan pemeriksaan ultrasound anda di Uni Klinik.

Kami sedia membantu perjalanan kehamilan anda dengan selamat & teratur.

Sukar bernafas, sakit dada atau batuk tak sembuh-sembuh?Jangan tunggu sampai terlambat!Simptom seperti sakit dada, batuk...
12/04/2026

Sukar bernafas, sakit dada atau batuk tak sembuh-sembuh?

Jangan tunggu sampai terlambat!

Simptom seperti sakit dada, batuk berpanjangan, batuk berdarah atau kesukaran bernafas boleh menjadi tanda masalah paru-paru atau kecederaan dalaman yang serius. Pemeriksaan awal sangat penting untuk mengenal pasti punca sebenar dan mengelakkan komplikasi.

Bila anda perlu buat Chest X-ray?
✔️ Sukar bernafas atau rasa sempit dada
✔️ Sakit di bahagian dada
✔️ Batuk berpanjangan atau berdarah
✔️ Selepas kemalangan atau kecederaan dada
✔️ Kes kecemasan yang memerlukan penilaian segera

Kenapa Chest X-ray penting?
- Mengesan jangkitan paru-paru seperti pneumonia
- Menilai keadaan paru-paru & jantung
- Mengesan kecederaan atau masalah dalaman dengan cepat

Peringatan penting .
- Jangan abaikan tanda awal pada badan
- Dapatkan pemeriksaan jika simptom berlarutan lebih dari beberapa hari
- Elakkan self-diagnose tanpa pemeriksaan doktor
- Utamakan keselamatan terutama selepas kemalangan

Kesihatan dada & pernafasan bukan perkara kecil.

Pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa.

Hubungi Uni Klinik untuk tempahan slot X-ray dada anda hari ini!

Asyik batuk, tekak sakit & tak selesa?Jangan ambil ringan!Simptom seperti batuk, sakit tekak, demam atau selesema boleh ...
11/04/2026

Asyik batuk, tekak sakit & tak selesa?

Jangan ambil ringan!

Simptom seperti batuk, sakit tekak, demam atau selesema boleh jadi tanda jangkitan seperti COVID-19, RSV atau Influenza. Ketiga-tiga penyakit ini mudah berjangkit dan boleh memberi kesan serius, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas dan individu berisiko.

Kenapa penting buat ujian swab?
✔️ Kenal pasti punca sebenar simptom
✔️ Elak jangkitan merebak kepada ahli keluarga & orang sekeliling
✔️ Dapatkan rawatan yang tepat dengan lebih cepat

Di klinik kami, ujian swab pantas siap dalam 10 minit sahaja!

Cepat, mudah & tepat untuk ketenangan anda.

Nasihat penting:
- Jangan tunggu simptom jadi teruk
- Pakai pelitup muka jika bergejala
- Amalkan kebersihan tangan & etika batuk
- Dapatkan pemeriksaan segera jika berisiko

Kesihatan anda keutamaan kami.

Lindungi diri & keluarga dengan tindakan awal.

Datang ke Uni Klinik hari ini untuk pemeriksaan segera!

World Parkinson’s DaySempena Hari Parkinson Sedunia, Uniklinik ingin meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit ...
11/04/2026

World Parkinson’s Day

Sempena Hari Parkinson Sedunia, Uniklinik ingin meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit Parkinson, iaitu gangguan saraf yang memberi kesan kepada pergerakan, keseimbangan dan koordinasi tubuh.

Antara tanda awal yang perlu diberi perhatian:
✅ Tangan menggeletar ketika rehat
✅ Pergerakan menjadi perlahan
✅ Otot terasa kaku atau tegang
✅ Sukar mengimbang badan
✅ Tulisan menjadi semakin kecil
✅ Muka kelihatan kurang ekspresi

💡 Info kesihatan:
Parkinson bukan hanya berlaku pada warga emas, malah boleh bermula dengan simptom ringan yang sering disalah anggap sebagai keletihan biasa. Pengesanan awal sangat penting untuk membantu pesakit mengawal simptom dan meningkatkan kualiti hidup.

❤️ Jika anda atau ahli keluarga mengalami tanda-tanda ini, dapatkan pemeriksaan awal dengan doktor untuk penilaian lanjut.

📍 Uniklinik sentiasa bersama anda dalam meningkatkan kesedaran kesihatan komuniti.

Ibu sihat, bayi selamat… tapi dah cukup perlindungan ke?Ramai ibu hamil tak sedar bahawa bayi dalam kandungan masih belu...
10/04/2026

Ibu sihat, bayi selamat… tapi dah cukup perlindungan ke?

Ramai ibu hamil tak sedar bahawa bayi dalam kandungan masih belum mempunyai sistem imun yang kuat. Tanpa perlindungan awal, mereka berisiko terdedah kepada jangkitan berbahaya sejurus dilahirkan.

Penyakit seperti:
- Kancing gigi (Tetanus)
- Difteria
- Batuk kokol (Pertussis)

…boleh memberi kesan serius kepada bayi, malah boleh mengancam nyawa jika tidak dicegah dari awal.

Pencegahan terbaik untuk ibu & bayi:
✔ Ambil vaksin yang disarankan semasa kehamilan
✔ Lindungi bayi sejak dalam kandungan lagi
✔ Kurangkan risiko jangkitan selepas kelahiran

Tahukah anda?
Vaksin bukan sahaja melindungi ibu, tetapi juga membantu menyalurkan antibodi kepada bayi & memberi “perlindungan awal” sebelum mereka membesar.

Jangan tunggu sehingga bayi terdedah kepada risiko…

Pencegahan adalah langkah paling selamat untuk si kecil yang anda sayangi ❤️

Dapatkan nasihat doktor & vaksinasi di klinik kami hari ini.
Lindungi dua nyawa dalam satu masa.

🌙✨ Kemeriahan Jamuan Hari Raya Aidilfitri U.n.i Klinik ✨🌙Alhamdulillah, pada 8 April 2026, U.n.i Klinik  telah berjaya m...
10/04/2026

🌙✨ Kemeriahan Jamuan Hari Raya Aidilfitri U.n.i Klinik ✨🌙

Alhamdulillah, pada 8 April 2026, U.n.i Klinik telah berjaya mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang penuh meriah, ceria dan harmoni.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan bulan Syawal yang mulia, malah turut menjadi ruang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf, doktor, dan warga U.n.i Klinik dari pelbagai cawangan yang hadir bersama-sama memeriahkan sambutan.

Suasana majlis dipenuhi dengan senyuman, gelak tawa, juadah yang menyelerakan serta semangat kekeluargaan yang cukup indah. Inilah nilai yang sentiasa kami pegang di U.n.i Klinik yang bukan sekadar memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat, tetapi juga membina hubungan kerja yang erat dan penuh kasih sayang sesama pasukan 🤍

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf dan doktor yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini, sama ada dalam persiapan, dekorasi, juadah potluck mahupun pengurusan majlis. Komitmen dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai.

Semoga sambutan seperti ini terus menjadi kenangan manis dan mengukuhkan lagi semangat kebersamaan keluarga besar U.n.i Klinik.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami warga U.n.i Klinik Telok Panglima Garang 💙

“Pedih di ulu hati… atau sebenarnya amaran jantung?” ⚠️Ramai anggap sakit dada atau pedih ulu hati cuma masalah gastrik ...
09/04/2026

“Pedih di ulu hati… atau sebenarnya amaran jantung?” ⚠️

Ramai anggap sakit dada atau pedih ulu hati cuma masalah gastrik biasa.

Tapi hakikatnya…

ia juga boleh jadi tanda awal serangan jantung yang boleh mengancam nyawa jika diabaikan.

🚨 Tanda yang perlu diberi perhatian:

- Rasa pedih/tekanan di dada atau ulu hati
- Sakit menjalar ke lengan, leher atau rahang
- Sesak nafas, berpeluh sejuk, pening
- Rasa tidak selesa yang datang tiba-tiba

❗ Jangan tunggu sampai terlambat.
Serangan jantung boleh berlaku tanpa amaran jelas dan setiap minit sangat berharga!

💡 Langkah-langkagh pencegahan yang boleh dilakukan:
✔ Lakukan pemeriksaan ECG untuk kesan masalah jantung lebih awal.
✔ Dapatkan penilaian doktor jika ada simptom walaupun ringan.
✔ Kawal faktor risiko seperti tekanan darah, kolesterol & gaya hidup.

Ingat… lebih baik periksa awal daripada menyesal kemudian.

Kesihatan jantung bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan ❤️

📍 Kunjungi klinik kami untuk pemeriksaan ECG & nasihat lanjut.

Lindungi diri anda dan orang tersayang sebelum terlambat.

“Anak asyik garu sampai luka? Jangan tunggu jadi lebih teruk…”Kulit merah, gatal, ruam atau lepuh pada anak bukan sekada...
08/04/2026

“Anak asyik garu sampai luka? Jangan tunggu jadi lebih teruk…”

Kulit merah, gatal, ruam atau lepuh pada anak bukan sekadar masalah biasa. Ia mungkin tanda alahan (allergy) yang jika dibiarkan boleh menyebabkan:

- Jangkitan kulit
- Gangguan tidur & emosi anak
- Risiko alergi jadi lebih serius dari masa ke masa

Tahukah ibu ayah?
Alahan boleh berlaku seawal usia bayi, malah ujian alergik boleh dilakukan seawal 6 bulan untuk kenal pasti punca sebenar.

Antara penyeselesaian terbaik yang boleh dilakukan:
✔ Kenal pasti punca alahan (makanan, habuk, persekitaran)
✔ Lakukan ujian alergik dengan tepat melalui pengambilan darah
✔ Rawatan awal untuk elak keadaan makin kronik

Jangan tunggu sampai anak menangis setiap malam sebab gatal…
Lebih cepat tahu, lebih mudah lindungi kesihatan mereka.

Datang ke klinik kami untuk pemeriksaan lanjut & nasihat doktor.

Kesihatan anak anda, tanggungjawab kita bersama 🧡💙

Mood tak stabil, jerawat naik, badan rasa lain macam? Jangan terus salahkan diri… mungkin period anda semakin hampir.Ram...
07/04/2026

Mood tak stabil, jerawat naik, badan rasa lain macam?

Jangan terus salahkan diri… mungkin period anda semakin hampir.

Ramai wanita mengalami perubahan fizikal dan emosi beberapa hari sebelum haid, dan keadaan ini dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome).

Antara tanda yang sering berlaku termasuk:
🌸 Jerawat mula muncul
🌸 Payudara terasa berat atau sakit
🌸 Kerap sakit kepala
🌸 Perut terasa kembung
🌸 Tidur terganggu
🌸 Emosi mudah berubah
🌸 Berat badan naik secara mendadak

Keadaan ini biasanya berlaku akibat perubahan hormon sebelum datang haid. Walaupun ia normal, simptom yang terlalu teruk hingga mengganggu rutin harian tidak sepatutnya diabaikan.

Jika anda sering mengalami simptom PMS yang melampau, sakit berlebihan atau emosi terlalu terganggu, dapatkan pemeriksaan awal di Uniklinik untuk nasihat doktor dan rawatan yang sesuai 💙

📍 Klinik beroperasi 24 jam setiap hari
🩺 Pemeriksaan kesihatan wanita tersedia untuk anda

🌍 Hari Kesihatan Sedunia 2026 ❤️Kesihatan adalah aset paling berharga dalam kehidupan kita. Sempena Hari Kesihatan Sedun...
07/04/2026

🌍 Hari Kesihatan Sedunia 2026 ❤️

Kesihatan adalah aset paling berharga dalam kehidupan kita. Sempena Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April ini, kami di U.n.i Klinik ingin mengajak semua untuk lebih peka dan mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri serta keluarga.

💡 Tahukah anda?
Kesihatan yang baik bukan hanya bebas daripada penyakit, tetapi merangkumi kesejahteraan fizikal, mental dan sosial secara menyeluruh.

🩺 Tips Kesihatan untuk diamalkan setiap hari:
✔️ Minum air secukupnya
✔️ Amalkan pemakanan seimbang
✔️ Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari
✔️ Dapatkan rehat yang mencukupi
✔️ Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

✨ Ingat, mencegah lebih baik daripada merawat.

Kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat komuniti.

Jaga kesihatan anda, kerana anda penting ❤️

🎓 Nak masuk sekolah, universiti atau IPT? Jangan lupa pemeriksaan kesihatan!Ramai pelajar terlepas pandang perkara penti...
05/04/2026

🎓 Nak masuk sekolah, universiti atau IPT? Jangan lupa pemeriksaan kesihatan!

Ramai pelajar terlepas pandang perkara penting ini 😮
Sedangkan pemeriksaan kesihatan adalah syarat wajib untuk kemasukan ke institusi pendidikan!

📋 Di Uni Klinik, kami sediakan pemeriksaan lengkap:
✔️ Konsultasi doktor
✔️ Pemeriksaan BMI & fizikal menyeluruh
✔️ Tekanan darah, nadi, suhu & SpO₂
✔️ Ujian darah & X-ray (jika perlu)
✔️ Ujian air kencing & drug test
✔️ Pemeriksaan asid urik & penglihatan

💡 Cepat, mudah & lengkap. Semua di satu tempat!

⚠️ Penting:
Jangan lupa bawa borang kesihatan dari institusi anda semasa hadir ya!

❤️ Elakkan last minute, buat awal lebih tenang!

📍 Datang ke Uni Klinik hari ini untuk pemeriksaan pelajar anda.
Kami bantu mudahkan urusan anda!

🚨 Tanpa kita sedar, gaya hidup harian boleh jadi punca penyakit serius!Tahukah anda, Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) sep...
04/04/2026

🚨 Tanpa kita sedar, gaya hidup harian boleh jadi punca penyakit serius!

Tahukah anda, Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung sering berpunca daripada tabiat harian kita sendiri?

Antara faktor risiko utama:
❌ Merokok
❌ Kurang aktiviti fizikal
❌ Pemakanan tidak sihat
❌ Pengambilan alkohol berlebihan
❌ Obesiti
❌ Stress yang tidak terkawal

💡 Kabar baiknya, semua ini BOLEH dicegah!
Mulakan dengan langkah kecil:
✔️ Amalkan pemakanan seimbang
✔️ Kekal aktif setiap hari
✔️ Urus stress dengan baik
✔️ Jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala

❤️ Kesihatan adalah pelaburan jangka panjang. Jangan tunggu sakit baru nak jaga!

📍 Dapatkan pemeriksaan dan nasihat kesihatan di Uni Klinik hari ini.
Kami sentiasa ada untuk anda & keluarga.

Address

Telok Panglima Garang
42500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UNI Klinik Telok Panglima Garang , Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to UNI Klinik Telok Panglima Garang , Selangor:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram