Aroma Syifa'

Aroma Syifa' Daun bidara mampu melegakan TEKANAN JIWA, KEMURUNGAN dan DEPRASI.

* Memberi alternatif sebagai ikhtiar membasmi masalah gangguan sihir,saka, & makhluk halus.
* Berkongsi ilmu yang bermanfaat melalui sentuhan pena & video bagi santapan roh.
* Berkongsi info-info ceramah agama untuk manfaat bersama. Ia mempunyai gelombang getaran yang cukup kuat untuk menghindari gangguan jin & syaitan serta sesuai untuk kegunaan semua lapisan umur.

" KISAH CINTA "Suatu masa ketika Mekah dilanda kemarau, maka diperintahkan semua ulamak berkumpul untuk solat istisqa', ...
06/01/2018

" KISAH CINTA "
Suatu masa ketika Mekah dilanda kemarau, maka diperintahkan semua ulamak berkumpul untuk solat istisqa', maka berkumpullah semua ulamak di sana untuksolat, selepas solat tidak ada tanda tanda hujan turun.
Tiba tiba Syeikh Ibnu Mubarak RA yang berhampiran dengan sebuah pintu masuk, melihat seorang pemuda berkulit hitam masuk dan berdoa sambil menangis. Beliau menghampiri pemuda itu dan mendengar doa pemuda itu "Wahai Allah, kami semua penuh dengan dosa dan kami ini zalim, lihatlah pada Rahmat, Kasih Sayang serta PengampunanMU, jangan lihat pada dosa kami, Ya Allah"
Tiba tiba hujan mula turun setitik demi setitik.
Lalu pemuda itu beredar dan Syeikh Ibnu Mubaraq mula mengekori pemuda itu. Apabila sampai ke rumah syeikh berpatah semula dan kembali ke tempat tinggal, Di sana beliau berjumpa sahabatnya Syeikh Fudhail Ibnu Iyyad RA dan Syeikh Suffian at Tsauri RA dan menceritakan tentang peristiwa itu.
Maka masing masing ingin berjumpa pemuda itu untuk mengambil baraqah dari pemuda tersebut.
Maka keesokan hari Syeikh Ibnu Mubaraq berpesan kepada sahabat sahabatnya "biar aku membeli hamba tersebut kemudian kita boleh bertemu dengannya". Mereka pun bersetuju.
Bergerakkah syeikh ke rumah itu dan di dapati seorang tua , lalu bertanya "Sudikah kau menjualkan aku hambamu?
Orang tua itu menjawab" aku mempunyai 14 orang hamba, engkau ingin yang mana satu "
Lalu lelaki itu memanggil satu per satu hamba sambil menunjukkan pada syeikh.
Akhirnya sampai giliran pemuda berkulit hitam itu, lalu syeikh menunjukkan pada orang tua itu, hamba ini yang ingin dibelinya.
Orang tua itu pelik lalu berkata" Budak ini mukanya pucat dan lemah, tidak ada guna untuk kerja keras dan berkhidmat untukmu, di malamnya dia berjaga dan menangis dan di siang hari dia berpuasa, Aku menyimpannya hanya untuk baraqah"
Lalu syeikh menebus hamba tersebut lalu dibawa ke rumah.
Dalam perjalanan beliau memperkenalkan diri kepada pemuda itu. Lalu bertanya pemuda itu "Syeikh seorang yang alim dan mulia serta terkenal, kenapa tuan membeli saya padahal saya tidak mampu untuk berkhidmat untuk tuan?
Lalu syekh menceritakan apa yang dilihatnya dan menyatakan tujuan menebus hamba itu hanya semata mendapat baraqah"
Pemuda itu mula menangis teresak esak dan makin kuat tangisannya. Lalu dia memohon kepada syeikh itu "Tuan izinkan saya solat 2 rakaat di sini"
Syeikh menjawab "engkau boleh solat di rumahku"
Pemuda itu mendesak lalu syeikh memberi keizinan.
Lalu pemuda itu solat di situ juga, dan setelah solat beliau mengangkat tangan berdoa sambil menangis "Ya Allah, rahsia kita sudah diketahui oleh orang lain, aku tidak ingin untuk hidup lagi, ambillah aku Ya Allah"
Tangisan pemuda itu makin kuat, akhirnya beliau tersungkur dan meninggal.
Semoga kisah ini mendapat manafaat kepada kita.
Syeikh Ibnu Mubarak RA
Al Fatihah
Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad Wa Barrik Wa Sallim
Allah Hu Allah
Kredit - Muhammed Raffi Shaik Allaudeen


IBU, ISTERI, DAN WANITA.Seorg ibu amat besar peranan dan pengaruh dlm pembesaran anak2nya, semua anak mahu dibahgiakan d...
23/11/2017

IBU, ISTERI, DAN WANITA.
Seorg ibu amat besar peranan dan pengaruh dlm pembesaran anak2nya, semua anak mahu dibahgiakan dgn sebaiknya, justeru mrk akn buat yg terbaik utk anaknya, dirinya ada hak utk anaknya lantaran dirinya yg mengandung selama 9 bulan..
Duhai para IBU , jdkan rumah mu adalah sebagai tempat ibadah dan jihad utk melahirkan insan2 yg akn bahgiakan ummah dan dunia dgn posisi masing2, rumah mu adalah tempat pembinaan insan2 yg memimpin kpd salaman dan rahmatan ( CINTA)
Jgn didik anak hanya utk mencapai kejayaan akademik ,miliki kerjaya atau kesenangan kebendaan dan membahgiakan org tuanya shj, pahala tetap ada pd seorg ibu dlm membesar dan mendidik anak2, namun pahalanya tidak akn sama dan amat jauh ketinggalan dgn mrk yg mendidik bkn utk kebahgiaan anak atau dirinya semata2 tetapi utk bahgiakan org lain,ummah dan dunia.

Tangan yg menghayun buaian boleh mengoncang dunia, Sesungguhnya masa depan Islam, dunia dan negara berada ditangan seorg IBU ,..
Tugas AYAH perlu b*k masa keluar rumah utk mencari rezeki dan membahgiakan ummah apalgi dgn situasi zaman yg manusia penuh penderitaan,adapun isteri p**a walaupun yg bekerja, mengambil fokus membina ummah yg penuh bahgia melalui pembinaan anak2 yg berada ditangannya, jdkan rumah adalah tempat diri berjihad membina masa depan baik bg agama, insan dan dunia.
Jika suami isteri menjdkan rumahtangga mrk utk bahgiakan org lain ,ummah krn cinta pd ALLAH dan RASUL, insyallah rumahtangga mrk akn diberkati dan dibahgiakan الله dgn penuh Cinta dariNYA .
Besarnya pahala seorg isteri walaupun diam dirumahnya, ia mendpt pahala jihad dgn memberi dukungan Suami keluar sebarkan kebahgiaan(Salaman), ia juga mendpt pahala jihad lantaran gigih penuh kesabaran membina anaknya menjd generasi atau tokoh2 yg akn terus mengibarkan panji membawa Salaman (kebahgiaan) dan Rahmatan dimasa hadapan..
SESUNGGUHNYA MASA DEPAN ISLAM, INSAN DAN DUNIA BERADA DITANGAN WANITA..
Rebutlah pahala Jihad dgn masa yg singkat didunia ini, jdkan anak bkn utk diri mu tetapi utk ALLAH DAN RASUL.
- Kalam Ayahanda -
SALAM MAULIDURRASUL.
Kredit - RibathDarussalam

BERGURULAH DENGAN GURU YANG BERSANAD ILMUNYASanad itu adalah mata rantai yang bersambung. Misalnya kita nak belajar kara...
25/07/2017

BERGURULAH DENGAN GURU YANG BERSANAD ILMUNYA

Sanad itu adalah mata rantai yang bersambung. Misalnya kita nak belajar karate atau senamrobik dan sebagainya. Begitu pergerakan asas kita dengan bunganya,
rentaknya, kombinasinya dan sebagainya. Mana mungkin kita terus tahu begitu sahaja.

Tentu ada sanadnya bukan? Sanadnya bagaimana? Daripada murid ke gurunya. Gurunya belajar daripada gurunya turun temurun daripada Tok Wan siapa orang yang membuat tarian tadi itu.

Sanad itu bersambung salsilah atau rantaian ilmu itu bersambung kepada orang yang pencetusnya siapa? Mujtahidnya siapa? Sampai kepada siapa? Hadith-hadith Rasulullah ﷺ sampai kepada Baginda Nabi kita. Tafsir sampai kepada pengarangnya. Itu sanad.

Dari sudut mana pentingnya sanad? Pentingnya sanad ada ilmu yang bersambung itu lebih menyakinkan kita mendapatkan suatu kefahaman yang betul sebab fahaman kita daripada Tok-Tok Guru kita dengan fahaman yang benar. Tok-Tok Guru kita daripada fahaman Tok-Tok Guru mereka yang betul bersambung sampai kepada Baginda Rasulullah ﷺ.

Sementara yang mengaji dengan kitab langsung buka kitab tanpa bimbingan guru yang benar bersanad walaupun dia ada kefahaman dalam bahasa arab. Itu kadang-kadang sedikit mengelirukan. Ke hulur ke hilir. Mana yang kelirunya? Hanya mengikut kefahaman dia. Dia siapa itu? Mujtahidnya pun tidak. Masih banyak ilmu yang masih tidak diketahui dan perlu dipelajari. Setakat jawatan sahaja itu tidak cukup.

Ilmu yang secara bersanad lebih menyakinkan kebenarannya sebab ianya daripada kepala kepada kepala daripada Tok Guru kepada Tok Guru bersambung sampai kepada Sayyidina Rasulullah ﷺ berbanding yang datang daripada "tempat" yang dia buat ijtihad sendiri.

Akhirnya orang-orang dia sesatkan, kelirukan. Dia punya fahaman sendiri yang kadang-kadang fahaman dia itu tidak betul.

Nabi kita bersabda "Allah laknat orang-orang yahudi menjadikan kubur Para Nabi-Nabi mereka." Jadi kata "mereka" haram hukumnya berkubur di dalam Masjid. Jadi itu apa hubungannya?

Itu terbalik yang Nabi kita laknat itu adalah orang yahudi yang membangun Masjid atas kubur. Sementara yang hat kalian itu terbalik. Kalian katakan haram berkubur di dalam Masjid. Itu ke hulur ke hilir.

Kenapa jadi keliru macam itu? Sebab memahami hadith ikut kemampuan yang ada pada dirinya tanpa melalui bimbingan Guru yang membetulkannya dan melalui rantaian ilmu yang bersanad.

[TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI HAFIDZOHULLAH]

Kredit - FB: The Capal

PENASIHAT SULTAN NAZRIN SHAHLelaki istimewa ini sering dilihat bersama-sama Sultan Nazrin Shah kemana-mana sahaja. Indiv...
13/07/2017

PENASIHAT SULTAN NAZRIN SHAH

Lelaki istimewa ini sering dilihat bersama-sama Sultan Nazrin Shah kemana-mana sahaja. Individu ini juga menjadi insan penting disebalik permasyhuran dan pertabalan Sultan Perak-35.

Beliau yang dimaksudkan ialah Al-Alim Syaikh Dr Muhammad Afifi Al Akiti.

Dr. Muhammad Afifi al-Akiti, MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM –

juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Biodata Beliau

-Nama: Muhammad Afifi Al-Akiti

-Tempat Lahir: Batu Gajah,Perak

-Pernah dilantik sebagai Imam di Masjid Ireland

-Tersenarai pendek dalam anugerah Muslim UK tahunan atas sumbangan beliau yang besar dalam ilmu pendidikan islam.

-Dilantik menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun.

-Tahun 2010, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam negeri Perak,Pengistiharannya telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Pendidikan:

-Mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor.

-Menyambung di beberapa pondok sekitar Indonesia,Maghibi dan Syria

-Melanjutkan pendidikan di Universiti Queen Belfast (Dianugerahkan penuntut terbaik 2001 di Universiti Queen)

-Meneruskan perjuangan beliau di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Oxford.

Dr Afifi merupakan hasil acuan daripada pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya memberi sumbangan yang besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah menerima ijazah kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains.Bermula dari situ,beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian beliau ke tahap yang lebih tinggi.

Ketika mana menuntut di Universiti Oxford, beliau telah mendapat ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang falsafah Arab Pertengahan (Medieval) sebagai seorang cendekiawan Clarendo pada tahun 2008. Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Teologi Islam, Sejarah dan Sains.

Hasil tesis yang begitu mengkagumkan telah diletakkan dalam kump**an pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis islam termasyur, Imam Ghazali(d,505,1111). Ianya memerlukan usaha yang begitu gigih dalam membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab zaman pertengahan(Medieval).Terdapat juga tiga hasil kajian beliau diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dan hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Beliau telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi.

Kepetahannya berbahasa dalam pelbagai bahasa menjadikan satu kelebihan buat beliau untuk berkomunikasi dengan pelbagai manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau ialah bahasa Latin,Arab,Inggeris,Jerman,Yunani dan Perancis.

Subhanallah,Allah yang telah memberikan anugerah kepada hambanya yang berusaha.Allah yang telah membimbing perjalanan beliau menjadi seorang ulama' dalam usia yang begitu muda.Semoga Dr.Muhammad Afifi diberkati Allah dan terus berjaya memberikan sumbangan buat umat islam dan yang lainnya.

Dr Muhammad Afifi Al-Akiti ini merupakanlulusan sekolah pondok yang berjayamencapai kecemerlangan pendidikannya sehingga menjadi bangsa Melayu pertama di dunia yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pengajar di universiti berprestij dunia itu.(siapa kata sekolah pondok tiada masa depan?)

Pada 2011, Dato' Dr Afifi Al-Akiti telah di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak di mana ia membawa kepada pangkat "Dato'".

Beliau juga adalah ahli Dewan Negara Perak dan juga Orang - orang Besar Perak yg terlibat secara langsung dlm perlantikan raja pemerintah. Beliau digelar Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan dlm senarai Orang-Orang Besar Perak.
------------------------

Semoga Allah merahmati Syeikh Dr Afifi Akiti. Aamiin
Kredit - Page kami Sayang Sultan

JADIKAN PARA ULAMA ITU UMPAMA TV & RADIOMUIslam itu bukannya maju seperti teknologi. Teknologi semakin ke depan semakin ...
12/07/2017

JADIKAN PARA ULAMA ITU UMPAMA TV & RADIOMU

Islam itu bukannya maju seperti teknologi. Teknologi semakin ke depan semakin maju tetapi Islam bukan begitu. Islam semakin belakang semakin benar dan sampai yang paling benar adalah di zaman Baginda Rasulullah ﷺ.

Ambillah ilmu daripada sumber yang benar dengan cara yang betul supaya kita memahaminya. Ketahuilah ilmu yang benar akan menghasilkan "Nur" cahaya yang diberikan Allah di dalam hati kita. Menyuruh kepada diri sendiri untuk membezakan antara yang haq dan batil.

Selain itu, ilmu yang benar juga akan menghasilkan perasaan takut kepada Allah سبحانه وتعالى. Semakin belajar semakin takut kepada Allah سبحانه وتعالى. Semakin takut melakukan dosa, semakin takut melakukan maksiat dan semakin takut untuk tidak melakukan ketaatan kepada Allah سبحانه وتعالى. Ilmu yang barokah itu yang kita inginkan.

Dakwah itu adalah untuk mendekatkan orang datang bukannya membuatkan orang lari. Hari ini maaf cakap kemudahan yang kita ada sepatutnya memudahkan kita untuk berdakwah dan beramal. Kemudahan banyak tapi yang tak buat lagi banyak daripada yang buat.

Bermakna kemudahan itu bukan jaminan bahkan kemudahan yang ada pada zaman kita ini lebih banyak melalaikan kita daripada beramal daripada menyuruh kita beramal. Apa yang kita ambil daripada internet dan sebagainya semuanya tidak semua benar. Di sana adanya terselit hasad dengki, di sana adanya sifat tak baik dan sebagainya.

Tak sepertimana orang-orang yang di didik dengan didikan talaqqi ataupun dengan sanad dengan melihat kepada Masyeikh. Mereka ini orang-orang dulu tengok Syeikh itu macam tengok TV.

Hari ini pun orang-orang yang dibentuk pun daripada TV bukan? Tengok anak-anak kita yang mana bila mereka tengok je kartun yang ada di TV maka dia akan terikut-ikut, akan buat walaupun dia tak faham.

Maaf cakap begitu juga masyarakat hari ini telah menjadi penakut lebih takutkan hantu-hantu daripada takutkan Allah سبحانه وتعالى yang mana sebabnya adalah berpunca daripada cerita-cerita yang ada di TV kita. Ianya sangat memberikan kesan.

Dulu TV nya Para Sahabat itu adalah Baginda Rasulullah ﷺ. Hari-hari tengok TV tu macam mana tak menular akhlak, adab, ilmu, manfaat dari Nabi ﷺ.

Begitulah Para Sahabat kepada Tabi'in dan seterusnya. Hari ini TV kita apa cerita? Berapa banyak kita nak tengok kepada Para Ulama?

Hari ini kita ada kesempatan. Hari-hari ada majlis ilmu. Allah!! Alangkah beruntungnya kita ini seandainya Allah سبحانه وتعالى sentiasa memilih kita, mempermudahkan pergerakan kita untuk nak menuju ke Rumah-Nya, duduk di dalam salah satu daripada "Taman-Taman Syurga-Nya". Itu tandanya Allah سبحانه وتعالى sayang kepada kita dan nak beri kebaikan kepada diri kita.

Bersyukurlah kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Zaman kita sekarang ini semuanya serba canggih dan mudah. Nak ke Masjid mudah, nak ke majlis ilmu pun mudah sebab kita ada kereta, kita ada motor. Semuanya serba lengkap dan cepat.

Tidak seperti orang-orang dahulu yang mana mereka nak keluar menuntut ilmu perlu keluar berjalan, bermusafir dalam tempoh masa yang lama hanya untuk nak mendapatkan ilmu. Mereka yang pergi mencari Ulama tapi zaman kita sekarang ini Ulama yang datang mencari kita.

[HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH]



FB: The Capal
SILA SHARE BUAT MANFAAT BERSAMA.

SAAT KEMATIAN YANG DICEMBURUIHadzrat Maulana Yunos Jounpuri tidak ada Facebook ... Apa lagi Fan pages ... Beliau bukanla...
12/07/2017

SAAT KEMATIAN YANG DICEMBURUI

Hadzrat Maulana Yunos Jounpuri tidak ada Facebook ... Apa lagi Fan pages ... Beliau bukanlah "Public Figure" yang selalu aktif di alam maya ... Apa lagi segulung "Phd" pun tidak ada ... Gelaran "Dr" pun tidak ada ...

Tapi ...

Daripada tangan dan lisan Hadzrat Maulana Yunos Jounpuri inilah lahirnya penerus pejuang agama khususnya dalam bidang ilmu hadis ... Entah berapa ramai sudah pelajar yang telah tamat pengajian hadis secara bersanad menghabiskan kitab-kitab hadis, kalam Rasulullah SAW kulit ke kulit daripada beliau ...

Hampir 48 tahun beliau menghabiskan hidup beliau mengajar Sahih Bukhari ... Selama 48 tahun itulah juga hadis dalam kitab Sahih Bukhari yang mengandungi lebih kurang 6000 hadis diulang-ulang setiap tahun ... Secara kasarnya berjumlah 288 000 kalam Rasulullah SAW diulang selama 48 tahun ! Setiap hari akan akan kedengaran suara "Qoola Rasulullah SAW ... Qoola Nabi SAW ... Haddathana ..."

Beliau telah korbankan nikmat untuk berkahwin disebabkan cinta beliau yang amat mendalam dalam ilmu hadis ... Seperti yang berlaku sebahagian Imam dan para ulamak salaf terdahulu ... Tidak hairanlah akhir hayat beliau sudah cukup memberi pengajaran buat kita semua !

Apakah ini tidak cukup menjadi bekalan amal buat hadzrat di alam baqa' sana ? Ya Allah rahmatilah Hadzrat Syeikh Maulana Yunos Jounpuri ! Kami akan merinduimu syeikh sahb ... 😭😭😭

Bagaimana p**a akhir hidup kita kelak ???

Note :

Gambar suasana solat jenazah Syeikhul Hadis Hadzrat Syeikh Maulana Yunos Jounpuri Al Mazahiri
Kredit - Ustaz Farith Zul

Berita sedih utk ummat ...Kita kehilangan lagi seorang permata Muhaddisin daripada India yg juga merupakan anak murid ke...
11/07/2017

Berita sedih utk ummat ...

Kita kehilangan lagi seorang permata Muhaddisin daripada India yg juga merupakan anak murid kesayangan Syeikhul Hadith Maulana Zakariyya Al Kandhalawi iaitu Hazrat Syeikhul Hadith Mazahir Uloom Saharanpur Maoulana Mohammad Younus Jounpuri ...

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Kredit - Ustaz Farith Zul
Lucknow, Uttar Pradesh

02/06/2017

AMALAN MENGHINDARI DIRI DARIPADA DI SIHIR
************************************************************
Bacalah Surah Al-Baqarah Ayat 102.
TerjemahanNya
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh setan-setan pada masa Kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir, tetapi setan-setan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal, keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kafir".

Maka mereka mempelajari dari kedua-duanya (Malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan mencelakakan seseorang dengan sihirnya, kecuali dengan izin Allah.

Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh,mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, niscaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.

Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu."
Kenali tanda2 Gangguan Jin dlm video ini..

Klik Sini Untuk Tonton Video
-->http://bit.ly/tanda-tandagangguanjin
SILA SHARE UTK MANFAAT BERSAMA.

"Ketika kamu sudah letih melakukan maksiat. Kamu bertaubat, kemudian mengulangi maksiat tersebut, kemudian bertaubat lag...
24/05/2017

"Ketika kamu sudah letih melakukan maksiat. Kamu bertaubat, kemudian mengulangi maksiat tersebut, kemudian bertaubat lagi, kemudian mengulanginya maka amalkanlah doa ini..

Doa Waliyullah Sheikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah.

اللَّهُمَّ حَرِّمْنِي لَذَّةَ مَعْصِیَتِكَ، وَارْزُقْنِي لَذَّةَ طَاعَتِكَ.

" Allahumma Harrimni Lazzata Ma'siyatika, Warzuqni Lazzata Too'atika

Ya Allah, Haramkan ke atasku merasa Lazat akan melakukan Maksiat kepadaMu, dan Kurniakan aku rasa Lazat akan melakukan ketaatan kepadaMu "
Kredit - Aizuddeen Ahmed

SEJARAH SINGKAT ANAK CUCU RASULULLAH ﷺ DI NUSANTARA. Keturunan Nabi Muhammad - Beliau Rasulullah ﷺ dikaruniai 7 anak 3 l...
17/05/2017

SEJARAH SINGKAT ANAK CUCU RASULULLAH ﷺ DI NUSANTARA.
Keturunan Nabi Muhammad - Beliau Rasulullah ﷺ dikaruniai 7 anak 3 laki-laki dan 4 prempuan, yaitu Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zaenab, Ruqoiyah, ummu kultsum, dan Fathimah Azzahra. Setiap keturunan berasal dari ayahnya, namun khusus untuk Keturunan Sayyidatuna Fathimah bersambung kepada Rasulullah merekalah keturunan Nabi Muhammad ﷺ, sebagaimana dalam hadits disebutkan bahwa Rasulullah bersabda: "setiap anak yg dilahirkan ibunya bernasab kepada ayahnya, kecuali anak-anak dari fathimah, akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah ayah mereka" (HR.Imam Ahmad)
Sayyidatuna Fathimah dikarunia 2 orang putra yaitu Sayyidina Hasan dan Saayidina Husein, dari kedua cucu Nabi ini lahir para anak cucuk Rasulullah yang hingga kini kita kenali dengan sebutan syarif, syarifah, Sayyid, dan Habib.
Keturunan dari Sayyidina Hasan, yaitu sering disebut dengan al-hasni hanya ada sedikit saja di indonesia.
Keturunan dari Sayyidina Husein, Sayyidina Husein wafat di Karbala, beliau mempunyai enam orang anak laki-laki dan 3 wanita, yaitu Ali Akbar, Ali Awsat, Ali Ashghar, Abdullah, Muhammad, Jakfar, Zainab, Sakinah dan Fathimah. Putra Sayyidina Husein keseluruhannya wafat terkecuali Al Awsat atau yang biasa dikenal dengan Nama Imam Ali Zainal 'Abidin, mempunyai putra bernama Muhammad Al-baqir, yang mempunyai Putra bernama Ja'far Ash-Shadiq yang menjadi Guru daripada Imam Hanafi, yang kemudian Imam Hanafi ini memiliki murid Imam Maliki, lalu Imam Maliki memiliki murid Imam Syafi'i dan Imam Syafi'i bermuridkan Imam Ahmad bin Hanbal.
Al-Imam Ja’far Ash-Shodiq dilahirkan pada tahun 80 H riwayat lain menyebutkan 83 H, Meninggal di kota Madinah pada tahun 148 H dan dimakamkan di pekuburan Baqi. Keturunannya yaitu Ali Uraidi yang memiliki putra bernama Muhammad An-nagieb memiliki putra isa arumi dan memiliki putra ahmad al muhajir.
Ahmad bin Isa al-muhajir punya dua orang putra yaitu Ubaidillah dan Muhammad. Ubaidillah hijrah bersama ayahnya ke Hadramaut, Yaman dan mendapat tiga putra yaitu Alwi, Jadid dan Ismail (Bashriy). Keturunan mereka punah dalam sejarah, sedangkan keturunan Alwi tetap lestari. Mereka menamakan diri dengan nama sesepuhnya Alwi, yang kemudian dikenal masyarakat dengan sebutan kaum Sayyid Alawiyin.
Kepindahannya ke Hadramaut disebabkan karena kekuasaan diktator khalifah Bani Abbas yang secara turun-menurun terus memimpin umat Islam, mengakibatkan rasa ketidakpuasan di kalangan rakyat. Akibat dari kepemimpinan yang diktator, banyak kaum muslim berhijrah, menjauhkan diri dari pusat pemerintahan lalu hijrah dan menetap di Hadramaut, Yaman.
Penduduk Yaman khususnya Hadramaut yang mengaku penduduk asli dari qabilah Qahthan, yang awalnya bodoh dan sesat berubah menjadi mengenal ilmu dan berjalan di atas syariat Islam yang sebenarnya. Al-Imam al-Muhajir dan keturunannya berhasil menundukkan masyarakat Hadramaut yang memiliki faham khawarijme dengan akhlak dan pemahaman yang baik.
Para sayyid Alawiyin menyebarkan dakwah Islamnya di Asia Tenggara melalui dua jalan, pertama hijrah ke India kemudian pada tahap kedua dari India ke Asia Tenggara, atau langsung dari Hadramaut ke wilayah Asia Tenggara melalui pesisir India. Diantara yang hijrah ke India adalah syarif Abdullah bin Husein Bafaqih ke kota kanur dan menikahi anak menteri Abdul Wahab dan menjadi pembantunya sampai wafat. Lalu syarif Muhammad bin Abdullah Alaydrus yang terkenal di kota Surat dan Ahmadabad. Dia hijrah atas permintaan kakeknya syarif Syech bin Abdullah Al-Aydrus.
Begitu p**a keluarga Abdul Malik yang diberi dengan gelar ‘Azhamat Khan’. Dari keluarga inilah asal-muasal keturunan penyebar Islam di Indonesia khususnya di Jawa yang dikenal dengan sebutan Wali Songo. Kemudian dari India, mereka melanjutkan dakwahnya ke Indonesia, yaitu melalui daerah pesisir utara Sumatera yang sekarang dikenal dengan propinsi Aceh.
Menurut Profesor Dr. Hamka, sejak zaman kebesaran Aceh telah banyak keturunan-keturunan Hasan dan Husain itu datang ke Indonesia, tanah air kita ini. Sejak dari semenanjung Tanah Melayu lalu kep**auan Indonesia dan Filipina. Memang harus diakui banyak jasa-jasa dari mereka dalam penyebaran Islam di seluruh Nusantara ini. Penyebar Islam dan pembangun kerajaan islam di Banten dan Cirebon adalah Syarif Hidayatullah yang diperanakkan di Aceh. Syarif kebungsuan tercatat sebagai penyebar Islam di Mindanau dan Sulu.
Sesudah pupus keturunan laki-laki dari Iskandar Muda Mahkota Alam, pernah bangsa Sayyid dari keluarga Jamalullail menjadi raja di Aceh. Negeri Pontianak pernah diperintah oleh bangsa Sayyid al-Gadri. Siak oleh keluarga dari bangsa Sayyid Bin Shahab. Perlis (Malaysia) didominasi dan dirajai oleh bangsa dari Sayyid Jamalullail. Yang Dipertuan Agung III Malaysia, Sayyid Putera adalah raja Perlis. Gubernur Serawak yang ketiga, Tuanku Haji Bujang ialah berasal dari keluarga Al-Aydrus.
Kedudukan para sayyid di negeri ini yang turun-temurun menyebabkan mereka telah menjadi anak negeri di mana mereka berdiam. Kebanyakan dari mereka menjadi ulama dan ada juga yang berdagang. Mereka datang dari Hadramaut dari keturunan Imam Isa al-Muhajir dan al-Faqih al-Muqaddam. Mereka datang kemari dari berbagai keluarga. Yang kita banyak kenal dari mereka ialah dari keluarga As-Segaf, Al-Kaff, Al-Athas, Bin Syekh Abubakar, Al-Habsyi, Bafaqih, Al-Aydrus, Al-Haddad, Bin Smith, Jamalullail, Assiry, Al-Aidid, Al-Jufri, Bin Syahab, Al-Qadri, Albar, Al-Mussawa, Gathmir, Bin Aqil, Al-Hadi, Al-Zahir, Basyaiban, Ba’abud, Bin Yahya dan lain-lain.
Orang-orang dari Arab khususnya Hadramaut mulai datang secara masal ke Nusantara pada tahun-tahun terakhir diabad 18, sedangkan kedatangan mereka di pantai Malabar jauh lebih awal. Pemberhentian mereka yang pertama adalah di Aceh. Dari sana mereka lebih memilih pergi ke Palembang dan Pontianak. Orang-orang Arab mulai banyak menetap di Jawa setelah tahun 1820 Masehi, dan qabilah-qabilah mereka baru tiba di bagian Timur Nusantara pada kisaran tahun 1870 Masehi. Pendudukan Singapura oleh Inggris pada tahun 1819 Masehi dan kemajuan besar dalam bidang perdagangan membuat kota itu menggantikan kedudukan Aceh sebagai perhentian pertama dan titik pusat imigrasi bangsa-bangsa Arab. Semenjak pembangunan pelayaran kapal uap di antara Singapura dan Arab, Aceh sudah menjadi tidak penting lagi..
Di p**au Jawa terdapat enam qabilah besar Arab, yaitu di Batavia yang sekarang dikenal dengan nama Jakarta, Cirebon, Pekalongan, Semarang, Tegal, dan Surabaya. Di Madura hanya ada satu yaitu di Sumenep. Qabilah Arab di Surabaya dianggap sebagai pusat qabilah di p**au Jawa bagian Timur. qabilah Arab lainnya yang cukup besar berada di Probolinggo, Lumajang, Pasuruan, Bangil, Besuki dan Banyuwangi. Qabilah Arab di Besuki mencakup p**a orang Arab yang menetap di kota Panarukan dan Bondowoso.
Qabilah-qabilah Arab Hadramaut khususnya Alawiyin yang berada lokasi pesisir tetap menggunakan nama-nama qabilah mereka, sedangkan Alawiyin yang tidak dapat pindah ke pesisir karena berbagai sebab, Mereka berganti nama dengan nama-nama Jawa, mereka banyak yang berasal dari keluarga Ba’bud, Basyaiban, Bin Yahya dan lainnya.
Sumber : Kitab Syamsud Dhahiroh, Kitab Aqidatul Awwam dan berbagai sumber lainnya.
Kredit -Ilmu Ahlus Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah Maturidiyah

SURAT DARI ALLAHSEMASA Tuan Guru Nik Aziz jadi menteri besar kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakuka...
13/05/2017

SURAT DARI ALLAH
SEMASA Tuan Guru Nik Aziz jadi menteri besar kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakukan tadarus Al-Quran di setiap jajahan (daerah) negeri kelantan.
Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dgn jkkk dan ketua2 kampung turun.
TGNA pernah kata dlm satu majlis tadarus, "Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak pandai baca Quran blajar sungguh². Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca, tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca. Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba2 surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni..."
Menangis ketua kampung dan jkkk yg mendengar kata-kata TGNA itu.
Inilah cara tok guru mendidik rakyat kelantan semasa beliau memerintah Kelantan. Takbir !!
*Di mana letaknya Al-Quran di hati kita?
Kredit - Muhammad Daneal Yusof

* Catatan dari Tarim : Saat Habib Umar mengenang Guru Besarnya 7 Syaban 1438 H.Di sela-sela ziaroh kubro Nabi Hud As,kam...
12/05/2017

* Catatan dari Tarim : Saat Habib Umar mengenang Guru Besarnya

7 Syaban 1438 H.

Di sela-sela ziaroh kubro Nabi Hud As,kami mengaji kitab Ihya' Ulumuddin kpd Guru Kami Al Habib Umar Bin Hafidz,Kebetulan Bab yg sedang dikaji adalah Bab Akhlak-Akhlak Rasulullah Saw,Bab ini sepertinya membuat Habib teringat akan salah satu sosok Guru Besarnya.

Ia adlh Habib Muhammad Al Haddar dari kota Baidho',Yaman Utara,Guru yg juga mertua Habib Umar.

Beliau lantas menceritakan keindahan akhlak gurunya tsb.

* dulu ada salah satu murid Habib Muhammad Al Haddar yg tinggal di Jeddah,setiap hari ia selalu mendapat perlakuan tak menyenangkan dari seseorang,Bertahun-tahun ia disakiti,didzholimi,ia tetap berusaha bersabar.

lama kelamaan kesabarannya habis juga,hari itu ia benar benar kesal,ia memutuskan untuk membalas perbuatan orng tsb,bukan dgn kekerasan fisik,tapi dgn mendoakan buruk atasnya,bukankah doa orang yg terdholimi sangatlah mustajab?ia memutuskan berdoa agar orng tsb celaka dunia-akhirat.

Dan demi itu,ia hendak pergi ke Pemakaman Baqi' agar bisa bertawassul kpd Sayyidah Fatimah disana,ia bersiap-siap brgkt,tiba-tiba ..

KRiiNgg.. KRINGG...

telpon rumahnya berdering,ia bergegas mengangkatnya..

"Assalamualaikum wr wb"

Ia tahu betul suara itu,suara Sang Guru,Habib Muhammad Al Haddar,tdk seperti biasanya beliau menelpon lebih dahulu..

"Waaalaikum salam wr wb Habib.. "

Setelah menanyakan kabar,Habib Muhammad berkata :

"Dengar baik-baik ya..guru-guru kita pernah berkata :

"Seorang wali adalah ia yg berhasil menarik orng yg menyakitinya untuk masuk surga bersamanya,bukan malah menjerumuskannya ke dalam neraka" .... Beliau menutup telponnya..

"Astagfirullahaladhzim" gumamnya dalam hati,ia menyadari kesalahannya,ia yakin pesan beliau itu ditujukan khusus untuknya,tapi ia masih bertanya-tanya, dari mana Beliau tahu Bahwa ia akan mendoakan orang dholim itu? Padahal ia tak pernah mengutarakan niatnya itu kpd satu orangpun.. !!

Mulai saat itu Ia selalu berusaha memaafkan kesalhan orang tsb,ia juga mendoakan segala kebaikan untuknya, dan meminta kpd Allah agar ia segera bertaubat dan mendapat hidayah ...

Dlm momen Nisfu Syaban ini,Mari Saling memaafkan,Mengikhlaskan dan Meridhoi segala bentuk kesalahan orang lain atas diri kita,Jangan sampai kita menjadi sebab terjerumusnya seseorng ke dalam neraka krn kita belum memaafkannya ..

Ingat..Ketika kita Memaafkan,itu bukan masalah siapa yg salah,atau siapa yg dholim,bukan juga masalah menang-menangan,kita memaafkan krn kita semua berhak atas kedamaian dan ketentraman dlm hati kita ...

walidzalik,Dlm momen nisfu Syaban ini,Saya atas nama Muhammad Ismael Amin Kholil meminta maaf kpd Kalian semua atas kesalahan-kesalahan saya selama ini .. :)

* Tarim-Hadhramaut-Yaman,12 Mei.
Kredit - Muhammad Ismael Al Kholilie

Address

Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

0123482529

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aroma Syifa' posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram