Visi Optometrist Centre - Page

Visi Optometrist Centre - Page Dari Hati
Menghargai penglihatan anda dan keluarga.

Terima kasih kerana memilih kami.
04/05/2026

Terima kasih kerana memilih kami.

Selamat menyambut Hari Pekerja.Kami beroperasi hari ini memberikan khidmat penjagaan kesihatan mata untuk anda.
01/05/2026

Selamat menyambut Hari Pekerja.
Kami beroperasi hari ini memberikan khidmat penjagaan kesihatan mata untuk anda.

28/04/2026
Kanta Multifokal.Kanta untuk rabun jauh dan rabun dekat sekaligus. Diperlukan terutama bagi mereka yang mengalami kedua-...
17/04/2026

Kanta Multifokal.

Kanta untuk rabun jauh dan rabun dekat sekaligus. Diperlukan terutama bagi mereka yang mengalami kedua-dua keadaan rabun jauh dan dekat.

Keselesaan dan penggunaan optimum kanta multifokal sangat bergantung kepada :
1. Ketepatan pemeriksaan mata
2. Pemasangan kanta yang tepat
3. Pemilihan kualiti kanta - bergantung kepada rekabentuk dalaman kanta.

Lawati kami untuk penerangan lanjut bagi kanta yang sesuai untuk keperluan dan gaya hidup anda.

https://wa.me/60105594653

Tips Penjagaan Cermin Mata. 1. Sentiasa basuh dengan sabun dan bilas dengan air. Ini dapat mengelakkan kekaratan pada bi...
17/04/2026

Tips Penjagaan Cermin Mata.

1. Sentiasa basuh dengan sabun dan bilas dengan air. Ini dapat mengelakkan kekaratan pada bingkai.
2. Selepas bilas, lap dengan tisu lembut. Jangan gunakan tisu pada cermin yang kering.
3. Letakkan cermin mata dengan permukaan cermin menghadap atas. Jika terbalik ia boleh menyebabkan calar pada cermin.
4. Sentiasa menanggalkan cermin mata dari muka dengan menggunakan dua belah tangan. Menggunakan sebelah tangan akan menyebabkan bebanan lebih pada satu bahagian kaki bingkai, menyebabkannya mudah rosak.
5. Menyimpan cermin mata di dalam poket atau beg tanpa bekas akan menyebabkan calar pada cermin. Sentiasa gunakan bekas cermin mata yang disediakan.
6. Tanggal cermin mata ketika tidur. Tiada kajian menunjukkan menggunakan cermin mata ketika tidur akan menyebabkan penglihatan lebih jelas di dalam mimpi.
Sekian, semoga bermanfaat.
Dari Hati.
Waktu Operasi :
10:30 pagi - 8:30 malam
Temujanji pada Ahad & Cuti Umum boleh diaturkan.

https://wa.me/60105594653

Tahukah anda, selain rabun jauh dan dekat, terdapat satu lagi jenis rabun yang tidak diketahui ramai. Rabun ini tersembu...
16/04/2026

Tahukah anda, selain rabun jauh dan dekat, terdapat satu lagi jenis rabun yang tidak diketahui ramai. Rabun ini tersembunyi kerana ramai tidak mengetahui mereka ada rabun ini, terutama pelajar dan pekerja muda. Kebanyakkan mereka yang ada rabun ini masih boleh melihat dengan jelas tetapi ada simptom berikut :

1. Sakit kepala
2. Mata dan sekelilingnya dirasakan menekan-nekan
3. Bila melihat gajet, kekadang imej menjadi dua atau kabur kemudian kembali jelas.
4. Bila berubah dari melihat jauh ke dekat atau sebaliknya, ambil masa untuk nampak jelas
5. Silau malam yang teruk
6. Mudah mengantuk bila membaca.

Rabun ini namanya Hyperopia. Rabun ini boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kebanyakkan kes di kalangan murid tidak dikesan walaupun simptom di atas jelas.

Hanya pemeriksaan lengkap oleh Optometrist bertauliah mampu mengesan Hyperopia. Jika Tuan/Puan atau anak-anak mengalami simptom di atas walaupun penglihatan masih jelas, datanglah ke premis kami untuk pemeriksaan lanjut.

Mereka yang mengalami Hyperopia memerlukan cermin mata khusus.

Hubungi kami di https://wasap.my/60105594653

Bayar bulanan lagi senang.
16/04/2026

Bayar bulanan lagi senang.

Mitos kanak-kanak pakai cermin mata.Mitos : Kanak-kanak yang mengalami rabun tak elok pakai cermin mata, nanti lagi teru...
14/04/2026

Mitos kanak-kanak pakai cermin mata.
Mitos : Kanak-kanak yang mengalami rabun tak elok pakai cermin mata, nanti lagi teruk.

Fakta : Kanak-kanak yang mengalami rabun perlu memakai cermin mata untuk mengelakkan terjadinya amblyopia (lazy eyes).
Amblyopia akan menyebabkan mata tidak dapat melihat dengan terang bila dewasa kelak, walaupun setelah memakai cermin mata. Amblyopia juga boleh menyebabkan juling.

Rabun tetap boleh naik sama ada pakai cermin mata atau tidak.

Hubungi kami di https://wa.me/60105594653 untuk maklumat lanjut.

Address

46, Jalan Desa 2, Taman Desa Sijangkang
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 10:30 - 20:30
Tuesday 10:30 - 20:30
Wednesday 10:30 - 20:30
Thursday 10:30 - 20:30
Friday 10:30 - 20:30
Saturday 10:30 - 20:30
Sunday 10:30 - 15:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Visi Optometrist Centre - Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category