Pusat Rawatan Islam Akademistik

Pusat Rawatan Islam Akademistik Rawatan Islam untuk gangguan jin, sihir, saka, santau, rumahtangga, perniagaan, penyakit dan lain-lain Pengamal Perubatan Islam bertempat di Kg Gajah Perak.

Salah satu cawangan Akademistik yang kini mempunyai 6 cawangan. HQ Akedemistik di Kuala Selangor.

Cerita Rawatan Semalam Di Rumah Pesakit :- Rawatan pesakit yang badan jadi terlalu lemah, hilang semangat, takut berlebi...
18/11/2025

Cerita Rawatan Semalam Di Rumah Pesakit :-

Rawatan pesakit yang badan jadi terlalu lemah, hilang semangat, takut berlebihan, dan kebas sejuk kaki tangan terutamanya di bahagian belakang.

Beliau terpaksa ambil cuti mengajar selama satu bulan, dan terpaksa tinggal di rumah ibu bapanya. Badan sangat lemah hingga tak mampu nak buat kerja harian termasuk masak dan uruskan rumahtangga.

Beliau dah buat pemeriksaan doktor di hospital akan tetapi beliau disahkan sihat dan tiada penyakit.

Sekitar sebulan yang lalu, ketika beliau ke tempat kerja, melalui suatu kawasan Perkuburan, tiba² belakangnya jadi kebas, sejuk serta berat seperti ad yang duduk di bahagian belakang. Bermula dari situlah beliau menjadi sakit.

Waktu saya sampai dirumah beliau dan saya meruqyah pesakit, Muka pesakit tiba² berubah menjadi lain, kemudian jari tangan serta kakinya jadi bergetar sangat kuat sehingga ahli keluarga nampak tindakbalas tersebut. Apabila saya tanya, pada pesakit, Pesakit memberitahu saya tiba² tangan dan badannya jadi bergetar tanpa kawalan beliau.

Saya mohon kepada Allah untuk tarik buang penyakit dan Gangguan. Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH selepas pada itu, getaran hilang Dan pesakit nampak makin pulih.

Saya buatkan air minuman dan mandian ruqyah untuk pesakit

Wallahu a'lam

Pusat Rawatan Islam Akademistik
Rawatan Islam Akademistik
Rawatan Islam Akademistik Pulau Pinang





28/08/2025

Assalamualaikum Pusat Rawatan Islam Akademistik cawangan perak telah dibuka di kampung gajah..bagi yang menghadapi sakit ataupun gangguan seperti :-

- Saka
- Sihir
- Santau
- Histeria
- Keras**an
- Penyakit ii Misteri
- Sihir Rumah Tangga
- Buang Pendamping ilmu yang melibatkan Khadam
- anak menangis tengah malam
- terkena ilmu pengasih
- Pagar Kedai
- Pagar Rumah
- Dan Lain ii

boleh contact saya untuk temu janji tq admin

https://wa.me/message/NIHI2BUCKZZPJ1





UMMU SIBYANJin ini adalah jenis jin wanita yang s**a memporak-perandakan rumahtangga Kita, mengunci Nafsu Isteri, memb*n...
06/08/2025

UMMU SIBYAN

Jin ini adalah jenis jin wanita yang s**a memporak-perandakan rumahtangga Kita, mengunci Nafsu Isteri, memb*n*h bayi dalam kandungan, menaikkan Nafsu Lelaki sekaligus memanfaatkan Nutfah lelaki atau lebih dikenali Sebagai Air M@ni, dan lain-lain.

Wanita mengandung p**a, Ummu Sibyan akan masuk ke dalam kandungan isteri kemudian menendang bayinya sehingga kegug@uran, menyumbat Dan mengunci atau mengikat rahim isteri dengan tujuan tidak boleh mengandung atau mandul dan tiada nafsu kepada suami.

Sebab Ummu Sibyan masuk kerumah ada 2 iaitu :-

1. Masuk ketika waktu dekat nak maghrib, terutamanya cahaya matahari berwarna kemerahan atau jingga.

2 . Mengangkat jemuran pakaian selepas magrib kerana mereka akan menjampi sihir kemudian sihir itu menumpang di pakaian tersebut agar sihir itu dapat masuk ke rumah.

Jadi, tutuplah segala pintu rumah depan belakang dan segala tingkap atau jendela sebelum bertemu waktu nak dekat Maghrib atau cahaya matahari berwarna kemerahan ataupun jingga. Dan angkatlah jemuran Kain sebelum waktu itu juga. Tambahan lain, bersihkanlah debu-debu seperti habuk dan lain-lain yang berada didalam Rumah.

Sebab itu nabi minta kita panggil anak-anak masuk ke dalam rumah sebelum maghrib kerana waktu itu syaitan sedang berkeliaran mencari tempat persembunyian. Sebab syaitan termasuk jin yang sering mengganggu bayi seperti Ummu Sibyan berkeliaran pada waktu sebelum maghrib. Bila masuk rumah, tutup pintu dan tingkap dengan bacaan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

"Apabila malam mulai gelap (atau masuk waktu Maghrib), tahanlah anak-anakmu (di dalam rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Apabila telah berlalu waktu sebentar dari waktu malam, lepaskanlah mereka..."
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3280; Muslim, no. 2012)

Pusat Rawatan Islam Akademistik
Alang Khair
Mohd Aiman Razali
Firdaus Razali
Tuah Aura






Rawatan bayi menangis teruk dari 11malam hingga lewat malam. 6 hari berturut² bayi menangis dengan tangisan yang agak me...
16/07/2025

Rawatan bayi menangis teruk dari 11malam hingga lewat malam. 6 hari berturut² bayi menangis dengan tangisan yang agak mencurigakan. Ayah kepada bayi banyak kerja di kawasan hutan.

Hari siangnya ketika ayah bayi sedang kerja di kawasan hutan, ayahnya nampak kelibat hitam melintas di bawah pintu.

Beberapa hari sebelum rawatan pun ayahnya diganggu dengan suara yang memanggil namanya dari ruang tamu. Bila ayah bayi jenguk, tiada sesiapa.
Saya ruqyahkan kepada kedua ibu dan bapa termasuk bayi.

Alhamdulillah ibu,bapa dan anak semakin ok. Cuma ayahnya saja nampak muka berubah, dan makin menunduk. Katanya beliau rasa pening. Selesai rawatan, ayah bayi makin pulih.

Saya buatkan air mandian ruqyah untuk diamalkan mereka.

wallahu a'lam




Address

Kg Gajah
Teluk Anson
36800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Islam Akademistik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram