One Publication

One Publication 003745940-A

Penerbitan Novel • E-books • Dropship •

One Publication—We stand as ONE

🌺10.10 FLASHSALE RM25 UNTUK 5 EBOOK Bo Mojo!!🌺E-BOOK: DUDA LARIS MISI MENCARI JODOHTiga duda. Tiga hati kecewa. Satu mis...
11/10/2025

🌺10.10 FLASHSALE RM25 UNTUK 5 EBOOK Bo Mojo!!🌺

E-BOOK: DUDA LARIS MISI MENCARI JODOH

Tiga duda. Tiga hati kecewa. Satu misi: mencari jodoh sejati.

Rain, Jo dan Koi — sahabat sejati dari zaman sekolah — berkongsi takdir malang yang sama: diceraikan dan ditinggalkan oleh wanita yang pernah mereka cintai. Bila hidup terasa kosong, mereka bangkit dengan satu tekad — memperbaiki diri dan mencari cinta yang sebenar.

Dengan bantuan Lily, si bekas rakan sekolah yang pernah mereka ejek dulu (dan kini lebih bergaya dari mana-mana selebriti), mereka melalui transformasi luar dan dalam. Dari blind-date yang memalukan hingga pelajaran hidup yang mendalam, mereka menyedari bahawa cinta sejati bukanlah sesuatu yang mudah — ia perlu diperjuangkan, dimengerti dan, yang paling penting, dimiliki dengan keikhlasan.

“Duda-Duda Laris: Misi Mencari Jodoh” adalah kisah komedi romantik yang menggugat emosi dan penuh dengan detik lucu, sentuhan ikhlas serta mesej bahawa... dalam perjalanan mencari cinta, kita juga mungkin akan menemui diri sendiri.

💖💖💖

E-BOOK: LELAKI DALAM TEMPAYAN

Juliet bukan penjual mangga biasa. S**a bercakap seorang diri. Kerana tragedi yang menimpa keluarganya dia jadi marah pada laut, tapi tetap keras kepala berniaga di jeti malah tinggal pun di rumah tepi pantai. Logik? Jangan tanya.

Semuanya berubah bila dia terjumpa sesuatu tersangkut di jala ikan — seorang lelaki tampan... yang berekor! Savior, seekor duyung jantan yang ego dan garang, langsung tak sukakan manusia. Tapi siapa sangka, dia boleh tersangkut p**a pada Juliet, si penjual mangga paling pelik atas muka bumi.

Dari pertemuan pelik ini, bermulalah persahabatan yang huru-hara — dan perlahan-lahan, timbul rasa cinta yang manis. Dalam pada lawak pelik, konflik air masin, dan sirip bergemerlapan dibaluti sarung pelikat, Juliet dan Savior akan belajar: kadang-kadang, luka lama hanya boleh sembuh... bila hati berani untuk percaya semula.

💗💗💗

E-BOOK: TIKET KE NERAKA

Rumi, seorang wanita separuh umur yang pernah menjadi pelacur terkenal, kini dipinggirkan kerana usia dan rupa parasnya yang kian pudar. Dalam kesempitan hidup, satu-satunya tempat bergantung hanyalah sahabatnya, Mulan, yang dulunya pernah diselamatkan olehnya.
Namun, di sebalik persahabatan itu, Mulan, bersama kekasihnya Dandi dan ketua sindiket Daddy Sarip, secara kejam mengkhianati Rumi hingga dia terbunuh dalam keadaan hina.
Namun, kematian Rumi hanyalah permulaan sebuah neraka. Roh gelap yang diwarisi dari neneknya, Oba, merasuk tubuhnya dan menghidupkan kembali jasad Rumi—bukan sebagai manusia, tetapi sebagai makhluk pemburu dendam dengan lidah hitam panjang dan mata tanpa cahaya.

Satu demi satu mereka yang mengkhianatinya mula menerima balasan ngeri. Dandi lenyap dalam hutan, Daddy Sarip dan rakan-rakannya disembelih satu persatu, sementara Mulan hanya menunggu giliran terakhirnya. Dalam lorong-lorong gelap, Rumi kini bukan lagi wanita lemah, tetapi mimpi buruk yang tidak mengenal belas kasihan.

“Tiket ke Neraka” adalah kisah tentang pengkhianatan, dendam, dan sumpahan kegelapan—di mana manusia yang paling kejam akhirnya berhadapan dengan azab yang mereka sendiri ciptakan.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

E-BOOK: BUSUNG

Erik Ahmad, pemuda sederhana yang disenangi ramai, menjadi rebutan hati gadis-gadis kampung. Anis, salah seorangnya, jatuh cinta sepenuh jiwa namun cintanya tidak bersambut. Erik memilih Bella, sahabat Anis sendiri, sebagai peneman hidup.

Cemburu yang membara menjerumuskan Anis ke jalan gelap. Dia mencari Nenek Oyong, penyihir tua yang tersorok di kampung seberang. Dengan darah dan sumpah, Anis menurunkan sihir busung ke atas Erik dimana sihir ini memakan isi tubuhnya perlahan-lahan.

Erik terkapar, Bella difitnah, dan kampung bergoncang dengan bisikan syak wasangka. Tetapi kebenaran tidak dapat disembunyikan lama. Ustaz Rahim memimpin ruqyah untuk memutuskan ikatan sihir, dan saat itu, kutukan busung berpatah kembali ke asalnya.

Anis akhirnya menanggung azab yang pernah dia hantarkan sendiri. Sebuah kisah cinta yang menjadi ngeri, dendam yang menjadi balasan.

❤️❤️❤️

✨ CINTA TAK BERSARA ✨

Cinta sejati tidak diukur dengan muda atau tua, tetapi dengan kesetiaan yang tetap bertahan walau masa meragut segalanya.

Inilah kisah Danny dan Naomi. Pasangan sederhana yang hidup penuh dengan tawa, manja dengan gurauan, dan tabah menghadapi detik paling getir apabila usia dan sakit mula merenggut segalanya.

Namun hingga ke hujung nyawa, mereka membuktikan bahawa cinta tidak pernah bersara. Ia kekal hidup dalam ingatan, doa, dan kenangan yang abadi.

Sebuah kisah manis, pilu, dan menyentuh hati tentang cinta yang tidak pernah mati.

PROMOSI 10/10 ~ 12/10 SAJA

https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1

EBOOK by Hannah Anna ❤️‍🩹DOKTOR TERAPI HATI❤️‍🩹Kadang-kadang, yang paling pandai merawat… adalah yang paling parah terlu...
10/10/2025

EBOOK by Hannah Anna

❤️‍🩹DOKTOR TERAPI HATI❤️‍🩹

Kadang-kadang, yang paling pandai merawat… adalah yang paling parah terluka.

Welson, seorang doktor psikiatri ternama, punya segalanya termasuk kerjaya, reputasi, dan senyuman profesional yang menyorokkan parut luka silam. Di sebalik kebijaksanaannya menangani pesakit, hatinya sendiri longlai tanpa arah.

Amanda p**a hadir seperti badai tenang. Gadis yang keras kepala tapi jujur, dengan kisah silam yang tidak pernah dia izinkan sesiapa dekati. Namun di ruang terapi itulah, dua jiwa mula berbicara bukan hanya sebagai doktor dan pesakit, tapi sebagai manusia yang saling menyembuhkan.

“You think you can fix me, Doctor?”
“No, Amanda. I just want you to know… you were never broken to begin with.”

Ketika sempadan profesional mula kabur dan emosi yang terpendam mula menggelegak, mereka diheret dalam dilema antara prinsip dan perasaan. Tapi mampukah cinta bertapak di medan yang selama ini penuh dengan luka dan rahsia?

💖💖💖

❤️‍🩹DI ANTARA DUA HATI❤️‍🩹

BLURB:

Hidup ini sepatutnya tentang mencari kebahagiaan. Namun, bagi Sean, setiap langkah terasa seakan dikunci oleh dinding yang tidak kelihatan. Dia tidak pernah menolak kasih sayang ibunya, Puan Mulan, tetapi setiap keputusan yang diatur tanpa ruang untuk dia bersuara membuat hatinya semakin parah.

Dalam diam, Sean hanya mahu sesuatu yang sederhana hak untuk memilih cintanya sendiri. Tetapi di mata Puan Mulan, cinta tidak cukup kuat untuk menjamin masa depan. Kehendak dan pandangan ibu itu sering menjadi tembok antara Sean dan impiannya.

Lalu timbul persoalan yang tidak pernah lekang daripada fikirannya: sampai bila dia harus mengorbankan rasa demi menjaga hati orang lain? Atau mungkinkah satu hari nanti, kebahagiaan itu akhirnya berani mengetuk pintu hidupnya?

💖💖💖

https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1

BAHAGIA YANG TERINDAH by Nur Isma Ainul pernah bermimpi memiliki sebuah rumah tangga yang penuh dengan kasih sayang. Nam...
10/10/2025

BAHAGIA YANG TERINDAH by Nur Isma

Ainul pernah bermimpi memiliki sebuah rumah tangga yang penuh dengan kasih sayang. Namun, semua itu hanya tinggal bayangan sebaik sahaja dia menjadi isteri kepada Helmi, lelaki yang disangkanya pelindung, rupa-rupanya pemusnah hidupnya sendiri.

Tamparan, jambakan rambut, herdikan dan hinaan menjadi santapan harian. Lebih parah, tubuhnya dijadikan pelampiasan nafsu tanpa belas kasihan. Ainul hanya mampu menelan air mata dan menipu hatinya sendiri bahawa semua ini adalah “takdir”.

Dia rela menyimpan rahsia ini daripada pengetahuan keluarganya, kerana tidak sanggup menambah resah pada hati seorang ibu yang sudah sedia sakit.

Pertemuan dengan Puan Kalsom, majikan yang berhati lembut, seolah-olah memberi sedikit ruang bernafas. Di kedai runcit kecil itu, Ainul menemui semula sisa-sisa ketenangan.

Lebih mengejutkan, kehadiran Azim, anak lelaki Puan Kalsom serta puteri kecilnya, Alisya, menghadirkan bahagia buat ddirinya. Azim penuh dengan sikap prihatin yang diam-diam mengetuk pintu hatinya, manakala Alisya terlalu manja dengannya, seakan-akan menemukan kasih yang hilang.

Namun Ainul tahu, selagi bergelar isteri kepada Helmi, selagi itulah dirinya tidak bebas. Hatinya sering berbisik, sampai bila dia harus hidup dalam derita? Sampai bila dia harus berkorban masa depannya.

Antara derita seorang isteri yang terpenjara dan sinar bahagia yang mula menjengah, Ainul harus memilih terus menanggung luka atau berani bangkit mencari bahagia yang terindah.

https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1

✨CINTA TAK BERSARA✨ by Bo Mojo Cinta sejati tidak diukur dengan muda atau tua, tetapi dengan kesetiaan yang tetap bertah...
09/10/2025

✨CINTA TAK BERSARA✨ by Bo Mojo

Cinta sejati tidak diukur dengan muda atau tua, tetapi dengan kesetiaan yang tetap bertahan walau masa meragut segalanya.

Inilah kisah Danny dan Naomi. Pasangan sederhana yang hidup penuh dengan tawa, manja dengan gurauan, dan tabah menghadapi detik paling getir apabila usia dan sakit mula merenggut segalanya.

Namun hingga ke hujung nyawa, mereka membuktikan bahawa cinta tidak pernah bersara. Ia kekal hidup dalam ingatan, doa, dan kenangan yang abadi.

Sebuah kisah manis, pilu, dan menyentuh hati tentang cinta yang tidak pernah mati.

TEASER 4

Sedang mereka menikmati ABC di warung itu, lalu seorang gadis cina di hadapan mereka. Wajah polos tapi menawan. Walaupun tanpa secalit bedak di wajah, tanpa gincu mahupun pemerah p**i, tetapi wajah itu membuatkan Danny terpaku sementara. Seakan mesin yang tersekat pergerakan, dia terpaku diposisi yang tidak sekacak wajahnya dengan mulut terbuka luas dan mata sepetnya menjadi bulat seperti terkejut melihat sang bidadari lalu di hadapannya.

“Papa! Ini dia yang papa pesan tadi.” Naomi yang ketika itu baru saja selesai berbelanja keperluan warung p**ang dengan segera akibat cuaca yang membuatkan dirinya seperti terbakar dalam ketuhar size bumi. Selepas memberikan barang-barang itu pada ayahnya, dia pun cepat-cepat pergi ke kaunter dan duduk berhadapan dengan kipas meja yang dipasangnya dengan kelajuan maksima.

Pandangan Danny pada Naomi ketika itu tidak berganjak sampaikan ABC-nya mencair tanpa disentuh.

“Oi, tutup mulut tu nanti lalat masuk!” teguran Malik membuatkan Danny sedar ke alam realitinya.

“Shhh! Aku sedang sibuk menatap penjenayah,” kata Danny dengan suara berbisik.

“Penjahat mana p**ak... Alahai, itu anak tokeh warung lah, bongok!” balas Malik pura-pura tidak faham.

“Ohh... Apakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama? Panas... tapi dah tak panas lepas tengok dia tu... jadi... suam-suam kuku... manis... manis teramat...” Danny yang normal tadi berubah seperti orang yang sedang mabuk dipukul cinta pandangan pertama.

💖💖💖

🌹MERAIH CINTAMU🌹 by Nur Isma

Danial Harraz punya satu misi, demi mencari seorang isteri yang mencintainya dengan tulus, bukan kerana harta atau nama yang dimilikinya. Dia mahu dicintai kerana siapa dirinya, bukan apa yang di milikinya.

Demi mencari cinta yang sejati, Danial sanggup meninggalkan kemewahan serta kerjanya dan bekerja sebagai pekerja kilang, atas cadangan sahabat baiknya, Azwan. Di situ, dia bertemu dengan Dahlia Sofea seorang gadis sederhana yang polos, naif dan jujur tanpa berpura-pura.

Perkenalan itu bertukar menjadi rasa sayang. Danial terpaut pada kelembutan Dahlia, lalu hubungan mereka perlahan-lahan berubah menjadi cinta. Namun, Danial masih belum berani mendedahkan identiti sebenar dirinya.

Segalanya terbongkar pada satu majlis makan malam yang dihadiri Dahlia kerana menemani Haikal. Barulah Dahlia tahu identiti sebenar Danial.

Kepercayaan Dahlia hancur. Dahlia rasa tertipu.

“Kenapa awak tipu, saya? Awak permainkan perasaan saya.” – Dahlia

“Maafkan saya, Dahlia. Saya akan jelaskan pada awak,” – Danial

“Tak perlu. Saya nak putuskan hubungan kita!” - Dahlia

Dahlia mula menjauh dan membina tembok tinggi bagi memisahkan dirinya dan lelaki itu.

Kini, Danial dihimpit penyesalan. Desakan mama membuatkan dia semakin tertekan.

Masih adakah ruang untuk cinta mereka?
Dapatkan Danial meraih cinta?

Mampukah Danial menebus kepercayaannya yang telah hilang?
Atau… dia harus melepaskan gadis yang telah mencuri hatinya?

TEASER 3

“Arghh! Astaghfirullahalazim!”

Dahlia terjerit kecil akibat terkejut. Tangan kanan segera mengurut dada yang berdegup laju.

Seorang lelaki berdiri tegak dan langsung tidak bersuara membuatkan dirinya terkejut.

Dahlia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini, walaupun uniform juruteknik yang dipakainya jelas menunjukkan dia pekerja kilang ini.

Danial p**a terkebil-kebil memandang wajah gadis yang kini berdiri dihadapannya. Wajah itu jelas terpamer riak terkejut dan sedikit panik.

“Awak siapa?” soal Dahlia dengan dahi sedikit berkerut, masih tercungap kecil menahan kejutan.

“Hah? Saya?” Danial membalas dalam nada keliru.

“Ya la… awak la… Saya tak pernah nampak pun sebelum ni?” soal Dahlia lagi, matanya tidak lepas dari memerhati lelaki asing di hadapannya.

“Saya…”

“Lia?”

Satu suara lain menyampuk, memecah ketegangan. Serentak, Dahlia dan Danial menoleh ke arah pintu. Azwan sedang berdiri di situ dan menapak mendekati mereka berdua.

“Eh, Wan. Lia cari Wan tadi. Nak minta tengokkan mesin A10. Ada problem sikit,” Dahlia kembali kepada tujuan asalnya sebaik sahaja melihat kelibat Azwan.

“Oh, ya ke? Okey, kejap lagi Wan pergi. Ni Lia dah okey ke? Ibu Lia dah okey?” soal Azwan, nada suaranya jelas menunjukkan keprihatinan terhadap keadaan keluarga Dahlia.

“Lia okey aje, Wan. Ibu Lia pun dah okey dah. Dah keluar hospital dua hari lepas. Sebab tu Lia boleh datang kerja hari ni,” terang Dahlia sambil tersenyum nipis.

“Alhamdulillah,” balas Azwan, lega mendengar berita itu.

Danial hanya memerhati perbualan mereka berdua. Namun matanya lebih tertumpu kepada gadis itu.

“Lia, ni Wan kenalkan. Technician baru kat sini. Danial namanya. Danial, ni Dahlia… Dia supervisor mesin A10 dan A9,” Azwan memperkenalkan mereka berdua.

“Hai…” sapa Dahlia sambil mengukir senyuman manis. Wajah lelaki di hadapannya itu kelihatan cukup terurus dan kemas serta cukup sempurna di matanya.

Danial membalas senyuman itu dan turut menyambut sapaan dengan tenang.

“Hai, Lia. Sorry tadi buat awak terkejut,” ujar Danial terlebih dahulu meminta maaf atas kejadian tadi.

“Eh, tak apa. Lia okey aje. Lia masuk dalam dulu ya. Wan, jangan lambat ya. Nanti bising p**a Encik Kamarul tu,” ujar Dahlia sebelum beredar dari situ.

Danial hanya memerhati kelibat gadis itu melangkah pergi. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyuman kecil. Entah kenapa, nama Dahlia seolah-olah sedang terpahat perlahan dalam fikirannya.
Nama yang sangat unik!

🔥KOMBO CINTA TERKUTUK🔥  Bila cinta jadi sumpahan…  Bila rindu bertukar dendam…  Bila kasih membawa maut…Dua kisah seram-...
28/09/2025

🔥KOMBO CINTA TERKUTUK🔥

Bila cinta jadi sumpahan…
Bila rindu bertukar dendam…
Bila kasih membawa maut…

Dua kisah seram-romantis yang akan buat jantung hangpa berdegup kencang ⬇️

📕 ROGON
Lagenda lama kembali menghantui… Maddie diseret semula ke mimpi ngeri, bila nama “Rogon” dipanggil. Antara cinta & sumpahan, mampukah dia selamat?

📕 BUSUNG
Cinta Anis ditolak, cemburu jadi bara. Dengan sihir busung, cinta yang suci bertukar menjadi azab dan balasan yang mengerikan.

⚡ 2 EBOOK = 1 KOMBO! ⚡

Hanya untuk pembaca berani yang sanggup jatuh cinta dalam kegelapan~

🔥🔥🔥

BUSUNG by Bo Mojo

Blurb:

Erik Ahmad, pemuda sederhana yang disenangi ramai, menjadi rebutan hati gadis-gadis kampung. Anis, salah seorangnya, jatuh cinta sepenuh jiwa namun cintanya tidak bersambut. Erik memilih Bella, sahabat Anis sendiri, sebagai peneman hidup.

Cemburu yang membara menjerumuskan Anis ke jalan gelap. Dia mencari Nenek Oyong, penyihir tua yang tersorok di kampung seberang. Dengan darah dan sumpah, Anis menurunkan sihir busung ke atas Erik dimana sihir ini memakan isi tubuhnya perlahan-lahan.

Erik terkapar, Bella difitnah, dan kampung bergoncang dengan bisikan syak wasangka. Tetapi kebenaran tidak dapat disembunyikan lama. Ustaz Rahim memimpin ruqyah untuk memutuskan ikatan sihir, dan saat itu, kutukan busung berpatah kembali ke pengirimnya.

Anis akhirnya menanggung azab yang pernah dia hantarkan sendiri. Sebuah kisah cinta yang menjadi ngeri, dendam yang menjadi balasan.

🔥🔥🔥

ROGON by Izzy Isabelle Jones

"BILA CINTA DIUJI OLEH SUMPAHAN DAN KEMATIAN..."

Di bawah bayang Gunung Trus Madi, sebuah legenda lama kembali hidup.

Tiga tahun lalu, Maddie menyaksikan rakan-rakannya mati disiat oleh sesuatu yang tidak kelihatan—namun dirinya dibiarkan hidup. Kini, bisikan itu kembali menghantuinya, menyebut satu nama yang tidak sepatutnya dipanggil: Rogon.

Maddie, satu-satunya yang terselamat daripada tragedi itu, cuba meneruskan hidup dengan teman lelakinya, Misha. Namun bisikan gelap dan bayangan hitam terus menghantui. Kematian misteri rakan karibnya di kampus menjerumuskannya kembali ke mimpi ngeri yang sama.

“It’s because I love you, Mads. Masalah you, secara automatiknya menjadi masalah I jugak. And I will never, ever, leave your side. No matter what others say about you.” —Misha

“Even if... saya dah disumpah, saya ni pembawa sial?” —Maddie

“There’s no such thing as sumpahan rogon, or whatever it’s called, Mads. I’ll keep you safe no matter what. You can count on me, I akan jadi perisai you.” —Misha

Bila kematian pelik menimpa orang-orang sekelilingnya, Maddie mula sedar trauma masa silam hanyalah pintu kepada kengerian sebenar. Dan kali ini… Rogon tidak akan pergi selagi “miliknya” tidak dikembalikan.

Di celah kabus dan tanah perkuburan yang dingin, Maddie harus pilih: melarikan diri daripada sumpahan… atau berdepan dengan iblis yang menuntut nyawa dan jiwa.

https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1

DI ANTARA DUA HATIBLURB:Hidup ini sepatutnya tentang mencari kebahagiaan. Namun, bagi Sean, setiap langkah terasa seakan...
17/09/2025

DI ANTARA DUA HATI

BLURB:

Hidup ini sepatutnya tentang mencari kebahagiaan. Namun, bagi Sean, setiap langkah terasa seakan dikunci oleh dinding yang tidak kelihatan. Dia tidak pernah menolak kasih sayang ibunya, Puan Mulan, tetapi setiap keputusan yang diatur tanpa ruang untuk dia bersuara membuat hatinya semakin parah.

Dalam diam, Sean hanya mahu sesuatu yang sederhana hak untuk memilih cintanya sendiri. Tetapi di mata Puan Mulan, cinta tidak cukup kuat untuk menjamin masa depan. Kehendak dan pandangan ibu itu sering menjadi tembok antara Sean dan impiannya.

Lalu timbul persoalan yang tidak pernah lekang daripada fikirannya: sampai bila dia harus mengorbankan rasa demi menjaga hati orang lain? Atau mungkinkah satu hari nanti, kebahagiaan itu akhirnya berani mengetuk pintu hidupnya?

💖💖💖

RINDU YANG TAK AKAN PADAM

BLURB:

"Rindu Yang Tak Akan Padam" mengisahkan perjalanan getir seorang wanita bernama Elcya, ibu muda yang dipaksa berkahwin pada usia terlalu muda.

Pernah dicintai, kemudian dihina dan diceraikan, Elcya ditinggalkan bersama dua anak kecil tanpa arah tuju. Demi masa depan mereka, dia memilih jalan paling perit iaitu meninggalkan anak-anak di kampung untuk mencari rezeki di bandar.

Namun dunia tidak pernah mudah baginya. Pengkhianatan sahabat, fitnah, dan bahaya hampir meragut maruahnya. Di sebalik luka yang berdarah, Elcya perlahan-lahan bangkit, mencari kekuatan dalam cinta seorang ibu yang tak pernah padam.

Inilah kisah pengorbanan, luka, dan kebangkitan seorang wanita yang belajar mencintai dirinya kembali walau dunia seakan melupakannya.

https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1

💔 PERGI SAJA, LELAKI JAHANAM!BLURB:Liyana pernah percaya pada janji cinta. Pernah menitiskan air mata bahagia di altar, ...
17/09/2025

💔 PERGI SAJA, LELAKI JAHANAM!

BLURB:

Liyana pernah percaya pada janji cinta. Pernah menitiskan air mata bahagia di altar, yakin cintanya bersama Adrian akan kekal selamanya.

Tetapi, kebahagiaan itu hanyalah sementara.
Hari demi hari, rumah tangganya retak—dihina ibu mertua, dipijak maruah oleh kakak ipar, dan akhirnya dikhianati oleh Adrian yang memilih wanita lain. Luka demi luka menjadikan Liyana hampir hilang dirinya.

Namun, dalam kegelapan itulah dia temui sinar. Sinar kekuatan yang tidak pernah dia sangka ada dalam dirinya.

“Aku bukan lagi wanita yang akan merayu cintanya... Aku adalah wanita yang mampu hidup tanpanya.”

Ini adalah kisah tentang pengkhianatan, luka, dan keberanian seorang isteri untuk melepaskan lelaki yang tidak lagi layak untuk dicintai.

Pergi Saja, Lelaki Jahanam—kerana kebahagiaan sebenar bermula selepas perpisahan.

🔥🔥🔥

TERLANJUR MENCINTAIMU

BLURB

Seorang isteri yang terluka.
Seorang penyiasat yang terjebak.
Seorang suami yang penuh rahsia.

Ketika Ciara mengupah Jerico untuk membuktikan Markus curang, dia tidak tahu bahawa langkah itu akan membuka pintu ke dunia yang jauh lebih berbahaya. Antara cinta terlarang, ancaman dendam, dan rahsia yang mengancam nyawa, mereka harus memilih, sama ada melawan atau hancur bersama.

🔥🔥🔥

JIWA YANG DIPINJAM TAKDIR

BLURB

Di bawah cahaya gerhana, sebuah jiwa terpisah dari raganya membawa rahsia yang tidak pernah diminta, namun tidak mampu ditolak. Malam itu, takdir menukar segalanya.

Seorang wanita terikat antara cinta yang pernah pergi dan harapan yang berusaha hidup kembali. Namun, di sebalik senyuman yang dipamerkan, tersimpan luka yang sukar sembuh. Fitnah berbisik, perselisihan dalam keluarga menekan, dan bayangan malam itu enggan hilang.

Hidup terus berjalan, tetapi setiap langkah dihantui persoalan

mampukah dia menerima takdir yang dipinjamkan? Atau gerhana itu hanyalah permulaan kepada kegelapan yang lebih panjang?

https://wa.me/message/WSQLMS6MY5HGO1

Address

Tapah

Website

http://shopee.com.my/bomojo88

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when One Publication posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to One Publication:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram